Wednesday, September 10, 2014

MH17: Pesawat Sah Ditembak Peluru Berpandu!


THE HAGUE - Pakar Belanda berkata, pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 pecah di udara selepas ditembusi oleh 'beberapa objek pada kelajuan tinggi'.

MH17-ditembak-peluru-berpandu

Laporan awal siasatan membabitkan nahas itu yang dikendalikan Lembaga Keselamatan Belanda berkata, 'tiada bukti teknikal atau kesilapan manusia'.

Kesemua 298 orang yang berada dalam pesawat itu terkorban apabila pesawat berkenaan terhempas dilaporkan dipercayai ditembak jatuh oleh pemberontak pro-Russia.

Pesawat itu dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di timur Ukraine.

Hasil laporan itu adalah berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada kotak hitam pesawat yang mengandungi data rakaman, kawalan trafik udara, imej satelit dan gambar dari tempat nahas untuk melengkapkan laporan berkenaan.

Mereka berkata, pesawat itu kemungkinan pecah di udara akibat daripada kerosakan struktur disebabkan oleh beberapa objek berkelajuan tinggi yang menembusi pesawat berkenaan dari luar.

Rakaman suara kokpit mendedahkan tiada tanda mengenai sebarang kesilapan teknikal atau situasi kecemasan, kata pakar penyiasat.

Pesawat Boeing 777 itu terhempas antara Krasni Luch di wilayah Luhansk dan Shakhtarsk, Donetsk pada 17 Julai lalu.

Kerajaan Ukraine dan beberapa pemimpin negara Barat berkata, terdapat bukti kukuh bahawa pemberontak pro-Russia yang menembak jatuh pesawat komersial berkenaan dengan sistem anti-pesawat dikenali sebagai BUK.

Bagaimanapun, pihak Russia menyangkal dakwaan bahawa mereka membekalkan sebarang senjata atau peluru berpandu kepada pemberontak itu.

Pakar dari United Kingdom, Australia, Malaysia Amerika Syarikat, Ukraine dan Russia bekerjasama menyiasat nahas berkenaan.

Lembaga Keselamatan Belanda berkata, laporan akhir berkaitan nahas MH17 dijangka dikeluarkan dalam tempoh setahun.-Berita Harian

Bukti

Gambar di bawah terkandung dalam laporan 34 muka surat yang dikeluarkan oleh Lembaga Keselamatan Belanda.

Ia jelas menyatakan bahawa tiada petunjuk bahawa nahas MH17 di timur Ukraine itu, yang mengorbankan kesemua 298 orang dalam pesawat, disebabkan kesilapan teknikal atau tindakan anak kapal.

Corak kerosakan yang dikesan pada fiuslaj depan dan bahagian kokpit pesawat tidak konsisten dengan kerosakan yang dijangkakan apabila mode, enjin atau sistem pesawat gagal berfungsi.

Hakikat bahawa banyak kepingan struktur pesawat bertaburan di kawasan yang luas menunjukkan bahawa pesawat berkecai di udara, kata lembaga itu.-Mynewshub.cc

MH17-ditembak-peluru-berpandu [2]
MH17-ditembak-peluru-berpandu [3]
MH17-ditembak-peluru-berpandu [4]
MH17-ditembak-peluru-berpandu [5]
MH17-ditembak-peluru-berpandu [6]

-SENTIASAPANAS.COM

6 comments

  1. Mmg nampak kesan tembakan tu kan... jelas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malangnya tiada apa yang mampu kita lakukan, negara kecil:(

      Delete
  2. Dari hari pertama kejadian pun pihak ukrain dan rusia dah mengaku yg pewawat tu telah ditembak... tapi masalahnya... SIAPA YANG TEMBAK... itu yg kita nak tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang penting, apa yang dunia mampu lakukan..

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon