Tuesday, October 16, 2012

Bekas Ratu Cantik Malaysia Tiada Masa Bercinta


"Saya tidak popular dalam masa satu hari!" Itu kata Soo Wincci, bekas Ratu Cantik Malaysia yang kini semakin mendapat tempat di hati kalangan khalayak Melayu selepas penyertaannya dalam program MasterChef Selebriti Malaysia musim pertama.

Soo Wincci sanggup lupakan soal hati demi 
memenuhi impian menawan Hollywood.

Terkenal sebagai seorang yang rajin bekerja, namakan apa sahaja, dia sanggup lakukan. Bayangkan, daripada seorang ratu cantik, dia bergelar penyanyi. Kini dia juga seorang pelakon, pengacara, penyampai radio, tukang masak, penari, pelajar dan usahawan.

"Saya memang kuat bekerja. Malah saya amat takut kalau saya tak ada kerja. Saya tak mahu peminat lupakan saya," katanya yang kini turut melanjutkan pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) dalam Pengajian Perniagaan di Universiti Terbuka di ibukota.

"Selepas ini saya akan jadi wanita super pula," tambahnya sambil ketawa besar. Masakan tidak, Wincci kini sedang berjuang melebarkan sayapnya ke pasaran Taiwan dan sudahpun berlepas ke negara itu sejak 3 Oktober lalu.

Dengan jadual kerja yang sentiasa padat, ketika bilakah Wincci bersosial dan bercinta? Sementelah gadis matang sepertinya pasti mengimpikan belaian kasih sayang seorang kekasih.

Saat soalan itu diajukan, dia selamba memberitahu, tiada masa untuk itu. "Buah hati? Saya terlalu sibuk sampai nak mengurat pun tak ada masa," katanya ketawa besar.

"Sebab kalau ada teman lelaki akan susah nanti. Faham-faham sahajalah kalau ada komitmen ini. Mana nak kejar kerjaya, mana nak jaga hati kekasih. Saya tak mahu cinta dan cita-cita terbengkalai di tengah jalan.

"Ini untuk masa depan saya. Sebab itu saya tidak mahu sebarang komitmen menganggu perancangan saya menempa nama ke Hollywood."

"Apa yang saya tahu, saya orang yang bercita-cita besar. Kalau saya kata saya nak buat, saya akan laksanakan. Itu lebih penting. Berjaya atau gagal, itu bukan urusan saya. Yang saya tahu saya mesti bekerja keras," tegasnya.

-Utusan.com.my

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon