Thursday, September 19, 2013

RCI: Anwar Mengaku Tidak Tahu Langsung Mengenai 'Projek IC'


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan penglibatan dalam projek dikenali "Projek IC" di Sabah semasa beliau menjadi anggota Kabinet persekutuan, termasuk semasa beliau menjadi timbalan perdana menteri sehingga pemecatannya pada 1998.

PROJEK IC - RCI

Malah, beliau memberitahu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing tanpa izin di Sabah, beliau tidak tahu langsung mengenai "Projek IC" tetapi ada mendengar mengenai kewujudan pasukan petugas khas yang menguruskan kemasukan pendatang asing dan memberikan mereka kad pengenalan (IC) di negeri itu.

"Sepanjang karier saya sebagai anggota Kabinet dan malah sebagai timbalan perdana menteri, saya tidak pernah dijemput untuk menghadiri mesyuarat Majlis Keselamatan Negara atau mana-mana taklimat mengenai pasukan petugas khas, dan juga tiada sebarang laporan dibentangkan kepada Kabinet.

"Malah semasa saya menjadi pemangku perdana menteri, saya tidak pernah diberi taklimat atau menghadiri mesyuarat, atau menandatangani mana-mana fail berkaitan perkara itu," katanya.

Anwar, yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), menggambarkan pasukan petugas khas itu sebagai "operasi rahsia" dan percaya operasi itu berterusan dan pasukan petugas khas itu tidak pernah dibubarkan.

Ditanya oleh Pengerusi RCI Tan Sri Steve Shim Lip Kiong sekiranya beliau bersetuju bahawa sistem Malaysia berhubung pemberian taraf warganegara adalah lemah, Anwar tidak bersetuju.

Kepada soalan Pegawai Pengendali Manoj Kurup mengenai cadangannya untuk membetulkan masalah itu, termasuk memanggil balik dan mengeluarkan semula IC atau berdepan risiko dihantar pulang, beliau berkata ia idea yang baik.

Anwar, yang merupakan saksi ke-210 berkata kerajaan mempunyai hak untuk menarik balik IC yang telah diberikan kepada warga asing.

"Kita tidak perlu memberikan mereka kewarganegaraan, tetapi mungkin, meletakkan mereka dalam kategori berbeza (untuk membezakan mereka dengan rakyat Malaysia yang tulen) untuk membolehkan mereka tinggal di negara ini," katanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: sinarharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon