Thursday, March 13, 2014

MH370: Malaysia Mangsa Ujian Perang Elektronik?


Pelbagai teori dilemparkan oleh pelbagai pakar aviasi manakala media perdana antarabangsa terus mencari satu teori dari sumber sumber mereka.

PRAY4MH370

Fokus kini tertumpu kepada 20 penumpang yang merupakan kakitangan syarikat semi-konduktor Freescale yang berpusat di Austin, Texas?

Di Malaysia, Freescale terletak di Petaling Jaya dengan fasiliti semi-konduktor moden bagi memasang dan menguji litar bersepadu (IC).

Berdasarkan maklumat diperolehi dari laman web Freescale, meliputi kawasan seluas 20 ekar, ia dikhususkan bagi memasang dan menguji mikropemproses, pemproses isyarat digital dan litar bersepadu frekuensi radio dan telah memulakan operasi sejak 1972.

Mengikut laporan Reuters, 20 kakitangan Freescale itu terdiri daripada ‘jurutera dan pakar terlibat untuk melaras serta mengurangkan kos di kemudahan utama mereka yang terletak di China.’

Freescale beroperasi di lebih 20 negara meliputi 18,000 kakitangan antaranya di Brazil, Kanada, Denmark, Perancis, Israel dan Russia.

Ia juga memiliki Freescale RF yang terlibat menyediakan penyelesaian terhadap keperluan Aeroangkasa dan Pertahanan dan ini dijelaskan melalui www.freescale.com/RFmilitary

Produk komersil Freescale RF memenuhi keperluan aplikasi seperti:
  1. Komunikasi medan perang
  2. Avionik
  3. Radar HF melalui Band L- dan S-
  4. Pemandu Misil (Missile Guidance)
  5. Peperangan Elektronik (Electronic Warfare)
  6. Pengenalan, sekutu atau musuh (IFF)

Pembangunan sektor ini menurut laman web Freescale bagaimanapun hanya tertumpu di kemudahan syarikat ini di Amerika Syarikat.

Apakah ia berkaitan dengan kehadiran penumpang dari Freescale ini? Ini hanyalah satu teori namun sebagaimana dinyatakan pihak berkuasa, mereka turut melihat profil kesemua 239 penumpang dan krew yang menaiki pesawat malang ini.

20 kakitangan Freescale dalam pesawat tersebut terdiri daripada 8 kakitangan Freescale di China yang datang ke Kuala Lumpur bersama 12 kakitangan dari cawangan di Petaling Jaya.

Menurut sumber yang enggan dikenali, kesemua kakitangan terbang ke Beijing untuk menerima latihan satu sistem baru untuk pembangunan semi-konduktor. –Astro Awani

Teori Electronic Warfare

Electronic Warfare Theory

Kepakaran 20 orang kakitangan ini juga termasuklah "Cloaking" iaitu kaedah merosakan sistem navigasi pesawat, di mana juruterbang merasakan melalui laluan yang betul, sebenarnya laluan sudah dilencongkan.

Mereka juga mempunyai kepakaran "Jamming" signal pesawat sehingga boleh hilang daripada dikesan radar, tanpa mengaktifkan sistem keselamatan pesawat.

Kemungkinan yang berlaku pada MH370, bahawa berlakunya "Cloaked" terhadap pesawat itu, sehingga mengubah arah. Kemudian berlaku "Jamming" sehingga hilang daripada radar awam dan tentera.

Kepakaran mereka diakui sendiri oleh seorang pegawai Global Communications- Mr Mitch Haw. Menurut sumber, Freescale sedang menyediakan Radio Frequency Power kepada aero angkasa dan pertahanan Amerika.

Atas sebab itu sehingga kini, operasi udara, darat dan laut tidak mampu mengesan pesawat malang itu, atas sebab pesawat itu "disembunyikan" oleh sejenis elektronik yang boleh menangkis pengesan, samada daripada satelit atau sistem pengesan pesawat. Sistem yang digunakan hampir serupa seperti mana digunakan pesawat pengebom Amerika, Sealth.

Jika teori ini benar, maka kemungkinan besar pesawat dan penumpang masih selamat, dan telah mendarat pada suatu lokasi tertentu dalam jangkauan pesawat iaitu 2,000 batu radius, samada terus ke laluan sebenar atau sebaliknya.

Tujuan sebenar perang elektronik ini adalah untuk memalukan sistem pertahanan negara, juga sistem pertahanan Amerika dan China.

Inilah yang sudah digambarkan sebelum ini, bahawa satu organisasi tertentu bakal muncul sebagai hero.

Operasi mencari dan menyelamat dengan bantuan 10 satelit daripada China, selain bantuan pentagon dan NASA, yang meliputi lautan China Selatan dan Selat Melaka, seolah-olah pesawat mengalami kemalangan.

Kebarangkalian pesawat mengalami kemalangan, agar tipis berlaku di laut, memandangkan kedalam lautan hanya 100-300 meter.

Kalau terhempas di kawasan hutan dara, kemungkinan juga sukar dikesan, memandangkan di Malaysia tiada lagi hutan dara, maka jika pesawat malang itu terhempas di kawasan hutan, sepatutnya sudah lama dapat di kesan.

Note: New electronic weapons allow jamming, blinding, deafening and more, so that a plane could possibly vanish from radar detection and security systems would not be activated. Basic radar Electronic Counter-Measure strategies used in electronic warfare (EW) are: 1) radar interference, 2) target modifications, and 3) changing electrical properties of air.

BACA INI JUGA: MH370: 5 Teori Kehilangan Misteri

Sumber: Musramrakunman

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon