Saturday, August 23, 2014

Pewaris Rahsia Ilmu 21 Puak Ninja Ban!


Seorang jurutera, Jinichi Kawakami, 63, mendedahkan dia merupakan pewaris 21 puak ninja Ban yang mempunyai sejarah kepahlawanan selama 500 tahun.

The-Last-Ninja

Semasa zaman silam, puak ninja adalah perisik yang menjalani latihan secara sulit. Kecekapan dan kebolehan bergerak pantas menjadikan ninja seorang pengintip yang dikagumi.

Selain itu, perkhidmatan mereka juga diperlukan dalam melindungi kawasan dan negara. Justeru, jangan terkejut jika mereka mampu membunuh musuh dengan pantas dan senyap.

Kebolehan itu menjadikan ninja sebagai pahlawan yang paling digeruni sejak 500 tahun dahulu.

Menurut Kawakami, dia mula menjalani latihan warisan ini sejak berusia enam tahun. Antara bentuk latihan yang sukar dan perlu dilalui adalah teknik menghilangkan diri dalam asap tebal, teknik pendengaran jarum di mana pelatih perlu melatih kemampuan pendengaran untuk mendengar dari jarak sejauh bilik sebelah.

Selain itu mereka juga perlu pantas menebas tekak musuh dengan sejenis pisau sebesar dua inci yang dikenali sebagai 'Bintang kematian'.

Teknik gerak gempur tanpa senjata merupakan sesuatu yang paling sukar untuk dipelajari berbanding teknik-teknik lain. Ini kerana, teknik gerak gempur ini yang menentukan kejayaan seseorang Ninja ketika melepaskan diri setelah selesai melakukan intipan.

Jinichi Kawakami
Jinichi Kawakami.

Jika tertangkap, mereka perlu mengorbankan diri sendiri supaya rahsia intipan tidak bocor.

Sebagai pewaris, Kawakami menganggap dirinya sebagai pengamal terakhir dan dia tidak berhasrat untuk menurunkan sebarang rahsia perguruan kepada mana-mana perintis.

Ini bermakna rahsia dan kemahiran tertentu seperti kemahiran potensi yang membawa maut tidak akan diajarkan dan ia akan berkubur bersamanya selepas dia meninggal dunia kelak.

Menurut Kawakami, seni dan teknik membunuh bukanlah sesuatu yang mudah pada zaman ini. Masyarakat dahulu dengan sekarang jauh berbeza. Semasa zaman kecilnya dulu, dia mempelajari pelbagai teknik yang sangat sukar seperti kemahiran membunuh secara senyap, menguji racun dan cara-cara membuat racun.

Selain itu, dia juga perlu menahan diri daripada makan dan minum selama beberapa hari demi menjaga rahsia perguruan 21 Ban.

Perguruan Kawakami bersama Tuan Masazo Ishida adalah sesuatu yang sangat berharga buat dirinya. Melalui Master Ishida, dia mengenali seni mempertahankan diri ninjutsu hinggalah terpilih untuk menjadi pewaris rahsia Ninja Puak 21 Ban.

Ninja-Fight
Gambar hiasan.

Seorang ninja harus tabah, berani dan pintar. Jadi mereka akan melalui pelbagai ujian seperti mendedahkan diri pada suhu panas melampau dan bermacam-macam perkara lagi yang tidak mungkin dilakukan oleh orang zaman sekarang.

Kini, Kawakami menghabiskan sebahagian besar masanya dengan melawat Muzium Ninja Iga-Ryu yang terletak 200 batu di Barat Daya Tokyo, Jepun.

-Sentiasapanas.com

2 comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon