Wednesday, October 25, 2017

10 Negara Dengan Cuti Bersalin Paling Panjang Di Dunia

10 Negara Dengan Cuti Bersalin Paling Panjang Di Dunia

Di Malaysia, ibu yang baru melahirkan berhak mengambil cuti minimum selama 60 hari dari tarikh bersalin.

Cuti Bersalin

Walau bagaimanapun ada sesetengah syarikat yang bermurah hati memberikan cuti 90-120 hari kepada pekerja.

Tapi tahukah anda, ada negara yang beri cuti sampai setahun untuk mereka yang baru melahirkan anak?

10. Finland

Ibu mengandung di negara ini boleh mula mengambil cuti materniti seawal 7 minggu sebelum tarikh dijangka bersalin.

Kemudian kerajaan membiayai 16 minggu cuti bersalin berbayar melalui satu geran yang tidak mengira sama ada ibu itu seorang pelajar, penganggur atau bekerja sendiri.

Bapa pula menerima 8 minggu cuti paterniti berbayar.

Selepas anak menjangkau usia 3 tahun, ibu bapa juga dibenarkan untuk mengambil cuti menjaga anak di mana mereka boleh membahagikan masa antara keluarga dan kerja.

Cuti khas ini hanya dibenarkan sehingga anak berusia 8 tahun.

9. Sweden

Ibu bapa di Sweden dibolehkan mengambil cuti sebanyak 480 hari pada kadar 80% bayaran gaji. Ini tidak termasuk 18 minggu cuti bersalin yang diberikan khas untuk ibu.

Para bapa mendapat cuti khas paterniti sebanyak 90 hari kerana kerajaan Sweden memberi pendekatan bahawa bapa juga perlukan masa untuk lebih akrab dengan anak dan ibu juga memerlukan perhatian dari si bapa selepas bersalin.

8. Iceland

Di Iceland, kedua-dua ibu bapa boleh membahagikan sama banyak cuti bersalin sebanyak 9 bulan. Setiap seorang ibu dan bapa mendapat 3 bulan cuti dan mereka boleh berbincang bagaimana mahu membahagikan baki 3 bulan selebihnya.

Setiap ibu bapa dibayar 80% daripada gaji mereka sepanjang tempoh bercuti.

7. Denmark

Ibu di Denmark mempunyai cuti materniti sebanyak 18 minggu : 4 minggu sebelum tarikh bersalin dan 14 minggu selepas bersalin. Mereka juga dibayar gaji penuh sepanjang tempoh bercuti.

Semasa dalam tempoh 14 minggu itu, bapa boleh memilih untuk mengambil cuti 2 minggu secara berterusan pada bila-bila masa.

Kemudian, kedua-dua ibu bapa boleh membahagikan 32 minggu cuti tambahan. Mereka juga ada pilihan untuk memanjangkan cuti bersalin sekiranya anak atau ibu bapa jatuh sakit.

6. Serbia

Para ibu dibenarkan mengambil cuti 20 minggu dan dibayar gaji penuh selepas melahirkan.

Setelah itu, mereka juga boleh mengambil cuti tambahan selama setahun, namun pampasan bayaran akan berkurangan secara berperingkat.

Pada 26 minggu pertama mereka masih menikmati bayaran gaji 100%, diikuti bayaran gaji sebanyak 60% dari minggu 27 hingga 39 dan akhirnya dikurangkan menjadi 30% pada minggu selebihnya.

5. Belgium

Kerajaan Belgium memberi cuti sehingga 15 minggu untuk ibu yang melahirkan. Pada 30 hari pertama anak dilahirkan, mereka dibayar 80% daripada gaji dan 75% untuk waktu cuti selebihnya.

Mereka juga mempunyai pilihan untuk mengambil cuti part-time selama 8 bulan jika tidak mahu menggunakan cuti berterusan selama 15 minggu ini.

Bapa pula menerima cuti sebanyak 10 hari dan 3 hari daripadanya dibayar 100%. Baki 7 hari itu akan dibayar 82% sekiranya dihabiskan dalam masa 4 bulan.

4. Estonia

Dalam artikel sebelum ini, kerajaan dari wilayah Baltik ini telah tersenarai sebagai salah sebuah negara yang menawarkan sistem pendidikan terbaik di dunia.

Selain pendidikan, negara ini juga menawarkan polisi cuti bersalin yang terbaik untuk mereka yang sudah berkeluarga.

Ibu-ibu di Estonia diberikan cuti 140 hari yang dibayar gaji penuh yang boleh diambil seawal 30-70 hari sebelum due date. Para bapa pula diberi cuti paterniti sebanyak 2 minggu.

Selepas cuti bersalin tamat, kedua-dua ibu bapa diberikan cuti tambahan sebanyak 435 hari untuk dikongsi bersama dengan bayaran gaji yang dibayar secara purata.

3. Norway

Kerajaan Norway sememangnya terkenal dengan polisi mereka yang amat fleksibel dan amat menjaga keharmonian hidup rakyat. Ibu-ibu di negara Scandinavia ini boleh memilih cuti bersalin selama 35 minggu dibayar penuh atau 45 minggu dengan bayaran 80% gaji.

2. Hungary

Di Hungary, ibu boleh mengambil cuti selama 24 minggu yang dibayar sebanyak 70%. Cuti ini boleh bermula seawal 4 minggu dari tarikh dijangka bersalin. Bapa pula diberikan cuti seminggu yang dibayar penuh.

Selepas habis cuti bersalin, ibu bapa boleh mengambil cuti tambahan selama 156 minggu yang boleh dikongsi bersama dengan bayaran 70% daripada gaji.

1. Lithuania

Negara-negara Nordic dan Scandinavia sering mendapat perhatian dengan polisi terbaik mereka, namun negara ini mungkin dapat mengatasi semua negara!

Ibu di Lithuania boleh mengambil cuti 18 minggu dibayar penuh, bapa pula diberi cuti selama 4 minggu. Kemudian mereka diberi cuti tambahan selama 156 minggu untuk dikongsi.

Untuk cuti tambahan tersebut, pasangan boleh memilih sama ada mereka ingin dibayar penuh sehingga anak berumur 1 tahun (52 minggu) atau dibayar 70% sehingga anak berumur 2 tahun (104 minggu). Minggu selebihnya tidak dibayar.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Misteri Gadis Itali Berpeluh Darah!

Misteri Gadis Itali Berpeluh Darah!

Seorang gadis berusia 21 tahun telah dimasukkan ke hospital selepas mengalami keadaan di mana dia berpeluh darah di bahagian muka dan tapak tangan.

Berpeluh Darah

Keadaan yang berlaku itu menyebabkan doktor-doktor di Itali tertanya-tanya punca yang mengakibatkan pesakit yang tidak dinamakan itu mengalami symptom pelik berkenaan.

Gadis itu akan mengalami peluh darah secara spontan iaitu ketika dia tidur atau melakukan aktiviti fizikal.

Peluh berdarah itu mengakibatkan gadis terbabit berasa tertekan dan perkara itu telah dilaporkan dalam Canadian Medical Association Journal (CMAJ).

Ujian yang dijalankan mendapati fungsi darahnya adalah normal dan dia diberikan ubat propranolol. Kejadian ini dikatakan berlaku satu dalam 10 juta orang.

Tidak diketahui punca sebenar penyakit itu namun ia dipercayai berpunca daripada ketakutan atau tekanan yang amat sangat.

Kejadian sama pernah dilaporkan menimpa seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dari Thailand, Phakamad Sangchai, di mana mata, hidung, telinga dan kulitnya mengeluarkan darah apabila dia mengalami sakit kepala.

Phakamad mengalami pendarahan itu sejak lebih enam bulan lalu.

Misteri kan?

BACA INI JUGA: Misteri Penyakit Air Mata Berdarah

sumber: mynewshub

Sejarah Dan Asal-usul Daerah Keningau

Sejarah Dan Asal-usul Daerah Keningau

Keningau merupakan bandar kelima terbesar di Sabah selepas Tawau dan Lahad Datu dan merupakan sebuah kawasan yang terletak di kawasan pedalaman Sabah yang telah berkembang maju menjadi bandar.

Bandar Keningau

Mengikut cerita orang dulu-dulu, Keningau merupakan sebuah perkampungan yang banyak ditumbuhi oleh pohon kayu Manis atau lebih dikenali sebagai “Pokok Keningau”.

Dalam bahasa suku kaum Murut mereka menyebutnya sebagai “Kayu Keningau” iaitu sejenis rempah yang digunakan untuk memasak.

Kedatangan orang Inggeris di kawasan tersebut menjadikan kulit Kayu Keningau menjadi salah satu bahan eksport mereka, yang secara tidak langsung kawasan pendalaman menjadi pengeluar kulit Kayu Keningau yang penting ketika itu.

Akhirnya, kawasan tersebut dipanggil Keningau sehingga wujud sebuah bandar yang paling maju dan menjadi pusat pentadbiran di kawasan pedalaman Sabah.

Kayu Manis mendapat permintaan yang tinggi dari saudagar-saudagar luar menyebabkan daerah Keningau menjadi terkenal dengan produk tempatan.

Daerah Keningau mendapat gelaran “Kampung Keningau” daripada saudagar-saudagar yang datang ke daerah ini.

Gelaran ini diberikan sempena nama pokok kayu Koningau bagi memudahkan saudagar luar mengenali kawasan utama sumber kayu manis. Mengikut istilah saintifik kayu manis disebut dengan nama Cinnamomun Burmannii.

Menurut sejarah, Keningau merupakan sebahagian daripada wilayah Brunei semasa Pemerintahan Kesultanan Brunei dan Sulu, sekitar tahun 1860an.

Pada masa itu, Keningau merupakan pusat perdagangan rempah ratus terbesar di wilayah Brunei.

Sungai Bunsit
Keindahan Sungai Bunsit.

Disebabkan laluan perdagangan Selat Melaka dari seluruh pelosok dunia, persisiran pantai barat Jesselton (Kota Kinabalu) menjadi tempat strategik selepas tumpasnya pangkalan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (BNBCC) di Pulau Gaya oleh Mat Salleh dan orang Bajau dan kemusnahan bandar Sandakan pada masa itu.

Semasa penentangan itu, Keningau menjadi Pusat Pendaftaran dan Pentadbiran Kawasan Pedalaman sementara Penjajah British untuk melumpuhkan pengaruh Mat Salleh dan perjuangannya.

Satu-satunya bangunan yang menjadi bukti wujudnya Penjajahan British ialah Saint Francis Xavier Church, antara bangunan tertua di Keningau.

Kimanis pada masa itu menjadi laluan utama perhubungan dari Keningau ke Jesselton (Kota Kinabalu). Kimanis juga adalah kubu pertahanan Keningau semasa perang dunia ke-2.

Antara Daerah Paling Sejuk Di Sabah

Mungkin tidak salah kalau dikatakan bahawa daerah Keningau adalah antara kewasan paling sejuk di Sabah selepas Kundasang.

Pada tahun 1980an dan sebelumnya, penulis masih teringat apabila bangun setiap pagi, suasana dingin begitu terasa sehingga menggigit ke tulang sum-sum. Sangat sejuk sehinggakan minyak masak di dalam botol plastik turut membeku.

Pada ketika itu hutan Keningau belum lagi habis digondolkan oleh kapitalis-kapitalis yang mengaut keuntungan lumayan atas nama pembangunan.

Begitu juga beberapa ketika lalu, ketika negara dilanda angin sejuk Siberia, daerah Keningau antara kawasan paling sejuk di Malaysia dengan suhu cuaca di bawah 18 darjah selsius.

Tapi awas, pada waktu siang, sememangnya Keningau sangat panas.

Jalan Raya Paling Lurus Di Sabah

Jalan apin-apin-keningau

Satu lagi keunikan di daerah Keningau adalah jalan rayanya yang sangat lurus sejauh 20 kilometer yang menghubungkan antara Apin-apin dan Bandar Keningau.

Jalan raya ini sangat lurus sehinggakan jika anda melihatnya di gambar, seolah-olah sebatang pembaris yang diletakkan diatas meja.

Dan jika anda menyaksikannya sendiri dari atas bukit Banjaran Crocker, mata pasti terpesona melihat keajaibannya. Suatu fenomena alam ciptaan manusia yang sangat mengagumkan.

Laluan Maut Kimanis

Jalan Kimanis curam

Tidak keterlaluan juga jika dikatakan bahawa laluan Kimanis yang menghubungkan Keningau dan Kota Kinabalu adalah antara laluan paling berbahaya dan mencabar serta memerlukan seorang pemandu yang berpengalaman untuk melaluinya.

Jalannya berturap cantik namun kerana kadar kecuramannya, penggunaan brek kereta yang salah pasti mengundang padah.

Sudah banyak berlaku kemalangan dipalorkan akibat kegagalan brek kereta berfungsi kerana terlalu panas. Break-break don't eat.

Jadi, jika anda melalui Jalan Kimanis pada bila-bila masa, berhati-hatilah dengan penggunaan brek dan sentiasa menggunakan gear rendah. Jangan memandu dengan laju.

Misteri Jalan Kimanis

Disebalik bahaya jaluan curam jalan Kimanis, ada satu misteri yang pengunjung luar mungkin belum tahu.

Kira-kira beberapa kilometer sebelum sampai ke bandar Keningau, ada satu jalan yang yang menuruni bukit dan terletak di laluan jalan Kimanis yang apabila anda memberhentikan kereta ditengah-tengah jalan, kereta akan berundur ke belakang dengan sendiri.

Kereta akan berundur menaiki bukit! Tak percaya? Cubalah sendiri.

Laluan utama di Sabah

Dengan siapnya laluan Jalan Kimanis juga, Keningau menjadi bandar transit bagi pengunjung luar samada dari daerah Tawau-Kota Kinabalu dan sebaliknya.

Begitu juga pelancong yang mahu melawat ke seluruh Sabah, Keningau pastinya antara laluan utama.

Nama Keningau terus kekal masyhur dan terkenal sehingga ke hari ini sebagai sebuah daerah tertua dan terbesar di kawasan Pedalaman. Selamat datang ke Keningau.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Lagenda Batu Sumpah Keningau Asal-usul 16 September Hari Malaysia

-SENTIASAPANAS.COM

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (25 Oktober)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (25 Oktober)

Tanggal 25 Oktober merupakan hari ke 298 (hari ke 299 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 67 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Hospital Sultanah Aminah

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Republik di Kazakhstan, Hari Penyerahan Kembali di Taiwan dan Hari Angkatan Tentera di Romania.

Peristiwa

1147 - Reconquista: Raja Afonso I dari Portugal menawan Lisbon daripada orang Moor, satu-satunya kejayaan mereka semasa Perang Salib Kedua.

1415 - Perang Seratus Tahun: Henry V dari England dengan pemanah dan infantri berperisai ringannya menewaskan pasukan berkuda Perancis yang berperisai lengkap dalam Pertempuran Agincourt.

1854 - Serangan Briged Ringan: Lord Cardigan membawa pasukan berkudanya kepada kehancuran dalam Pertempuran Balaclava semasa Perang Krimea.

1971 - Melalui Resolusi 2758, Republik Rakyat China menggantikan Republik China sebagai wakil China di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

1983 - Operasi Urgent Fury: Amerika Syarikat dan sekutu Caribbeannya menyerang Grenada, enam hari selepas rampasan kuasa ganas Bernard Coard.

2001 - Sistem pengendalian Windows versi persekitaran atas meja, Windows XP dikeluarkan.

2008 - Banjir dahsyat di Yaman akibat Lekukan Tropika ARB 02 mengorbankan 180 orang.

2010 - Gunung Merapi di Jawa Tengah, Indonesia mula meletus, dan berterusan selama lebih sebulan.

2011 - Boeing 787 Dreamliner membuat penerbangan komersil sulungnya, dari Tokyo ke Hong Kong.

2011 - Parti Ennahda pimpinan Hamadi Jebali memperoleh undi terbanyak dalam pilihan raya Majlis Perlembagaan pertama Tunisia sejak revolusi negara itu.

2016 - Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor, Malaysia terbakar di bahagian Unit Rawatan Kecemasan (ICU) yang mengorbankan 6 orang pesakit dan 2 orang cedera parah.

Kelahiran

1895 - Levi Eshkol, Perdana Menteri Israel ke-3.

Kematian

1794 - Francis Light, seorang pengasas petempatan Empayar British di Pulau Pinang.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (24 Oktober)

sumber: wikipedia

Tuesday, October 24, 2017

Tahniah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Penerima Anugerah Kebesaran Diraja Pahang

Tahniah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Penerima Anugerah Kebesaran Diraja Pahang

Setelah mengumumkan penantian selama 11 tahunnya berakhir dengan kehamilan sulung beliau baru-baru ini, Siti Nurhaliza sekali lagi dikurniakan ‘hadiah’ yang tidak ternilai.

Siti Nurhaliza!

Siti Nurhaliza telah menerima darjah kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri, Isnin, 23 Oktober.

Siti Nurhaliza antara 101 orang penerima anugerah darjah kebesaran Pahang bersempena Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Istiadat pengurniaan darjah dan pingat kebesaran Pahang tersebut disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahamad Shah di Balairong Seri, Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.

Pelantun lagu Segala Perasaan ini turut berkongsi berita tersebut bersama pengikut-pengikutnya apabila memuat naik beberapa keping gambar di laman Instagramnya.

Alhamdullillah, patik menjunjung kasih di atas pengurniaan darjah kebesaran ini dan semoga patik menjadi rakyat Pahang yang berbakti kepada Agama, Bangsa, Negeri & Negara Patik. Menjunjung Kasih Tuanku. Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang. #daulattuanku #alhamdulillah

Pengurusnya, Rozi Abdul Razak turut memuat naik beberapa gambar dengan kapsyen yang menggambarkan darjah kebesaran yang diterimanya itu sebagai rezeki yang tidak dijangka.

Siti Nurhaliza!

Dalam pada itu, tiga lagi selebriti turut menerima anugerah kebesaran diraja tersebut. Mereka ialah pelakon Datuk Eizlan Yusof, Adi Putra dan pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie.

Datuk Eizlan Yusof turut menerima SSAP manakala Adi Putra pula menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Jovian Mandagie yang juga Ketua Pengarah Eksekutif Jovian Mandagie Sdn Bhd menerima Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) sekaligus membawa gelaran Datuk.

Sudah pasti laman sosial keempat-empat public figure ini dipenuhi dengan komen dan ucapan tahniah netizen yang rata-ratanya gembira dengan pencapaian yang diterima mereka.

Tahniah Datuk Seri Siti Nurhaliza!

BACA INI JUGA: Maksud Sebenar Gelaran Dato', Datuk, Tun, Tan Sri Dan Sebagainya

sumber: mynewshub

5 Sebab Kenapa Lelaki Rendah Lebih Bagus Dari Lelaki Tinggi!

5 Sebab Kenapa Lelaki Rendah Lebih Bagus Dari Lelaki Tinggi!

Jangan tipu diri sendiri! Kamu pasti mahukan teman lelaki yang lebih tinggi betul tak? Wanita di Malaysia secara puratanya berketinggian 158cm. Jadi lelaki ideal untuk kamu mestilah sekurang-kurangnya berketinggian 164 cm tinggi (6cm lebih tinggi).

Teman wanita

Jika semua wanita di Malaysia mahukan lelaki tinggi, bagaimana pula dengan nasib lelaki rendah? Kasihannya.

Kajian antarabangsa merekodkan 90% lelaki mahukan teman wanita lebih rendah daripada mereka, manakala lebih 50% wanita mahukan teman lelaki lebih tinggi.

Size does not matter but requirement is overrated!

1. Lebih hormat

Lelaki yang selesa dengan teman wanita yang lebih tinggi selalunya menghormati kerjaya, impian, kebijaksanaan dan bakat kamu.

Lelaki secara terangan perasan 'kekurangannya' dan akan sentiasa menyokong kamu daripada merendahkan diri kamu. Dia dah cukup rendah untuk mendominasi perhubungan.

2. Kelebihan pada wanita

Wanita tidak perlu lagi mengira jumlah inci stiletto yang perlu dipakai untuk kelihatan 'berdiri sama tinggi, duduk sama rendah' dengan pasangan. Pakai saja sneakers ataupun flat shoes sepanjang hari bersama. Selesanya!

3. Terkawal

Teman lelaki lebih rendah mengurangkan rasa insecurity kamu terhadap saiz tubuh sendiri. Kamu akan berasa lebih terkawal daripada dikawal kerana secara psikologinya kamu berdua memiliki saiz yang sama.

Malah kamu juga akan berasa lebih selamat kerana kalau si dia mahu memukul, kamu mampu menepisnya. Contoh saja ya!

4. Lebih rajin

Tinjauan psikologi menunjukkan lelaki rendah lebih kuat bekerja kerana mereka mahu menjadi setanding atau lebih hebat daripada lelaki tinggi. Jadi kamu tidak perlu risau bersama lelaki rendah kerana mereka akan melayan kamu seperti puteri raja!

5. Kurang egois

Lelaki rendah mempunyai ego yang rendah berbanding lelaki tinggi. Mereka telah merasa keperitan ketika zaman remaja apabila sering dipandang tidak segagah lelaki tinggi. Jadi lelaki rendah mempunyai satu sifat yang lebih relaks.

Cuba bayangkan kalau kamu berdua bergaduh, tentunya dia tidak mahu kehilangan teman wanita tinggi seperti kamu yang sukar untuk dicari ganti, kan?

Kajian antarabangsa ini adalah bersifat umum dan keputusan tinjauan dilakukan secara rawak. Jadi ia tidak 100% tepat, tetapi apa salahnya kamu beri peluang kepada lelaki rendah juga.

Jangan memilih okey. Gigi Hadid lebih tinggi daripada Zayn Malik. Just saying!

BACA INI JUGA:

sumber: cosmopolitan

Kenali Tekpi ‘Raja Segala Senjata’ Seni Bela Diri Melayu

Kenali Tekpi ‘Raja Segala Senjata’ Seni Bela Diri Melayu

Terdapat beberapa senjata yang sinonim digunakan dalam seni bela diri Melayu. Antaranya adalah keris (senjata yang menjadi simbolik dalam persilatan Melayu), buku lima atau senjata sulit yang juga dikenali dengan nama ‘tapak harimau’, kerambit, sundang, pedang, golok termasuk tekpi.

Tekpi

Uniknya, tekpi bukan digunakan dalam seni bela diri Melayu sahaja. Tekpi atau juga disebut sai atau tjabang (sebutan: chabang dalam bahasa Indonesia) ini turut digunakan oleh kebanyakkan seni bela diri antarabangsa yang lain.

Namun, di dalam seni bela diri Melayu, tekpi lebih terkenal digelar sebagai Raja Segala Senjata. Ini adalah kerana fungsi dan reka bentuknya terbukti mampu memerangkap serta menangkis segala ancaman daripada senjata lain. Baik yang bersifat pendek, panjang atau tajam.

Tekpi selalunya diperbuat daripada besi, memiliki bentuk cabang 3 yang mana cabang utama berbentuk lurus dan panjang (tidak tajam) dan 2 cabang lagi berbentuk seperti huruf ‘U’ atau seperti tanduk kerbau yang dipanggil sampir.

Teknik penggunaan tekpi sebagai senjata dalam seni bela diri berbeza mengikut corak permainan seni bela diri masing-masing.

Sebagai contoh, teknik penggunaan tekpi dalam silat dan karate adalah berbeza. Meskipun begitu, fungsi tekpi sebagai senjata melibatakan pergerakan memukul, menusuk, menghentak atau mengunci boleh dikatakan hampir sama sahaja.

Senjata yang tidak dituntut

Tekpi

Tidak seperti kerambit atau keris, sehingga ke hari ini masih lagi belum ada mana-mana seni bela diri di dunia yang mengiktiraf tekpi sebagai senjata asli mereka.

Ini kerana terdapat pelbagai pendapat yang membahaskan asal usul kewujudan tekpi. Sebahagian daripada pengiat seni bela diri mempercayai bahawa tekpi berasal dari China kemudian tersebar ke Malaysia melalui Kedah semasa perdagangan India, China di utara Malaysia iaitu sempadan Malaysia dan Thailand.

Dalam pendapat yang lain mendakwa, tekpi sebenarnya berasal dari Indonesia sebelum tersebar ke Malaysia, India, China , Indochina dan Okinawa iaitu wilayah Jepun yang paling selatan.

Manakala, satu lagi pendapat mengatakan tekpi ini sebenarnya senjata yang diadaptasi daripada trisula (tombok bermata tiga) berasal dari Benua India sebelum tersebar ke Indonesia dan Malaysia.

Secara kasar, asal usul tekpi mempunyai 3 pendapat yang berbeza. Pertama, tekpi berasal dari China kemudian tersebar ke Malaysia.

Kedua, tekpi berasal daripada Indonesia kemudian tersebar ke Malaysia, China, Indochina dan Jepun. Dan yang ketiga, tekpi berasal dari Benua India kemudian tersebar ke Indonesia dan Malaysia.

Menurut salah seorang pengiat seni bela diri tanah air, Tuan Mohd Asnan selaku tenaga pengajar di Persatuan Lingkaran Gerak Lian Malaysia di Muzium Seni Kuantan, Pahang, bersetuju bahawa sejarah berkenaan asal usul tekpi masih tidak boleh dibahas secara terperinci oleh kerana terlalu banyak pendapat yang berbeza.

Bagi pengiat seni bela diri, memiliki kefahaman serta kemahiran yang tinggi untuk mengendali ‘Raja Segala Senjata’ ini adalah perkara yang paling utama.

Tanpa ilmu dan kemahiran, tiada ada apa yang menjadikan senjata ini istimewa berbanding senjata yang lain.

Antara seni bela diri Melayu yang menggunakan tekpi sebagai senjata dalam latihan ialah, Silat Warisan Tekpi Endau, Silat Kuntau Tekpi, Silat Sendeng, Silat Gayong, Silat Harimau Berantai dan banyak lagi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Manuskrip Tok Pulai Chondong Bongkar Rahsia Keris Tuah Dan Jebat!

sumber: thevocket

Penemuan Kalimah Allah Pada Sulaman Tamadun Viking!

Penemuan Kalimah Allah Pada Sulaman Tamadun Viking!

Penyelidik di Sweden menjumpai perkataan arab disulam pada beberapa persalinan pengebumian yang diambil dari kubur berupa bot dari tamadun Viking.

Viking

Penemuan tersebut menimbulkan beberapa persoalan baharu, terutamanya mengenai pengaruh dan peranan agama Islam di Scandinavia.

Menurut BBC, hasil laporan wartawan Tharik Hussain cuba menyingkap rahsia persalinan tersebut yang tersimpan lebih 100 tahun, malah ia bukannya persalinan pengebumian biasa.

Kubur-kubur berkenaan yang kesemuanya dari abad ke-9 dan ke-10, mempunyai bukti mendalam mengenai kaitan antara tamadun Viking dan dunia Islam.

Perkataan 'ALLAH' adalah antara perkataan yang disulam dengan benang perak dan sutera pada persalinan-persalinan berkenaan.

Penemuan tersebut dipelopori ahli arkeologi, Annika Larsson dari Universiti Uppsala ketika memeriksa persalinan pengebumian untuk bot lelaki dan wanita, termasuk makam yang mula-mula dikorek di Birka dan Gamla Upsala lewat abad ke-19 dan ke-20.

Annika tertarik dengan persalinan berkenaan selepas mendapati bahan digunakan, sah berasal dari Asia Tengah, Persia dan China.

"Saya tak pasti ketika mula-mula ternampak corak tersebut, kemudian teringat melihat corak berkenaan di Sepanyol, pada kain Moorish," kata Annika.

Penemuan penuh teka-teki

Annika kemudian sedar bahawa beliau bukan melihat pada corak yang mempunyai pengaruh Viking, tetapi ia mempunyai unsur skrip Arabik Kufic kuno.

Disamping itu, terdapat dua perkataan yang asyik berulang. Salah satunya adalah 'Ali' selepas mendapat pertolongan rakan arkeologi dari Iran.

Perkataan kedua pula lebih rumit untuk ditaksirkan, tetapi selepas diperiksa dari semua sisi, barulah Annika sedar.

"Saya ternampak perkataan 'ALLAH' tertulis dengan cara pantulan cermin (terbalik)'," kata Annika.

Perkataan 'ALLAH' hanya boleh dilihat melalui pantulan cermin

Viking

Annika kemudian menemui nama-nama tersebut berulang sekurang-kurangnya 10 kali pada 100 serpihan artifak yang beliau periksa.

Penemuan tersebut menyebabkan soalan baharu timbul; siapakah gerangan individu yang dikebumikan?
Pengebumian individu misteri

"Kemungkinan yang tertanam dalam kubur tersebut adalah seorang Muslim tidak boleh ditolak," kata Annika.

"Kita tahu dari makam Viking yang lain, analisis DNA menunjukkan beberapa individu yang dikebumikan datang dari Persia, lokasi di mana agama Islam adalah dominan.

"Namun begitu, (tidak mustahil) penemuan ini membuktikan tradisi pengebumian semasa era Viking dipengaruhi oleh idea Islam seperti kehidupan kekal di syurga selepas mati," jelas Annika.

Pasukan Annika kini bekerjasama dengan jabatan immunologi, genetik dan pathologi dari universitinya untuk mengesan asal-usul mayat yang memakai persalinan tersebut.

Terbaru dalam sejarah

Pada Annika, penemuannya menjadikan sesuatu yang pasti pada masa hadapan.

"Sekarang saya mula memandang corak Viking dengan pandangan berbeza. Saya yakin saya akan menemui lebih banyak tulisan Islamik dari penemuan ini, dan kain era Viking yang lain.

"Siapa tahu, mungkin ia juga akan muncul di artifak selain daripada kain?" kata Annika.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Fakta Sebenar Tentang Viking Yang Anda Tidak Tahu

sumber: sinarharian