Tuesday, April 02, 2013

Pengarah Tak Tahu Video Panas Diana Danielle dan Remy Tersebar


Pengarah filem seram Sembunyi: Bisikan Azazil, Kabir Bhatia menyatakan dia tidak tahu bagaimana adegan yang sudah dibuang oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) itu boleh terlepas dan dimuat naik ke rangkaian perkongsian video Youtube.


Bercakap kepada Harian Metro hari ini, Khabir mengatakan,”saya tidak tahu bagaimana adegan itu dimuat naik di dalam laman YouTube, tetapi ia mungkin boleh menjadi strategi pemasaran untuk filem ini. Tiada perbincangan antara saya dengan produksi Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) sebelum ini mengenai “trailer” adegan itu. Saya fikir ia keputusan produksi terbabit.

Apa yang saya ingin gambarkan dalam filem ini pada penonton bukan semata-mata merujuk elemen seksual. Sebaliknya menyampaikan cerita dalam konsep artistik,” katanya.

Video berdurasi 1 minit 8 saat yang memaparkan adegan malam pertama di antara watak yang dilakonkan Diana Danielle dan Remy Ishak itu mengundang pandangan negatif daripada banyak pihak selepas video itu dimuat naik semalam.

Bagaimanapun, video itu sudah pun dibuang dari Youtube oleh pihak yang bertanggungjawab mendedahkan video adegan panas itu kepada umum semalam.

Seharusnya, pengarah dan pelakon perlu lebih berhati-hati untuk membuat adegan sebegini kerana sensitiviti orang Islam perlu diambil kira dan dikaji terlebih dahulu.

Bagi pihak penerbit pula, sekiranya adegan itu sudah dipotong oleh LPF, janganlah pula sesuka hati membuat keputusan untuk memuat naik video itu di mana-mana laman sosial demi meraih publisiti untuk filem tersebut.

-Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon