Tuesday, January 08, 2013

Menjual Dan Memiliki Rokok Elektronik Adalah Satu Kesalahan


Menjual, mengedar atau menyimpan rokok elektronik, e-Cigarette adalah satu kesalahan di bawah Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.


Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Zulkifli Jantan berkata, hal itu demikian kerana pihaknya telah mengesan kehadiran nikotin di dalam cecair e-Cigarette dalam pelbagai kepekatan tertentu.

Beliau berkata, nikotin merupakan bahan yang dikawal di bawah Akta Racun 1952 dan hanya dikecualikan dalam produk tembakau.

Katanya, penjualan dan pembekalannya hanya boleh dibuat melalui ahli farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar.

"Pelanggaran keperluan ini adalah satu kesalahan dan boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua sekali di bawah akta sama.

Amaran itu dibuat Jabatan Kesihatan negeri kerana e-Cigarette yang didakwa sebagai alat bantuan berhenti merokok dijual secara berleluasa dan mendapat sambutan hangat di negeri ini.

Ia dipasarkan dalam bentuk set yang menggunakan cecair e-Cigarette untuk menghasilkan wap dalam rokok elektronik tersebut.

Katanya, pelanggaran peraturan tersebut merupakan satu kesalahan dengan denda dikenakan tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

-Utusan

2 comments

  1. alsan semata2 tu...
    kira nk tax kja depa..

    ReplyDelete
  2. Nyata nk tax. Selagi x kena tax... kerajaan xkan lepas.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon