Dec 9, 2014

Kuala Lumpur Tersenarai 7 Bandaraya Ajaib Dunia

7 Wonder Cities. New7Wonders 2014. Berita Kuala Lumpur diiktiraf di antara tujuh bandar terbaik dan ajaib di seluruh dunia oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), New7Wonders pastinya menjadi kebanggaan kita sebagai rakyat Malaysia.

7 Wonder Cities 2014 - Kuala Lumpur

Kuala Lumpur telah disenaraikan di antara tujuh bandar paling terbaik di seluruh dunia termasuk Beirut (Lebanon), Doha (Qatar), Havana (Cuba), La Paz (Bolivia), Durban (Afrika Selatan) dan Vigan (Filipina) oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), New7Wonders.

Pemilihan bandar-bandar itu ditentukan menerusi sistem undian yang diadakan di Dubai, baru-baru ini.

Presiden New7Wonders, Bernard Weber berkata, kempen ini telah bermula sejak 2011, melibatkan penyertaan 1,200 pencalonan daripada 220 negara dari seluruh dunia.

Senarai panel yang mengetuai undian itu adalah terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang berkaitan termasuk bekas Ketua Kesatuan Pendidikan, Saintifik dan Budaya, Bangsa-Bangsa Bersatu, Profesor Federico Mayor dan arkitek berpengalaman, Zaha Hadid yang turut terlibat dalam pemilihan 28 bandar yang menjadi calon finalis, dipilih sejak Oktober tahun lalu.

Menurutnya, keputusan undian adalah berdasarkan pendedahan di media sosial serta undian melalui komunikasi telefon.

“Selepas itu bandar-bandar yang terpilih ini akan dilawati terlebih dahulu sebelum diiktiraf bandar terbaik di dunia. Sebaik proses pengesahan dilakukan, New7Wonders kemudiannya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bandar-bandar itu untuk majlis pengiktirafan yang akan diadakan nanti,” katanya.



SENARAI SEMUA BANDAR YANG DICALONKAN



Sumber: Mynewshub.cc

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

13 comments

Tapi KL ni pun antara bandar kadar jenayah yang tertinggi.. huhu..

Tapi KL memang thorbaik.. hehe..

As'salam SP memang betul tu KL memang hebat ..ada dah ke KL nak lagi ke sana nnati..Puterajaya pun sangat menarik..memang menjadi daya tarikan pelancong..cantik gambar

Etuza terpesona lah .SP hebat memang terbaik Malaysia Boleh

Pengiktirafan 7 NewWonder sgt mengembirakan kita...tapi kadar jenayah yang semakin meningkat di KL pun perlu dibendung secepat mungkin agar tidak berleluasa kepada tahap lebih teruk lagi...

mudah2n pengiktirafan tu jadikan malaysia lbh baik ...

Memang layak kuala lumpur jadi bandaraya terbaik dunia...harap semakin pemes malaysia lepas ni.. :)

Ini bermakna mcm2 hal yg ada kat KL ni tak lah seteruk yg ada di bandar2 besar lain kot... bahuslah. Sebagai warga kl & malaysia, saya turut berbangga...

Teruja dan bangga. Bila dah diiktiraf, pasti jadi tumpuan dunia maka kelemahan dan kekurangan KL perlu ditangani segera!

no comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon