Tuesday, June 19, 2018

15 Pulau Paling Pelik Di Dunia

15 Pulau Paling Pelik Di Dunia

Disebabkan sejarah lampau, bentuk, atau rahsianya, trivia mengenai pulau-pulau ini mungkin akan membuatkan anda terkejut.

Berikut adalah senarai 15 pulau paling pelik di dunia.

1. Pulau Socotra

15 Pulau Paling Pelik Di Dunia

Terletak di perairan Yaman, terdapat 800 spesis tumbuhan pelik di pulau ini malah, terdapat tumbuhan yang sudah pupus dan hanya boleh ditemui di pulau ini sahaja.

Ia turut diangkat menjadi tapak warisan oleh Unesco.

2. Pulau Ramree

15 Pulau Paling Pelik Di Dunia

Terletak di Teluk Bengal, pulau ini mencatakan tragedi buruk sewaktu Perang Dunia Kedua.

Dikatakan seramai 500 askar Jepun dibaham buaya di pulau ini malah, masih banyak buaya yang mendiami habitat itu sehingga hari ini.

3. Palm Island

15 Pulau Paling Pelik Di Dunia

Ia merupakan kepulauan buatan manusia yang dibina di perairan Dubai. Dibina sebagai tarikan pelancong, bentuknya kelihatan begitu sempurna.

4. Pulau Easter

15 Pulau Paling Pelik Di Dunia

Pulau misteri ini menempatkan 900 batu gergasi yang dikenali sebagai Moai. Ia terkenal kerana ramai yang bingung mengenai misteri dan kisah legenda kewujudan batu-batu itu.

5. Tashirojima

15 Pulau Paling Pelik Di Dunia

Terletak di tengah-tengah lautan pasifik, jumlah kucing di pulau ini melebihi populasi manusia malah, setiap penghuni mesti memelihara dua ekor kucing kerana ia dianggap sebagai pembawa tuah.

6. Okunoshima

15 Pulau Paling Pelik Di Dunia

Digelar 'pulau arnab', ia menjadi habitat haiwan comel itu yang pada mulanya digunakan sebagai bahan uji kaji makmal untuk senjata kimia.

Arnab-arnab yang terselamat membiak dan telah menguasai keseluruhan pulau itu.

7. Hashima

15 Pulau Paling Pelik Di Dunia

Merupakan tapak pencarian arang batu, ia menjadi penempatan ramai pelombong suatu ketika dahulu.

Selain ramai yang terbunuh, pulau itu mula ditinggalkan kerana industri minyak mula mengambil alih sumber tenaga negara Jepun.

Kini, ia tidak didiami sesiapa dan menjadi pulau hantu di tengah lautan.

8. Ball's Pyramid

15 Pulau Paling Pelik Di Dunia

Terletak di lautan Tasman, ia hanya didiami oleh satu spesis serangga yang dikatakan telah pupus sejak tahun 1930.

Selain itu, tiada sebarang penghuni direkodkan di pulau ini.

9. Queimada Grande (Pulau Ular)

15 Pulau Paling Pelik Di Dunia

Walaupun namanya kedengaran seperti penyanyi popular Ariana Grande, pulau ini disifatkan sebagai pulau paling berbahaya di dunia.

Terletak berdekatan Sao Paulo, ia menjadi habitat kepada ular-ular berbisa malah, orang awam tidak dibenarkan menjejakkan kaki ke pulau ini.

Yang paling digeruni tentunya spesis ular Golden Lancehead. Bisanya dikatakan mampu mencairkan daging manusia. Ouch!

10. Pulau Anak Patung

15 Pulau Paling Pelik Di Dunia

Sewaktu Julian S. Barrera membina rumah di pulau Xochimilco di Mexico, dia terdengar kisah mengenai roh gadis muda yang menghantui kawasan itu.

Untuk membuang sumpahan, dia menggantung banyak anak patung di pokok-pokok sekitar pulau itu.

Lelaki itu bagaimanapun sudah meninggal dunia dan patung-patung yang ditinggalkan sangat menyeramkan walaupun dilihat pada siang hari.

11. Pulau Tromelin

15 Pulau Paling Pelik Di Dunia

Pada tahun 1761, kapal syarikat East India menghantar 142 krew dan 160 hamba ke pulau itu.

200 daripada mereka berjaya tiba ke Pulau Tromelin, namun tidak boleh keluar dari situ melainkan lapan sahaja yang terselamat.

Apa yang mengejutkan, lapan individu berkenaan berjaya diselamatkan oleh sebuah kapal Perancis setelah 15 tahun terdampar di sana.

12. Poveglia

15 Pulau Paling Pelik Di Dunia

Diharamkan kepada orang ramai, pulau yang terletak di Itali ini pernah menjadi zon kuarantin sewaktu era Black Death.

Beribu orang yang sakit telah dibakar di pulau itu. Ia ditinggalkan tanpa penghuni dan ditutup sejak tahun 1968.

13. Pulau Krismas

15 Pulau Paling Pelik Di Dunia

Setiap tahun, pulau ini diserang jutaan ketam merah yang datang untuk bertelur. Pulau ini terletak di Australia.

Anda pastinya tidak dapat membayangkan bagaimana pasir pantai yang putih bertukar merah kerana dipenuhi makhluk ini.

14. Gunung berapi Taal

15 Pulau Paling Pelik Di Dunia

Terletak di tengah-tengah pulau Luzon di Filipina, ia dikelilingi tasik menjadikan ia sebuah pulau di dalam pulau.

15. Pulau terapung di Tasik Titicaca

15 Pulau Paling Pelik Di Dunia

Dibina oleh puak Uros dari Incas, pulau ini berketebalan 80 cm sahaja. Ia dibina di atas rakit kayu di tasik itu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar


5 Lokasi Paling Berbahaya Di Dunia Tetapi Menjadi Lokasi Pelancongan Menarik

5 Lokasi Paling Berbahaya Di Dunia Tetapi Menjadi Lokasi Pelancongan Menarik

Anda adalah salah seorang yang gemar cabaran berbahaya serta suka rasa adrenalin menyelubungi diri? Terdapat banyak tempat di dunia yang menjadi tarikan pelancong, bukan sekadar kerana kecantikannya malahan kerana cabaran yang wujud akibat daripada bahaya berkunjung ke situ.

Walaupun begitu, tempat-tempat ini tetap mendapat perhatian pelancong yang mahu merasakan debaran yang ada sehinggakan tragedi berlaku bagi mereka yang kurang bernasib baik.

Berikut adalah 5 lokasi pelancongan paling berbahaya di dunia yang menjadi pilihan pelancong.

1. Trolltunga, Norway

5 Lokasi Paling Berbahaya Di Dunia Tetapi Menjadi Lokasi Pelancongan Menarik

Trolltunga yang membawa maksud 'Lidah Troll' dalam bahasa Norway, terletak di kawasan Hordaland, Norway.

Trolltunga adalah formasi batuan yang terbentuk 10 ribu tahun dahulu semasa zaman ais.

Menjadi salah satu lokasi pelancongan paling popular di Norway, seramai 80 ribu pengunjung datang ke sini setiap tahun.

Tarikan utamanya adalah peluang untuk berdiri di atas sebuah batu berupa seperti lidah, berada pada paras ketinggian 700 meter dari aras laut.

Mereka yang memberanikan diri berdiri di situ akan menikmati pemandangan yang indah Tasik Ringeldalsvatnet.

Bagaimanapun, tidak ada sebarang penghadang keselamatan di situ.

5 Lokasi Paling Berbahaya Di Dunia Tetapi Menjadi Lokasi Pelancongan Menarik

Untuk sampai ke situ pula, individu perlu mempunyai kemahiran dan ketahanan mendaki gunung dalam perjalanan 13.5 kilometer, selama 10 jam yang membawa pelawat pada ketinggian 900 meter dari aras laut untuk mendapatkan peluang bergambar di salah satu lokasi paling bahaya di dunia.

Dalam salah satu insiden kematian yang terjadi di situ, mangsa yang jatuh tidak dapat dicari berikutan tiada hubungan telekomunikasi di kawasan tersebut.

Hanya selepas pengunjung turun dan melaporkan kejadian, keesokannya barulah pasukan penyelamat dapat melakukan ekspedisi mencari mangsa.

2. Tornado Alley, Amerika Syarikat

5 Lokasi Paling Berbahaya Di Dunia Tetapi Menjadi Lokasi Pelancongan Menarik

Dengan bayaran RM10,500 untuk pakej seminggu, mereka yang sanggup berdepan bencana alam boleh mengikuti 'pakej pelancongan' paling unik - cuba berada dalam kedudukan paling hampir dengan puting beliung yang melanda pada bulan April hingga Julai, di sekitar Amerika Syarikat.

Kawasan-kawasan yang termasuk dalam kawasan yang digelarkan 'tornado alley' di Amerika Syarikat, merupakan laluan puting beliung paling kerap melanda.

Pakej pelancongan unik ini lebih mudah diwujudkan di Amerika Syarikat berikutan negara tersebut merupakan negara paling banyak berlakunya puting beliung.

5 Lokasi Paling Berbahaya Di Dunia Tetapi Menjadi Lokasi Pelancongan Menarik

Bagi mereka yang pernah mengalami pengalaman itu sendiri, risiko yang mereka lalui cukup tinggi.

Ketika puting beliung berlaku, ada kemungkinan ratusan bebola ais yang mampu menyamai saiz sebiji bola tenis terbentuk.

Bayangkan bola-bola keras itu berpusing pantas dan mengenai manusia atau harta benda.

Mungkin atas sebab itulah, pakej ini memerlukan bayaran yang agak tinggi bagi menampung risiko kerugian yang agak besar.

3. Jacob's Well, Amerika Syarikat

5 Lokasi Paling Berbahaya Di Dunia Tetapi Menjadi Lokasi Pelancongan Menarik

Lubang seluas 4 meter yang menjadi pintu masuk kepada kawasan gua dalam air yang tidak pernah berjaya diterokai habis, menjadi salah satu lokasi paling mencabar bagi mereka yang gemarkan cabaran.

Terletak di sebuah daerah bernama Hays County, Jacob's Well adalah sebuah lubang sedalam 100 kaki yang menjadi pintu masuk kepada jaringan gua bawah air yang sempit.

Bagi mereka yang pernah terjun ke dalamnya dan meneroka sendiri, ramai mengakui ruangan dinding gua yang terlalu sempit dan memerlukan seseorang menanggalkan tong oksigen untuk melaluinya, membuatkan Jacob's Well masih lagi belum dapat diterokai oleh manusia sendiri.

5 Lokasi Paling Berbahaya Di Dunia Tetapi Menjadi Lokasi Pelancongan Menarik

Mereka yang terperangkap kebanyakannya meninggal dunia dengan mayat mereka terperangkap dalam air.

Bagi beberapa orang yang 'bernasib baik', badan mereka akan dibawa arus kembali melalui lubang masuk sebelum terapung.

Itupun selepas bertahun lamanya hilang tanpa dikesan.

4. Gunung Mayon, FIlipina

5 Lokasi Paling Berbahaya Di Dunia Tetapi Menjadi Lokasi Pelancongan Menarik

Gunung Mayon di daerah Bicol, Filipina merupakan sebuah gunung berapi aktif dan salah satu destinasi pelancongan paling terkenal Filipina.

Mempunyai ketinggian 2463 meter, Gunung Mayon terletak lebih 300 kilometer dari ibu negara Filipina, Manila.

Menjadi lokasi pelancongan yang aktif walaupun sangat berisiko tinggi, Gunung Mayon menjadi pilihan pendaki gunung yang sanggup mempertaruhkan nyawa.

5 Lokasi Paling Berbahaya Di Dunia Tetapi Menjadi Lokasi Pelancongan Menarik

Runtuhan tanah dan batu kerap berlaku di sekitar kawasan gunung ini, selain dari letupan-letupan yang terjadi tanpa boleh diramal.

Pada tahun 2013, Gunung Mayon mengalami letupan kecil yang membunuh 5 orang pendaki, 7 orang cedera parah dan selebihnya mengalami kecederaan.

Bagi mereka yang berjaya sampai ke puncak gunung ini, bersedialah untuk memakai topeng gas kerana gas yang dikeluarkan oleh Gunung Mayon beracun dan mampu membunuh.

5. Mosi-oa-Tunya, Zambia

5 Lokasi Paling Berbahaya Di Dunia Tetapi Menjadi Lokasi Pelancongan Menarik

Tidak ramai yang mengenali lokasi ini dengan nama asalnya Mosi-oa-Tunya yang membawa maksud 'Asap Yang Berbunyi Seperti Guruh' tetapi jika disebutkan air terjun Victoria, pasti ramai yang mengenalinya.

Tarikan utama (dan paling bahaya) yang ada di sini adalah kolam yang betul-betul terletak sebelum air terjun yang dinamakan 'Armchair' atau nama popularnya, Devil's Pool.

Pada ketika musim panas di air terjun Victoria, air di sungai tersebut akan surut ke satu tahap di mana individu boleh berehat di dalam kolam yang ada, dihadang oleh batu-batu yang menjadi dinding sebelum air menjunam jatuh setinggi 108 meter.

5 Lokasi Paling Berbahaya Di Dunia Tetapi Menjadi Lokasi Pelancongan Menarik

Kolam itu hanya dibuka pada waktu musim panas, ketika aliran air lebih rendah, kerana pada waktu lain, andainya seseorang masuk ke dalam sungai itu, mereka akan terus dibawa arus deras yang akan membuatkan mereka terjunam sepanjang air terjun Victoria.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Monday, June 18, 2018

10 Ikan Terberat Dan Paling Besar Pernah Ditangkap

10 Ikan Terberat Dan Paling Besar Pernah Ditangkap

Selain ia memerlukan kesabaran yang tinggi, memancing juga memerlukan pengalaman yang sangat mendalam. Untuk mendapatkan seekor ikan sahaja sudah mencabar, apatah lagi menangkap ikan besar.

Namun bagi mereka yang bernasib baik dan memancing di kawasan yang terbukti mempunyai ikan yang bersaiz besar, ia adalah tidak mustahil untuk mendapatkan ikan terbesar di dunia.

Kali ini kami ingin kongsikan 10 ikan yang paling besar dan berat pernah ditangkap oleh manusia.

1. Paus jerung - 21,318 kilogram

10 Ikan Terberat Dan Paling Besar Pernah Ditangkap

Dikenali sebagai ikan terbesar di dunia, ikan paus jerung adalah ikan gergasi yang mana makanan utamanya adalah plankton. Saiz ikan dewasa biasanya mencapai panjang 9 meter dan berat sekitar 9,071 kilogram.

Saiz mulut ikan ini kira-kira 1.5 meter dan mampu memakan dalam jumlah yang sangat besar pada satu-satu masa. Ikan spesis ini yang paling besar pernah ditangkap adalah di Karachi, Pakistan pada tahun 1947.

Panjang ikan tersebut mencapai 12.5 meter dan berat mencecah 21,318 kilogram, menjadikannya ikan paling besar di dunia yang pernah ditangkap oleh manusia.

Terdapat spesis ikan ini yang lebih besar dilaporkan ditangkap namun tidak dapat disahkan.

2. Jerung Basking - 17,236 kilogram

10 Ikan Terberat Dan Paling Besar Pernah Ditangkap

Ikaan jerung Basking bukanlah spesis pemangsa yang ganas seperti ikan jerung lain namun saiznya yang tersangat besar menjadikannya sangat menakutkan.

Ikan yang menjadikan plantkton sebagai makanan utama ini mampu mencapai panjang 8 meter, namun terdapat pengecualian.

Pada tahun 1851, ikan jerung Basking terbesar di dunia telah ditangkap, berukuran 12 meter panjang dan berat mencecah 17,236 kilogram, menjadikannya ikan kedua paling besar di dunia pernah ditangkap.

Ia menjadi antara salah satu spesis ikan terancam disebabkan menjadi mangsa penangkapan berleluasa oleh manusia.

3. Pari Manta - 2,494 kilogram

10 Ikan Terberat Dan Paling Besar Pernah Ditangkap

Ikan pari gergasi laut biasanya dijumpai terdapat di perairan tropika dan juga subtropika. Rata-rata spesis ikan ini mampu mencapai panjang antara 4 hingga 5 meter dan bergerak pada kelajuan yang sangat pantas.

Namun, ia mempunyai pemangsa yang sangat dirisaukan termasuklah paus pembunuh, jerung dan juga manusia sebagai ancaman terbesar. Ikan pari Manta mampu mencapai berat maksimum 1,360 kilogram.

Walaubagaimanapun, ikan spesis ini yang paling besar pernah ditangkap adalah pada tahun 1933 di pantai di Florida, Amerika Syarikat. Lebar ikan ini mencecah 6 meter dan beratnya mencecah 2,494 kilogram, antara ikan paling besar dan berat pernah ditangkap manusia.

4. Mola-mola - 2,313 kilogram

10 Ikan Terberat Dan Paling Besar Pernah Ditangkap

Ikan Ocean Sunfish atau ikan Mola Mola adalah ikan dari kelas Osteichthyes paling besar di dunia. Ikan tidak berekor ini boleh dijumpai di kawasan berair suam di seluruh dunia.

Berat purata ikan ini adalah di antara 247 dan 918 kilogram. Walaupun ikan ini terkenal kerana mampu menyebabkan kerosakan serius apabila melanggar bot, namun ia merupakan spesis jinak dan tidak memberi ancaman kepada manusia.

Ikan Mola paling besar dalam sejarah yang pernah tumpas di tangan manusia adalah seberat 2,313 kilogram pada tahun 1910 di Pulau Burung, Australia.

5. Jerung putih - 2,306 kilogram

10 Ikan Terberat Dan Paling Besar Pernah Ditangkap

Jerung putih mempunyai reputasi yang paling menakutkan dan diketahui kecenderungannya untuk menjadikan manusia sebagai mangsa.

Ikan jerung putih betina membesar sehingga saiz purata di antara 4.5 dan 4.8 meter, namun terdapat laporan mengatakan ia mampu mencapai lebih panjang dari itu.

Antara salah satunya digelar sebagai "Deep Blue", yang pernah dirakam berenang-rengang di Pulau Guadalupe, Mexico, mempunyai panjang 6.1 meter.

Namun, ikan jerung putih yang terbesar di dunia pernah ditangkap menggunakan joran adalah seberat 2,306 kilogram, di Pulau Phillip, Australia.

6. Sturgeon - 1,571 kilogram

10 Ikan Terberat Dan Paling Besar Pernah Ditangkap

Biasanya bersaiz di antara 2.13 hingga 3.66 meter, ikan Sturgeon dianggarkan mempunyai jangka hayat melebihi 100 tahun.

Ikan sturgeon Beluga adalah spesis yang terbesar dalam keluarga spesis ini dan merupakan sumber kepada caviar (telur ikan).

Ikaan sturgeon paling besar dalam sejarah pernah ditangkap adalah pada tahun 1827, di muara Sungai Volta, Ghana. Ikan tersebut mempunyai panjang 7.2 meter dan berat mencecah 1,571 kilogram.

Rekod-rekod lain yang dicatatkan adalah melebihi 5 meter.

7. Marlin - 751 kilogram

10 Ikan Terberat Dan Paling Besar Pernah Ditangkap

Ikan Marlin dianggap sebagai sangat megah dan menjadi idaman setiap nelayan untuk menumpaskannya.

Cabaran yang diberikan oleh ikan ini adalah disebabkan oleh beratnya dan kebolehan untuk bergerak pada kelajuan 128 kilometer sejam.

Kebiasaannya ikan marlin mampu mencapai panjang 3.3 meter dan berat di antara 91 dan 181 kilogram, namun ikan marlin betina mampu mencapai saiz 4 kali ganda ikan jantan.

Antara ikan paling besar pernah ditangkap adalah ikan marlin biru seberat 751 kilogram pada tahun 1984 oleh Gary Merriman yang memberikan pertarungan sengit selama 2 jam 20 minit.

8. Tuna - 678 kilogram

10 Ikan Terberat Dan Paling Besar Pernah Ditangkap

Ikan tuna bersirip biru Atlantik adalah spesis yang terbesar dari keluarga tuna dan menjadi subjek kepada banyak cerita-cerita dongeng. Ikan ini juga disenaraikan sebagai spesis terancam disebabkan oleh permintaan global yang tinggi.

Pada tahun 2010, seekor ikan tuna bluefin seberat 233 kilogram telah dijual dengan harga RM704,513 membuktikan bahawa ia merupakan antara ikan yang paling mendapat sambutan dan sangat berharga.

Ramai nelayan telah berjaya menangkap ikan tuna dengan berat melebihi 450 kilogram, namun yang paling besar pernah direkodkan adalah oleh Ken Fraser pada tahun 1979 di Nova Scotia, Canada.

Ikan tersebut mencapai berat 678 kilogram menjadikannya antara ikan paling besar pernah ditangkap dalam sejarah.

9. Keli Gergasi Mekong - 293 kilogram

10 Ikan Terberat Dan Paling Besar Pernah Ditangkap

Seekor ikan keli gergasi Mekong betina telah diiktiraf sebagai Ikan Air Tawar Paling Besar di dunia oleh Guiness Book of World Recods.

Ikan yang sangat cepat membesar ini boleh mencapai berat melebihi 180 kilogram dalam tempoh 6 tahun dan dilaporkan mampu mencapai berat sehingga 350 kilogram.

Walaupun ikan keli gergasi Mekon ini berada dalam senarai ikan terancam, namun dua orang nelayan di Thailand telah menangkap ikan ini seberat 293 kilogram di Sungai Mekong.

Dan melihatkan kepada saiznya pasti sudah dapat menjangkakan ia sangat sukar ditumpaskan, yang mana 2 jam diperlukan oleh 2 nelayan ini untuk menjinakkannya.

Jabatan Perikanan Darat Thailand kemudiannya mengambil telur ikan ini untuk tujuan pembiakan.

Cubaan untuk menyelamatkan ikan ini gagal dan akhirnya ia menjadi santapan makan malam bagi orang kampung.

10. Halibut - 233 kilogram

10 Ikan Terberat Dan Paling Besar Pernah Ditangkap

Dengan jangka hayat boleh mencecah 50 tahun, ikan halibut mampu membesar sehingga panjang mencapai 4.5 meter dan seberat 315 kilogram.

Daging ikan ini yang sangat sedap dan unik menjadikannya sebagai komoditi yang didambakan di seluruh dunia.

Pada tahun 2015, seorang nelayan dari Norway tersedar bahawa umpannya telah dimakan oleh seekor ikan halibut gergasi, yang membawa kepada pertempuran selama 90 minit dibantu oleh 3 orang yang lain di atas bot bersaiz 5.8 meter.

Kerana tidak mampu mengangkat ikan gergasi ini ke atas bot, mereka mengikat ekornya dan mengheret ikan ini ke pelabuhan. Ikan tersebut ditimbang dan beratnya mencecah 233 kilogram.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Kejelitaan Wanita Perak Di Mata 'Orang Putih'

Kejelitaan Wanita Perak Di Mata 'Orang Putih'

Dalam tulisannya ‘Malay Sketches’, Frank Swettenham ada menggambarkan kecantikan dan keindahan personaliti seorang wanita bangsawan Melayu di zamannya.

Kejelitaan Wanita Perak Di Mata 'Orang Putih'

Foto menunjukkan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah pada upacara perkahwinan Diraja di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak pada 7 hingga 11 September 1983.

Perhatikan hiasan di belakang pasangan diraja ini yang menampilkan seni tekat warisan negeri Perak.

Watak wanita berdarah raja itu dinamakan Raja Maimunah, yang digambarkan sebagai yang berikut:

“Kulitnya amat cerah, bertubuh kurus namun bentuknya sungguh mempesonakan, dengan tangan dan kakinya yang kecil, berwajah bujur sireh dan mata yang indah, berkilauan laksana telaga berwarna biru-putih di mana terapungnya seperti teratai, anak matanya yang gelap, berkelip atau berwaspada dalam penampilan yang berubah-ubah dari kelopak mata yang terbuka lebar atau separuh tertutup yang diteduhi oleh bulu mata hitam panjang.

"Hidungnya kecil, lurus, terletak dengan baik dan bibir tersenyum melengkung yang mendedahkan gigi yang tersusun sempurna dan memutih.

"Di kedua pipinya ada ‘lesung pipit’, sebagaimana orang Melayu memanggilnya, lesung pipit yang begitu mempesonakan sehinggakan siapa yang melihatnya akan tergoda hingga mati.

"Rambutnya hitam berkilat menutupi dahi bujur sirehnya, terurai ke belakang dari atas kepalanya lalu disanggul dengan empat tusuk bertatahkan permata.”

***

Cerita tentang Raja Maimunah, suaminya, Raja Iskander serta skandalnya dengan watak bernama Raja Sleman “orang asing dari negeri jiran” mirip kisah Raja Abdullah (kemudiannya menjadi Sultan Abdullah Muhammad Shah II) dengan isterinya Raja Tipah puteri kepada Sultan Shahabuddin Ri’ayat Shah.

Raja Sleman dalam kisah Swettenham ini pula mirip dengan karakter Raja Daud, yakni putera raja dari Selangor.

Sebagaimana gambaran Kapten James Low sekitar tahun 1827 mengenai personaliti wanita-wanita Perak, gambaran dari Swettenham ini juga mengesahkan betapa kecantikan dan keperibadian wanita-wanita Perak berada pada kelasnya yang tersendiri dari kacamata lelaki Inggeris.

Bayangkan, seorang lelaki Inggeris mengakui lesung pipit wanita Melayu mampu menggoda sesiapa sahaja yang melihatnya, sampai mati!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Sunday, June 17, 2018

16 Makanan Lazat Jepun Yang Popular Di Kalangan Orang Malaysia

16 Makanan Lazat Jepun Yang Popular Di Kalangan Orang Malaysia

Makanan Jepun sebenarnya boleh diterima oleh tekak orang Malaysia terutama jika diubahsuai mengikut selera rasa tempatan jadi, berikut ini adalah senarai makanan (dan bahan makanan) Jepun yang popular (dan dikenali) di kalangan orang Malaysia.

Pasti anda akan menyukainya jika sudah mencuba sendiri.

1. Okonomiyaki (Penkek Atau Piza Jepun)

16 Makanan Lazat Jepun Yang Popular Di Kalangan Orang Malaysia

Merupakan makanan tradisional Jepun. Bentuknya hampir sama seperti omelet atau frittata.

Bezanya, okonomiyaki dibuat daripada tepung okonomiyaki sendiri, telur, kobis, bakon, udang atau makanan laut lain lalu diletakkan sos manis, mayonis, kepingan ikan (dried fish flakes) di atasnya.

2. Takoyaki

16 Makanan Lazat Jepun Yang Popular Di Kalangan Orang Malaysia

Ialah snek Jepun yang berbentuk bulatan kecil. Diperbuat daripada adunan tepung gandum dan diisi dengan sotong kurita cincang, bawang besar dan halia jeruk.

Takoyaki dihidangkan bersama sos yang seakan-akan sos Worcestershire dan mayonis. Di Malaysia, terdapat juga takoyaki yang diisi dengan ayam dan udang.

3. Sashimi

16 Makanan Lazat Jepun Yang Popular Di Kalangan Orang Malaysia

Merupakan daging mentah, lazimnya ikan salmon atau tuna segar, yang dihiris nipis dan dihidang tanpa nasi. Sashimi antara hidangan Jepun yang terkenal.

Kebanyakan sashimi diperasakan dengan kicap dengan mencelupnya ke dalam kicap sebelum dimakan.

Ada sashimi yang dihidangkan bersama wasabi atau halia. Ada juga yang suka memakannya dengan daikon (lobak putih Jepun).

4. Teppanyaki (Barbeku Jepun)

16 Makanan Lazat Jepun Yang Popular Di Kalangan Orang Malaysia

Adalah hidangan yang dibakar di atas plat besi. Antara makanan yang lazimnya digunakan ialah daging, makanan laut, yakisoba (mi goreng) dan nasi.

Antara menu teppanyaki yang popular termasuk nasi, tauge, bawang merah, lobak merah dan cendawan.

5. Shabu-Shabu (Stimbot Jepun)

16 Makanan Lazat Jepun Yang Popular Di Kalangan Orang Malaysia

Merupakan salah satu hidangan periuk panas Jepun yang popular selain sukiyaki. Terdiri daripada pelbagai jenis sayur mentah, tofu dan kepingan daging yang dihiris nipis. Boleh dimakan bersama sup.

6. Tempura

16 Makanan Lazat Jepun Yang Popular Di Kalangan Orang Malaysia

Merupakan salah satu kaedah menggoreng dengan minyak tenggelam cara Jepun. Makanan disalut dengan adunan tepung lalu digoreng dalam minyak banyak.

Sebelum menggoreng, pastikan minyak yang digunakan bersih dan baru. Untuk menambah rasa, boleh titikkan sedikit minyak bijan.

7. Sukiyaki

16 Makanan Lazat Jepun Yang Popular Di Kalangan Orang Malaysia

Sejenis makanan yang berasaskan daging dan sayur. Bahan utama dalam hidangan ini adalah mi yang nipis, lut sinar dan bersifat jeli.

Turut dikenali sebagai mi shirataki, dihasilkan daripada akar pokok yang berkanji yang dikenali di Jepun sebagai pokok ‘devil’s tongue’.

8. Donburi

16 Makanan Lazat Jepun Yang Popular Di Kalangan Orang Malaysia

Sejenis sajian tradisional yang dihidangkan dalam mangkuk besar yang terdiri daripada nasi kukus yang dikacau goreng bersama ayam, daging atau udang serta sayur-sayuran campur.

9. Miso

16 Makanan Lazat Jepun Yang Popular Di Kalangan Orang Malaysia

Sejenis perencah dan perasa dalam masakan Jepun. Miso dihasilkan melalui penapaian kacang soya yang dikukus dengan garam dan kōji.

Miso boleh digunakan untuk meningkatkan rasa pada nasi, daging, ikan dan lain-lain masakan. Boleh juga dilarutkan dalam sup.

10. Soba

16 Makanan Lazat Jepun Yang Popular Di Kalangan Orang Malaysia

Merupakan mi nipis yang dihasilkan daripada tepung buckwheat atau kombinasi tepung buckwheat dengan tepung gandum. Bezanya dengan udon, udon lebih tebal.

11. Udon

16 Makanan Lazat Jepun Yang Popular Di Kalangan Orang Malaysia

Merupakan sejenis mi tebal yang diperbuat daripada tepung gandum. Udon biasanya dihidangkan panas bersama sup.

12. Nabe

16 Makanan Lazat Jepun Yang Popular Di Kalangan Orang Malaysia

Nabe atau nabemono merupakan stew atau sup yang dihidangkan semasa musim sejuk. Nabe biasanya disediakan di atas meja makan dengan menggunakan dapur mudah alih. Bahan-bahannya dimakan bersama kuah, sup atau pencicah.

13. Yakitori

16 Makanan Lazat Jepun Yang Popular Di Kalangan Orang Malaysia

Yakitori merujuk kepada hidangan ayam atau daging yang digrilkan. Secara umumnya, yakitori juga boleh merujuk kepada makanan yang dicucuk (skewered).

Yakitori biasanya dibuat daripada isi ayam atau daging dengan kepingan ‘bite-sized’ dan sayur yang dicucuk pada lidi lalu dibakar di atas arang.

14. Sos Teriyaki

16 Makanan Lazat Jepun Yang Popular Di Kalangan Orang Malaysia

Teriyaki sebenarnya merujuk kepada kaedah memasak dengan cara membakar atau memanggang.

Sos teriyaki pula adalah sos berwarna hitam berkilat yang digunakan sebagai bahan perapan daging atau ayam yang kemudiannya akan dibakar atau dipanggang.

Disebabkan bahan asal sos teriyaki tidak halal untuk Muslim, maka bahan-bahannya diganti dan diubah suai dengan bahan lain untuk menghasilkan sos teriyaki halal.

15. Sushi

16 Makanan Lazat Jepun Yang Popular Di Kalangan Orang Malaysia

Sushi adalah hidangan nasi yang digabung dengan pelbagai jenis bahan seperti makanan laut, sayur-sayuran atau buah-buahan tropika dan pelbagai cara digunakan untuk menghidangkan sushi.

Tetapi yang penting bahan utamanya adalah nasi sushi yang menggunakan beras khas yang dikenali sebagai ‘shari’ atau ‘sumeshi’. Sushi sering dihidang bersama halia jeruk, wasabi dan kicap.

16. Pes Wasabi

16 Makanan Lazat Jepun Yang Popular Di Kalangan Orang Malaysia

Sejenis pes berwarna hijau yang sangat pedas. Sering dijadikan sebagai hidangan sampingan kepada beberapa jenis menu Jepun. Serbuk wasabi dicampur dengan sedikit air lalu dibancuh.

Hati-hati sewaktu menikmati wasabi, walaupun sedikit sahaja tetapi rasanya amat pedas!

Apa pendapat anda tentang senarai ini? Yang mana satu jadi kegemaran anda? Apa-apa pun pastikan ianya halal dimakan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket