Friday, August 22, 2014

iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger


iPhone 5s gajet impian setiap blogger. Kini peluang hebat terbuka untuk mendapatkan iPhone 5s percuma yang menjadi impian para blogger malah kepada peminat gadjet di seluruh dunia.

iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger

Untuk mendapatkan iPhone 5s percuma ini, anda haruslah terlebih dahulu memenangi kontes iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger.

Setiap blogger perlu menulis entri blog yang berkualiti kerana yang pasti, kontes ini merupakan satu cabaran besar buat blogger-blogger Malaysia dan Nusantara untuk menulis artikel dan entri terbaik sebelum memenangi hadiah gajet iPhone 5s yang menjadi kegilaan ramai saat ini.

Syarat Dan Cara Menyertai Kontes iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger

Siapapun mampu menang jika mengikuti 5 syarat mudah ini dengan betul.
  1. Menulis satu artikel paling kreatif mengikut cara penulisan blog yang betul dengan sekurang-kurangnya 300 patah perkataan.
  2. Wajib menyertakan backlinks kepada blog Denaihati.com.
  3. Menghantar entri selewat-lewatnya pada Ahad, 11.59PM, 24/8/2014.
  4. Wajib meletakan satu banner Denaihati.com di mana-mana posisi di blog peserta. Dan untuk pilihan banner Denaihati, bolehlah klik di SINI.
  5. Dan hendaklah menghantar entri cabaran iPhone 5s di SINI.

Jadi, siapa yang tak nak iPhone 5s percuma kan? Pasti sangat menyeronokkan apabila berjaya memenangi gajet impian ini tanpa mengeluarkan wang sesen pun dari saku sendiri mahupun pendapatan dari blog yang tak seberapa.

Penganjur Kontes iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger

Kontes cabaran iPhone 5s ini dianjurkan oleh blogger hebat Denaihati.com dan ditaja oleh rakan blogger lain yang sememangnya hebat-hebat belaka. Terima kasih diucapkan kepada penaja-penaja iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger di bawah ini.

Penaja Utama
  1. http://amariman.com

Penaja Individu
  1. http://ejamothman.com
  2. http://www.eridy.com
  3. http://www.hilalazmi.com
  4. http://eizil.com
  5. http://asamboi.my
  6. http://www.diarymama.com
  7. http://www.pendekarberkuda.org
  8. http://www.saji.my
  9. http://www.abangensem.com
  10. http://www.enveeus.com
  11. http://www.pakarniaga.com
  12. http://www.anarm.net
  13. http://www.daddydee.net
  14. http://www.sunshinekelly.com
  15. http://www.sweetkurma.com
  16. http://www.awn.my
  17. http://www.mawarmerah2008.com
  18. http://www.blogieta.com
  19. http://www.broframestone.com
  20. http://www.akmaomar.com
  21. http://www.khairilmazri.com
  22. http://wowberita.org
  23. https://www.facebook.com/japanbudgettrip
  24. http://www.ombakcreatives.com

Arwah Syuhada Baharudin (http://www.syuhada1981.com @ http://syuhadabaharudin.com) juga salah seorang penaja iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger. Bersama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah semoga tajaan ini menjadi sedekah yang terima oleh ALLAH.

Buat penganjur dan semua penaja iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger yang baik hati, hanya Allah yang mampu membalas kesudian dan keikhlasan anda semua. Semoga blog anda semua akan sentiasa popular dan menjadi keminatan ramai sampai bila-bila, Insyaallah. Amiin..

Kenapa iPhone 5s Menjadi Impian Saya?

Kata orang, tanpa iPhone 5s yang sememangnya sangat sesuai dan pantas khusus untuk berblog (menurut seorang rakan), apalah gunanya talian internet yang laju! Kan..

Walaupun saya bukanlah peminat gadjet (kerana kekangan bajet), malah tidak pernah pun menyentuh iPhone 5s (sumpah!), namun tiada salahnya mencuba. Mungkin penganjur Denaihati.com akan bermurah hati dengan menghadiahkan saya salah satu daripada 3 hadiah utama kontes iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger.

Kalau diberi peluang menjadi salah seorang pemenang, bolehlah menggantikan telefon bimbit Sony Ericsson saya yang sudah berusia hampir 4 tahun (bukan touch screen, main tekan butang), kesian kan..

Malah, saya juga boleh mengupdate blog serta melayari blog Denaihati.com serta penaja-penaja yang baik hati ini melalui hadiah kemenangan kontes iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger!!! Terujanya...

Dedikasi dan Terharunya Jika Menang iPhone 5s

Yang paling istimewanya, penyertaan iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger ini saya didedikasikan khas buat anak saya yang baru berusia 5 tahun. Dia pernah membuat satu permintaan yang membuatkan saya terkedu sehingga sekarang, "Ayah, belikan saya iPhone.." katanya dan saya hanya mampu memandang wajahnya yang sayu, dan wajah saya rasanya lebih sayu lagi..~air mata..

Maklumlah, sewaktu pelancaran iPhone 5s tahun lalu pun, harga iPhone 5s dikatakan terlalu mahal!

iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger [2]
Moga berjaya..:)

Saya pernah membelikannya smartphone murah jenama S, khusus untuk kanak-kanak (kata penjual tu la) ketika dia berusia 3 tahun lebih dan ajaibnya masih lagi diguna oleh anak saya sehingga sekarang! Dan mungkin sudah tiba masanya bagi si gadis comel ini merasakan sedikit sentuhan iPhone 5s..

Kalau menang kontes cabaran iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger ni, bolehlah dikongsi bersama anak kerana khabarnya skrin iPhone 5s tahan calar jadi tak perlulah risau sangat kan..

Kelebihan iPhone 5s

Sudah diperkatakan sejak sekian lama tentang kelebihan iPhone 5s, tapi maaflah saya tidak akan menerangkannya disini. Anda bolehlah menyemak keistimewaan gadjet ini di SINI.

Pemenang iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger

Jadi apa tunggu lagi, hantar penyertaan anda sebelum tarikh akhir. Kalau tak, mungkin impian anda di cabaran kontes iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger akan tercapai lebih awal, sebab impian memenangi iPhone 5S hanya tinggal impian..kah kah..

Apa pun, selamat berjaya diucapkan buat semua yang mengambil bahagian di cabaran kontes iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger..:)

Jangan lupa sokong ye.. SHARE kami dimana jua anda berada. Terima kasih.. :)

12 comments

  1. Memang teringin sangat nak dapatkan iPhone 5S tu, tapi tak reti nak tulis apa untuk memang contest.. selamat mencuba!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara blh kopi paste artikel saya tapi kena edit la jgn smpi 100% serupa. Siapa tau mungkin sama2 jd pemenang..:)

      Delete
  2. Semoga berjaya impian anda untuk mendapat sebuah iphone 5s. Tengah mencari idea nak tulis entri...teringin juga iphone 5s tu...hehe

    ReplyDelete
  3. Good luck SP...mana tau ada rezekikan...

    ReplyDelete
  4. Jom kita ramaikan, siapa tau mungkin ada rezeki..:)

    ReplyDelete
  5. billion terima kasih sudi sertai cabaran iPhone 5s gajet impian setiap blogger dan semuga sukses ke tugasan seterusnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih juga buat blogger DenaiHati diatas kesudian menganjurkan kontes hebat ni..:)

      Delete
  6. Salam kemerdekaan kali ke-57. Semoga terpilih ke cabaran seterusnya. Insya Allah... Moga ada rezeki untuk anda untuk impian miliki gadget canggih iPhone 5S.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kemerdekaan juga buat semua. Mudah2an ada rezeki buat semua..:)

      Delete
  7. Assalamualaikum... artikel kamu sungguh menarik. Semoga berpeluang ke cabaran seterusnya.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon