Thursday, June 12, 2014

Gambar Menjijikkan Kilang Memproses Mi Di China!


CHINA – Jika di Malaysia heboh dengan bihun istimewa cap masjid yang diproses dalam keadaan kotor, penduduk di China juga berdepan dengan keadaan sama.

jijik

Ia susulan pendedahan gambar menjijikkan di sebuah kilang memproses mi di bandar Dongguan.

Mi berkenaan bukan sahaja dibiarkan di atas lantai, malah ia turut dipijak sesuka hati oleh pekerjanya. Lebih jijik apabila ada pekerja yang terlelap seketika di atas mi terbabit sebelum ia dibungkus dan dijual kepada orang ramai.

Ia dihasilkan di kilang mi beras Tongcheng, dan kilang terbabit pernah berdepan dengan skandal kebersihan tahun lepas.

Pemiliknya sebelum ini memberi jaminan proses pembuatan mi itu akan menitik beratkan aspek kesihatan, namun ia sekadar janji.

Kilang bihun

Dia kini berdepan denda yang berat dan penjara kerana melanggar peraturan.

Jurucakap Jabatan Makanan dan Perubatan memaklumkan, gambar itu dirakamkan secara curi di kilang terbabit.

Ia menunjukkan pekerjanya menendangkan mi terbabit dengan kaki dan mereka berlegar di dalam kilang itu sambil memijak-mijak mi terbabit.

Kita tidak akan bertolak ansur dengan keadaan ini,’’ katanya.

Mudahnya nak tipu Melayu isu Halal

Kilang bihun cap masjid
Kilang bihun cap masjid yang kotor dan jijik.

Mudah saja nak tipu Melayu. Bagi peniaga bukan-Melayu mereka sudah pasti dah kaji psikologi Melayu yang merupakan pembeli terbesar di negara ini sebelum memasar barangan mereka. Bila dah tahu psikologi Melayu, mudahlah mempermainkan perasaan mereka.

Jika di depan orang Melayu diletakkan dua bungkusan barang, yang pertama cap masjid dan yang kedua cap rumah pangsa, psikologi Melayu akan lebih terarah untuk membeli barangan cap masjid.

Alasannya mudah saja: masjid tempat suci, pengeluar barang itu juga mesti orang Islam yang mementingkan kesucian.

Begitu juga jika diletakkan di depan orang Melayu dua bungkusan barang, yang pertama cap ketayap dan yang kedua cap topi besbol, rasanya psikologi Melayu lebih meminati barangan cap ketayap kerana ketayap lebih sinonim dengan Islam berbanding topi besbol.

Orang bukan Islam yang mengeluarkan barangan cap masjid dan cap ketayap, tentu ketawa dalam hati dengan 'kecerdikan' orang Melayu ini.

Orang Melayu pengeluar barangan cap rumah pangsa dan cap topi besbol pula tentu geleng kepala bila orang Melayu lebih minat membeli barangan keluaran bukan Islam yang belum tentu terjamin kehalalan, kebersihan dan kesuciannya.

Begitulah yang terjadi 2-3 hari ini bila heboh tentang bihun cap masjid yang diperintah tutup oleh DBKL kerana kilangnya yang sangat kotor dan jijik.

Pengeluar bihun cap masjid yang beroperasi di Jalan Ipoh ini bukan beragama Islam tapi dia pandai mengatur strategi dengan meletakkan masjid sebagai cap dagangannya yang pasti menarik belian orang-orang Melayu.

Seperti kata Persatuan Pengguna Islam Malaysia, orang Islam boleh buat pilihan sendiri sama ada mahu membeli produk bihun keluaran orang Islam atau bukan Islam.

Antara bihun keluaran syarikat yang dimiliki oleh orang Islam ialah bihun jenama Faiza, HPA, Jasmine dan Era.

Tepuk dada tanya selera.

BACA INI JUGA: Tips Dan Cara Membezakan Ais Bersih Atau Kotor

Sumber: Mycuteshoppe

1 comment

  1. Harap umat Islam Malaysia sedar dan perihatin tentang soal-soal begini kerana ia membabitkan soal keberstkesihatankesihatan.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon