Monday, June 02, 2014

Coklat Cadbury Di SAHKAN Tiada Unsur Babi Pula!


Dua produk coklat Cadbury iaitu Cadbury Dairy Milk Roast Almond dan Cadbury Dairy Milk Hazelnut disahkan tidak mempunyai DNA babi, dan halal dimakan.

Coklat Cadbury Di SAHKAN Tiada Unsur Babi Pula!

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, keputusan itu diperolehi selepas analisa yang dilakukan Jabatan Kimia di Petaling Jaya, Selangor iaitu makmal yang diakreditasi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk mengesan DNA babi.

"Kedua-dua produk yang dianalisa ini adalah daripada batch yang sama dan diambil terus dari kilang pengeluaran produk di Seksyen 16, Shah Alam, Selangor.

"Berdasarkan keputusan analisa di makmal Jabatan Kimia yang diterima pagi ini iaitu coklat Cadbury Dairy Milk Hazelnut batch 200813 MH1H12 dan batch 200813 MH01H12 dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan batch 221013N1R11 tidak mempunyai DNA babi," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Jamil berkata, pemeriksaan menyeluruh akan dibuat semula ke atas seluruh rantaian pengeluaran produk Cadbury Confectionary (M) Sdn Bhd merangkumi bahan mentah, aliran pemprosesan, penyimpanan dan peralatan bagi mmastikan syarikat benar-benar mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia. Sampel yang dianalisis oleh Kementerian Kesihatan sebelum ini sudah tercemar kerana ia tidak diambil terus dari kilang berkenaan.

Sebarang pertanyaan berhubung isu halal boleh menghubungi pegawai Hub Halal JAKIM di talian 03-88925048 (Nadia Zammil Md Nasir), 03-88925078 (Najibah Abdul Mutalib), 03-88925032 (Mazlina) dan 03-88925031 (Fakaruddin). -Hmetro

Arab Saudi Pula Uji Cadbury

Arab Saudi Pula Uji Cadbury

Jabatan Pemantauan Makanan dan Dadah Arab Saudi (SFDA) melakukan pemeriksaan secara rawak terhadap produk coklat jenama Cadbury di pasaran tempatan susulan kes makanan tersebut dicemari asid deoksiribonukliek (DNA) babi di Malaysia, baru-baru ini.

Arab Saudi menjadi negara kedua selepas Indonesia menjalankan ujian ke atas produk keluaran syarikat Mondelez International itu apabila pemeriksaan berkala yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan kewujudan DNA babi dalam produk Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond.

Portal berita Arab News yang memetik kenyataan Timbalan Pengerusi Eksekutif SFDA, Dr. Salah al-Maiman berkata, produk Cadbury yang dikilangkan di Malaysia tidak memasuki pasaran Arab Saudi kerana coklat yang dijual di pasaran tempatan diimport dari Mesir dan Britain.

Bagaimanapun katanya, SFDA akan mengambil langkah berjaga-jaga jika keputusan analisis oleh pihak makmal menunjukkan produk berkenaan mengandungi DNA babi.

“Saya meminta semua pelanggan melaporkan kepada pihak berkuasa jika mereka membeli atau terjumpa produk Cadbury Dairy Milk Hazelnut yang mempunyai nombor kod 200813M01HI2 dan tarikh luput 13 November 2014.

“Satu lagi produk adalah Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kod 221013N01RI1 dan tamat tempoh pada 15 Januari 2015,” katanya.

Sebelum ini, pihak berkuasa Indonesia juga telah menguji kandungan produk Cadbury yang dikhuatiri dicemari DNA babi yang dikategorikan sebagai bahan haram mengikut undang-undang Islam.

Keputusan ujian itu bagaimanapun hanya akan diketahui minggu depan. -Utusan.com.my

Sangat menghairankan jika dikatakan sampel sebelum ini telah tercemar tiba-tiba mengandungi DNA Babi pula. Apa yang kerajaan sembunyikan?

-Sentiasapanas.com

3 comments

  1. Assalammualaikum..sentiasa panas,

    tu hari ada gi langkawi.. tak beli pun coklat nie.. dah serik.

    mselim3

    ReplyDelete
  2. jika was-was jangan ambil terus/ nyahkan dari hidup anda...bayak lagi makanan lain sumber dari coklat yg pasti halal.

    ReplyDelete
  3. Banyak lagi jenama coklat yang dihasilkan oleh pengeluar tempatan. Mengunakan lemak sayuran umpamanya dari minyak sawit. Mentang-mentanglah jenama Mat Salleh hebat sangatkah.

    Pasaraya jarang dan boleh dikatakan tiada yang jual coklat buatan Malaysia. Tiada "Class"

    Apa pun keputusan, masyarakat Islam cukup sensitif tentang babi. Rasa loya di kerongkong.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon