Friday, June 05, 2015

OLED, TV Paling Nipis Di Dunia, Boleh Digulung Macam Kertas!


Setelah berjaya memperkenalkan model televisyen paling nipis di dunia yang boleh dilekatkan di permukaan dinding macam wallpaper, LG bakal muncul lagi dengan model yang lebih canggih.

OLED TV [2]

Firma gergasi elektronik Korea Selatan itu dilapor akan mempamerkan set televisyen saiz kecil dengan skrin boleh digulung sehingga ukur lilit 3 sentimeter seumpama kertas tanpa menjejaskan langsung kualiti lapisan layar.

Ia masih lagi mengguna pakai teknologi televisyen keluaran LG sebelum ini iaitu OLED atau organic light-emitting diode yang dahulunya seumpama kertas dinding untuk ditampal pada ruang permukaan dinding rumah.

Kini teknologi OLED ini diubah suai agar boleh digulung, namun buat permulaan LG hanya mencipta skrin kecil berukuran 18 inci sebelum meningkatkan saiz TV super-tipis itu sehingga lebih 60 inci menjelang tahun 2017.

Prototaip model paling canggih tersebut yang ideanya sudah didedahkan kepada umum sejak tahun lalu; bakal dipamerkan menerusi persidangan Society for Information Display 2015 di Amerika Syarikat pada Ahad ini.

OLED dijangka menjadi model televisyen masa depan dan bulan lalu, LG melancarkan beberapa model yang menggunakan teknologi ini dengan saiz ukuran 55 inci yang tebalnya pula kurang daripada 1 milimeter.

Layar OLED menghasilkan cahaya sendiri sehingga tidak memerlukan bantuan backlight atau cahaya belakang seperti model televisyen skrin rata biasa sekali gus membolehkan LG menghasilkan televisyen super-tipis.

OLED TV

Setakat ini jenama elektronik besar seperti Samsung dan Sony juga telah menghasilkan TV skrin OLED namun, jumlah pengeluaran mereka pada waktu ini masih rendah menyebabkan harga produk menjadi relatif mahal.

Harga TV OLED 65 inci keluaran LG, misalnya mencecah AS$9,000 (RM33,300) tetapi syarikat itu yakin dengan masa depan teknologi tersebut sejajar dengan kecanggihan industri penyiaran dunia. — Agensi

BACA INI JUGA: Kenapa Pendigitalan RTM Bakal Tenggelamkan ASTRO!?

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon