Monday, May 06, 2013

Fosil Dinosaur Spesis Ganas Di Temui Di China


Sekumpulan ahli biologi mengumumkan, penemuan baki fosil dipercayai anak dinosaur adalah tergolong dalam spesies pemakan daging di China.

Fosil gigi yang masih tertanam di dalam tanah 
sewaktu dijumpai kumpulan penyelidik.

Fosil berkenaan dinamakan Aorun Zhaoi bersempena watak Dragon King menerusi epik dogeng Journey to the West yang hidup lebih 161 juta tahun lalu menyamai zaman Jurassic di dalam epik dogeng yang sama.

"Rangka anak dinosaur ini bersaiz kecil dan hanya memiliki beberapa batang gigi tajam serta taring dipercayai menjadikan cicak dan mamalia kecil sebagai makanannya," kata penyelidik Universiti George Washington, Amerika Syarikat, Profesor James Clark.

Rangka anak dinosaur ini adalah penemuan kelima oleh kumpulan penyelidik di kawasan Wucaiwan diketuai Clark dan wakil Akademik Sains Xu Xing, China.

Butiran mikroskopik pula mendedahkan, berdasarkan tulangnya, Aorun Zhaoi adalah haiwan yang berusia tidak kurang daripada tiga tahun dan mati di kawasan sungai ketika musim kemarau. Dipetik dalam laporan Xinhua.

-Sinarharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon