Wednesday, December 19, 2012

Top 5 Hotel Paling Mahal Untuk Satu Malam


Amboi mahalnya! Jika anda ada kesempatan dan poket yang sangat tebal, dipersilakan untuk menginap dihotel-hotel ini..

Royal Penthouse Suite, Hotel President Wilson, Geneva (US$65,000 per night)


Bagi yang mementingkan keselamatan, atau paranoid semata-mata, tidak ada tempat yang lebih baik untuk mereka menginap selain daripada Suite Penthouse Diraja di Hotel President Wilson Hotel yang mempunyai pemandangan panorama Tasik Geneva dan Mont Blanc.

Dengan pintu dan tingkap kalis peluru, ia safehouse yang sempurna untuk pelawat VVIP atau selebriti.

Suite ini mempunyai lif sendiri bagi kegunaan para tetamu dengan 12 bilik dan dihiasi sebuah piano besar Steinway, meja biliard, perpustakaan dan pusat gym.

The Presidential Suite, The Raj Palace Hotel, Jaipur, India (US$45,000 per night)


In adalah bekas kediaman Maharaja India. Dengan keluasan 1500 meter persegi, salah satu yang terbesar di Asia dan terdiri daripada sebuah pangsapuri empat tingkat dihiasi dengan daun emas, gading dan cermin yang sangat menarik. Dengan kolam renang sendiri dan pemandangan bandar merah jambu Jaipur dan memiliki muziumnya sendiri.

Ty Warner Penthouse Suite, Four Seasons Hotel, New York (US$41,836 per night)


Penthouse yang berkeluasan 400 meter persegi ditingkat atas hotel menawarkan pemandangan menakjubkan 360 darjah kaki langit Manhattan. Suite sembilan bilik ini diilhamkan oleh pereka Peter Marino, arkitek IM Pei dan pemilik Hotel Ty Warner.

Penthouse Suite, Hotel Martinez, Cannes, France (US$37,500 per night)


Hotel Martinez mempunyai restoran Michelin bertaraf bintang, bar dan pantai peribadi yang besar. Mempunyai seni hiasan dalaman dan mempunyai ruang duduk, ruang makan, dua bilik tidur, dua bilik mandi dengan pancuran air, tab mandi spa, bilik persalinan dan sauna.

Hugh Hefner Sky Villa Palms Resort, Las Vegas (US$35,487 per night)


Hugh Hefner Sky Villa, tinggi di Menara Fantasy Pals, dihiasi dengan semua karya seni yang dipilih oleh Hefner sendiri. Memiliki kolam renang didalamnya yang dihiasi jenama logo Bunny, Playboy. Dengan keluasan 836 meter persegi, mempunyai 2 bilik tidur juga termasuk tab mandi bersaiz besar, bar dan meja poker dan air terjun tertutup.

[Sumber]

Edited by SP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon