Wednesday, June 28, 2017

Bitcoin Faucet Percuma Untuk Pengumpul Cryptocurrency 2021

Bitcoin Faucet Percuma Untuk Pengumpul Cryptocurrency 2021

Bitcoin Faucet adalah senarai laman web yang memberikan Bitcoin secara percuma kepada peminat Bitcoin yang mahu mendapatkannya secara percuma. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah dengan memasukkan alamat BITCOIN dan ketik chapta.

Top Bitcoin Faucet

Bitcoin akan dikirim terlebih dahulu ke wallet atau terus dimasukkan ke dalam akaun Bitcoin (bergantung kepada syarat berapa banyak satoshi yang boleh anda withdraw).

BTC percuma boleh diperolehi secara period, ada yang 5 minit, 30 minit, 1 jam, 6 jam malah ada yang hanya 1 kali sehari.

Tetapi, sebelum anda mula mengumpul Bitcoin, ada beberapa akaun penting yang anda WAJIB signup terlebih dahulu;

*Blockchain.info adalah tempat kita menyimpan Bitcoin manakala Faucethub dan Faucetsystem adalah akaun sementara sebagai pusat pengumpulan Satoshi Bitcoin sebelum anda TRANSFER secara manual ke akaun Bitcoin (Blockchain.info) apabila jumlah terkumpul telah menepati syarat.

Berikut ini beberapa Bitcoin faucet yang anda boleh lawat setiap masa untuk mengumpul Bitcoin:

*semua link akan kami kemaskini dari masa ke semasa terutamanya 'broken links'.

Bitcoin Paid To Click (PTC)/Auto Surf

5 Minutes

10 Minutes

1 Hour

2 Hour

24 Hour

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (28 Jun)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (28 Jun)

Tanggal 28 Jun merupakan hari ke 179 (hari ke 180 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dan tinggal 185 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Archduke Ferdinand
Archduke Ferdinand dan keluarga.

Hari ini juga merupakan sambutan Vidovdan di Serbia.

Peristiwa

1846 - Pemain klarinet Belgium Adolphe Sax mendapat paten bagi saksofon.

1880 - Perompak bank dan wira rakyat Australia Ned Kelly ditangkap di Glenrowan, Victoria.

1914 - Archduke Franz Ferdinand dari Austria dan isterinya Sophie, Duchess Hohenberg (gambar) dibunuh di Sarajevo oleh pejuang kebangsaan Serbia Gavrilo Princip dalam peristiwa yang memangkinkan Perang Dunia Pertama.

1919 - Persetiaan Versailles dimeterai dan menamatkan Perang Dunia Pertama.

1969 - Rusuhan Stonewall menentang Jabatan Polis Bandar Raya New York bermula, menjadi titik perubahan gerakan hak homoseksual moden.

1978 - Mahkamah Agung A.S. melarang sistem kuota dalam kemasukan ke kolej, tetapi mengesahkan bahawa rancangan tindakan afirmatif yang memberi kelebihan kepada kelompok minoriti adalah mengikut perlembagaan.

1990 - Mahkamah Amerika Syarikat mendapati syarikat Paperback Software bersalah melanggar hak cipta kerana meniru rupa dan sistem menu Lotus 1-2-3 dalam atur cara hamparan kerjanya.

2010 - Pengundi Kyrgyzstan menyetujui perlembagaan baharu yang mengurangkan kuasa presiden dan memperuntukkan pilihan raya secara berkala.

Kelahiran

1836 - James Madison, Presiden Amerika Syarikat ke-4.

1940 - Ngah Muhamad bin Yusof, Menteri Besar Terengganu pertama.

2010 - Robert Byrd, Senat Amerika Syarikat.

2010 - Algirdas Brazauskas, Perdana Menteri Lithuania.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (27 Jun)

sumber: wikipedia

Tuesday, June 27, 2017

Tradisi Mandi Kayu Manis Pebersvend Masyarakat Denmark

Tradisi Mandi Kayu Manis Pebersvend Masyarakat Denmark

Jika anda masih belum berkahwin pada usia 30 tahun, ada sejenis amalan unik yang diamalkan oleh masyarakat Denmark, dimandikan dengan serbuk kayu manis!

Pebersvend

Walaupun kedengaran pelik dan ketinggalan zaman, tradisi mandi serbuk kayu manis masih diamalkan oleh masyarakat Denmark dan telah diamalkan semenjak abad ke 16 lagi.

Tradisi Pebersvend atau juga dikenali sebagai Paper Dude dilakukan bagi memperingati golongan pedagang rempah ratus satu ketika dahulu.

Pada waktu itu, pedagang kerap mengembara ke seluruh dunia untuk menjual hasil dagangan mereka.

Disebabkan keadaan ini, golongan tersebut sering terlambat untuk mendirikan rumah tangga.

Bagi mengingatkan golongan ini tentang perkahwinan, maka terciptalah amalan mandi serbuk kayu manis.

Namun, siapa yang memulakan upacara unik ini masih kekal misteri.

Upacara mandi serbuk kayu manis biasanya disambut ketika ulang tahun kelahiran individu tersebut.

Pebersvend

Pada hari istimewa ini, ia akan dihadiri oleh keluarga terdekat dan juga rakan-rakan.

Selain serbuk kayu manis, ada sesetengahnya dimandikan dengan bahan-bahan lain seperti semburan air, lada hitam, kek dan sebagainya.

Pada hari tersebut, individu tersebut perlu mendiamkan diri dan perlu mengikut setiap arahan dari ahli keluarga dan rakan-rakan mereka.

Selain itu, individu tersebut juga tidak boleh menetapkan jumlah serbuk kayu manis yang digunakan.

Dan setiap kali upacara mandi kayu manis ini dijalankan, sebuah arca khas akan dibina bagi individu yang belum berkahwin itu.

Arca akan dibuat dalam pelbagai bentuk seperti manusia, haiwan, robot dan sebagainya.

Pebersvend

Pada masa yang sama, hanya bahan tertentu sahaja yang boleh digunakan untuk membuat arca dan kebiasaannya menggunakan 'tong drum' atau besi terpakai.

Supaya kelihatan menarik, arca dibina akan dihiasi dengan pelbagai warna dan corak.

Selain itu, angka 30 dan nama individu tersebut akan ditulis pada mana-mana bahagian pada arca tersebut.

Menarik kan.

BACA INI JUGA: 5 Tradisi Perkahwinan Paling Mengarut Di Seluruh Dunia

-SENTIASAPANAS.COM

Lagenda Puteri Lindungan Bulan

Lagenda Puteri Lindungan Bulan

Lagenda Mahsuri bukanlah asing dalam pengetahuan masyarakat di Malaysia kerana kisah wanita berdarah putih itu sering didendangkan sejak dari zaman kanak-kanak sehingga dewasa.

Lagenda
Kisah Puteri Lindungan Bulan pernah dipentaskan di Thailand.

Namun, tidak ramai yang tahu terdapat satu lagi cerita lagenda mengenai seorang wanita yang turut dikatakan memiliki darah putih.

Disebut sebagai Puteri Lindungan Bulan, lagenda puteri berketurunan raja ini memiliki keunikan kisahnya yang tersendiri.

Terletak di atas bukit kecil di Kampung Siputeh, Jitra, makam bersaiz besar daripada biasa ini didakwa milik Puteri Lindungan Bulan.

Peliknya, terdapat empat pasang batu nisan yang berada di atas kubur berkenaan. Jumlah tersebut menunjukkan petak makam itu menyimpan dua jasad.

Dipercayai, makam tersebut bukan hanya menyimpan jasad Puteri Lindungan Bulan, bahkan juga jasad ayahandanya, Sultan Sulaiman Syah.

Penduduk kampung percaya pemilikan makam tersebut, walaupun sehingga kini tidak dapat dipastikan kebenaran mengenai pemilik sebenar dua kubur dalam satu makam berkenaan.

Asal-usul Lagenda Puteri Lindungan Bulan

Lagenda kisah Puteri Lindungan Bulan berasal daripada cerita lisan yang berkembang di sekitar Kota Siputeh.

Puteri Lindungan Bulan mengisahkan tentang seorang puteri keturunan raja, anakanda Sultan Sulaiman Syah.

Sultan Kedah ini memiliki dua orang puteri bernama Puteri Zaleha (Puteri Lindungan Bulan) dan Puteri Mariam.

Diantara keduanya, Puteri Zaleha dikatakan memiliki darah berwarna putih, manakala darah Puteri Mariam berwarna merah seperti individu lain.

Keistimewaan tersebut menjadikan Puteri Zaleha berbeza dengan Puteri Mariam kerana darah putih yang dimilikinya menyebabkan dia kelihatan unik dan namanya sentiasa menjadi sebutan.

Walaupun agak berbeza, kedua-dua puteri itu sama jelita rupa parasnya, memiliki perwatakan sopan dan lemah-lembut.

Meskipun begitu, kecantikan Puteri Zaleha dikatakan lebih menawan. Kasih sayang Sultan Sulaiman Syah juga lebih tertumpah kepada Puteri Zaleha.

Bahkan, hubungan di antara keduanya begitu rapat sehingga tidak boleh berjauhan apatah lagi untuk berpisah, ibarat kata pepatah, 'Bagai menatang minyak yang penuh'.

Kisah Lagenda Tersebar

Berita tentang puteri berdarah putih ini mula tersebar luas sehingga ke negeri Acheh, telah menarik minat baginda Raja Acheh untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Ketika itu, Raja Acheh turut mempunyai seorang anak lelaki bernama Putera Mahkota. Jadi, baginda berkenan untuk mengambil Puteri Zaleha menjadi menantu.

Raja Acheh pun menghantar rombongan untuk meminang puteri Sultan Sulaiman Syah, diketuai oleh adindanya Tengku Panglima Sasa, yang diketahui mempunyai perwatakan panas baran.

Sebelum berangkat ke Kedah, Tengku Panglima Sasa telah menyatakan bahawa, sekiranya keluarga diraja Kedah menolak peminangan mereka, dia tidak akan teragak-agak untuk menyerang negeri berkenaan.

Perkara itu yang telah diketahui oleh bendahara istana kemudiannya menyampaikan berita tersebut kepada Sultan Sulaiman Syah.

Sultan yang berasa terkejut dan khuatir mula menyusun strategi sebelum rombongan tiba.

Baginda tidak sanggup menyerahkan puteri kesayangannya dan dalam masa yang sama tidak mahu Kedah menjadi 'Padang jarak padang tekukur'.

Akhirnya, kerabat diraja sepakat untuk menjadikan Puteri Mariam sebagai galang ganti dalam peminangan tersebut.

Rahsia ini hanya diketahui keluarga diraja Kedah dan menjadi rahsia istana.

Kedatangan rombongan peminangan disambut dan diterima baginda Sultan.

Maka, berlangsunglah perkahwinan di antara Putera Mahkota dan Puteri Mariam di istana Kedah sebelum dibawa ke Acheh.

Acheh Menyerang Kedah

Perkahwinan mereka kekal bahagia selama beberapa ketika sehinggalah terjadi satu insiden ketika berlangsung sebuah majlis istana di Acheh.

Puteri Mariam yang sedang mengapur sirih dan mengacip pinang tanpa diduga terkacip jarinya sendiri lalu berdarah.

Ternyata, darah yang mengalir keluar tidak berwarna putih seperti yang disebutkan sebelum ini.

Peristiwa ini menimbulkan kemarahan Raja Acheh, malah Tengku Panglima Sasa turut berasa marah dan tertipu.

Raja Acheh membuat keputusan untuk menyerang Kedah, namun tidak disertai oleh Putera Mahkota kerana mahu menjaga Puteri Mariam yang sedang hamil.

Dia juga sanggup menerima isterinya meskipun tidak berdarah putih seperti yang dikhabarkan.

Dalam keadaan kucar-kacir akibat serangan Acheh, Sultan Sulaiman Syah sempat menyembunyikan Puteri Zaleha di dalam sebuah lubang kerana tidak mahu anak kesayangannya itu dirampas kerajaan Acheh.

Hanya baginda dan isterinya yang tahu lokasi persembunyian berkenaan dan sebelum meninggalkan puterinya, baginda sempat berdoa supaya Puteri Zaleha dilindungi daripada pengetahuan orang lain.

Menurut beberapa riwayat, Baginda telah berpesan kepada bulan, "Wahai bulan, walau bagaimana terang sekalipun cahayamu menerangi malam, aku mohon supaya engkau tidak menyuluh sinarmu ke tempat persembunyian anakku."

Lagenda Puteri Lindungan Bulan

Kubur

Akhirnya, berlakulah perang antara Acheh dan Kedah. Malangnya, Kedah menghadapi kekalahan menyebabkan Sultan Sulaiman Syah dan isterinya ditangkap dan dibawa ke Acheh.

Dikatakan, beribu-ribu rakyat Kedah turut dibawa bersama sebagai tawanan.

Istana Kedah dimusnahkan dan baginda sultan mangkat semasa berada di Acheh, manakala Puteri Zaleha tidak dapat dikesan oleh tentera Acheh sepanjang berada ditempat persembunyiannya.

Disebabkan tiada siapa yang tahu lokasinya, puteri ini meninggal dunia kerana kehabisan bekalan makanan.

Makan, terjawablah persoalan mengapa Puteri Zaleha digelar sebagai Puteri Lindungan Bulan.

Sementara itu, Puteri Mariam turut mendapat gelaran tersendiri apabila dinamakan sebagai Puteri Bintang Kejora. Cuma, bagaimana nama itu diperolehi tidak dapat dipastikan.

Apa yang pasti, kewujudan makam diatas bukit kecil di Kampung Siputeh bukan hanya menarik kedatangan pengunjung, bahkan mampu menyebarkan kisah Puteri Lindungan Bulan sebagai lagenda yang pernah wujud di negeri Kedah.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (27 Jun)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (27 Jun)

Tarikh 27 Jun merupakan hari ke 178 (hari ke 179 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 187 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Potemkin
Potemkin.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Ras Kacuk di Brazil.

Peristiwa

1846 - Kebuluran Besar (Ireland): Sebuah akhbar Ireland menonjolkan berita tentang hawar kentang yang baru.

1898 - Pelaut Joshua Slocum menyempurnakan pelayaran mengelilingi dunia solo yang pertama di atas sekocinya Spray, satu jarak melebihi 74,000 km.

1905 - Anak kapal kapal tempur Rusia Potemkin (gambar) memulakan dahagi terhadap pegawai mereka yang bersifat menindas.

1967 - Mesin juruwang automatik (ATM) elektronik yang pertama di dunia dipasang di Enfield Town, London, UK, oleh Barclays.

1979 - Muhammad Ali mengumumkan persaraannya daripada dunia tinju.

1986 - Dalam kes Nicaragua lwn. Amerika Syarikat, Mahkamah Keadilan Antarabangsa mendapati bahawa A.S. bersalah menyokong Contra.

1991 - Yugoslavia menyerang Slovenia, dua hari selepas pengisytiharan kemerdekaan Slovenia daripada Yugoslavia, memulakan Perang Sepuluh Hari.

2011 - Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran untuk Muammar Gaddafi, mendakwanya melakukan jenayah terhadap kemanusiaan dalam perang saudara di Libya.

2013 - Kevin Rudd berjaya mencabar Julia Gillard sebagai ketua Parti Buruh, lalu menjadi Perdana Menteri Australia semula.

2013 - Tsakhiagiin Elbegdorj terpilih semula sebagai Presiden Mongolia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (26 Jun)

sumber: wikipedia

Monday, June 26, 2017

Bukan Semua Orang Perlukan Supplemen! Rujuk 12 Perkara Ini Sebelum Buat Keputusan

Bukan Semua Orang Perlukan Supplemen! Rujuk 12 Perkara Ini Sebelum Buat Keputusan

Perlu atau tidak pengambilan makanan tambahan atau supplemen? Pada saya untuk soalan tersebut jawapanya adalah YA dan TIDAK.

Supplemen

Ya. Supplemen hanya diperlukan untuk golongan-golongan tertentu.

Antara golongan tersebut adalah:
  • Ibu mengandung dan juga ibu yang menyusu
  • Wanita yang bercadang untuk mengandung
  • Warga emas
  • Kanak- kanak yang berumur 6 bulan sehingga 5 tahun
  • Penyakit–panyakit yang dicadangkan oleh doktor seperti penyakit buah pinggang, tirod dan sebagainya.

Tidak bagi mereka yang sihat.

Ini kerana orang yang sihat tidak memerlukan supplemen. Sebenarnya anda boleh memperolehi segala nutrient yang diperlukan oleh badan dengan hanya mengambil pelbagai variasi makanan dengan betul.

Harus diingat, tidak seperti ubat yang telah dijalankan kajian klinikal, supplemen bukan untuk menyembuh, merawat dan juga mencegah penyakit.

Banyak kajian telah dijalankan membuktikan supplemen tidak boleh merawat atau mengurangkan progress penyakit kronik.

Antara supplemen yang popular adalah seperti multivitamin, calcium, Vit B complex, calcium, vitamin D, pengurusan berat badan. Harus diingat penggunaan supplemen yang berlebihan boleh menyebabkan kesan sampingan.

Berikut pula adalah antara soalan yang perlu anda tanya diri sendiri sebelum mengambil mana-mana produk supplemen:

1. Pastikan anda menerima nasihat pengamal perubatan bertauliah. Jika doktor tidak sarankan, baiklah anda berfikir dahulu. Tetapi ingat, cuba elakkan dari berjumpa pengamal perubatan yang mempunyai conflick of interest.

2. Pilihlah produk yang mendapat kelulusan KKM. Jika anda ingin membeli supplemen, pastikan ianya mendapat kelulusan dari KKM. Jika mendapat kelulusan pastikan ianya yang asli. Kalau nak tahu berdaftar ke tidak, kena tengok hologram meditag dan nombor pendaftaran MAL supplemen ada N di belakang.

3. Hati- hati jika 1 supplemen mampu merawat puluhan penyakit. Ini kerana tiada benda dalam dunia ini yang mampu merawat puluhan penyakit. Jika ya, anda mungkin ditipu.

4. Hati-hati jika supplemen mampu merawat atau mengurangkan sakit dengan pantas. Kekemungkinan besar terdapat bahan-bahan yang terlarang seperti steroid, siburtramine, chlorpheramine dan sebagainya.

5. Elakkan dari membeli produk dari orang yang bukan dari bidangnya. Lebih baik membeli supplemen dari orang yang arif.

6. Jangan tinggalkan ubat yang diberikan oleh doktor. Walaupun anda mengambil supplemen, jangan anda tinggalkan ubat doktor seperti apa yang saya terangkan di nombor 1.

7. Lakukan ujian darah secara berkala. Ini untuk memastikan semua bacaan darah berada dalam julat yang normal.

8. Berhenti segera jika mempunyai kesan sampingan selepas menggunakan supplemen seperti ruam- ruam di badan, muka, bibir dan bengkak badan, kegatalan dan lain lain simptom yang dirasakan selepas mengambil supplemen.

9. Testimoni adalah paling lemah, dengar boleh percaya jangan. Dalam sesuatu kajian, testimoni adalah merupakan yang paling bawah dalam piramid sesuatu kajian. Jadi, dengar boleh percaya nanti dulu.

10. Elakkan dari membeli supplemen yang dikeluarkan dari luar negara, yang tiada pengesahan yang sah. Sebagai contoh produk luar negara yang dijual di kaki lima.

11. Jangan terlalu berharap sesuatu supplemen mampu untuk mecegah atau mengurang sesuatu simptom.

12. Baca kandungan supplemen dengan teliti sebelum membeli. Jika anda tidak memahami bahasa perubatan yang digunakan, sila ambil gambar dan bertanya kepada yang pakar.

Jika anda ingin ambil supplemen, fikir-fikirkan sebelum bertindak. Jangan kita menjadi mangsa kerakusan sesetengah pihak yang bertujuan mendapat keuntungan.

Apa yang penting hindari stress, ambil makanan dengan diet yang seimbang, lakukan senaman secara berkala, berhenti merokok dan kurangkan pengambilan alkohol adalah cara yang lebih efektif untuk menghindarkan diri dari pelbagai penyakit.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 9 Makanan Tidak Perlu Dalam Diet Dan Wajib Dielakkan

sumber: thevocket

Apa Itu Vitamin D Serta Fungsi Pentingnya Kepada Kesihatan

Apa Itu Vitamin D Serta Fungsi Pentingnya Kepada Kesihatan

Vitamin D adalah vitamin larut lemak yang memainkan peranan penting dalam tubuh manusia, misalnya untuk pembentukan struktur tulang dan gigi yang baik, penyelenggaraan kesihatan tulang dan menjaga fungsi organ tubuh lainnya.

Apa itu Vitamin D

Ada lima bentuk vitamin D, iaitu vitamin D1, D2, D3, D4, D5, akan tetapi hanya ada dua Vitamin D yang paling penting kepada tubuh kita, iaitu vitamin D2 (Ergocalciferol) dan D3 (cholecalciferol).

Mengapa kita Memerlukan Vitamin D?

Fungsi Vitamin D bagi Tulang

Vitamin D sangat penting untuk pembentukan, pertumbuhan dan pembaikan tulang dan untuk penyerapan kalsium secara normal.

Vitamin D membantu penyerapan kalsium dan fosforus dalam tulang dan meningkatkan aliran kalsium ke dalam aliran darah.

Tanpa vitamin D, kalsium tidak akan diserap ke dalam tubuh.

Multiple sclerosis (MS)

Dalam tempoh bertahun tahun, pakar mengesyaki hubungan antara cahaya matahari, vitamin D dan gangguan autoimun yang merosakkan saraf ini.

Satu kajian menunjukkan kaitan antara tahap rendah vitamin D dalam badan dengan risiko MS, walau bagaimanapun, pernyataan itu masih memerlukan bukti dan penyelidikan lanjut.

Membantu Sistem Kekebalan Tubuh

Vitamin D mempunyai peranan penting untuk mempertahankan fungsi beberapa sistem organ serta sistem kekebalan tubuh terhadap penyakit seperti selesema biasa, menurut pendapat saintis dari University of Colorado Denver School of Medicine.

Vitamin D boleh membantu mengekalkan fungsi kognitif yakni dengan membantu otak tetap berfungsi dengan baik sehingga hari tua, termasuk melindungi warga tua terhadap penyakit Alzheimer dan Parkinson.

Vitamin D memainkan peranan penting dalam mengekalkan berat badan yang sihat, demikian menurut kajian yang dilakukan di Medical College of Georgia, Amerika Syarikat.

Vitamin D boleh mengurangkan gejala dan kekerapan asma juga kemungkinan dimasukkan ke hospital kerana asma, menurut penyelidik dari Harvard Medical School selepas melakukan kajian terhadap 616 kanak-kanak di Costa Rica.

Mengurangkan risiko kanser

Pelbagai kajian telah menunjukkan bahawa individu dengan tahap vitamin D yang cukup mempunyai risiko lebih rendah terkena kanser, berbanding mereka yang mempunyai tahap vitamin D yang rendah.

Menurut Cancer Treatment Centers of America, kekurangan vitamin D lazim ditemui pada pesakit kanser tanpa memandang status pemakanan mereka.

Menurut kajian haiwan dan data epidemiologi, manfaat vitamin D boleh diperolehi oleh badan ini adalah untuk mencegah kanser kolon, kanser prostat, dan kanser payudara.

Hormon Active vitamin D dipanggil calcitriol dipercayai mengurangkan pertumbuhan sel-sel kanser dengan meningkatkan kematian sel-sel kanser, memperlahankan pertumbuhan dan perkembangan saluran darah baru dalam tisu kanser, serta pertumbuhan dikurangkan, pertambahan, dan penyebaran sel-sel kanser.

Membantu pemulihan pesakit batuk kering

Dos vitamin D yang tinggi boleh mempercepatkan penyembuhan pesakit batuk kering, menurut penemuan penyelidik di AS tahun 2012.

Diabetes

Beberapa kajian menunjukkan tahap yang lebih tinggi vitamin D dalam badan, lebih rendah risiko diabetes jenis 2.

Dalam diabetes jenis 2, tahap vitamin D kesan buruk yang tidak mencukupi pada rembesan insulin dan toleransi glukosa.

Satu kajian juga menunjukkan vitamin D yang mencukupi dalam zaman kanak-kanak menjadikan anak-anak mengelakkan diabetes jenis 1.

Kemurungan

Vitamin D telah dikaitkan dalam pembangunan dan fungsi otak. Satu kajian menunjukkan jika dos besar vitamin D boleh mengurangkan tanda-tanda kemurungan yang sederhana.

Walau bagaimanapun, kajian lain menunjukkan hasil yang pelbagai.

Sumber Vitamin D

Untuk mengelakkan dijangkiti pelbagai penyakit, anda boleh mendapatkan vitamin D dari sumber-sumber berikut:
  • Cahaya matahari. Apabila cahaya matahari ke dalam kulit, badan akan membuat vitamin D sahaja. Tetapi, jangan berjemur terlalu lama di bawah matahari, terutama jika dalam keadaan panas terik. Jangan lupa untuk memakai pelindung matahari supaya kulit tidak terbakar.
  • Minyak ikan. Vitamin D boleh didapati dalam ikan berminyak (salmon, sardin, ikan kembung), telur, susu, cendawan, hati lembu, minyak ikan kod, tuna, yogurt, dan lain-lain.
  • Suplemen.

Punca Kekurangan Vitamin D
  • Berumur 50 tahun ke atas.
  • Bukan penggemar susu dan laktosa.
  • Masalah hati dan pencernaan.
  • Masalah berat badan berlebihan.
  • Kesalahan ketika pengambilan ubat.

Cadangan keperluan Vitamin D
  • 600 iu kepada yang berumur sehingga 70 tahun.
  • 800 iu kepada yang berumur 71 tahun ke atas.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Ostematrix Suplemen Kalsium Terbaik 2017

sumber: facebook

5 Perkara Ini Anda Wajib Baca  Sebelum ‘Judge’ Arab Jahat

5 Perkara Ini Anda Wajib Baca Sebelum ‘Judge’ Arab Jahat

Anda pastinya pernah membaca tentang “satu sisi burukorang Arab”, yang mana dikupas di dalamnya tentang permasalahan sikap Arab yang memiliki bermacam-macam ragam.

Arab jahat

Tapi kali ini, cuba kita bandingkan sisi buruk antara Melayu dengan Arab. Cuma jangan terasa ya.

Jom aku kongsikan:

1. Berbuat kebaikan di Tanah Arab adalah sangat selesa jika dibandingkan dengan berbuat kebaikan ditempat lain.

Tahu kenapa?

Kerana di sini, perbuatan kebaikan (sedekah, saling membantu, sumbangan) tidak dipandang sinis dan pelik. Sebaliknya diraikan dengan penuh meriah. Masing-masing akan cuba beri kerjasama dan sambut.

Kerana selain orang yang memberi itu mendapat pahala, orang yang menerima juga boleh jadi mendapat pahala kerana memudahkan dan meraikan.

2. Beribadat secara terbuka disini tidak dipandang serong.

Ya, di sini solat di tepi jalan, di bawah jambatan, di tepi kereta sudah menjadi kebiasaan.

Manusia di sini tidak jakun dan tidak sesekali pelik jika terlihat kejadian seperti ini. Dan paling penting, di sini tiada orang berprasangka buruk jika kita berbuat ibadat di tempat umum dan terbuka.

Kalau kat Malaysia, kau tunggulah macam-macam versi cerita akan viral. Riak, takabbur, nak menunjuk, itu wajib keluar.

3. Disini lagi, jika anda berjalan kaki di mana-mana kawasan, masyaAllah. Ada kalanya mulut kita seakan tidak akan berhenti berzikir.

Kerana apa?

Kerana jika diperhatikan sebaiknya, rata-rata kedai-kedai di sini pasti ada meletakkan ayat-ayat2 zikir dan selawat di kedai masing-masing.

Mereka mengamalkan budaya perbanyakkan zikir dan selawat, sebaliknya kita segalanya sekadar hiasan.

Hatta, jika anda masuk ke kedai Arab tanpa memberi “Assalamualaikum”. Rata-rata mereka yang tua-tua akan menegur dan menasihati kita. Punyalah mereka menjaga adab.

4. Di sini lagi, jika anda menziarahi atau berkunjung kerumah arab, anda akan rasai pengalaman dilayan bagaikan seorang raja.

Ya benar.

Di sini, tetamu dianggap seperti seorang raja. Tuan rumah akan melayan tetamu sehabis baik. Dari sekecil-kecil makanan, hinggalah sebesar-besarnya.

Kerana itu kerap kali jika lihat gambar anak-anak Melayu makan di rumah Arab, kalian pasti nampak “banyaknya nasi, habis ke?” Sebenarnya banyaknya nasi itu menggambarkan betapa mereka ingin menghidangkan kita yang terbaik.

5. Di sini lagi, status anda sebagai seorang MUSLIMIN sangat dititik beratkan.

Ya, kerap kali jika melalui sekatan polis atau pemeriksaan, pasti mereka bertanya “Muslimin?” Jawablah ya, nescaya hati mereka akan lembut.

Pernah sekali kenderaan kami diperiksa kerana disyaki sedang membuat perkara terlarang (dadah).

Sedangkan sebenarnya waktu itu kami bertiga (aku dengan kawan-kawan) sengaja berhenti di tepi bukit untuk menikmati udara bersih, sejuk, padan dengan jam menunjukkan 12.00 malam.

Tetapi kerana ada anggota kejiranan kawasan tersebut mengadu, ada polis yang lalu kemudian berhenti di hadapan kami.

Antara soalan yang ditanya adalah “korang semua Muslimin?” Apabila kami jawab ya, terus sahaja pegawai tersebut mengajak rakannya berlalu.

“Dah dah. Mereka ni Malizi (orang Malaysia) Muslimin. Orang baik-baik. Muslim”. Mereka tegur kami dan berlalu pergi.

Banyak je lagi sebenarnya kalau nak cerita kebaikan Arab. Tapi tak perlu lah kalau nak cerita semua kan. Tidaklah jahat dan teruk sepanjang masa.

Sama la juga dengan masyarakat Melayu, banyak juga kebaikannya. Cuma dalam hidup, tak perlulah kita asyik nak pandang buruk pada orang lain setiap masa. Setiap orang ada kebaikannya.

Memang tak dinafikan Arab ni rata-rata orang melihat mereka dengan pandangan yang teruk. Tapi jangan lupa, bangsa Arab ini dahulu ada Abu Jahal. Dan juga terdapat pada bangsa ini Nabi Muhammad saw.

Nak kata bahawa bukan keburukan sahaja yang wujud pada bangsa ini, tetapi juga ada kebaikan. Ya, kebaikan juga wujud pada bangsa ini.

Afyz Yzels
Irbid, Jordan.

BACA INI JUGA: Mengapa Arab Lebih Memusuhi Hamas dan Ikhwan Muslimin Berbanding Israel?

sumber: thevocket

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (26 Jun)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (26 Jun)

Tanggal 26 Jun merupakan hari ke 177 (hari ke 178 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dan tinggal 188 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Menara CN Toronto

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Bendera di Romania, Hari Sunthorn Phu di Thailand dan sambutan Hari Kemerdekaan di Madagaskar (1960).

Peristiwa

1409 - Dalam usaha mengakhiri Perpecahan Barat, Mesyuarat Pisa sebaliknya memahkotakan Alexander V sebagai Paus ketiga, selepas lantikan Paus Gregory XII di Rom dan Paus Benedict XIII di Avignon.

1541 - Konkuistador Sepanyol Francisco Pizarro dibunuh di Lima oleh penyokong anak lawannya Diego de Almagro.

1886 - Ahli kimia Perancis Henri Moissan melaporkan yang beliau berjaya mengasingkan unsur fluorin, yang membolehkan beliau memenangi Hadiah Nobel dalam Kimia 20 tahun kemudian.

1940 - Perang Dunia Kedua: Di bawah Pakatan Molotov-Ribbentrop, Kesatuan Soviet memberikan Romania kata dua yang memerlukannya untuk menyerahkan wilayah.

1945 - Piagam PBB dimeterai oleh wakil 50 negara di San Francisco, California, menubuhkan PBB.

1959 - Laluan Laut Saint Lawrence, satu sistem terusan yang menghubungkan Tasik-Tasik Besar dengan Lautan Atlantik, dibuka secara rasmi.

1963 - John F. Kennedy menyampaikan ucapan "Ich bin ein Berliner".

1976 - Menara CN (gambar) di Toronto dibuka kepada awam sebagai struktur tertinggi di dunia ketika itu.

2006 - Perdana Menteri Timor Leste pertama, Mari Alkatiri meletakkan jawatan selepas beberapa minggu pergolakan politik.

2010 - Perwakilan G-20 ekonomi besar bersidang di Toronto, Kanada.

2010 - Gerhana bulan separa terjadi di Amerika Tengah, Asia Tenggara dan Australasia.

Kelahiran

1854 - Robert Borden, Perdana Menteri Kanada ke-8

1987 - Samir Nasri, pemain bola sepak Manchester City F.C.

1993 - Ariana Grande, seorang pelakon dan penyanyi Amerika.

Kematian

1541 - Francisco Pizarro, konkuistador Sepanyol yang menakluk Peru
.
1830 - George IV, Raja United Kingdom.

1947 - Richard B. Bennett, Perdana Menteri Kanada Ke-11.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (25 Jun)

sumber: wikipedia