Monday, January 21, 2013

Info Fakta Menarik Dunia #4/2013


Saiz standard bola sepak secara kasarnya sama dengan saiz kepala manusia. Ia diilhamkan dari kepala seorang penyamun di Britain yang dipenggal dan kemudian disepak beramai-ramai.


Salah sebuah buku teks perubatan pada zaman Ratu Elizaberth I (1533-1603), England, mengesyorkan ubat yang sangat pelik, iaitu serbuk tengkorak manusia yang dilarutkan dalam wain merah.


Tasik Nicaragua (Amerika Tengah) adalah satu-satunya tasik air tawar yang mempunyai hidupan laut di dalamya.


Seekor gajah memerlukan kira-kira 230 kilogram makanan setiap hari.


Padang pasir Namib di Namibia adalah padang pasir yang tertua dan terkering di dunia.


Kita menyedut 7.5 liter udara seminit untuk bernafas.


Pengguna emas paling ramai di dunia adalah di India iaitu 25 peratus daripada keseluruhan pengeluaran emas dunia.


-SP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon