Friday, November 15, 2013

Morsi Mahu Saman Tentera, Mendakwa Di Culik


Presiden Mesir yang digulingkan Mohammed Morsi bercadang menyaman tentera selepas mendakwa, beliau diculik sebelum penyingkirannya, Julai lalu.

Morsi

Peguamnya, Mohamed al- Damati melaporkan, Morsi sebagai berkata, beliau diculik sejak 2 Julai hingga 5 Julai dan secara paksa diarah menginap di rumah Pengawal Republikan sehingga beliau dan pembantunya sekali lagi diarah berpindah ke pangkalan tentera laut selama empat bulan.

“Presiden bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap rampasan kuasa. Rakyat Mesir perlu tahu perkara sebenar,” katanya selepas melawat Morsi di penjara dengan pasukan peguam.

Menurutnya, susulan pengakuan Morsi, pihak peguam kini mempunyai fakta kukuh untuk dibentangkan kepada pihak pendakwaan untuk menyifatkan perbuatan tentera itu sebagai jenayah.

“Fakta itu juga disokong apabila Morsi ditahan seawal 2 Julai, sehari sebelum tentera merampas kuasa. Fakta lain bersangkutan adalah tindakan ketua tentera Jeneral Abdel Fattah al-Sisi mengumumkan rancangan untuk pilihan raya sejurus Morsi digulingkan,” katanya.

Beliau berkata, tindakan itu boleh difailkan ke mahkamah pentadbiran untuk membatalkan rancangan Abdel Fattah kerana berusaha menjatuhkan presiden.

“Sehingga kini, presiden masih enggan mengiktiraf mahkamah yang cuba mendakwanya,” katanya dipetik Press TV

Sementara itu, Mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman penjara 17 tahun terhadap 12 penyokong Morsi kerana menyerang ibu pejabat Al- Azhar Oktober lalu.

Laman web pergerakan Ikhwanul Muslimin melaporkan, kesemua mereka adalah pelajar di universiti Al-Azhar.

Sumber: Sinar Online

1 comment

  1. Assalammualaikum...sentiasa panas,

    pergolakan di mesir tak berakhir3 lagi yer..

    mselim3

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon