Thursday, January 18, 2018

Kru Pesawat Kongsi Rahsia Waktu Terbaik Guna Tandas Ketika Penerbangan

Kru Pesawat Kongsi Rahsia Waktu Terbaik Guna Tandas Ketika Penerbangan

Seorang atendan penerbangan telah mendedahkan salah satu misteri terbesar di atas kapal terbang, bilakah masa terbaik untuk pergi ke tandas semasa dalam penerbangan?

Kru Pesawat Kongsi Rahsia Waktu Terbaik Guna Tandas

Penerbangan sememangnya akan menimbulkan beberapa masalah apabila tandas pesawat perlu dikongsi dengan penumpang lain.

Etika buruk dalam pesawat juga sering menimbulkan masalah ketika makanan dihidang dan ketika kerusi dibaringkan.

Satu persoalan yang bermain di fikiran penumpang, bilakah sebenarnya masa terbaik untuk menggunakan tandas pesawat semasa perjalanan di udara?

Seorang atendan penerbangan telah mendedahkan rahsia di sebalik penggunaan kemudahan tandas untuk mengelakkan daripada mengganggu orang lain.

Atendan penerbangan, Erika Roth menjelaskan kepada Readers Digest bahawa masa terbaik untuk ke tandas adalah ketika pesawat berada 30,000 kaki di udara.

Dia menerangkan bahawa masa terbaik itu juga ketika juruterbang baru sahaja memadamkan isyarat tali pinggang keledar, tetapi sebelum minuman dihidangkan.

Penumpang lain tidak akan berebut untuk menggunakan tandas, kerana penerbangan baru sahaja berlepas dan dengan itu beratur panjang dapat dielakkan.

Menunggu sebelum perkhidmatan minuman dihidang juga bermaksud tidak menghalang perjalanan troli di lorong.

Ramai penumpang juga mungkin tidak selesa meninggalkan tandas selepas menggunakannya kerana ia berbau.

Salah satu cara yang digunakan kru untuk menghilangkan bau busuk adalah dengan menuang kopi ke tandas atau menggunakan beg kopi granul.

Ini kerana baunya cukup kuat untuk menutup bau lain selain mampu membunuh bakteria.

Jadi, sesiapa yang mendapati perutnya meragam dalam penerbangan, bawalah sedikit kopi ke tandas untuk menyahkan bau yang disebabkan oleh mereka sendiri.

Jika ada yang terkunci di dalam tandas pula, mereka tidak perlu takut. Tanda di pintu tandas mempunyai selak rahsia yang boleh digunakan untuk membuka pintu dari luar.

Atendan penerbangan menggunakan selak ini jika terdapat penumpang sakit atau pengsan semasa berada di dalam tandas.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Rahsia Yang Anda Tidak Tahu Ketika Dalam Pesawat

sumber: mstar

12 Lokasi Menarik Muzium Dan Tempat Bersejarah Percutian Di Perak

12 Lokasi Menarik Muzium Dan Tempat Bersejarah Percutian Di Perak

Negeri Perak sudah pastinya menjanjikan kelainan kepada pengunjung kerana sangat terkenal dengan pelancongan alam semula jadi, pulau dan pantai, tempat bersejarah, taman tema dan sebagainya.

Negeri Perak juga merupakan sebuah negeri di Malaysia yang masih lagi mengekalkan seni bina bangunan yang bercirikan warisan pengaruh Barat yang sangat mempesonakan pelancong.

Jika anda inginkan percutian yang bercirikan “Ketamadunan” dan “Semula Jadi”, jangan lepaskan peluang untuk melawati negeri Perak.

Di sini kami senaraikan 12 lokasi Muzium dan Tempat-tempat Bersejarah menarik di Perak yang boleh anda lawati bersama keluarga ketika bercuti di negeri ini.

1. Muzium Perak

12 Lokasi Muzium Dan Tempat Bersejarah Percutian Menarik Di Perak

Muzium Perak merupakan muzium pertama dan tertua yang ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1883 oleh Sir Hugh Low seorang Residen British ketiga di Perak ketika itu.

Terletak di bandar Taiping, kira-kira 85 kilometer dari bandar Ipoh. Muzium Perak kaya dengan koleksi etnologi, sejarah, alam semula jadi, arkeologi dan etamobologi yang sebahagiannya diklasifikasikan sebagai koleksi nadir atau rare yang berusia lebih seratus tahun seperti spesimen binatang seperti binturong dan pulasan, tengkorak dan rangka binatang serta tembikar tanah yang kini sukar ditemui atau pupus.

Selain daripada pelbagai jenis koleksi yang dipamerkan, bangunan Muzium Perak ini juga mempunyai keunikan dan kelainan seni binaannya yang tersendiri pengaruh daripada bangunan masyarakat “moor” di India, dan ‘neo-classical” serta “Victorian” masyarakat di Eropah.

Bagi anda yang meminati sejarah dan sebagainya jangan lepaskan peluang anda untuk berkunjung ke Muzium Perak ini.

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am– 6.00pm)
Bayaran Masuk: Dewasa (RM 2.00) | Kanak-Kanak (Percuma)

2. Galeri Sultan Azlan Shah

12 Lokasi Muzium Dan Tempat Bersejarah Percutian Menarik Di Perak

Sebuah galeri yang indah dan menarik seni binaannya dibangunkan semula daripada istana lama iaitu Istana Ulu.

Istana Ulu atau dikenali juga dengan nama Istana Kota ini terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar tidak jauh dari Masjid Ubudiah.

Dibina setaraf galeri yang terdapat di luar negara bertujuan untuk merakam tentang sejarah hidup Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Muhibbuddin Shah daripada awal usia sehingga zaman pentadbiran baginda.

Di sini juga menempatkan informasi berkenaan sejarah negeri Perak dan keluarga Diraja Perak.

Kemegahan dan keagungan Galeri Sultan Azlan Shah ini diterjemahkan melalui seni binaannya yang halus dan indah, terus kekal berdiri teguh walaupun telah seabad dibina.

Selain daripada pengunjung dapat mengetahui sejarah, susur galur dan kehidupan sultan tetapi juga dapat melihat kehalusan ukiran-ukiran kayu dan kerawang besi berukiran bunga kemboja serta keseluruhan galeri ini sudah semestinya menawan hati pengunjung yang gemar akan seni sebegini.

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (10.00am – 5.00pm) | Jumaat: 10.00 pagi – 12.15 tengah hari (Dibuka semula: 2.45 petang – 5.00 petang)

3. Kellie’s Castle

12 Lokasi Muzium Dan Tempat Bersejarah Percutian Menarik Di Perak

Kellie’s Castle merupakan antara salah satu tempat menarik yang harus anda lawati jika berkunjung ke negeri Perak.

Bangunan 3 tingkat umpama istana ini mempunyai kelainan, keunikan dan sejarahnya yang tersendiri kerana dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul, di Bandar Agra, India.

Walaupun bangunan ini sudah berusia 107 tahun dan tidak sempat disiapkan tetapi tetap terus kukuh hasil daripada pembaikan yang dijalankan.

Untuk ke Kellie’s Castle pengunjung perlu menyeberangi jambatan yang telah dibina melintasi sungai Kinta.

Terdapat kemudahan seperti kafe, surau, tandas, kedai cenderamata dan tapak meletak kereta telah disediakan oleh Majlis Daerah Kinta Barat. Kellie’s Castle juga sering menjadi lokasi pengembaraan drama dan filem dalam dan luar negara kerana keunikan binaannya. Kellie’s Castle menjadi kebanggaan penduduk Batu Gajah, Perak ini kerana keunikan seni binaan dan sejarahnya.

Waktu Operasi: Isnin-Ahad (9.00am – 6.00pm)
Bayaran Masuk: Dewasa (RM 5.00) | Kanak-kanak (RM 3.00) | Warga Emas (RM 4.00)

4. Muzium Arkeologi Lenggong

12 Lokasi Muzium Dan Tempat Bersejarah Percutian Menarik Di Perak

Muzium Arkeologi Kota Tampan ini terletak di sebuah kawasan bekas ladang Kelapa Sawit di Kampung Kota Tampan, Mukim Temelong, Lenggong dan berada dalam Daerah Hulu Perak iaitu 8 kilometer ke selatan dari Pekan Lenggong.

Keluasan keseluruhan kawasan Galeri ini dianggarkan seluas 8.16 ekar dengan 2 blok bangunan yang mempunyai 2 Galeri Pameran, Pejabat, Bilik Audio Visual, Bilik Mesyuarat dan Bilik Penyelidikan.

Galeri ini menempatkan pelbagai artifak dan bahan prasejarah dipamerkan dalam bentuk medium yang menarik dan berinformatif.

Di sini juga terdapat rangka “Perak Man” yang ditemui di Gua Gunung Runtuh, dan beberapa artifak lain yang membuktikan kewujudan penempatan awal manusia prasejarah di negara ini, menjadikan ianya tersenarai antara 953 tapak warisan dunia oleh UNESCO.

Selain itu, bukti penemuan batu serpihan hentaman meteorit juga menjadi penyumbang kepada pengiktirafan Lembah Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am – 5.00pm) | Jumaat (9.00am – 12.00pm) (3.00am – 5.00pm)

5. Kota Belanda

12 Lokasi Muzium Dan Tempat Bersejarah Percutian Menarik Di Perak

Jika anda ke Pulau Pangkor, Perak jangan terlepas peluang untuk singgah sebentar di Kota Belanda ini yang terletak di Teluk Gadang, kira-kira 100 meter dari pantai.

Kota Belanda ini merupakan sebuah kubu lama kolonial Belanda telah berusia lebih 300 tahun yang dijadikan sebagai gudang penyimpanan bijih timah dari negeri Perak.

Pengunjung boleh melawati Kota ini secara percuma sahaja sambil melihat secara dekat peninggalan-peninggalan penjajahan, sejarah pengaruh Barat di Tanah Melayu dan terdapat juga beberapa rumah limas tradisional negeri Perak yang telah dibina oleh kerajaan negeri Perak bagi menambahkan lagi nilai serta tarikan pelancongan di sini.

Pengunjung tidak perlu risau jika datang ke sini kerana terdapat pelbagai kemudahan telah disediakan seperti gerai makanan, pakaian dan juga cenderamata untuk dibawa pulang sebagai buah tangan.

6. Kompleks Sejarah Pasir Salak

12 Lokasi Muzium Dan Tempat Bersejarah Percutian Menarik Di Perak

Kompleks ini dibina pada tahun 1990 atas inisiatif Tan Seri Ramli Ngah Talib, Menteri Besar Perak ketika itu dan dirasmikan oleh Raja Nazrin Shah pada 26 Mei 1990.

Di sini terdapat banyak kesan sejarah terutamanya tentang perjuangan pahlawan-pahlawan Melayu, terbahagi kepada galeri Sejarah, dan balai pameran mempamerkan sejarah peristiwa Pasir Salak, senjata, alat-alat pengangkutan, tembaga, pakaian dan banyak lagi.

Terdapat juga bangunan yang sedia ada berhampirannya ialah Masjid Pasir Salak, kubu pertahanan dan tiga buah rumah kutai.

7. Muzium Beruas

12 Lokasi Muzium Dan Tempat Bersejarah Percutian Menarik Di Perak

Salah satu tempat bersejarah boleh anda lawati di Perak ialah Muzium Beruas. Pada awalnya, bangunan ini merupakan Mahkamah Beruas yang telah diubahsuai untuk dijadikan muzium yang mengambil masa lebih kurang 50 minit dari Sitiawan.

Muzium ini mempamerkan lebih daripada 300 artifak pada zaman kerajaan Beruas dan Gangga Negara.

Penubuhan Muzium Beruas ini bertujuan untuk mengumpul dan mengungkapkan semula tentang sejarah keagungan kerajaan Melayu tertua di pesisir pantai negeri Perak yang telah wujud seawal abad kedua hingga kelima belas.

Di muzium ini memaparkan segala maklumat dan bahan kajian dalam bentuk sebenar seperti peta-peta, ilustrasi dan nota mengenai kegemilangan kerajaan Gangga Negara dan Beruas.

Masuk ke muzium ini adalah percuma.

Waktu Operasi: Isnin-Khamis (9.30am – 5.00pm) | Jumaat (9.30am – 12.15pm) (2.45pm – 5.00pm) | Sabtu, Ahad dan Kelepasan Am (9.30am – 5.00pm)

8. Batu Bersurat Pulau Pangkor

12 Lokasi Muzium Dan Tempat Bersejarah Percutian Menarik Di Perak

Jika anda ke Kota Belanda jangan lepaskan peluang untuk melihat sendiri Batu Bersurat berhampiran dengan kota tersebut, terletak kira-kira 100 meter dari pantai.

Pengunjung dapat melihat dengan lebih jelas batu besar terpahat dengan lukisan seolah-olah harimau sedang mencederakan seorang budak, dua bulatan berbentuk daun serta perkataan-perkataan Belanda dan Inggeris yang berbunyi “If Carlo 1743”.

Di mana tahun yang tercatat merupakan tahun pendudukan semula Belanda di Pulau Pangkor. Jika dari Kota Belanda anda boleh berjalan kaki sahaja kerana jaraknya yang dekat.

Selain daripada faktor sejarah, suatu yang unik tentang batu ini juga dikatakan oleh penduduk tempatan bahawa batu ini hidup kerana mampu membesar dari saiz asalnya yang agak kecil dengan panjang 10.7 meter, lebarnya 4.6 meter dan berketinggian 4.3 meter.

9. Port Weld

12 Lokasi Muzium Dan Tempat Bersejarah Percutian Menarik Di Perak

Port Weld atau lebih dikenali kini sebagai Kuala Sepetang, Perak. Dikatakan semasa terdapatnya bijih timah di Larut dan Taiping lokasi ini menjadi pelabuhan yang sangat penting.

Hulu Sungai Larut mengalir dari Bukit Larut atau Bukit Maxwel terus ke muara Sungai Larut berhampiran dengan Port Weld atau Kuala Sepetang.

Hanya mengambil masa 60 minit atau 72 kilometer untuk ke bandar Ipoh. Kawasan yang dikawal selia oleh Jabatan Perhutanan Matang ini merupakan hutan paya bakau yang diiktiraf oleh dunia sebagai ekosistem terbaik.

Selain itu, di sini juga terdapat kepelbagaian hidupan liar bagi pengunjung yang cinta akan alam semula jadi untuk melihat dan terokai.

Di kawasan tengah bandar ini juga terdapat stesen keretapi pertama di Malaysia yang berhubung dengan Taiping yang kini sudah ditutup, yang tinggal hanyalah pondok menjual tiket dan papan tanda sebagai simbolik kepada Port Weld.

10. Muzium Darul Ridzuan

12 Lokasi Muzium Dan Tempat Bersejarah Percutian Menarik Di Perak

Muzium Darul Ridzuan merupakan salah satu tumpuan para pelancong di Perak. Menariknya bangunan ini mempunyai ciri-ciri reka bentuk Inggeris dan masih mengekalkan reka bentuk seni bina asalnya sehingga sekarang.

Dibina di kawasan seluas kira-kira empat ekar. Selain itu, terdapat dua buah kubu perlindungan serangan udara atau airaid shelter dibina pada tahun 1940.

Bangunan ini telah mula diubahsuai reka bentuk dalamannya pada tahun 1991 dan diberi nama Muzium Darul Ridzuan dan telah dirasmikan pembukaannya pada 18 Ogos 1992 oleh Pemangku Sultan Perak, Raja Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.

Jika ingin melihat dan mengetahui lebih lanjut latar belakang serta sejarah mengenai muzium ini pengunjung jangan lepaskan peluang anda untuk ke sini, masuk adalah percuma.

Waktu Operasi: Isnin – Khamis (9.30am – 5.00pm) | Jumaat (9.30am – 12.15pm) (2.45am – 5.00pm) | Sabtu, Ahad dan Kelepasan Am (9.30am – 5.00pm)

11. Muzium Geologi

12 Lokasi Muzium Dan Tempat Bersejarah Percutian Menarik Di Perak

Tertubuhnya pada tahun 1957 Muzium Geologi adalah untuk menyimpan contoh rujukan daripada kajian geologi.

Menempatkan hampir 700 koleksi unik dan menarik pelbagai jenis fosil, mineral, batu permata berharga dan separa-berharga dari dalam dan luar negara.

Terdapat beberapa sampel bijih timah menarik yang ditemui dalam lombong timah di Lembah Kinta, Perak turut dipamerkan.

Di samping, turut memaparkan sumbangan geologi terhadap pembangunan sumber air bawah tanah, pembinaan infrastruktur dan promosi warisan geologi Malaysia menggunakan ilustrasi grafik.

Masuk ke muzium ini adalah percuma.

Waktu Operasi: Isnin – Khamis (9.00am – 12.30pm) | Jumaat (9.00am – 12.00pm) (3.00pm – 4.30pm) | Sabtu, Ahad dan Kelepasan Am (Tutup)

12. Muzium Diraja Kuala Kangsar

12 Lokasi Muzium Dan Tempat Bersejarah Percutian Menarik Di Perak

Muzium Diraja Kuala Kangsar sangat melambangkan seni bina Melayu Tradisional yang mengagumkan.

Pengunjung boleh melihat dengan lebih jelas kehalusan seni bina Melayu Tradisional ini dengan lebih teliti.

Muzium yang didirikan pada tahun 1926 ini dahulunya dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Istana Lembah, Istana Kenangan, atau Istana Tepas.

Muzium ini dibina atas perintah D.Y.M.M. Almarhum Sultan Iskandar Shah sebagai tempat bersemayam sementara.

Yang menariknya mengenai muzium ini tidak digunakan paku besi dalam pembinaannya. Dengan warna dinding yang melambangkan warna negeri perak iaitu kuning, hitam, dan putih.

Reka bentuk bangunan ini menggunakan enam puluh batang tiang yang lebih kurang 41 meter dan selebar 11 meter.

Dikatakan bentuk bangunan ini terbina seperti sebilah padang yang berada di dalam sarungnya.

Struktur bangunan ini terbahagi kepada dua iaitu di bahagian atas ditempatkan singgahsana manakala di bahagian bawah menempatkan sebuah pejabat rasmi Baginda.

Masuk juga adalah percuma.

Waktu Operasi: Isnin – Khamis (9.30am – 5.00pm) | Jumaat (9.30am – 12.15pm) (2.45pm – 5.00am) | Sabtu, Ahad dan Kelepasan Am (9.30am – 5.00pm)

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 7 Tempat Menarik Pelancongan Unik Di Sarawak Yang Ramai Belum Tahu

sumber: maisinggah

Cerpen: Kepala Tersangkut Di Rumpun Mengkuang

Cerpen: Kepala Tersangkut Di Rumpun Mengkuang

Kegelisahan orang-orang kampung di Serting ialah gangguan terhadap ibu-ibu yang baru melahirkan anak kerana selalunya mereka akan menghadapi keadaan turun darah kalau dibawa ke hospital bagaimanapun, kebanyakan mereka masih dapat diselamatkan apabila dibawa ke hospital.

Cerpen: Kepala Tersangkut Di Rumpun Mengkuang
Gambar hiasan.

Ibu-ibu yang hendak melahirkan anak semakin bimbang akan mengalami tumpah darah ini, di samping mereka takut pula untuk beranak di hospital anehnya, kenapa tumpah darah ini sentiasa berlaku kepada ibu-ibu yang melahirkan anak-anak di kampung ini?

Disebabkan kebimbangan ini Ali Gemuk menemui Pak Hid di Bukit Kelulut bertanyakan masalah yang dihadapi oleh orang-orang di kampungnya.

Bagaimanapun, Pak Hid tidak dapat menjelaskan kedudukan sebenar, cuma dia merasakan mungkin ada gangguan dari 'penanggal' atau polong yang memang gemar menghisap darah perempuan baru lepas bersalin.

Secara saintifik memanglah tidak dapat digambarkan mengenai polong atau hantu penanggal ini, kerana yang dapat dilihat hanya perempuan yang menjadi mangsa itu terkena tumpah darah. Sedangkan yang sebenarnya hantu penanggal itu sedang menghisap darah hanyir dari ibu yang baru lepas bersalin itu.

Sebab itulah kebanyakan orang-orang di kampung akan menggantungkan duri mengkuang di bawah rumah setentang dengan tempat tidur ibu-ibu yang baru melahirkan anak. Memang duri mengkuang ini menjadi sumpahan kepada hantu penanggal mahupun polong. Mereka tidak akan berani mendekatinya kalau ada duri mengkuang di situ.

“Habis, mengapa kalau bawa ke hospital boleh baik?” tanya Ali Gemuk pada Pak Hid.

“Bau ubat-ubat di hospital itu pun dia tak tahan” ujar Pak Hid perlahan.

“Apabila dibawa ke hospital tak payah lagi ubat pun tak apa lagi dah” katanya menjelaskan.

Bagaimanapun, dia tidaklah bermaksud supaya jangan diberi ubat kepada ibu-ibu yang mengalami tumpah darah itu.

Sebenarnya gangguan dari hantu penanggal atau polong itu tidak berani lagi mengikut mangsanya apabila mangsanya itu dipindahkan ke hospital.

“Jadi, macam mana kita nak buat Pak Hid?” Ali Gemuk merasa bimbang kerana isterinya sarat mengandung dan hampir akan bersalin.

“Dekat kampung kau pun ada orang yang handal, buat apa jumpa aku?” Pak Hid macam menyindir Ali Gemuk yang terburu-buru mencari dia, padahal isterinya lambat lagi akan bersalin.

Inilah kisah yang berlaku lebih 20 tahun dulu mengenai kejadian yang mengganggu ibu-ibu melahirkan anak menyebabkan mereka dalam ketakutan setiap kali akan melahirkan anak.

Ali Gemuk adalah salah seorang yang menghadapi masalah ini sebaik saja isterinya akan melahirkan anak sulung. Malah mengikut pendapat orang tua-tua perempuan mengandung anak sulung inilah yang menjadi idaman hantu penanggal itu.

Nenek saya pernah memberitahu bahawa hantu penanggal ini adalah manusia biasa yang tersalah menuntut ilmu semangat padi. Tujuannya adalah untuk membolehkan padinya berbuah dengan banyak, walaupun sawah yang dikerjakan tidak seberapa.

Ilmu semangat padi yang dituntutnya itu berubah menjadi hantu penanggal yang memerlukan darah perempuan yang baru beranak, bagi mengekalkan ilmu semangat padi itu menguasai dirinya.

Sekiranya dia tidak melakukan, maka hantu penanggal yang menguasainya itu akan memakan diri sendiri.

Oleh itu asal saja perempuan baru melahirkan anak mudah saja dia dapat mencium hanyir darah berkenaan.

Kecuali kalau wanita-wanita itu baru dibawa ke hospital, dia tidak dapat mengekorinya kerana bau ubatan moden ini melemahkan anggota hantu penanggal itu sendiri.

Kisah Ali Gemuk ini diceritakan sendiri oleh anak buahnya kepada saya, kerana semasa kejadian itu berlaku dia sudah pun berumur kira-kira 8 tahun. Dia masih ingat lagi kejadian yang berlaku kepada bapa saudaranya itu.

Saya pernah juga bertemu dengan Pak Hid dua tiga kali, tetapi tidak sempat pula bertanya mengenai kisah Ali Gemuk ini. Lagi pun dia tidak berapa ingat sangat dengan Ali Gemuk, kerana kampung mereka berjauhan.

Semasa saya bertemu Pak Hid beberapa tahun dulu, dia kelihatan menangis terisak-isak kalau menyebut kisah-kisah yang dikatakan aneh oleh manusia sekarang. Setiap kali dia menyebut nama Allah, Pak Hid akan tersedu-sedu sampai tidak dapat bercakap.

“Allah boleh melakukan apa saja, tak ada apa-apa yang aneh bagiNya,” kata Pak Hid kepada Ali Gemuk.

“Dekat kampung kau ada orang yang handal, buat apa kau cari orang tua buruk di Bukit Kelulut ni,” dia merendahkan diri apabila Ali Gemuk meminta dia membuat apa-apa tangkal bagi melindungi isterinya.

“Tolonglah bagi apa-apa tangkal pun Pak Hid,” Ali Gemuk merayu dengan penuh harapan.

“Aku tak boleh melindungi isteri kau, tangkal azimat juga tak boleh,” mengesat matanya yang mula digenangi air.

“Yang boleh kau minta tolong untuk melindungi isteri kau hanyalah Allah,” kata Pah Hid lagi.

Sedapat-dapatnya Pak Hid tidak mahu memberi apa-apa tangkal azimat bagi menghadapi gangguan hantu penanggal itu.

Dia hanya menyuruh Ali Gemuk melakukan sembahyang tahjud di tengah malam hari di samping memohon kepada Allah supaya dijauhkan sebarang bencana dari menimpa isterinya.

Bagaimanapun, dia memberikan doa kepada Ali Gemuk supaya diamalkan selepas sembahyang tahjud itu.

Hampalah Ali Gemuk hendak mendapatkan tangkal dan azimat dari Pak Hid, kerana orang tua itu enggan memberikannya.

Dari anak buahnya Johar yang menceritakan kisah ini semula kepada saya, memang Ali Gemuk melakukan seperti yang disuruh oleh Pak Hid.

Tetapi, Ali gemuk memang tahu mengenai diri Pak Hid yang warak orangnya itu. Kebanyakan orang hanya menganggap Pak Hid sebagai orang tidak siuman saja, kerana pakaiannya yang robak-rabek dan bertampal-tampal, di samping suka merungut-rungut sendirian.

Sebab itulah Ali gemuk sanggup mengayuh basikal sampai tujuh lapan batu dari Serting ke Bukit Kelulut, semata-mata mencari Pak Hid.

“Memang Pak Hid nampaknya macam orang tidak siuman saja,” ujar Johar bila mengingatkan semula sikap Pak Hid.

Kadangkala dia datang minum kopi di Batu Kikir, hanya beberapa minit saja dia duduk, lantas bangun mahu ke Segamat pula.

Padahal Segamat dengan Batu Kikir bukanlah dekat lebih 30 batu jauhnya. Tetapi memang orang nampak dia mengayuh basikal menuju ke arah ke Bahau untuk pergi ke Segamat.

Sebaliknya lima minit kemudian dia balik semula, untuk menghabiskan sisa kopi yang diminumnya tadi.

Perangainya inilah yang dikatakan orang tidak siuman. Satu waktu pernah terjadi dia sedang minum kopi di Batu Kikir, tiba-tiba saja dia bangun kerana hendak membeli kuih kuaci di Segamat.

Katanya dia teringin hendak memakan kuih dari kedai yang selalu dibelinya kuih kuaci apabila dia ke Segamat.

Disebabkan sudah selalu benar dia berkata mahu ke Segamat membeli kuih tersebut apabila sedang duduk minum di kedai kopi di Batu Kikir itu, orang cam betul-betul waktu yang dia bangun mencapai basikal untuk ke Segamat itu kira-kira pukul 11.00 pagi.

Kira-kira pukul 11.05 minit dia balik ke kedai itu membawa dua butir kuih kuaci yang katanya dibeli di Segamat.

Orang yang disuruh menunggu di kedai kuih di Segamat yang dikatakan itu telah balik dalam kira-kira pukul 3.00 petang hari itu memberitahu, memang Pak Hid ada datang ke kedai berkenaan membeli kuih kuaci pada pukul 11.00 pagi hari tersebut. Sejak hari itu barulah orang tidak berani lagi menuduh dia tidak siuman.

Memang terkejut besar orang yang menunggu di kedai di Segamat, kerana selama ini dia merasakan Pak Hid hanya bergurau saja mahu ke Segamat membeli kuih. Tetapi apabila balik dia hanya membawa dua butir saja kuih kuaci.

Kalau mahu dikira dari segi logik, adalah terlalu bodoh untuk mengayuh basikal lebih 30 batu semata-mata untuk membeli dua butir kuih kuaci yang harganya cuma 20 sen.

Lagi pun tidak sampai 5 minit pun masa perjalanannya dengan mengayuh basikal tetapi menuju ke satu tempat yang dikira pergi dan balik lebih 60 batu. Sebab itulah orang menganggap dia tidak siuman.

Tetapi setelah dapat dibuktikan bahawa kata-kata Pak Hid itu benar barulah orang berfikir, pada zahirnya Pak Hid seperti orang tidak siuman, tetapi apa rahsia di sebalik kelakuannya seperti orang tidak siuman itu hanya Allah saja yang tahu.

“Dari apa yang saya alami mengenai kelakuan Pak Hid ni, memang saya bersetuju dengan Ustaz, bahawa tidak ada perkara yang mustahil kalau Allah izinkan” keluh Johar memberitahu saya.

Johar pun memang sudah lama mencari saya, kerana dia mendapat tahu saya pernah ke Bukit Kelulut mencari Pak Hid ini.

Apabila bertemu dengan saya, barulah dia bercerita mengenai sikap aneh Pak Hid yang dianggap oleh orang-orang di sekitar kampungnya sebagai tidak siuman itu.

“Macam mana Ustaz tahu Pak Hid ni?” tanya Johar.

“Semuanya kehendak Allah” sahut saya tersenyum.

Memang orang merasa hairan kenapa saya suka berkenalan dengan orang-orang seperti Pak Hid ini.

Bagi saya zahirnya saja tidak boleh diberi penilaian dengan mata hati kita. Saya mencari Pak Hid pun kerana mahu bertanyakan sedikit sebanyak yang kita tidak tahu darinya.

“Saya tanyakan padanya sama ada kenal Ustaz atau tidak,” jelas Johar macam mengingatkan sesuatu.

“Tetapi, dia kata tak kenal,” katanya terangguk-angguk.

Saya tersenyum mendengar penerangan Johar. Memang itulah sikap Pak Hid, kalau ditanyakan padanya sama ada kenal atau tidak orang-orang yang pernah menemuinya, dia akan menjawab, “Ramai yang datang ke sini, mana saya nak ingat.”

Setelah orang ramai tahu tentang keluarbiasaan Pak Hid ini, ada juga orang menjemputnya ke rumah untuk membaca doa selamat. Pak Hid memenuhi jemputan orang berkenaan. Tetapi selepas dia membaca doa selamat, dia pun balik dengan tidak mahu menjamah makanan yang dihidangkan.

“Mengapa tuan tak makan dulu?” tanya tuan rumah kebingungan.

“Tadi awak jemput saya untuk baca doa selamat, bukan untuk makan,” jelasnya dan terus beredar dari situ.

Disebabkan orang sudah tahu bagaimana cara mengajaknya, maka apabila diajak dia kenduri akan disebutkan permintaan untuk membaca doa selamat dan terus makan sekali. Barulah Pak Hid mahu makan selepas dia membaca doa selamat.

Tetapi, ada juga tatkala sedang makan tuan rumah akan mempersilakan seperti kelaziman yang dibuat oleh orang-orang Melayu di kampung iaitu, “Jemputlah makan tuan, lauknya tak ada, cuma itu saja.”

Tujuan tuan rumah hanya sebagai merendah diri saja, bukanlah apa-apa tujuan di sebaliknya. Setelah mendengar kata-kata tuan rumah itu, Pak Hid akan makan nasi saja dengan tidak mengambil sedikit pun lauk.

“Bubuhlah lauk tuan...” tuan rumah akan memperlawanya.

“Eh, tadi kata tak ada lauk,” sahutnya dan terus menyuap nasi dengan tidak sedikit pun menyentuh lauk.

Selepas selesai kenduri, tuan rumah akan memberikannya wang sepuluh ringgit sebagai budi bahasa kelaziman orang-orang di kampung memanggil orang membaca doa di rumahnya.

“Tuan, ambillah sedekah ni,” ujar tuan rumah menghulurkan wang sepuluh ringgit.

Dengan pantas dia menepis tangan orang itu sambil katanya, “His, saya tak patut menerima sedekah, badan saya masih kuat lagi bekerja. Yang menerima sedekah ni fakir miskin.”

Jadi, kalau memberi dia wang memadai dengan serahkan saja sewaktu bersalam dan jangan berkata apa-apa. Dia akan mengambil sambil menadah tangan bersyukur kepada Allah.

Tetapi ada juga tuan rumah yang memberi wang sambil berkata, “Tuan, ini saya beri tambang-tambang kereta aje.”

Tuan rumah sengaja berkata begitu kerana tidak ada tujuan, walaupun dia tahu Pak Hid datang ke rumahnya dengan menunggang basikal.

Pak Hid tidak menolak. Dia akan menerima wang pemberian itu. Biasanya tuan rumah akan memberi sepuluh ringgit selepas selesai kenduri.

Dengan kata-kata tuan rumah tadi Pak Hid meninggalkan basikalnya di situ, lantas menaiki bas atau teksi sapu ke rumah di Bukit Kelulut.

Kalau tambang bas antara 30 hingga 40 sen, dia akan memberikan kesemua sepuluh ringgit itu dengan tidak mahu mengambil baki yang dipulangkan oleh kondakter bas.

Begitu juga kalau dia menaiki teksi sapu. Pemandu kereta akan mengenakan $1.50 saja, tetapi dia tetap memberikan kesemua sepuluh ringgit yang diberi oleh tuan rumah tadi.

Apabila dia sampai di rumahnya, dia akan naik sebentar ke rumahnya, kemudian berbalik semula ke rumah orang yang membuat kenduri tadi untuk mengambil basikalnya semula.

Sekali pandang memanglah nampak kelakuannya seperti orang tidak siuman, tetapi rahsia dirinya hanya Allah yang tahu. Itulah yang diceritakan oleh Johar kepada saya mengenai Pak Hid.

Dan itulah kesan yang diajarkannya kepada Ali Gemuk apabila lelaki itu datang meminta tangkal azimat darinya supaya menghalau hantu penanggal.

Ali Gemuk mematuhi arahan Pak Hid supaya melakukan sembahyang tahjud selama 44 malam sebelum isterinya melahirkan anak.

Memanglah terasa sukar pada mulanya untuk bangun tidur waktu malam hari tetapi kerana yakin dengan apa yang diajarkan oleh Pak Hid dia tetap tabahkan hati.

Lagipun bersembahyang tahjud memang dikehendaki oleh agama, kerana Allah sendiri menyuruh dibanyakkan berjaga malam untuk beramal ibadat.

Setelah selesai 44 malam dia menunaikan tahjud itu, isterinya belum juga sampai waktu untuk melahirkan anak. Oleh itu setiap lepas maghrib Ali Gemuk membaca Yassin.

Begitulah sehinggalah sampai waktu isterinya mahu melahirkan anak. Dengan izin Allah isterinya melahirkan anak dengan mudah, dan tidak merasa sakit yang kuat.

Semasa isteri Ali Gemuk melahirkan anak, Johar anak saudaranya ada bersama di rumah Ali Gemuk. Masa ini Johar baru berumur 8 tahun saja.

“Masa tu umur saya 8 tahun je Ustaz, tapi saya masih ingat juga,” jelas Johar memberitahu saya.

Isteri Ali Gemuk selamat melahirkan anak pada jam 6.00 petang. Terlalu gembira hatinya, kerana anak dan isterinya selamat. Dia terus mengazankan anaknya sebaik saja diserahkan oleh Mak Bidan.

“Tak ada kau cari tangkal apa-apa Li?” emak mertuanya cemas setelah isterinya selamat melahirkan anak itu. Ali Gemuk mendiamkan diri.

Dia yakin isterinya tidak akan dapat diganggu lagi hantu penanggal yang menakutkan penduduk-penduduk kampungnya.

“Bukanlah aku dah suruh kau siap-siapkan tangkal tu!” orang tua itu memarahi Ali Gemuk.

“Saya dah jumpa dengan Pak Hid,” sahut Ali Gemuk menjelaskan.

“Pak Hid pula?” soalnya heran.

“Pak Hid di Bukit Kelulut...” kata Ali Gemuk perlahan.

“Orang tua tak siuman tu,” emak mertuanya menyindir sambil mencemikkan bibir.

“Apa yang orang tua tu boleh buat, dirinya pun tak terjaga kau nak suruh dia buat tangkal,” ujarnya kesal disebabkan Ali Gemuk pergi menemui Pak Hid.

Ali Gemuk tidak menyahut. Dia tahu semua orang-orang di situ hanya mendengar saja mengenai diri Pak Hid yang dikatakan kurang siuman itu. Tetapi mereka tidak pernah mahu mendekati orang tua berkenaan.

Bagaimanapun, Ali Gemuk hanya mengetahui akan keluarbiasaan Pak Hid ini dari seorang polis pencen di Batu Kikir. Sebab itulah dia sanggup ke Bukit Kelulut sejauh lebih 7 batu semata-mata untuk menemui Pak Hid.

Kira-kira pukul 9 malam, kakak ipar Ali Gemuk terjerit dari tengah halaman menyebabkan seisi rumah kelam kabut. Semua orang yang berada di dalam rumah meluru keluar hinggakan isteri Ali Gemuk yang baru bersalin pun ditinggalkan seorang diri.

“Ada apa esah?” tanya emak mertua Ali Gemuk pada anaknya yang termengah-mengah ketakutan.

“Itu apa tu, apa tu dekat rumpun mengkuang?” dia menuding-nuding jari ke arah rumpun mengkuang berhampiran dengan telaga, dengan tidak memalingkan mukanya ke situ.

Semua orang memandang ke rumpun mengkuang berhampiran telaga di tepi sawah. Mereka nampak kepala manusia tersangkut dengan tali perutnya berjurai-jurai melekat pada duri mengkuang.

Pada bahagian tali perutnya nampak seperti api berkelip-kelip. Cepat-cepat Ali Gemuk menyuluh dengan lampu suluh ke arah kepala manusia yang tersangkut itu.

“Oh, kau rupanya nak ganggu isteri aku!” jerkah Ali Gemuk meludahkan ke tanah.

Selepas ini barulah emak mertuanya berkejar mendapatkan isteri Ali Gemuk di dalam. Didapatinya anaknya tidak apa-apa.

“Ada apa mak?” tanya isteri Ali Gemuk.

“Dah datang setan tu. Nasib baik tersangkut pada rumpun mengkuang,” rungut orang tua itu.

“Syukurlah...” sahut isteri Ali Gemuk.

“Tak sia-sialah Abang Ali jumpa dengan Pak Hid tu,” katanya setelah diberitahu oleh Ali Gemuk mengenai ajaran yang diajarkan oleh Pak Hid.

Sementara di tengah halaman orang-orang kampung sudah berkumpul. Mereka semua menyaksikan sendiri bagaimana hantu penanggal itu tersangkut pada rumpun mengkuang. Mereka tidak berapa kenal muka kepala siapa manusia itu, kerana ianya bukanlah orang dari kampung tersebut.

“Tak pernah orang dapat memerangkap benda macam ni,” ujar Tok Imam Lias sambil menyuruh orang kampung mengambil antan lesung.

Johar cepat-cepat mengambil antan lesung di bawah gelegar rumah. Pada mulanya emaknya menyuruh dia masuk saja ke rumah, tetapi Johar berkeras juga mahu melihatnya.

Dia tidak merasa takut untuk menyaksikan hantu penanggal yang tersangkut di rumpun mengkuang itu. Tetapi Ali Gemuk mempertahankan dia.

“Anak jantan apa salahnya nak tengok, buat apa takut dengan setan!” kata Ali Gemuk bersemangat.

Tok Imam Lias mengambil antan lesung dari Johar. Dia mengetuk kepala orang yang tersangkut pada rumpun mengkuang itu dengan antan lesung, tetapi kepala itu tidak mengelak. Matanya saja terkelip-kelip melihat lampu suluh yang meyilau ke matanya.

“Macam mana kau kurung setan ni, Li?” tanya Tok Imam Lias berpatah balik semula ke tengah halaman.

“Tak ada saya kurung, cuma saya buat apa yang disuruh oleh Pak Hid,” jelas Ali Gemuk.

“Tak usahlah kita bunuh, kita lepaskanlah dia,” Tok Imam Lias mencadangkan.

“Saya tak tau macam mana nak lepaskan,” sahut Ali Gemuk, kerana dia memang tidak tahu apa harus dilakukan selepas itu.

“Macam tu, kena panggil Pak Hid,” kata Tok Imam Lias menasihatkan.

“Tak usahlah kita bunuh, dia pun manusia biasa juga. Cuma mengamalkan ilmu sesat,” ujarnya kesal.

Emak mertua Ali Gemuk terdengar apa yang dicakapkan oleh Tok Imam Lias. Dia juga teringat akan pengakuan anaknya mengenai Pak Hid yang ditemui oleh suaminya Ali Gemuk. Terasa juga menyesal di hati orang tua itu kerana menuduh Pak Hid tidak siuman.

Baru Ali Gemuk mahu mencapai basikalnya, Pak Hid sudah sampai tersengih-sengih saja apabila melintasi orang ramai di tengah halaman.

“Awak nak panggil saya, Ali,” tegur Pak Hid memerhati Ali Gemuk sedang menyeret basikalnya.

“Tak payahlah panggil lagi, saya pun memang nak ke mari,” katanya lagi.

Bertambah hairan emak mertua Ali Gemuk, kerana macam tahu-tahu saja Pak Hid yang Ali Gemuk mahu memanggilnya.

Orang-orang kampung yang selama ini menuduh Pak Hid tidak siuman pun menjadi hairan dengan kejadian yang mereka lihat itu. Hanya baru disebut namanya oleh Tok Imam Lias, dia sudah muncul dalam masa beberapa minit saja.

“Macam mana Pak Hid tahu semua ni?” soal Ali Gemuk keheranan.

“Apa pula saya tahu semuanya, saya memang nak kemari,” Pak Hid menjelaskan.

“Macam mana isteri kau, dah bersalin?” dia tersengih-sengih saja macam menyindir orang ramai yang kehairanan dengan kehadiran dia di situ.

“Sudah...” Ali Gemuk mengangguk.

“Alhamdulillah,” sahutnya tersenyum.

“Tapi, macam mana dengan setan tu?” Ali Gemuk menudingkan jari ke arah rumpun mengkuang.

Kepala yang tersangkut di situ terlintuk saja tidak bergerak. Api yang berkelip-kerlap pada tali perutnya yang berjuntai macamkan kelip-kelip yang berterbangan.

“Hah syaitan tidak akan dapat melawan ilmu Allah,“ ujarnya menggertap bibir.

“Macam ni laa, Pak Hid,” Tok Imam Lias menghampiri dia.

“Janganlah kita bunuh dia tu, kita lepaskan dia,” dia meminta dengan penuh tanggungjawab.

“Terpulanglah pada Ali sendiri” beritahu Pak Hid tersengih-sengih.

“Dia yang kurung, biarlah dia sendiri yang lepaskan,” katanya mengerling Ali Gemuk.

“Saya tak tahu Pak Hid,” keluh Ali Gemuk serba salah.

Kemudian Pak Hid menarik tangan Ali Gemuk dan Tok Imam Lias mendekati rumpun mengkuang. Orang-orang kampung juga ikut sama mendekati rumpun mengkuang itu. Ada yang membawa lampu gaslin untuk menyuluh kepala yang tersangkut pada duri mengkuang.

Kepala itu tidak bergerak. Matanya terkebil-kebil memerhati orang ramai yang menontonnya. Perutnya berjurai-jurai dengan api berwarna hingga kawasan rumpun itu juga boleh diterangi oleh api yang ada di tali perutnya.

“Sekarang orang kampung sudah kenal kau,” kata Pak Hid mengejeknya.

“Kalau kau berani ganggu orang lagi, kau takkan dapat melepaskan diri kau!” dia memberi ingatan.

Kepala yang tersangkut itu tidak berkata apa-apa. Matanya saja terkebil-kebil. Memang ada juga setengah dari orang tua-tua kenal kepala tersebut. Tetapi mereka tidak menyangka pula orang yang baik sepertinya sanggup mengamalkan ilmu-ilmu sesat.

“Memang kau nak buat sial...” jerkah Tok Imam Lias.

“Mak bapak kau tak mengajar ilmu-ilmu syaitan, tapi kau sengaja nak memalukan emak bapak sendiri,” kata Tok Imam Lias menunjukkan kemarahannya.

Kepala itu tetap tidak berkata apa-apa selain dari matanya saja terkebil-kebil. Mungkin dia merasa malu kerana orang-orang kampung di situ sudah mengenali dirinya. Sekalipun dia datang dari kampung lain yang berdekatan tetapi kepalanya tidak dapat digerakkan.

Sebaik saja isteri Ali Gemuk bersalin bau hanyir darah itu sudah dapat diciumnya. Sebab itulah dia cepat-cepat keluar dari tubuhnya menghisap darah mangsanya.

Semasa dia menghisap darah itu memang jelmaan tubuhnya tidak kelihatan, akibatnya pada penglihatan mata zahir mangsanya itu seolah-olah terkena tumpah darah.

Kalau mangsanya tidak sedar perbuatan dia menghisap darah, sudah tentulah mangsanya menemui ajal.

Selepas menghisap darah dia akan balik ke rumahnya dan terus masuk ke dalam tempayan yang berisi cuka bagi mengecutkan perutnya sebelum masuk semula ke dalam tubuh.

Apabila dia masuk di dalam tubuhnya adalah terbalik iaitu mukanya ke belakang. Kemudian perlahan-lahan dia akan memusingkan semula mukanya supaya balik ke hadapan. Ketika dia menanggalkan kepalanya untuk keluar dari badan, kedudukannya ialah menelungkup.

Sebab itulah kalau ada orang yang tahu sesiapa menjadi penanggal ini bolehlah menyerbu ke rumahnya dan balikkan tubuhnya supaya terlentang.

Jadi, apabila dia masuk semula kepalanya akan berpusing dari atas ke bawah. Esoknya akan dapatlah dilihat orang kepalanya berpusing dengan muka ke belakang. Ketika kepalanya tanggal dari badan, memang dia tidak sedar apa-apa kerana dirinya telah dikuasai oleh polong tadi.

“Ali tak mahu berdendam dengan kau,” Pak Hid mengingatkan.

“Baliklah kau, kerana kau tak akan dapat melawan ilmu-ilmu Allah,” katanya mencabar penanggal tersebut.

Pak Hid meminta Ali Gemuk memberikan airnya segelas. Setelah Ali Gemuk memberikan air tersebut, Pak Hid membacakan Al-Fatihah tiga kali, kemudian diikuti dengan Surah Ad-Dhuha.

“Dengan izin Allah saja kau boleh balik semula mendapatkan badan kau,” Pak Hid mendoakan.

Dia menyimbahkan air di dalam gelas itu sehingga menyinggahi kepala yang tersangkut pada duri mengkuang itu.

Selepas itu barulah kelihatan kepala itu menegakkan kedudukannya. Perlahan-lahan tali perutnya dapat dilepaskan dari cangkukan duri mengkuang. Kemudian dia terbang dan hilang dalam sekelip mata.

“Macam tulah ceritanya, Ustaz,” beritahu Johar selanjutnya.

“Kau kenal orangnya?” saya menduga.

“Tak tau, saya tak kenal,” ujar Johar mengerutkan dahi.

“Lagi pun masa tu umur saya lapan tahun, bukan cam sangat. Tapi memang bukannya orang kampung saya,” katanya lagi.

Saya hanya mengangguk-anggukkan kepala saya menyetujui kata-kata yang ditegaskan oleh Johar itu.

Selepas menghabiskan air kopi yang dihidangkan, saya pun beredar meninggalkan Johar.

~Tamat~

Penulis: Tok Awang Ngah
Tajuk Buku: Siri Berkelahi Dengan Syaitan
Kisah: Kepala Tersangkut Di Rumpun Mengkuang

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Cerpen: Rintihan Dari Kubur

sumber: teritipmisteri

22 Rahsia Makanan Genius Dalam Islam

22 Rahsia Makanan Genius Dalam Islam

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka, terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab, tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri.

22 Rahsia Makanan Genius Dalam Islam

Namun, akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum, dengan kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini yang didorong oleh penemuan-penemuan saintifik yang membuktikan kebenaran, khususnya terhadap susu, madu dan telur.

Berikut adalah 22 formula pemakanan genius-genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan.

1. MADU

Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafnya sebagai "shifa" iaitu penyembuh penyakit.

Madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakan penyakit, adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya.

Madu mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yangmeningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu.

Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, manganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental.

Rasullullah SAW bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu."

Madu didapati berkesan untuk merawat penyakit-penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM: 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam. PANTANG: Jangan makan tembikai semasa memakan madu. Sangat berbahaya!

2. KISMIS

Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi disalurkan ke otak.

Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN:
  • Menghadap Kiblat.
  • Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali).
  • Baca doa penerang hati.
  • Makan seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
  • Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3. SUSU SEGAR

Susu berguna untuk kesihatan otak, menajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal.

Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak.

Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat, mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air.

Ia berkhasiat untuk merawat kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan.

Rasullullah SAW menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambah akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa.

Susu terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan lembu yang segar.

CARA MINUM:
  • Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan segelas pada waktu malam.
  • Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah SAW.

4. TELUR

Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Pakar kesihatan mengakui telur merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat.

Telur mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif.

SabdaNabi SAW, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia) lemah badan. Maka Allah SWT memerintahkannya supaya memakan telur".

Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekali gus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5. HALIA

Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa yang boleh dijadikan manis-manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN:
  • Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6. LIMAU OREN

Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi SAW. Limau-limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7. BUAH DELIMA

Untuk penerang hati. Sabda Nabi SAW, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

8. DAGING BURUNG MERPATI

Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori.

Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan.

Kanak-kanak yang diberikan telur burung merpati didapati boleh bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9. OTAK AYAM

Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10. DAGING AYAM

Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi.

Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW memakan daging ayam betina.

11. DAGING BIRI-BIRI

Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12. HATI

Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13. KEKACANG

Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak.

Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14. BUAH BADAM

Untuk meningkatkan kecerdasan.

15. ZA'FARAN: KOMKOMA

CROCOS SATIVUS, sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16. KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani, luban, kundar)

Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17. BUNGA KOBIS

Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18. BUNGA CENGKEH

Ditumbuk sehingga halus lalu dimakan sedikit sahaja.

19. LABU

Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi SAW, "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal".

Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20. BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)

Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21. MINYAK SAPI

Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

22. SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR

Juga membantu meningkatkan akal dan memori.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Lelaki Tahan Bersin Pecah Kerongkong!

Lelaki Tahan Bersin Pecah Kerongkong!

Tindakan seorang lelaki yang sering menekan hidung dan mulut untuk menyekat dan menahan daripada bersin menyebabkan dia mengalami masalah kerosakan pada anggota badan yang serius.

Lelaki Tahan Bersin Pecah Kerongkong!
Gambar hiasan.

Lelaki berusia 34 tahun itu dikesan pakar perubatan dari Leicester mengalami masalah pecah kerongkong apabila tindakannya menyekat bersin dengan impak tinggi.

Tindakan menyekat bersin itu dilihat memberi tekanan kepada tisu-tisu lembut di bahagian kerongkong.

Tabiat suka menahan bersin juga sebenarnya boleh merosakkan telinga atau pecah otak aneurisme, pakar perubatan memberi amaran dalam jurnal Laporan Kes BMJ.

Menurut lelaki itu, dia merasakan sesuatu yang pelik 'berada' di lehernya selain mengalami kesakitan serta kesukaran untuk menelan dan bercakap.

Malah, pemeriksaan doktor mendapati bahagian kerongkong dan leher lelaki itu mengalami radang serta bengkak.

Ketika rawatan, lelaki itu terpaksa menggunakan tiub selama tujuh hari dalam usaha memulihkan tisu-tisu yang rosak selain dibenarkan keluar hospital apabila didapati pulih sepenuhnya.

Para doktor dari jabatan telinga, hidung dan tekak di Hospital Diraja Leicester iaitu lokasi lelaki tersebut dirawat berkata menyekat bersin dengan menekan hidung dan mulut adalah tindakan berbahaya serta perlu dielakkan.

Menurut pakar, bersin boleh menyebarkan penyakit tetapi ia lebih baik jika tidak menahannya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: OMG! Gadis Cantik Bersin 12 Ribu Kali Sehari

sumber: astroawani

Sambutan Pesta Thaiponggal Kaum Tamil

Sambutan Pesta Thaiponggal Kaum Tamil

Hari Thaiponggal merupakan perayaan menuai yang diraikan secara meluas oleh orang Tamil di negeri Tamil Nadu, Sri Lanka dan di tempat-tempat di mana ramai terdapat kaum Tamil yang dirayakan serentak dengan perayaan Makara Sankranthi yang disambut diseluruh India.

Sambutan Pesta Thaiponggal Kaum Tamil

Pongal dalam bahasa Tamil bererti "melimpah-ruah." Minyak melimpah dalam belanga tanah liat melambangkan kekayaan harta benda bagi penghuni rumah.

Thaiponggal, dirayakan ketika masa menuai, secara tradisi bertujuan berterima kasih kepada Dewa Matahari dan ternakan ladang yang membantu menghasilkan kekayaan harta benda.

Ucapan "Thai Pirandhal Vazhi Pirakkum" bererti "permulaan Thai membuka peluang baru" sering diucap berkait dengan perayaan hari Thaiponggal.

Perayaan ini biasanya dirayakan sekitar 13 Januari — 15 dalam kalender Gregorian, contohnya pada hari terakhir bulan Tamil takwim Tamil "Maargazhi" sehingga hari ketiga takwim Tamil.

Thaiponggal secara tradisi ditasbihkan kepada Dewa Matahari Surya. Kaum Tamil berterima kasih kepada Dewa Matahari bagi tuaian baik dan mengabadikan tuian pertama kepada 'Surya Mangalya'.

Perayaan ini menandakan permulaan bulan Thai Tamil, menandakan hari apabila Matahari dikatakan bergerak ke utara, menandakan permulaan Uttarayana, yang mewakili pergerakan matahari ke utara yang mana hari menjadi semakin panjang di tanah Tamil.

Thai Pongal jatuh pada Makara Sankranthi dirayakan seluruh India sebagai penuaian hari musim sejuk.

Ia juga mewakili solstice India apabila matahari dikatakan memasuki rumah ke-10 dalam Takwim India, contohnya Makara atau Capricorn.

Sejarah Thaiponggal

Perayaan Thaiponggal mungkin sudah disambut lebih 1,000 tahun sungguh pun sesetengah merasakan ia lebih dahulu daripada itu.

Bukti Epigrafik mencadangkan sambutan Puthiyeedu semasa tempoh Empayar Medieval Cholas. Ia dipercayai bahawa Puthiyeedu bererti tuaian pertama tahun itu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Sambutan Perayaan Vaisakhi Penganut Sikh

sumber: wikipedia

Wednesday, January 17, 2018

Apa Itu Hipster Dan Ciri-ciri Seorang Hipster?

Apa Itu Hipster Dan Ciri-ciri Seorang Hipster?

Hipster adalah golongan manusia yang sukakan pakaian, muzik, makanan dan aktiviti yang di luar kebiasaan masyarakat. Bak kata orang putih, di luar konteks social mainstream. Ini bermakna jika anda seorang hipster, anda mesti membenci atau menentang arus perdana masa kini yang diikuti masyarakat.

Apa itu Hipster

Perkataan ‘hipster’ berasal dari perkataan ‘hepcat’ yang pernah digunakan pada tahun 1940an yang menggambarkan orang putih kelas pertengahan yang bergaya seperti pemuzik orang kulit hitam.

‘Hepcat’ bermaksud seseorang yang bergaya atau suka berfesyen terutama di kalangan mereka yang meminati muzik jazz dan muzik popular.

Kemudian, perkataan itu berevolusi menjadi ‘hipster’ yang mula digunakan pada tahun 1990an dan menonjol pada tahun 2010an. Gaya hipster juga berevolusi dari tahun ke tahun.

Evolusi hipster 2000 – 2009

Apa itu Hipster

Evolusi hipster 2010 – 2015

Apa itu Hipster

Majoriti mengakui ramai orang yang berpersonaliti hipster tidak akan mengakui dirinya hipster. Ini kerana mereka hanya mahu kelihatan unik dan mempunyai identiti sendiri dengan mendokong falsafah-falsafah yang di luar kebiasaan masyarakat.

Manakala, hal-hal yang diperkatakan sebagai hipster pada hari ini ada berkemungkinan tidak akan selamanya menjadi hipster thingy kerana perkataan itu akan gugur sesudah ia diterima pakai oleh majoriti masyarakat. Ikut trend terbaru sebelum ia menjadi mainstream adalah hipster?

Oh! Confuse!

Apa itu hipster dan ciri-ciri seorang hipster?

Secara amnya, hipster tidak mahu berada di dalam kehidupan majoriti masyarakat. Mereka tidak mahu melakukan perkara yang sama sepertimana dilakukan oleh majoriti masyarakat.

Mereka tidak mahu dipaksa berfikir seperti majoriti masyarakat kerana mereka mempercayai daya pemikiran mereka bersifat intelektual dan luarbiasa.

Hipster juga mempunyai sifat berani menterjemahkan perbezaan diri mereka dengan tidak melakukan norma-norma yang diamalkan oleh majoriti masyarakat.

Namun, definisi hipster dan ciri-ciri hipster masih samar-samar. Hipster itu boleh jadi apa sahaja asalkan ia ada elemen cool. Benarkah?

Ini 10 tanda anda seorang hipster.

1. Lebih memilih mengayuh basikal atau berjalan kaki atau menaiki bas berbanding memandu kereta.

2. Suka baca label barang dan teruja dengan label pensijilan organik atau produk yang mempunyai bahan semulajadi.

3. Tak kisah kalori tetapi kisah berapa banyak aktiviti work out dibuat dalam setahun. Aktiviti itu mestilah yang mencabar, dan mengaktifkan adrenalin seperti memanjat dan berkayak.

4. Temujanji dibuat melalui teks sahaja. Suka romantik, dating cara orang lama, bersantai dan membuat sesuatu yang mengujakan.

5. Suka minum kopi. Jika minum teh, pilih teh pu-erh/teh hijau. Dan suka smoothies. Bekas minuman unik.

6. Instagram jadi pilihan utama hipster. Mudah muatnaik gambar ke semua laman sosial yang lain dengan hanya satu klik sahaja di Instagram. Caption pula bertentangan dengan gambar yang dimuatnaik. Apakah?

7. Suka membeli di kedai vintage atau kedai barangan terpakai. Harga murah tetapi berbaloi dan kelihatan unik.

8. Menyelamatkan binatang liar, mengamalkan diet pemakanan minoriti (contoh: vegan/vegetarian) dan suka menyumbang kepada pembangunan masyarakat.

9. Dekorasi tempat tinggal memaparkan barangan yang jarang-jarang dilihat atau unik. Dinding juga dipenuhi bingkai gambar dan ada perabot buatan tangan.

10. Tidak mengaku diri seorang hipster. Malah, sedang menafikan diri dia seorang hipster selepas membaca ini semua.

Anda boleh klik Share dan tag nama kawan-kawan yang anda rasa mereka adalah hipster, tapi tak mengaku!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Misai Hipster Yang Unik Tapi Melucukan

sumber: thevocket

5 Ciri Ibu Bapa Menjadi Faktor Utama Anak-anak Berjaya Menurut Kajian

5 Ciri Ibu Bapa Menjadi Faktor Utama Anak-anak Berjaya Menurut Kajian

Berdasarkan kajian-kajian psikologi yang telah dilakukan, terdapat beberapa faktor berkaitan ibu bapa yang akan berjaya mendorong anak menjadi orang berjaya.

5 Ciri Ibu Bapa Yang Mendorong Anak-anak Berjaya

Semua ibu bapa mahu anak-anak mereka menjadi orang yang berjaya tanpa sebarang masalah di dalam pelajaran, pergaulan, komunikasi dan yang sewaktu dengannya.

Ini kerana sudah menjadi sifat semula jadi ibu bapa mahukan anak-anak mereka mampu melakukan sesuatu yang hebat dan lebih baik daripada anak-anak orang lain.

Persoalannya, bagaimana ibu bapa mampu melahirkan dan membesarkan anak-anak yang berjaya?

1. Ibu bapa tidak bercerai

Menurut kajian penyelidik dari University of Illinois, anak-anak yang perlu melalui konflik keluarga seperti perceraian ibu bapa akan menjadi anak-anak yang teruk berbanding anak-anak yang mempunyai hubungan yang baik dan bahagia dengan ibu bapa.

Profesor dan ketua Jabatan Pembangunan Manusia dan Komuniti di College of ACES (University of Illinois) mendapati anak-anak yang tidak alami konflik dua keluarga adalah lebih baik berbanding anak-anak yang mengalaminya.

Konflik perceraian di antara ibu bapa akan meninggalkan kesan negatif kepada anak-anak dan konflik selepas perceraian mempunyai pengaruh yang kuat untuk kanak-kanak lakukan penyesuaian.

Satu kajian menunjukkan pula, seorang bapa tanpa hak penjagaan anak yang selalu menghubungi anak-anaknya dan mempunyai konflik yang minima, prestasi anak-anak lebih baik.

Tetapi apabila wujudnya konflik, kekerapan bapa melawat anak-anak pada waktu itu menyebabkan penyesuaian anak-anak menjadi kurang baik.

Satu lagi kajian mendapati orang yang berumur 20-an dan pernah mengalami perceraian ibu bapa semasa kanak-kanak menyatakan mereka masih berasa sakit dan susah atas perceraian tersebut selepas sepuluh tahun ia berlaku.

Mereka cenderung mempunyai perasaan kehilangan dan penyesalan.

2. Ibu bapa berpendidikan tinggi

Kajian ahli psikologi Sandra Tang dari University of Michigan pada 2014 mendapati ibu-ibu yang menamatkan sekolah tinggi atau kolej lebih cenderung untuk membesarkan anak-anak mereka melakukan perkara yang sama.

Data dari tahun 1998 hingga 2007 melibatkan lebih 14,000 orang kanak-kanak menunjukkan kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu-ibu muda remaja (berumur 18 tahun ke bawah) berkemungkinan kurang menamatkan sekolah tinggi atau pergi ke kolej berbanding rakan-rakan mereka.

Dalam satu kajian (2009) ahli psikologi Eric Dubow dari Bowling Green State University di kawasan semi luar bandar New York yang melibatkan 856 orang mendapati:

“Tahap pendidikan ibu bapa ketika kanak-kanak berusia 8 tahun memberi kesan signifikan yang ketara dalam meramalkan kejayaan pendidikan dan kerjaya kanak-kanak tersebut pada 40 tahun kemudian.”

Ini menunjukkan aspirasi ibu bapa turut menyumbangkan faktor kejayaan kepada anak-anak.

3. Ibu bapa berpendapatan tinggi

Menurut penyelidik Sean Reardon dari Universiti Stanford, jurang pencapaian antara keluarga berpendapatan tinggi dan rendah, “Adalah lebih kurang 30% hingga 40% lebih besar di kalangan kanak-kanak yang lahir pada tahun 2001 berbanding mereka yang dilahirkan 25 tahun sebelum itu.”

Penulis buku Drive, Dan Pink menyatakan status sosio-ekonomi adalah faktor yang mendorong pencapaian pendidikan dan prestasi.

Pink turut menyatakan semakin tinggi pendapatan ibu bapa, semakin tinggi skor SAT anak-anak.

4. Ibu bapa mengajar anak-anak tentang matematik

Anak-anak yang diajar matematik pada awal usia akan mempunyai kelebihan yang besar.

Ia telah dibuktikan melalui kajian meta-analisis pada 2007 melibatkan 35,000 kanak-kanak tadika dari Amerika, Kanada dan England.

Penyelidik dan pengarang bersama, Greg Duncan dari Universiti Northwestern menyatakan:

“Kepentingan paling utama kemahiran matematik awal – pada permulaan sekolah kanak-kanak diberi ilmu tentang nombor, aturan nombor dan lain-lain konsep matematik – adalah salah satu teka-teki yang dirungkaikan di dalam kajian itu.”

”Penguasaan kemahiran matematik awal bukan sahaja meramalkan pencapaian matematik di masa hadapan, ia juga dapat meramalkan pencapaian membaca pada masa depan.”

5. Ibu bapa membenarkan anak-anak melakukan kerja rumah

Anak-anak perlu diberi tanggungjawab di rumah dan belajar bagaimana untuk menyelesaikan sesuatu kerja.

Mereka juga perlu belajar memberi sumbangan untuk membuatkan sesuatu situasi atau perkara itu menjadi lebih baik.

How to Raise an Adult

Ia telah dinyatakan oleh Jean Lythcott-Haims, penulis buku “How to Raise an Adult” di TED Talks Live turut percaya anak-anak yang dibesarkan dengan melakukan kerja-kerja rumah akan menjadi seorang pekerja yang boleh memberi kerjasama dengan baik dengan rakan sekerja mereka, meningkatkan rasa empati kerana mereka tahu apa rasanya bergelut dengan tugasan dan mampu memikul tugas-tugas dengan baik secara bebas.

Lythcott-Haims bukan cakap-cakap sahaja, ia berdasarkan kajian yang pernah dijalankan di bawah Geran Kajian Harvard.

Dengan menjadikan mereka melakukan kerja-kerja seperti mengambil sampah, dan mencuci pakaian mereka sendiri akan membuatkan mereka sedar keperluan melakukan kerja-kerja sebegini bagi menjalani kehidupan seharian.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Rahsia Bapa Didik 12 Anak Hingga Berjaya

sumber: thevocket