Thursday, November 13, 2014

Terima Dan Iktiraf Mak Nyah Dua Perkara Berbeza


Rasa ‘lembik-lembik’ badan penulis bila baca luahan golongan pondan ini yang mendakwa dianiaya agama mereka sendiri (dia nak kata Islam la tu). Kononnya masyarakat sudah boleh menerima golongan tersebut tapi agama masih menindas golongan keliru jantina macam mereka.

Mr Bean Pondan
Gambar hiasan.

Untuk menjelaskan ini (penerimaan masyarakat), penulis nak bercakap dari sudut orang kebanyakan; kategori yang ke tengah pun tidak, ke atas pun tidak tapi pada usia sekarang, rasanya layak nak bercakap bagi pihak ‘masyarakat’ yang dikatakan sudah menerima pondan ini semua

Ya, penulis akui, hari ini memang ada di kalangan masyarakat; Melayu terutamanya, yang menerima kehadiran pondan-pondan ni lebih-lebih lagi dalam bab-bab andam mengandam, solek menyolek dan sebagainya.

Menurut pengalaman penulis bergaul dengan tuan rumah atau pengantin yang menggunakan khidmat mak andam jantan ini, kata mereka elok guna khidmat pondan sebab mereka tak macam jurusolek perempuan – dalam cari makan mencantikkan orang lain pun, ada tersimpan cemburu bila tengok perempuan lain cantik dari dia. Jadi servis tu tak 100%.

Pondan pulak kata mereka, tak begitu. Dia bagi all out punya servis, takde tahan-tahan, takde cemburu-cemburu macam mak andam perempuan.

Begitu juga dari beratus kursus yang pernah penulis hadiri, ada satu kursus dimana salah seorang urusetianya ialah pondan. Dalam kes macam ini takde pilihanlah, urusetia saja pun, bukan pengajar. Tak bolehlah kata ‘masyarakat’ yang hadir kursus itu menerima pondan ini, kalau boleh kita pun taknak.

Lagipun seperti yang dijelaskan, beratus-ratus kursus, satu saja dimana pondan terlibat, fikirlah sendiri apa maksudnya tu.

Tapi lain halnya dengan mengikiraf kewujudan pondan-pondan ini semua.

Iktiraf maksudnya menerima mereka sama macam orang lain. Itu susahlah. Bukan isunya diskriminasi, tapi macam pelik duduk celah-celah sotong ni sebab kita tahu kepura-puraan tu dari atas ke bawah, 24 jam sehari semalam. Pura-puralah tu, suara garau, dilembutkan, tangan kasar, dihaluskan, dada bidang, ‘dibukitkan’ – faham sajalah maksud tu.

Tak payah banyak cakaplah, tanya diri masing-masing, kalau boleh nak ke anak jantan kita jadi pondan atau bercinta dengan pondan? Penulis yakin majoriti besar jawapannya tak, termasuklah mereka-mereka yang buat keputusan kata lelaki berwatakan wanita ini tak patut ditangkap.

Semua ini saja membuktikan, penerimaan masyarakat sana sikit, sini sikit itu bukan bermaksud golongan pondan ini sudah layak diiktiraf sebagai sebahagian daripada struktur orang kita. Sumber: Mykmu.net

Alasan penghakiman Mahkamah Rayuan buka jalan kahwin sejenis

Tun Abdul Hamid Mohamad

Alasan penghakiman Mahkamah Rayuan yang memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan amat luas impikasinya termasuk membuka jalan untuk membenarkan perkahwinan sejenis, kata bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad.

Tun Abdul Hamid berkata alasan-alasan yang diberikan mahkamah itu juga menyebabkan hukum syarak akan sentiasa terdedah kepada kemungkinan diisytiharkan tidak sah.

“Alasan penghakiman tersebut memberi implikasi apabila sesuatu hukum syarak boleh diisytiharkan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan berdasarkan tafsiran yang liberal seperti yang diberi oleh mahkamah di negara-negara sekular.

“Apabila hukum syarak diukur dengan nilai liberal hak asasi ala-Barat dan apabila hukum syarak boleh dicabar atas alasan ia tidak munasabah kepada seseorang Hakim, termasuk yang bukan Islam, maka hukum syarak akan sentiasa terdedah kepada kemungkinan diisytiharkan tidak sah,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi e-mel yang dihantar kepada Bernama bagi memberi pandangan berhubung keputusan panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus yang sebulat suara membenarkan rayuan dikemukakan tiga jurumekap pengantin, Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26, Syukor Jani, 28, dan Wan Fairol Wan Ismail,30, untuk mengisytiharkan Seksyen 66 adalah tidak sah di sisi perlembagaan dan undang-undang.

“Apa yang merisaukan saya ialah alasan-alasan yang diberi untuk mengisytihar Seksyen 66 itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Mereka mengabaikan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf kesalahan terhadap suruhan agama Islam.

“Bagi saya, jika mereka menerima bahawa kesalahan itu adalah kesalahan terhadap suruhan agama Islam (sebenarnya mereka terima kedudukan itu), maka sepatutnya mereka mengesahkan bahawa peruntukan itu sah di sisi Perlembagaan. Ini kerana Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Badan Perundangan Negeri untuk membuat undang-undang itu,” katanya.

Tambah beliau, sebaliknya hakim tersebut merujuk kepada peruntukan-peruntukan lain seperti penghakiman Mahkamah Agung Amerika Syarikat dan India sedangkan perlembagaan negara tersebut tidak sama seperti Malaysia.

“Perlembagaan mereka tidak ada peruntukan-peruntukan mengenai agama Islam seperti yang ada dalam Perlembagaan kita. Nilai-nilai mereka tidak sama dengan nilai kita. Hakim-hakim itu juga nampaknya sangat terpengaruh dengan tafsiran hak asasi manusia ala-Barat. Akibatnya, mereka memberi tafsiran yang sangat liberal mengenai peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan,” katanya.

Abdul Hamid berkata, berdasarkan alasan penghakiman yang sama, undang-undang yang membenarkan seorang lelaki Islam berkahwin lebih daripada satu; undang-undang yang menjadikan kesalahan jika seorang Islam tidak membayar zakat; kesalahan meminum minuman yang memabukkan; kesalahan zina dan liwat dan lain-lain juga, boleh diisytiharkan tidak sah.

“Malah penghakiman ini membuka jalan untuk membenarkan perkahwinan sejenis. Nampaknya apa yang saya khuatir akan berlaku telah mula berlaku,” kata beliau.

Abdul Hamid berkata setelah membaca penghakiman ringkas dalam kes tersebut beliau mendapati bahawa peruntukan Seksyen 66 itu tidak sah bukan kerana ia ‘undang-undang jenayah’ yang terletak di bawah bidang kuasa Persekutuan tetapi kerana ia melanggar Perkara 5(1)(kebebasan diri), 8(1) (kesamarataan), 8(2) (diskriminasi), 9(2) (kebebasan bergerak) dan 10(1)(a) (kebebasan bercakap dan bersuara).

Seksyen 66 enakmen itu memperuntukkan bahawa adalah suatu kesalahan apabila lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di tempat awam dan jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM1,000 atau penjara, tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Pada 7 Nov lalu, Mahkamah Rayuan memutuskan Seksyen 66 tersebut adalah tidak sah di sisi perlembagaan kerana ia mendiskriminasi lelaki Islam yang menghidapi masalah kecelaruan identiti jantina (GID).

Dalam penghakiman ringkas setebal 33 muka surat itu, Hakim Mohd Hishamudin berkata, penguatkuasaan Seksyen 66 itu akan meletakkan perayu-perayu yang mengalami GID terus hidup dalam ketidakpastian, kesengsaraan dan rasa malu.

“Seksyen 66 secara langsung menjejaskan hak perayu-perayu untuk hidup secara bermaruah seperti yang dijamin oleh Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan, dengan merampas hak mereka sebagai anggota masyarakat,” kata Hakim Mohd Hishamudin.

Sementara itu, Felo Utama Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof Madya Dr Shamrahayu Ab Aziz berkata satu pendekatan harmoni perlu diambil bagi menangani isu pertembungan peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Katanya pertembungan dalam peruntukan-peruntukan mampu menggugat prinsip-prinsip asas Perlembagaan Persekutuan.

“Dalam konteks transgender-lelaki Islam berpakaian seperti wanita yang tercetus di Negeri Sembilan baru-baru ini, peruntukan Perlembagaan Persekutuan berkaitan kuasa Dewan Undangan Negeri (DUN), Mahkamah Syariah serta pihak berkuasa agama perlu diharmonikan dengan jaminan kebebasan asasi,” katanya dalam sidang media di Persidangan Meja Bulat ‘Gender Dalam Kerangka Maqasid: Isu-Isu Falsafah dan Perundangan’ anjuran IKIM di sini.

Beliau berkata, kepentingan dan jaminan Perlembagaan Persekutuan terhadap kebebasan asasi tidak boleh dipersoalkan.

Namun, dalam masa yang sama Perlembagaan Persekutuan juga mengiktiraf kedudukan DUN yang mempunyai kuasa perundangan untuk menjatuhkan hukuman terhadap perbuatan yang melanggar perintah agama Islam.

“Perintah agama Islam termasuklah juga isu-isu berkaitan akhlak dan moral bagi orang Islam. Hal berkaitan pakaian adalah antara isu penting dalam ajaran dan perintah agama Islam yang mana terdapat prinsip yang jelas dalam hadis-hadis berkaitan tatasusila pakaian Muslim. Seorang lelaki tidak boleh menyerupai wanita dan begitulah sebaliknya,” katanya. -Bernama

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

11 comments

  1. ehhh edas menakutkan tuh bencong wkwkwk

    ReplyDelete
  2. Makhluk paling menyeramkan di dunia..hehe

    ReplyDelete
  3. harap boleh selesai isu ni dengan cara yg baik. satu malaysia terperanjat ni,

    ReplyDelete
  4. Mak oiii.. Badan memang sasa sebab jantan tapi ada hati nak jadi pompuan. Ermmm...cuba bersihkan hati tu dulu.
    Kalau pakai pun dah dedah sana sini apa nak jadi?
    Kalau.betul type ni nak salahkan agama..
    Ada tak depa pikir yang kalau nak jadi pompuan aurat yang nak kene tutup tu tang mana ke mana?
    Kalau tengok pakaian Nauzubillah, melebihi jantan..Baik jadi laki je lah sebab just tutup aurat pusat ke lutut.

    ReplyDelete
  5. Kawan sekolah saya dulu pun ada sorang dah jadi pondan. Nama je skolah agama. Nauzubillah dari perkara sebegini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian juga sebenarnya dengan golongan ni, ujian yang sangat besar untuk dihadapi..

      Delete
  6. tgk gambar kat atas tuh..adoyaiii, badan dah sado tapi hurmmm

    ReplyDelete
  7. Bijak mana pun tp klu tak menghormati hukum Allah.. menjawablah nanti hhmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hairan betullah dengan kaum ni. Macam langsung tiada pegangan agama..

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon