Thursday, August 22, 2013

Yahudi Menangis Darah Jika Kudeta Al-Sisi Gagal Halang Morsi


Dr Saleh An-Ni’amy, seorang pakar dalam urusan Yahudi, telah mengutip beberapa pengakuan daripada pemerhati Zionis tentang adanya 'pengawasan' Tel Aviv terhadap kudeta Abdel Fattah Al-Sisi.


An-Ni’amy berkata di akaun Facebooknya, apa ditulis Dan Margelt, seorang pemerhati di akhbar Israel Today, yang mengatakan: "Kita akan menangis darah untuk generasi kita jika membiarkan kudeta ini gagal dan Ikhwanul Muslimin kembali memerintah Mesir.”

Margelt dalam sebuah artikel di akhbar menjelaskan, "Jika setiap negara melakukan aksi menentang rejim baru dan Ikhwanul Muslimin kembali memerintah maka wajib bagi Israel untuk melakukan apa saja untuk menjamin perkara tersebut tidak terjadi,"

Margelt, rakan karib Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu menambah, “Al-Sisi melakukan pembunuhan kerana dia menyedari kegagalannya dalam kudeta dan kita menyokong keberhasilan pemerintahannya. Ini bukanlah kisah kehidupan dan kematian Al-Sisi saja, tetapi juga bagi Israel.”

Kehancuran Mesir penuhi impian Al-Sisi

Presiden sementara Adly Mansour (kanan) bertemu dengan Abdel Fattah 
(tengah) bersama Menteri Dalam Negeri Mohammed Ibrahim di Kaherah.

Cita-cita untuk melihat kehancuran Mesir dan pembunuhan ratusan rakyat negara itu bagaikan ‘hadiah’ kepada pemerintahan kerajaan sementara di Mesir.

Ketika Dataran Al-Rabaa Al-Adawiyah, Nadha, Ramsis dan Roxi bermandi darah, Ketua Tentera yang juga Timbalan Perdana Menteri 1 kerajaan sementara Jeneral Abdel Fattah Al Sisi, memuji tanda sokongan sekutu kuatnya dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE) terdiri daripada Arab Saudi, Kuwait, Jordan dan Bahrain.

Dalam ucapan yang disiarkan secara langsung di Kaherah, Abdel Fattah mengulangi keyakinan bahawa rakyat Mesir tidak akan melupakan sokongan dan jasa-jasa daripada negara terbabit.

“Rakyat Mesir mempunyai kebebasan memilih siapa yang mereka mahu sebagai pemerintah. Tentera dan polis akan melindungi hak rakyat untuk memilih pemimpin mereka,” katanya.

Sementara itu, Menteri Luar Saudi, Putera Saud al-Faisal berkata dalam satu kenyataan bahawa negara Arab dan Islam akan campur tangan membantu Mesir, sekiranya Barat mengurangkan bantuan ke Kaherah.

“Kepada negara yang mengumumkan akan memotong bantuan atau mengancam untuk berbuat demikian di Mesir, negara Arab dan Islam tidak akan teragak-agak untuk membantu Mesir, “katanya dipetik Press TV

Kenyataan itu disuarakan selepas bertemu dengan Presiden Perancis Francois Hollande untuk membincangkan keganasan di Mesir.

Terdahulu, Senator Amerika Syarikat John McCain menggesa Washington menggantung bantuan yang selama ini disalurkan kepada tentera bernilai AS$1.3 bilion (RM 5 bilion) setahun.

Bagaimanapun, beberapa Ahli Parlimen AS menyifatkan penggantungan itu membahayakan Perjanjian damai Mesir dengan Israel 1979 kerana boleh menjejaskan kepentingan di Terusan Suez.

ElBaradei bakal didakwa selepas letak jawatan bantah kezaliman tentera

ElBaradei (kiri) mengangkat sumpah di hadapan 
Presiden sementara Adly Mansour pada 14 Julai lalu.

Sementara itu, bekas Timbalan Presiden Sementara, Mohamed ElBaradei, 71, bakal diheret ke mahkamah susulan daripada keputusan beliau meletak jawatan sebagai bantahan terhadap tentera kerana melancarkan tindakan keganasan hingga menyebabkan pertumpahan darah pada minggu lalu.

Elbaradei berhadapan tuduhan mengkhianat kerana melepaskan jawatannya di tengah-tengah kemelut yang sedang memuncak di negara itu.

Perkara itu diumumkan selepas pihak berkuasa Mesir menahan tiga pemimpin Ikhwanul Muslimin termasuk Mursyidul Am Mohammed Badie di timur Kaherah.

Difahamkan kes tersebut akan dibicarakan di Kaherah pada 19 September depan dan jika didapati bersalah ElBaradei bakal berhadapan hukuman penjara tiga tahun atau mungkin dikenakan denda.

Sebelum ini, pemimpin bersama Barisan Penyelamat Kebangsaan (NSF) turut mendakwa tentera telah melancarkan semula revolusi yang menggulingkan bekas Presiden Hosni Mubarak pada Februari 2011.

Persoalannya kini, adakah akan ada lebih ramai pemimpin sementara bakal mengikut jejak langkah beliau selepas menyedari amaran ElBaradei menerusi surat peletakan jawatannya bahawa situasi kini semakin terancam akibat perpecahan dan keganasan berterusan di Mesir?

-SinarOnline

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon