Sabtu, Disember 15, 2012

Rumah Tangga Orlando Bloom Di Landa Badai


Loading...

Rumah tangga pasangan Orlando Bloom dan Miranda Kerr dikatakan sedang dilanda badai apabila hubungan mereka dikhabarkan sedang bermasalah sehingga membuat keputusan untuk berpisah.

Hubungan Orlando Bloom (kanan) dan 
Miranda Kerr dikatakan sedang dilanda badai.

Menurut laporan majalah In Touch, spekulasi hubungan pasangan itu mula retak apabila Miranda beberapa kali muncul di khalayak tanpa memakai cincin pernikahannya.

"Buat masa ini mereka memutuskan untuk berpisah dan membuat hal masing-masing untuk redakan keadaan," kata sumber terdekat pasangan itu.

Dalam pada itu, model pakaian dalam jenama Victoria's Secret itu sempat bermain mata dengan aktor Leonardo DiCaprio.

Malah Miranda dan Leo hampir tercium pada majlis ulang tahun aktor itu pada November lalu dan pernah dilihat makan malam bersama.

Bagaimanapun jurucakap Orlando dan Miranda yang telah pun memeiliki seorang anak lelaki bernama Flynn menyangkal dakwaan tersebut.

-mStar

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon