Thursday, March 06, 2014

"Pil Thailand Boleh Buat You KUAT Macam King Kong"


“Pil seks Thailand boleh buat you kuat macam ‘king kong’. Ramai sudah cuba makan dan bawa balik ke Malaysia untuk dijual,” kata salah seorang peniaga kedai ubat di bandar Betong, selatan Thailand.

Pil seks Thailand [3]
Gambar hiasan.

Wartawan yang menyamar sebagai pelanggan ditawarkan pelbagai jenis pil rangsangan seks oleh peniaga berusia 50-an itu yang mendakwa pil dan kapsul buatan Thailand lebih hebat berbanding pil Viagra atau Cialis yang diimport dari Amerika Syarikat.

Pemilik kedai ubat dikenali sebagai ‘Bhicai’ yang fasih berbahasa Melayu itu memaklumkan terdapat pelbagai jenis pil rangsangan seks dijual bermula dari harga Bath30 (RM3) sehingga Bath200 (RM20) sebiji.

(Baca: Petua Bagaimana Supaya Isteri Anda Klimaks Berulang-kali!)

“Kalau datang ke Betong memang wajib beli pil kuat seks. Harga di sini memang murah dan boleh bawa balik ke Malaysia sebagai cenderahati.

“Pil ini tak ada tarikh luput dan dijamin puas hati ‘lama’.

Pil seks Thailand

"Awak boleh beli banyak dan jual di Malaysia.

"Saya bagi harga murah pada ramai pelanggan Malaysia yang mahu buat bisnes di Kuala Lumpur,” katanya.

Sumber: myMetro Online

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon