Sep 20, 2015

5 Sebab Kenapa Negara Ini Terbaik Di Dunia

Pernahkah anda mengimpikan untuk berasa aman dan tidak risau diganggu jika jalan berseorangan ketika pulang daripada kerja lewat malam?

Malangnya, perasaan itu pasti timbul apabila anda berada di negara sendiri, bukan? Jangan tipu diri anda jika keluar pada waktu siang pun anda sudah cukup berhati-hati.

Berpeluang pergi ke negara Jepun pasti membuatkan anda berasa begitu terkejut dan kagum dalam masa yang sama mengenai persekitaran di sini.

Tidak mahu bercakap panjang, kami beritahu 5 sebab kenapa kami merasakan Jepun merupakan negara yang cukup aman dan kadang-kala dirasakan lebih ‘Islam’ daripada negara yang kononnya digelar negara Islam. Bagaikan melihat Islam di negara bukan Islam.

1. Patuh

Patuh

Masyarakat di sini sangat patuh. Lintasan pejalan kaki yang hanya beberapa meter itu pun tidak akan dilintasi jika lampu isyarat pejalan kaki masih berwarna merah.

2. Bersih

Bersih

Kebersihan merupakan perkara yang seringkali menjadi punca dan bualan ramai. Ini memang tidak dapat dinafikan. Lebih menarik, pasar ikan pun tidak hanyir dan berbau sampai beberapa kilometer.

3. Masa

Masa

Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian. Tren di sini sangat tepat pada masanya!

4. Mesra dan tolong selagi boleh

Mesra

Jika anda minta tolong rakyat Jepun untuk menunjukkan jalan, silap-silap sampai anda betul-betul sampai mereka akan tunjukkan.

5. Layanan terhadap warga emas

Warga emas

Di sini, golongan berusia sememangnya mendapat perhatian daripada orang ramai. Malah, ketika di dalam tren, golongan muda sangat peka dengan sekeliling mereka. Susah nak cakap melainkan anda lihat sendiri.

Mungkin apa yang kami kongsikan ini merupakan perkara biasa yang anda dengar dan lihat tetapi apabila anda merasai sendiri pengalaman di Jepun, ia pastinya membuat anda tersangat kagum.

BACA INI JUGA: 10 Perkara Anda Perlu Tahu Mengenai Pengeboman Hiroshima dan Nagasaki

Sumber: Rotikaya.com

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

5 comments

Assalammualaikum... SP,

terima kasih kongsi info nie.. suka baca. Memang tak dinafikan Jepun negara yang bersih...

mselim3

Jepun mmg terkenal dgn warga yg displin kan... patut kita contohi yg baik dari masyarakatnya..

Bilalah negara kita nak menjadi seperti mereka. Nilai murni yg baik yg sebenarnya telah diajar dalam Islam.

Waalaikumsalam mSelim. Selamat membaca..:)

Malangnya ramai tidak amalkan..:(

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon