Thursday, January 16, 2014

Pelancong Sesat Dirogol 6 Lelaki Di India


Seorang pelancong Denmark yang tersesat menjadi mangsa terbaru serangan seksual berkumpulan di India, kata pihak berkuasa semalam.

Danish woman allegedly gang-raped, robbed in India
Gambar hiasan.

Mangsa - berusia 51 tahun - dilaporkan sedang mencari jalan kembali ke bilik hotelnya di Paharganj apabila dia gagal dikesan pada Isnin lalu.

Wanita terbabit melancong bersendirian dan tiba di New Delhi pada Isnin lalu.

Sehari kemudian dia pergi melawat sebuah muzium apabila dia tersesat ketika pulang.

Jurucakap polis berkata, mangsa cuba bertanya arah kepada beberapa lelaki tempatan tetapi diperdaya dan dirogol beramai-ramai oleh enam lelaki.

Katanya, kejadian dilaporkan berlaku di tempat yang sangat hampir dengan pusat bandar New Delhi dan sekali lagi menimbulkan tanda tanya mengenai tahap keselamatan wanita di negara yang mempunyai penduduk kedua teramai dunia itu.

Sementara itu Pesuruhjaya Khas Polis, Deepak Mishra berkata, sejumlah suspek sudah ditahan bagi membantu siasatan.

Mishra tidak mendedahkan jumlah tangkapan tetapi media menjangkakan 15 orang sudah disoal siasat.

Katanya, mangsa turut dirompak.

Sementara itu pekerja hotel tempat mangsa menginap berkata, wanita terbabit kelihatan tenang ketika pulang ke hotel kira-kira jam 8.30 malam tetapi memberitahu tentang kejadian berkenaan kepada pelancong lain.

“Dia datang menemui saya di kaunter hotel dan meminta 200 rupee (RM10) untuk membayar tambang teksi kerana dia telah dirompak,” katanya.

Penyelamat di Thailand Disyaki Rogol, Bunuh Wanita

Thawatchai Sae Sim, 32

Seorang pekerja penyelamat ditahan polis selepas seorang wanita yang sepatutnya dikejarkan ke hospital ditemui mati dalam sebuah parit di Samut Prakan.

Thawatchai Sae Sim, 32, ditahan berikutan penemuan mayat seorang pekerja firma pembangunan hartanah, Chananchita Suasew, 29.

Menurut polis, Thawatchai mengaku cuba merogol dan merompak mangsa namun menafikan membunuhnya.

Thawatchai pula berkata, keadaan menjadi tidak terkawal apabila wanita terbabit tersedar ketika dia cuba merogolnya.

Suspek berkata, keadaan berkenaan menyebabkan dia berasa panik dan melarikan diri.

Thawatchai berdepan dakwaan cuba merogol dan merompak mangsa.

Namun polis kini menunggu hasil laporan forensik sebelum memutuskan sama ada perlu mengemukakan tuduhan tambahan terhadap suspek itu.

Hasil ujian turut mendapati dia positif dadah.

Kejadian berlaku Isnin lalu ketika mangsa pengsan ketika berada di sebuah pusat beli-belah.

Jurugambar Disaman ambil gambar bogel

Shelby Carter

Gara-gara merakam gambar separuh bogel di Bangunan Empire State seorang jurugambar berdepan saman AS$1.1 juta (RM3.6 juta) daripada pemilik bangunan kemegahan AS itu.

Semalam media melaporkan jurugambar fesyen Allen Henson menjadikan bangunan 381 meter itu untuk sesi fotografi membabitkan model Shelby Carter.

Sesi itu dilakukan di dek pemerhatian bangunan itu.

Menurut Henson gambar itu bukan untuk tujuan komersial, sebaliknya hanya sebagai koleksi peribadi.

“Malah saya hanya menggunakan kamera pada telefon bimbit.

“Kami tidak menyakiti sesiapa malah memastikan tiada kanak-kanak ketika mengambil gambar,” katanya.

Bagaimanapun, ESRT Observatory dan ESRT Empire State Building memfailkan saman di mahkamah kerana mendakwa tindakan Henson itu berbahaya, selain tiada mendapatkan permit bagi membuat rakaman.

Mereka menegaskan perbuatan Henson kerana tempat itu banyak dikunjungi pelawat berkeluarga.

Berdasarkan dokumen mahkamah, plaintif mendakwa Henson menggugat keupayaan mereka memastikan tempat pelancongan itu selamat dan sesuai bagi pelancong serta golongan berkeluarga.

Henson - seorang veteran perang Iraq - mengambil gambar rakannya itu di tingkat 86 menara berkenaan pada 9 Ogos tahun lalu.

Tarikh berkenaan juga adalah waktu puncak bagi lawatan pelancong.

Melalui gambar itu jelas dilihat beberapa pelancong lain ada di situ untuk menikmati pemandangan dari bangunan berkenaan.

Sumber: AFP/Agensi

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon