Aug 6, 2015

Derma Zionis, Punca Pembangkang Enggan Isytihar Dana Politik?

Rancangan konspirasi disusun pergerakan Zionis antarabangsa semakin menyerlah susulan laporan eksklusif Wall Street Journal secara berani menyerang Perdana Menteri, Najib Razak baru-baru ini.

DERMA

Akhbar terlaris di Amerika Syarikat (AS) itu sebenarnya dimiliki taikun Yahudi ternama, Rupert Murdoch dan menguasai pelbagai organisasi media terkenal bagi menghancurkan mana-mana pihak yang dianggap musuh.

Itu yang tersurat namun yang tersirat, tidak ramai tahu pemimpin pakatan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor turut menerima sumbangan daripada mereka secara tidak langsung tetapi dengan matlamat sama.

Perkara ini rupa-rupanya pernah didedahkan bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dan ia cuba dirahsiakan pembangkang bagi mengelak rakyat mengetahui cerita sebenar yang disembunyikan selama ini.

Apa yang pasti, ‘kemewahan’ pembangkang boleh dilihat setiap kali pilihan raya umum dan kecil sejak 2008 lalu apabila jentera kempen mereka begitu gah bergaya dengan bajet besar berbanding BN jauh ketinggalan zaman.

USAID

Ini diakui sendiri penganalisis politik prolifik dari AS, Nile Bowie yang sudah lama menetap di Kuala Lumpur serta pernah menyumbang artikel untuk pelbagai akhbar berpengaruh di Asia dan Rusia selain badan pemikir serantau.

Dalam satu tulisan yang disiarkan portal ternama Russia Today, beliau mendakwa pembangkang di Malaysia menerima lebih AS$1 juta (RM3.8 juta) setiap tahun daripada National Endowment for Democracy (NED).

Yayasan tersebut dibiayai kerajaan AS bagi menyokong dan melatih pembangkang di Malaysia yang diketahui amat rapat dengan kuasa besar dunia itu termasuk menjana operasi perang saraf menerusi media sosial popular.

NED bekerjasama dengan International Republican Institute (IRI) dipengerusikan oleh John McCain, tokoh politik AS era bekas presiden George Bush dan Ronald Reagan yang rapat dengan pentadbiran rejim Israel.

Anwar+Zionis [2]

Kedua-dua badan itu menyalurkan dana kepada pembangkang di Malaysia, sekali gus menyaksikan parti-parti anti-kerajaan jauh lebih mewah daripada BN sendiri yang masih amat lemah dari segi kedudukan kewangan.

Tidak hairanlah pembangkang di Malaysia amat kaya berbanding BN, malah ini boleh dilihat sendiri ketika kempen pilihan raya umum dan kecil apabila suasana jentera parti pun ketara berbeza ibarat langit dengan bumi.

Bowie dalam analisis itu berkata, selain NED dan IRI, kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor turut menerima dana daripada National Democratic Institute for International Affairs (NDI), sebuah lagi agensi kerajaan AS.

Ini diakui sendiri Tunku Abdul Aziz, yang pernah menjadi Presiden Transparency International – Malaysia; dan menjadi salah satu faktor kenapa beliau sanggup bertindak berani keluar daripada DAP beberapa tahun lalu.

Anwar+Zionis

Sambil menyifatkan NDI banyak membiayai beberapa siri rusuhan ganas anjuran Bersih dan disokong Open Society Institute diketuai laksawan, George Soros, rupa-rupanya pembangkang di Malaysia adalah tali barut Zionis.

Hakikatnya, itulah punca utama kenapa pembangkang sehingga kini enggan mengisytiharkan daripada sumber manakah dana politik mereka demi kepentingan siasah yang menjadikan matlamat boleh menghalalkan cara.

Sebaliknya mereka cuba pula mengalih perhatian dengan menghasut rakyat kononnya Perdana Menteri pun ada menerima dana berjumlah RM2.6 bilion daripada seorang laksawan Arab terkenal untuk tujuan politik BN.

Apa yang tidak diceritakan, mereka ‘cemburu’ tokoh Timur Tengah itu lebih percaya kepada Najib berbanding pembangkang di Malaysia demi memastikan BN kekal memerintah negara ini tanpa menghadapi masalah besar.

Atau mungkinkah ini agenda jahat Zionis mahu BN ‘tumbang’ pada pilihan raya umum akan datang bagi diambil alih pembangkang yang pro-Yahudi seterusnya membuka kedutaan Israel di Kuala Lumpur!

BACA INI JUGA: Freemason Dan Illuminati, Apa Sebenarnya Kumpulan Rahsia Ini?

Sumber: Mynewshub.cc

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

1 comments so far

Macam-macam berita sekarang... Takpelah janji aman... :p

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon