Sunday, April 05, 2015

Panduan Permohonan Bantuan Baitulmal MAIWP Secara Online


Permohonan Bantuan Baitulmal MAIWP Online. Orang ramai yang hilang pekerjaan dan punca pendapatan ekoran kelembapan ekonomi atau banyak lagi bantuan yang boleh dirujuk di MAIWP, boleh meminta bantuan zakat menerusi Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Baitulmal MAIWP

Bantuan zakat akan disalurkan kepada sesiapa sahaja yang layak menerima mengikut syarak termasuk orang yang kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan.

Bagaimanapun bantuan tersebut terhad kepada mereka yang tidak mempunyai tabungan semasa, simpanan pelaburan atau sudah tergolong dalam golongan miskin tegar akibat hilang pekerjaan dan punca pendapatan.

Selain itu, pemberian zakat Baitulmal juga bergantung kepada tanggungan keluarga, tahap kesihatan dan tidak menerima mana-mana bantuan lain mengikut syarak.

Bantuan diberikan dalam bentuk wang tunai di antara RM200 hingga RM1,000 sebulan mengikut perkiraan pegawai Baitulmal MAIWP yang merangkumi bantuan untuk keperluan asas seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, persekolahan anak- anak dan pengangkutan.

Permohonan Bantuan Baitulmal MAIWP Online

Cara-cara permohonan Baitulmal MAIWP:
  1. Lengkapkan borang permohonan dengan butiran yang diperlukan (tidak perlu tandatangan sokongan mana-mana pemimpin).
  2. Sertakan dokumen lampiran yang diperlukan (tidak perlu apa-apa cop pengesahan).
  3. Hantar borang permohonan lengkap ke mana-mana cawangan kami yang berhampiran samada secara pos atau hantar tangan (dicadangkan sebaiknya hantar tangan kerana boleh terus ditemuduga, jadi permohonan akan lebih cepat diproses).

Layari link di bawah untuk melihat syarat-syarat permohonan, dokumen lampiran yang diperlukan dan borang permohonan.

http://www.maiwp.gov.my/i/index.php/perkhidmatan-kami/agihan-zakat

Jika semua permohonan lengkap dan tiada masalah, keputusan permohonan akan diperolehi dalam tempoh 5-7 hari bekerja.

Makluman permohonan di atas adalah untuk warga Wilayah Persekutuan. Bagi negeri-negeri lain, anda boleh rujuk kepada Baitulmal di negeri dimana tuan/puan bermastautin.

BACA INI JUGA: "Yang Baik Itu Tidak Semestinya Baik"

Sumber: Rossacalla.blogspot.com

13 comments

  1. Jangan orang menipu status udah...
    Senanglah lepas nie bg sesiapa yang nak mohon

    ReplyDelete
  2. Memudahkan buat sesiapa jua yg layak utk mendapatkan pembelaan.. syukurlah...

    ReplyDelete
  3. Assalmmualikum..bolh sy tnya skit...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum. Suami saya dipenjara, boleh kah saya memohon bantuan ? Caranya bagaimana ? Saya tidak bekerja dan mempunyai 4 orang anak. Mohon tunjuk ajar. Terima kasih.

    ReplyDelete
  5. Saya MUHAMMAD AHLAM FIRDAUS BIN ABDULLAH CHEK merupakan seorang pelajar malaysia yang sedang menuntut pengajian saya di UNIVERSITAS ISLAM NEGERI MEDAN SUMATERA UTARA INDONESIA dalam bidang syariah islamiyah.

    Saya ingin membuat sedikit permohonan kepada pihak tuan/puan/encik/cik/datuk/datin untuk membantu saya dalam menyelesaikan beberapa masalah yang saya hadapi disini.

    Ini kerana saya tidak lah mendapat mana2 tajaan,biasiswa mahupun pinjaman,memandangkan kos sara hidup sekarang amatlah tinggi.

    Bapa saya seorang jaga keselamatan di sebuah kilang papan,manakalah ibu saya suri rumah sepenuh masa,gaji bapa saya tidak cukup untuk menampung 7 adik beradik saya yang masih di bangku persekolahan,dulu bapa saya menanggung 8 adik beradik saya ini kerana abang saya baru sahaja pergi meninggal kan kami sekeluarga pada bulan lepas akibat menghidap penyakit kanser tulang tahap 4.

    Saya mengharap kan jasa baik tuan / puan / encik / cik/datuk/datin untuk membantu saya dalam mènyelesaikan beberapa masalah yang saya hadapi sekarang,pengajian saya sepatut nya di tamatkan dalam bulan lepas,aakan tetapi saya pulang untuk menjaga abang saya di hospital sehinggalah nafas dia yang terakhir

    Saya memohon agar pihak tuan / puan / encik / cik /datuk /datin dapat membantu saya dengan segera jika diberi sebagai pinjaman saya tidak mengapa,saya akan tetap membayar kembali dengan kadar segera.
    0196135660

    ReplyDelete
  6. Salam sya rashid dari ampang selangor
    Sya penah minta bantuan dari pusat selangor ampang.tapi gagal²sebab belum ada anak lagi.. tak boleh buat bantuan bulanan..? Sebab sya minta bantuan bulanan sebab sya tak boleh berkeja smpi bila² sya sakit buah pinggang tahap 5,skng ni yg jaga sya isteri sya
    Isteri sya bukan org Malaysia,org Indonesia gaji bukan besar sgt. Sekali lagi sya mohd rashid bin sha'ari ingin minta bantuan dari pusat zakat selangor.. Cll sya 0122631173 dh 4tahun sya tak berkeja sya tak tahu nak minta tolong dgn sapa lagi.. Sya Anak jati selangor umur sya skng 37tahun sya minta pihak zakat pertimpangkan rasa terhadap sya..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum
    Ada tak sapa2 boleh tolong sya..sy kesempitan skarang..tengah sarat ngandung anak no4 suami bru ja kna buang keja dan kena halau dri rumah..skrg sy perlukan rumah dan persiapan besalin.saya x tahu mana nk cri duit untuk deposit rumah..
    0199095125

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum semua.....
    Sy knalkn diri sy dulu ya ...
    Nama larih sy ragu a/l krishna moorthy
    Lepas sy masuk agam islam nama sy sekrg Abdul Nasir Ragu bin Abdullah...Sy masuk agam islam dh 3thu dh ...so bila sy masuk islam family sy buang sy xnk sy dh 3thu ...tpi sy tak benar minta pn tolong ke atau pembantu pn.....sekrg betul2 sy minta tlng dgn uorg sbb kedaan sy dh jadi camtu...sekrg sy mkn sehri sekli pn mmg susak sgt xda siap2 utk sy ....Ya Allah ya ku ...psl dia jah sy smpi sekrg susak sgt pn blh hidup...sy krja pn xda bkn sy malas krja masa sy bwh motor tanggar kereta batal kaki sy so mmg susak sy krja tpi paska juga sy cri krja pn x dpt....sy minta tolong jah dgn uorang ...apa uorang blh tolong sy ...921216105765 in no ic sy...543Ablock 2 sri pahang flat bukit bangsar in alamat rumah sy ...sy betul dan jujur minta tolong tu psl sy bgi detil sy...0109729564 in no handphone sy...klu sy msj apa2 slh maafkn sy ya....
    Assalamualaikum semua sahabat2 sy

    ReplyDelete
  9. Sy tunggu utk uorang punya tolong jah...minta minta tolong ya

    ReplyDelete
  10. Tolong la siapa-siapa yang sudi.

    ReplyDelete
  11. assalammualaikum,suami saya dijatuh hukum selama 5 tahun dipenjara kajang. saya tidak berkerja dan mempunyai 3 org anak masih bersekolah dan seorg berumur 2 tahun 9 bulan dan saya tidak berkerja.bolehkah saya meminta bantuan dari baitulmal?

    ReplyDelete
  12. Macam mana cara nak mohon bantuan dalam online saya nak minta bantuan seperti susu Pampers anak saya dua orang dan sedikit barangan dapur.saya peniaga kecil yang terjejas disebabkan covid19....keadaan sekarang memberikan saya tekanan dan menyebabkan pendapatan saya perbelanjaan saya terjejas.dengan menanggung hutang orang tidak mampu melunaskan lagi semua hutang..harap² dgn izin Allah ada yang sudi membantu saya dan keluarga dlm keadaan kesempitan skrg saya terpaksa meminta minta...mohon simpati dan doakan yg terbaik untuk saya dan keluarga.

    Saya tinggal no tel 0138314166 saya Faizul Izwan dari Yan Kedah

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon