Saturday, September 26, 2015

Kenapa Manusia Takut Gelap?


Pernahkah anda mengalami senario ini, apabila waktu malam, anda berasa takut untuk melalui kawasan yang biasanya anda lalui pada waktu siang, tanpa wujud perasaan yang sama?

Takut Gelap

Mengaku atau tidak, ramai diantara kita menjadikan keadaan gelap terutama pada waktu malam sebagai sesuatu yang paling menakutkan.

Saintis zaman ini tidak lagi berahsia tentang kenapa seseorang takut keadan gelap. Daripada banyak kajian yang dilakukan, komuniti saintifik mendekripsi situasi ini sebagai fobia.

Ahli psikologi pula sering menyebut rasa takut pada leadaan gelap sebagai nyctophobia atau auchluophobia.

Dalam perkara ini, ramai beranggapan bahawa ketakutan ialah sesuatu yang normal. Namun, ramai tidak menyedari bahawa masalah ini kadang-kadang boleh menguasai seseorang menjadi terlalu takut.

Apabila wujud perasaan sebegini, ada diantaranya akan berasa lemas dan sukar untuk melakukan banyak aktiviti seperti tinggal bersendirian dan berjalan pada waktu malam.

Soalnya, kenapa ketakutan wujud dalam diri kita? Para pengkaji percaya takut pada gelap telah wujud dalam DNA manusia sejak dahulu lagi.

Kajian menunjukkan hampir 15 peratus kanak-kanak berumur antara empat hingga lapan tahun meletakkan keadaan gelap sebagai sesuatu yang paling ditakuti.

Dan ketakutan itu mula hilang apabila mereka menjangkau usia antara sembilan hingga dua belas tahun.

Malah, melalui kajian yang dilakukan oleh Warwick Castle, ramai orang dewasa turut sama mengalaminya. Mereka mendapati 10 peratus atau kira-kira lima juta orang dewasa di England tidak mahu ditinggalkan bersendirian dalam gelap.

Angka tersebut sangat mengejutkan, apatah lagi 25 peratus daripada responden mengaku mempunyai perasaan itu sejak kecil.

Perasaan tersebut terbawa-bawa sehinggalah dewasa, dimana mereka tidak boleh tidur kecuali bertemankan lampu meja sepanjang malam.

Dalam penyelidikan itu turut mendapati, hampir 60 peratus responden mengakut tidak mematikan lampu ketika keluar dari rumah kerana takut dengan keadaan rumah yang gelap dan sunyi apabila pulang daripada kerja.

Lebih mengejutkan, 20 peratus responden dewasa sering mengalami panik luar biasa apabila lampu padam secara tiba-tiba.

Warwick Castle berpendapat, ramai orang takut pada keadaan gelap kerana mereka pernah mengalami kejadian buruk. Namun tidak dinafikan juga kebanyakan rasa takut itu muncul atas sebab-sebab yang tidak logik, dimana fikiran telah memanipulasikan manusia untuk berasa takut.

Pendapat lain pula mengatakan, walaupun kebimbangan berakar umbi dari dalam jiwa manusia, hakikat sebenar ia bukan sepenuhnya datang daripada naluri.

Beberapa kes menunjukkan tabiat ibu bapa telah memberi kesan buruk terhadap anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa yang sering menakut-nakutkan anak pada sesuatu atau selalu bertindak balas dengan cara tidak menenangkan, anak-anak biasanya akan terikut-ikut dengan perasaan itu.

Dr. Christian Grillon dan rakan-rakannya dari National Institute of Mental Health, Amerika Syarikat, cuba memahami kesan kebimbangan atau ketakutan terutama dalam gelap. Kajian mereka telah diterbitkan dalam Jurnal Psikologi Biologi.

Menurut Dr. Christian, tikus sering dijadikan bahan uji kaji kerana memiliki genetik, sifat biologi dan perilaku yang mirip dengan manusia. Namun begitu, keduanya dilihat bertentangan dalam memberi tindak balas terhadap cahaya dan kegelapan.

Tikus menurutnya, adalah satu spesis haiwan aktif pada waktu malam menyebabkan ia secara semula jadi takut pada persekitaran terang. Jadi, jika mahu menakutkan tikus, suluhkan lampu padanya.

Berbeza pula dengan manusia kerana kita adalah diurnal. Maksudnya, kita menghabiskan sebahagian besar masa dengan melakukan aktiviti pada waktu siang atau terang berbanding dalam keadaan gelap.

Oleh itu kata Dr. Christian lagi, jika mahu menakutkan manusia, hanya perlu memadamkan lampu.

Dr. Christian dan pasukannya kemudian cuba menguji teori mereka ini. Seramai 20 orang sukarelawan dikumpul dan mereka dibiarkan berehat untuk seketika.

Ketika berehat, tekanan darah, tahap kortisol, dalam air liur dan peluh diukur beberapa kali. Dua puluh minit selepas ujian tekanan, bunyi letupan kuat diperdengarkan kepada responden.

Tekanan bunyi tadi memberi kesan ketakutan yang luar biasa kepada responden, terutama dalam keadaan gelap.

Pendek kata, tiada siapa boleh menghindari kegelapan kerana kita akan menemuinya pada setiap hari.

Jadi, kalau masih lagi takut, berusahalah untuk mengatasinya dengan cara yang rasional.

BACA INI JUGA: 10 Stesen Kereta Api Berhantu Di Dunia!

-SENTIASAPANAS.COM

4 comments

  1. alamak SP tak dapat bernafas jika terusan gelap..makan minum macam mana kan hehehe

    ReplyDelete
  2. serius aiza memang takut gelap..

    ReplyDelete
  3. Tengok keadaanlah kat mana gelap tu.. klu kat rumah sedap tido kot.. tapi klu kat area2 tertentu macam kubur ke memang suspen hehee... :D

    ReplyDelete
  4. Saya lebih selesa kalau tidur dalam gelap. :)

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon