Ahad, Oktober 14, 2012

Panas! Pesan Tunggu Pilih dan Angkut!


Pesan, tunggu, pilih dan angkut. Itulah taktik orang jual orang yang menggunakan sistem ala pandu lalu kepada pelanggan untuk memilih wanita teman pengiring.

Kawasan sekitar yang agak sunyi membolehkan sindiket dan 
pelanggan berurusan bagi mendapatkan khidmat teman pengiring.

Berdasarkan penyamaran wartawan Metro Ahad, urus niaga itu dijalankan secara terbuka di tepi jalan dengan pelanggan dikehendaki menunggu di dalam kereta berhampiran sebuah hentian teksi.

Orang tengah yang dipanggil abang kemudian akan menemui bakal pelanggan yang menunggu di dalam kereta untuk bertanyakan ciri wanita pengiring dikehendaki dan harga ditetapkan.

Dia akan menyusup masuk ke kawasan bangunan berhampiran sebelum muncul bersama seorang wanita. Jika berkenan, pelanggan dikehendaki membuat bayaran kepada orang tengah terbabit sebelum membawa wanita berkenaan ke tempat diingini.

Abang akan membawa wanita lain untuk dipilih jika pelanggan tidak bersetuju dengan teman pengiring pertama.

-Hmetro

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon