Tuesday, November 13, 2012

Cincin Perkahwinan Paling Pelik


Info Pelik. Rata-rata cincin perkahwinan yang kita temui biasanya memiliki rekaan yang sederhana. Namun ada juga beberapa cincin kahwin yang agak luarbiasa bahkan juga pelik di dunia. Ini adalah antara cincin perkahwinan yang sangat pelik yang terdapat didunia.

Cincin Ethernet


Cincin ini berbentuk seperti port lubang telefon. Menariknya, cincin ini boleh disambungkan satu sama lain.

Cincin Kod Binary


Bagi pasangan yang gemar dengan teknologi tinggi, mungkin cincin ini boleh dijadikan pilihan. Nama pasangan diukir dengan kod binary di cincin adalah pilihan yang pelik.

Cincin Nat Skru


Seolah-olah tak boleh dipisahkan, cincin kahwin ini dirancang dengan hiasan menyerupai nat skru. Anda boleh menggabungkan cincin pasangan dengan cincin anda.

Cincin Hello Kitty


Cincin ini mungkin akan kelihatan pelik jika dipakai oleh lelaki kerana cincin bercorak Hello Kitty lebih sinonim dengan wanita. Namun jika pasangan anda menyukai karakter ini, mengapa tidak?

Cincin Abstrak


Meletakkan batu-batuan berharga seperti rubi dan topaz adalah pekara yang biasa untuk menjadi hiasan cincin kahwin. Bagi yang ingin tampil berbeza, cincin batu berbentuk abstrak mungkin boleh dijadikan alternatif.

Cincin Projektor


Jika anda memandang sambil membelakangi matahari, anda dapat melihat foto pasangan di dalam cincin ini. Cincin projektor ini sangat sesuai bagi anda yang sering terlupa dengan wajah pasangan.

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon