Sunday, February 16, 2014

Sanggup Potong Telinga Supaya Menyerupai Bunian!


Seorang wanita sanggup menjalani pembedahan di bahagian telinganya hanya semata-mata bagi membolehkan dia kelihatan seperti orang bunian.

Melynda Moon

Ini kerana,wanita itu, Melynda Moon, percaya dia adalah orang bunian dalam kehidupan lalu.

Bagi tujuan itu, Melynda sanggup membelanjakan sebanyak £250 untuk pembedahan di cuping telinga agar ia kelihatan sama seperti watak bunian dalam filem kegemarannya iaitu The Lord Of The Rings.

Pembedahan itu mengambil masa selama dua jam dan dilakukan pada 2011.

Dia yang juga seorang model berasal dari Guelph di Onatrio berkata, kehidupannya adalah berasaskan kepada filem The Lord Of The Rings.

(Baca: Pelik! Wanita Makan Satu Kilogram Batu Seminggu)

Selain berambut panjang dan berpakaian seperti watak bunian dalam filem itu, dia juga lebih mendekatkan diri kepada alam sekitar.

“Saya sentiasa tertarik dengan orang bunian kerana mereka tidak bersalah, elegan dan mempunyai jiwa yang bebas. Mereka merupakan simbol kepada kebahagiaan dan kasih sayang,’’ katanya.

Melynda berkata dia mula taksub dengan perkara mistik sejak kanak-kanak dan mula menggunakan solekan serta mewarnakan rambut untuk kelihatan seperti bunian.

Tebuk Pipi Untuk Dapat Lesung Pipit

Cherelle

Sementara itu, seorang wanita sanggup berhabis sehingga RM 16,450 semata-mata untuk mendapatkan lesung pipit seperti penyanyi pujaan. Itu yang dilakukan peminat fanatik anggota Cheryl Cole iaitu Cherelle.

Dia yang juga pelatih peguam berkata, lesung pipit Cheryl Cole sangat menawan menyebabkan dia berasa kecewa kerana tidak memiliki lesung pipit sendiri.

“Saya memang sukakan Cheryl dan lesung pipitnya,’’ katanya.

(Baca: WTH! Sajian Yang Menyeksa Binatang Ketika Dihidang)

Susulan itu, dia telah menemui doktor dan kemudiannya pisau bedah digunakan untuk menebuk lubang di pipinya.

Sebaik sahaja lubang ditebuk, maka jadilah lesung pipit.

“Saya mendapat tahu mengenai pembedahan itu daripada rakan-rakan. Kini saya gembira kerana ia akan kekal,’’ katanya.

Biarpun dia tidak menyangka lesung pipit itu agak dalam, namun Cherelle gembira dengannya dan tidak berhenti tersenyum. Sumber: Mynewshub

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon