Jan 26, 2015

Senarai Barangan Yang Dikenakan Cukai GST 2015

Seperti yang pengguna Malaysia sedia maklum, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST 2015) dengan kadar enam peratus akan menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bermula bulan April 2015.

GST-2015

Sebelum ini ada barangan yang dikenakan cukai SST 10 peratus yang dimasukkan dalam harga jualan. GST dengan kadar enam peratusakan menjadikan beberapa barangan pengguna ini dijangka lebih murah.

Antara barangan yang di jangka akan turun selepas pengenalan GST 2015 adalah:
  • Harga set televisyen
  • Peti sejuk
  • Pendingin hawa
  • Seterika
  • Pengering rambut
  • Lampin
  • Minuman ringan

Berikut pula antara barangan yang mungkin naik harga disebabkan ianya tidak dikenakan cukai sebelum ini:
  • Komputer
  • Komputer riba
  • iPad
  • Telefon bimbit
  • Jam tangan
  • Barangan kosmetik termasuk gincu dan pengilat kuku

Tidak akan ada GST untuk makanan keperluan seperti:
  • Ayam
  • Daging lembu
  • Daging kambing
  • Ikan
  • Itik
  • Ikan
  • Telur
  • Ikan bilis
  • Beras
  • Roti
  • Sayur-sayuran segar dan buah-buahan
  • Minyak kelapa
  • Minyak masak kacang tanah
  • Minyak kelapa
  • Susu bayi
  • Petrol RON95 dan diesel
  • Tol
  • Pengangkutan awam

Barangan makanan bukan keperluan walau bagaimanapun dikenakan GST seperti:
  • Sos tomato
  • Sos cili
  • Sos tiram
  • Mi cawan
  • Tempe
  • Keju
  • Marjerin
  • Telur puyuh
  • Minyak jagung
  • Minyak zaitun
  • Biskut
  • Donat
  • Croissant coklat

Jabatan Kastam telah mengeluarkan sebuah buku dengan menyenaraikan barangan yang dikenakan cukai dan tidak dikenakan cukai dan ia boleh dimuat turun dari laman web di SINI.

BACA INI JUGA: Senarai Barangan Yang Dikecualikan GST

Sumber:
http://rossacalla.blogspot.com/2015/01/panduan-senarai-barang-kena-gst-2015.html

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

24 comments

Haa....jenuh nak ingat semua senarai ni.
Walhasil bayar jelah. Nak lari ikut mana pun tak boleh sekarang ni.

kena rancang siap2 ni barang pe nak bli...takut banyak yg kna bayar lebih...

Tidak yakin akan barangan tanpa GST tu tidak akan naik harga... Kita tunggu dan lihat.

Nanti akn ada barang yg akn naik gila2 .. tunggu dn lihat ..inilah peluang pd peniaga utk cari untung lebih ..
GST buka peluang utk peniaga cekik rakyat ..

WOI..!!!! menteri2 semua.. ko menjawab la nanti..!!! baik ko turunkan harga keperluan semua... ko naikkan harga ARAK n ROKOK n TIKET MASUK PUB CLUBBING, PUSAT JUDI KAT GENTING kat MALAYSIA ni ....ko naikkan la sampai RM800 sebotol, 8JUTA tiket clubbing, 200sekotak rokok pun tak pa WOI..!!!!!

Karang ko menjawab karang..!!!! AKU JUST PESAN JAAAA..

GST oh gst....masih kurang faham lagi lah pasal gst ni

Daripada ko bising kat sini... Better ko GI mengadap face to face dgn pak menteri tu.. Baru betul

tak terkejar nak beli phone ... adeh .

jangan salahkan peniaga dalam hal gst ni ini adalah duit untuk membangunkan negara ,kami yang nak melaksanakan gst ni lagi rasa terbeban dah untung makin ciput lepas ni bertambah kerja dan pekerja yang di bayar gaji sebab nak buat gst tu semua kos korang apa tau , kami ni kalau tak dibayar dengan customer tetap kami kena bayar dengan kerajaan 6% korang apa tau sebab korang tak berniaga , yang untung bukan peniaga la .... kerajaan

tempe pun kna gst? sos tu bkn keperluan harian? the fuck la. ridiculous

jap..jap..gua salin kejap.

hey korang nak tahu kelas takeowando pun kena gst kah. sebelum ni saya bayar 20.00 sebulan sekarang kena naik sampai 50.00. ilmu pun ada gst keh. siapa nak tolong......

baguslah brg naik.malaysia smakin teruk dah...

GST = Gua Sendiri Tertipu

Tau takpe...kalau tak laksanakan GST...tiada yang untung dan tiada yg rugi kan..kan..kan...

GST akan gantikan SST tp betul ke SST dh xde ti.... Haisshhh, xpaham la GST ape kebendenya.....

x jelas sgt lagi pasal GST ni,tapi rasa terbeban dengan kos sara hidup sekarang ni.

Senang cerita lepas nie ramai2 undi pembangkang ....... masih ada kedai yg guna servis charge 10% masa sama gst 6% nie baru what the fuck......nak jumpa face to face ngan menteri.....boleh ker rakyat biasa jumpa tanpa protocol......masa samy vellu dulu best siap bagi nombor peribadi hahahhahahaha menteri skrg mana ada telur nak bagi takut kena maki

Kalau ikut kadar gst sebenar tak terbeban sebab 5% dan 10% di mansuhkan....kita cuma bayar 6% sahaja....... tapi ada kedai naik kan harga dan pada masa sama charge 6%..... dan masih ada yang charge 10% service charge dan 6% gst= 16% in total 《《《《《 nie yang tak betul kalau ikut 6% ok fair and square

kalau di Indonesia namanya PPN ya? hmmm maklum..beda negara.. hehe.. saya kurang paham :D

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon