Thursday, October 17, 2013

Pasangan Paling Romantis Mati Berpegangan Tangan!


Sepasang suami isteri di Amerika Syarikat ditemui maut dalam kemalangan jalanraya selepas kereta mereka dirempuh trak, Ahad lepas.

Floyd Nordhagen, 92, and Margaret, 88

Mungkin ini berita biasa namun apa yang menyentuh hati pasukan penyelamat Washington State Patrol yang menemui pasangan Floyd Nordhagen, 92, dan Margaret, 88 adalah, mereka menemui ajal dalam keadaan memegang erat tangan satu sama lain.

Kawan-kawan rapat kepada Floyd dan Margaret menyatakan, pasangan yang sudah bergelar suami isteri selama 68 tahun ini tidak putus bercinta sejak kahwin hinggalah ke akhir usia.

Mereka sentiasa kelihatan gembira dan melakukan banyak perkara bersama-sama.

Malah pada usia tua, Floyd tidak pernah berhenti memuji kecantikan isterinya.

Lihat sajalah antara gambar yang pernah dirakamkan ketika pasangan romantis ini masih hidup.

Maka tidak hairanlah, orang terdekat dengan Floyd dan Margaret tidak terkejut apabila mengetahui pasangan ini ditakdirkan untuk mati bersama-sama.

Mungkin, inilah antara contoh paling tepat ‘live happily ever after’. (Mynewshub)

Floyd Nordhagen, 92, and Margaret, 88
Floyd Nordhagen, 92, and Margaret, 88
Floyd Nordhagen, 92, and Margaret, 88
Floyd Nordhagen, 92, and Margaret, 88
Floyd Nordhagen, 92, and Margaret, 88

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon