Friday, October 12, 2012

Pelik! Akar Herba Menyerupai Wajah Manusia


Info Pelik. Seorang petani Zheng, 63, di Datianba Village, mendapati keanehan semasa menggali untuk mendapatkan herba, yang akan digunakan sebagai tonik untuk buah pinggang dan untuk merawat tulang yang lemah serta keguguran rambut.


Para saintis berusaha untuk memahami proses penghasilan pelik akar herba yang telah digali keluar dari tanah oleh seorang petani di China itu.

Zheng Dexun menunjukkan heshouwu iaitu herba china atau sejenis ubi yang berupa manusia, di Langzhong, Barat Daya Wilayah Sichuan, China. Ubi ini seberat 5,8 kilogram dan berdiri 62 sentimeter tinggi, menyerupai kanak-kanak yang telanjang.

Uniknya, di bahagian 'kepala' ubi terdapat mata dan hidung yang menonjol. Sebagaimana bentuk tubuh manusia, ubi tersebut juga dilengkapi dengan lengan, kaki.

-Majalahbiarbetul.blogspot.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon