Friday, November 20, 2015

Guru-guru Dan Kakitangan SMK Apin-apin Tuntut Keadilan?


Menuntut keadilan daripada Pengetua SMK Apin-apin, Keningau, Sabah? Awal pagi ini tersebar gambar 'panas' melalui WhatsApp menunjukkan banner yang direntang oleh guru-guru dan kakitangan dihadapan sekolah, menuntut keadilan daripada pengetua.

Pengetua+Zalim

Menerusi gambar ini, Guru-guru dan Kakitangan Smk Apin-apin menuntut Pengetua sekolah supaya berlaku adil.

Usul Kepada Pengetua Cemerlang; Chea Chu Tai

Kami Guru dan AKS menuntut

1. Diberi Penilaian LNTP Diatas 86% Atas Sebab Berikut:
  1. Kehadiran Kesekolah 100%
  2. Masuk Kelas 100%
  3. Membantu Meningkatkan Keputusan PT3 dan SPM 2014
  4. Tugasan Berjaya Dilaksanakan 100% Tanpa Gagal
2. Kenaikan Pangkat Tidak Dihalang Kepada Yang Layak

Adakah telah berlaku penyalahgunaan kuasa dan ketidak adilan terhadap guru-guru dan kakitangan sekolah ini?

Inilah yang akan berlaku apabila timbul masalah peribadi di antara pengetua dengan guru-guru serta kakitangan sekolah, dan perkara ini sememangnya tidak wajar berlaku kerana boleh menjejaskan pentadbiran sekolah.

Jika benar pengetua sekolah ini tidak mampu menjalankan tugas dengan amanah, dia sepatutnya ditukarkan ke sekolah lain ataupun diberikan tugas bersesuaian dipejabat.

Dan yang pasti, jika berlaku perkara begini, ia biasanya sebagai usaha terakhir setelah aduan dibuat, namun pihak Jabatan Pelajaran Daerah dan Negeri mahupun Kementerian Pendidikan gagal berfungsi, mungkin kerana terlalu sibuk bermain golf!

Isu begini tidak seharusnya berlaku dan amat merugikan kerana kerajaan telah menghabiskan jutaan ringgit bagi melahirkan guru yang berpengalaman dan berkemahiran tinggi namun langsung tidak dihargai.

Amat malang bagi guru-guru yang bertungkus-lumus mendidik anak bangsa, namun diabaikan kebajikan mereka, manakala pihak atasan sewenang-wenang melakukan penindasan dan membiarkan ketidak-adilan berlaku.

BACA INI JUGA: Peraturan Kementerian Pendidikan, Guru Dilarang Berleter Kepada Murid!

-SENTIASAPANAS.COM

3 comments

  1. Asalam SP..tak tahu lah, adakah pemimpin ni betul2 berlaku adil..Etuza ni umpamakan diri bagai mentimun..bergolek luka berguling pun luka...kesian..hanya mampu bertugas seperti biasa...beri peluang kepada yang layak sebenarnya..usah pilih kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam cikgu etuza. Masalah tu dikatakan sudah lama berlanjutan. Pengetua tidak mampu mentadbir dengan betul.

      Delete
  2. Markah lnpt bawah 90% seolah-olah penjawat awam itu langsung tak buat kerja.. Seharusnya pengetua atau guru besar profesional, bukan emosional..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon