May 13, 2015

Polis Buru Pesalah Trafik Enggan Bayar Saman

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan operasi waran tangkap bermula minggu depan, kata Ketua Trafik Polis Diraja Malaysia, Datuk Mohd. Fuad Abd. Latiff.

Trafik-Saman

Menurut beliau, operasi itu terpaksa dilakukan kerana terdapat sebilangan besar pesalah trafik enggan menyelesaikan waran tangkap dan saman-saman mereka.

“Saya menasihatkan golongan ini supaya berfikir bijak dengan mengambil peluang yang kami beri untuk menyemak dan membayar saman-saman mereka.

“Bermula minggu depan, pegawai dan anggota cawangan trafik akan mengesan dan menangkap pesalah-pesalah trafik yang masih mempunyai waran tangkap,” katanya dalam satu kenyataan yang diedarkan oleh Pusat Media PDRM.

Justeru, Mohd. Fuad memberi amaran kepada pesalah trafik terbabit supaya segera menyelesaikan saman mereka untuk mengelak mereka dibawah ke mahkamah.

Katanya, pesalah trafik juga diminta memberi kerjasama penuh ke atas prosedur tangkapan yang akan dibuat termasuk tindakan menggunakan gari ke atas mereka.

Sehubungan itu, beliau meminta pesalah trafik mengambil peluang untuk membayar saman-saman mereka sebelum tempoh tiga hari ini berakhir.

“Pilihan untuk membayar atau tidak adalah hak setiap individu dalam tempoh tiga hari ini. Mulai minggu depan, pilihan ini sudah tidak ada lagi,” katanya.

BACA INI JUGA: Apa itu Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA) 2015

Sumber: Mynewshub.cc

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

2 comments

Sudah tiba masanya bayar saman trafik tertunggak .....

Bayar jngn tak bayar.. tak pasal2 nati makan nasi bungkus lokap huhu.. :D

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon