Wednesday, October 21, 2015

Watak Animasi Shrek Adaptasi Daripada Kisah Benar?


Tahukah anda, disebalik watak hijau bertubuh raksasa Shrek, dipercayai diadaptasi daripada watak seorang rakyat Rusia berketurunan Perancis bernama Maurice Tillet.

Maurice Tillet - Shrek

Maurice yang menghidap sejenis penyakit misteri menjadikannya berwajah raksasa dan bertubuh gergasi.

Ketika dilahirkan pada tahun 1903, dia adalah seorang bayi yang comel dan cukup sempurna. Namun, ketika berusia 17 tahun, segala-galanya berubah. Maurice mula perasan bengkak pada kaki, tangan dan wajahnya.

Maurice disahkan oleh doktor menghidap penyakit yang jarang berlaku iaitu penyakit Acromegaly. Penyakit itu menyebabkan tulang Maurice membesar tanpa kawalan.

Maurice Tillet - Gusti

Akibatnya, Maurice terpaksa melupakan cita-cita untuk menjadi seorang peguam dan bekerja sebagai jurutera di French Navy.

Namun, malu dengan keadaan dirinya, Maurice berhijrah ke Amerika Syarikat dan akhirnya mencipta nama sebagai ahli gusti terkenal dengan gelaran The French Angel dan Freak Ogre of The Ring.

Walaupun menghidap penyakit Acromegaly, Maurice meninggal dunia akibat serangan jantung pada usia 51 tahun.

Maurice Tillet with Girl

Dan walaupun wajah Maurice seakan-akan Shrek, namun tiada kenyataan rasmi bahawa watak Shrek diadaptasi dari Maurice.

Perkara ini juga tidak pernah diakui oleh penerbit filem tersebut.

BACA INI JUGA: Tapak Kaki Gergasi Nabi Adam Di Afrika Selatan?

-SENTIASAPANAS.COM

3 comments

  1. Asalam SP..saya ingat ada sudah dalam bloglist..alamak..sorry. Blog SP teristemewa bagi Etuza ..hangat dan banyak iktibar sebenarnya. Bukan ramai bloger yang berani paparkan cara begini sebenarnya untuk mendidik jiwa genarasi baru agar takut ambil iktibar dari kejadian ngeri dan aneh. Teruskan usaha murni. Blog SP merentas benua

    ReplyDelete
  2. memang sama la mukanya dengan shrek.. suratan atau kebetulan?

    ReplyDelete
  3. Tidak sangka pula... realitinya ada manusia yg serupa dgn shrek ni.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon