Sunday, December 08, 2013

Video Iklan Tayar Yang Sangat Menakutkan!


Pengeluar tayar di Jepun, Autoway mempunyai cara tersendiri untuk mempromosikan tayar keluarannya melalui iklan di televisyen.

Video Iklan Tayar Yang Sangat Menakutkan!

Jika syarikat lain, dengan bangganya menayangkan produk mereka, namun berbeza dengan iklan Autoway. Ini kerana penonton yang menyaksikan iklan berkenaan pasti akan terkejut hingga terasa jantung hampir tertanggal.

Apa tidaknya, iklan selama 40 saat ini begitu mengejutkan dan penuh kejutan.

Ia bermula dengan seorang pemandu memandu keretanya di tempat gelap iaitu di sebatang jalan sunyi yang sudah terbiar, ketika salji sedang turun.

Namun dalam samar-samar cahaya itu, muncul hantu berpakaian putih di tengah jalan dan apa yang berlaku seterusnya, tentu anda dapat mengagaknya.

Pemandunya memecut kereta itu dan melanggar hantu tersebut.



Iklan ini mahu menunjukkan bahawa tayar buatan syarikat berkenaan mampu berfungsi dengan baik dalam keadaan bahaya dan keadaan tidak dijangkakan.

Ia sudah menjadi sensasi di internet dan ramai yang memberi komen bahawa iklan ini hampir menyebabkan jantung mereka terhenti.

“Ia amat menarik kerana ia berjaya menarik perhatian ramai terutama kesan bunyi yang menakutkan,’’ itu antara komen yang diberikan orang ramai.

Sumber: Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon