Sunday, May 21, 2017

Fakta Menarik Dan Sejarah Tentang Lanun

Fakta Menarik Dan Sejarah Tentang Lanun

Istilah lanun biasanya digunakan untuk merujuk mana-mana perompak atau penjenayah yang beroperasi di kawasan laut.

Fakta Lanun

Pada peringkat awal, kegiatan lanun disamakan dengan kegiatan mengutip cukai kepada pemerintah. Mereka berperanan sebagai perisik kepada kerajaan maritim. Peranan mereka juga sebagai 'kaki pukul' jika kapal-kapal enggan singgah dan tidak membayar cukai kepada kerajaan maritim.

Kali ini kami mahu berkongsi sedikit info menarik dan sebahagian sejarah tentang kisah-kisah lanun yang pernah berlaku di dunia.

1. Apabila penjelajah Portugis tiba di Laut Hindi, mereka turut berlagak seperti lanun. Sekitar tahun 1500-an, mereka merentasi Afrika dan tiba di India dan terus ke Timur Jauh. Penjelajah Portugis berlagak samseng di lautan luas dengan merempuh kapal pedagang Arab dan merampas kekayaan mereka.

2. Lanun terkenal, William Kidd adalah seorang pemburu lanun sebelum menjadi seorang lanun. Kidd ditugaskan untuk memburu lanun di Lautan Hindi pada tahun 1696. Namun beberapa bulan kemudian, Kidd menyerang kapal dagang dan bukan kapal lanun. Disebabkan kesalahan itu, Kidd ditangkap dan dihukum bunuh. Mayatnya digantung di Sungai Thames dalam sangkar besi selama bertahun-tahun untuk tatapan umum.

3. Pulau Madagascar yang terletak di hujung Afrika adalah kawasan terpencil yang digemari oleh para lanun. Pantainya yang bagus serta hutan tebal di keseluruhan kawasan menjadi tapak terbaik untuk para lanun berehat dan menyembunyikan diri.

4. Kanhoji Angria adalah lanun di Laut Hindi yang paling digeruni. Angria membina rangkaian kubu yang kukuh di sepanjang pantai. Pengikut-pengikutnya ramai dan digelar ‘Angrian’.

5. Penduduk tempatan menyanjung Kanhoji Angria sebagai seorang hero rakyat kerana keberanian beliau menentang tentera laut British.

6. Laut China Selatan adalah kawasan kegemaran bagi kebanyakan Lanun. Lanun daripada tanah besar China paling ditakuti di Laut China Selatan kerana keganasan dan gaya brutal mereka terhadap para pedagang yang diserang.

7. Antara lanun daripada tanah besar China yang paling awal dan paling digeruni adalah Ching-Chi-Ling. Beliau mengepalai 1,000 jong China sehingga menimbulkan rasa gerun kepada kebanyakan kapal dagang.

8. Lanun yang digelar Balanini adalah lanun daripada kepulauan Sulu. Mereka hanya berlayar dengan kanu kecil tapi sangat laju. Mereka akan menyerang pulau-pulau berdekatan dan menculik remaja lelaki dan dewasa untuk dijual sebagai hamba abdi.

9. Pada 1650-an, lanun daripada pelbagai kawasan termasuk daripada Carribean dan Mediterenean menjadikan Port Royal di Jamaica sebagai syurga mereka. Port Royal mempunyai dok untuk membaiki mana-mana kapal lanun yang rosak serta pelbagai kemudahan lain termasuk bar dan pusat pelacuran. British adalah kuasa utama di Jamaica, namun tidak pernah cuba untuk menyerang atau mengacau lanun-lanun yang bersuka-ria di Port Royal.

10. Port Royal adalah tempat paling liar dan mewah pernah ada di dunia. Hampir setiap tempat di bandar tersebut dipenuhi pelacur dan lanun-lanun yang mabuk. Di sini, duit ‘hilang’ dengan pantas. Seorang lanun mampu menghabiskan wang sebanyak 3,000 keping syiling perak dalam satu malam. Wang tersebut sama nilainya dengan poung sterling 45,000 pada hari ini.

11. Pada 1692, Port Royal dilanda gempa bumi yang dahsyat. Turut sama membinasakan bandar ini adalah tsunami yang menenggelamkan perlabuhan ini. Banyak bangunan runtuh dan mengorbankan seramai 4,000 orang. Ramai mendakwa ia adalah bala Tuhan terhadap mereka.

12. Seorang lanun wanita paling digeruni di Laut China Selatan adalah Ching-Shih. Ia bertitik-tolak selepas kematian suaminya pada 1807 yang kemudiannya mengambil alih tugas kapten. Ching-Shih cukup kejam terhadap 'awak-awak' beliau. Mereka wajib mematuhi setiap peraturan dan sekiranya melanggar salah satu daripadanya, hukuman bunuh menanti.

13. Seorang lanun yang paling berjaya adalah Bartholomew Roberts. Beliau dikenali sebagai Black Bart. Kejayaan terbesar beliau adalah apabila berjaya merampas 400 buah kapal pada tahun 1720-an. Namun, apa yang paling hebat tentang Black Bart adalah beliau tidak pernah menyentuh arak apatah lagi mabuk.

14. Sikap disiplin Black Bart turut ditekankan kepada 'awak-awak' beliau. Setiap orang wajib mematuhi peraturan yang dibuat olehnya. Mereka tidak dibenarkan berjudi dan bergaduh di atas kapal. Lilin wajib dipadamkan pada 8 malam setiap malam. Sesiapa yang membawa perempuan naik ke kapal akan menerima musibah paling dahsyat, sama ada di hukum mati atau ditinggalkan di mana-mana pulau terpencil seorang diri.

Menarik kan? Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Watak Pahlawan Islam Dalam Filem Pirates of The Carribean

sumber: takusahrisau

Saturday, May 20, 2017

Tanggung Azab Selepas Gagal Buang Tatu

Tanggung Azab Selepas Gagal Buang Tatu

Bolehkah anda bayangkan bagaimana sakit dan azabnya Pasuda Reaw, 21, berdepan dengan parut tatu selepas usaha membuang tatu terbabit tidak menjadi.

Pasuda Reaw

Pasuda memutuskan untuk membuang tatu berbentuk bunga di dadanya itu kerana mahu kelihatan lebih profesional di tempat kerja.

Dia menggunakan bahan kimia Rejuvi yang disapu di bahagian kulit pada bulan Februari lalu namun dalam masa beberapa hari, kulitnya menjadi sakit dan gatal.

Dua bulan selepas itu, Pasuda mengalami kesakitan yang amat sangat dan menderita kerananya. Kulitnya juga berparut.

Pasuda yang berasal dari Udon Thani di Utara Thailand, tidak mahu menggunakan laser untuk membuang tatu tersebut sebaliknya memilih Rejuvi.

Pasuda Reaw

“Pada mulanya Rejuvi kelihatan sangat berkesan untuk membuang tatu namun selang beberapa hari ia menyakitkankan.

“Walaupun laser menelan kos yang tinggi namun saya menyesal kerana tidak menggunakan kaedah itu.

“Kesannya sangat buruk dan kesakitannya berlaku pada masa yang panjang,’’ katanya yang mengakui menangis apabila kulitnya merekah.
.
Makmal Rejuvi telah diasaskan oleh Dr. Wade Cheng pada 1988. Beliau merupakan biochemist di San Francisco Bay.

BACA INI JUGA: Tatu Sebagai Simbol Kuasa Dalam Kumpulan Kongsi Gelap



sumber: mynewshub

Adakah Tuhan Wujud? Dan Ini Jawapannya Yang Mengejutkan

Adakah Tuhan Wujud? Dan Ini Jawapannya Yang Mengejutkan

Kadang-kadang dengan satu ayat sahaja boleh menyebabkan kita tersentak kagum? Betul bukan? Itulah yang terjadi kepada guru Albert Einstein yang mempersoalkan kewujudan tuhan sebagai pencipta alam semesta.

Albert Einstein

Albert Einstein adalah antara tokoh ilmuan yang gemar membidas saintis-saintis yang berfahaman Atheist.

Dalam kajian Einstein, beliau telah membuat satu landasan bahawa ilmu sains akan mencapai titik penghujungnya kerana terdapat sesuatu kejadian yang tidak boleh dirungkai dengan ilmu manusia.

Video di bawah adalah berdasarkan kejadian sebenar yang berlaku kepada Einstein ketika belajar di sekolah Jerman.

Ketika itu, guru Einstein mempersoalkan Tuhan sebagai pencipta dan kanak-kanak sebaya Einstein langsung tidak berani bangun membalas kenyataan guru Einstein itu.

Tiba-tiba bangkitlah Einstein membalas kembali kenyataan gurunya.

Semoga kita sama-sama dapat mengambil iktibar.

BACA INI JUGA: Kisah Ustaz Harun Din Dan Pemuda Yang Masuk Islam



sumber: takusahrisau

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (20 Mei)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (20 Mei)

Tanggal 20 Mei merupakan hari ke-140 (hari ke-141 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 225 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Theatrum Orbis Terrarum

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kebangsaan di Cameroon (1972), Hari Kemerdekaan di Timor Leste (2002), Hari Peringatan di Kemboja dan Hari Kebangkitan Nasional di Indonesia (1908).

Peristiwa

325 - Mesyuarat menyatu padukan mazhab Kristian pertama, Majlis Nicaea Pertama, dibuka secara rasmi, di İznik, hari ini di Turki.

1498 - Penjelajah Portugis Vasco da Gama tiba di Calicut, India.

1570 - Ahli kartografi Abraham Ortelius mengeluarkan atlas moden yang pertama, Theatrum Orbis Terrarum.

1862 - Presiden A.S. Abraham Lincoln memeterai Akta Rumah Ladang (Homestead Acts).

1927 - Melalui Perjanjian Jeddah, United Kingdom mengiktiraf kedaulatan Raja Ibn Saud daripada Kerajaan Hijaz dan Nejd; yang kemudian digabungkan menjadi Arab Saudi.

2002 - Timor Leste mendapat kemerdekaan daripada Indonesia, menjadi negara berdaulat baharu pertama abad ke-21.

2010 - Penyiasatan bebas menyimpulkan bahawa torpedo Korea Utara merupakan punca tenggelamnya korvet Korea Selatan Cheonan.

2012 - Tomislav Nikolić terpilih sebagai Presiden Serbia.

2012 - Danilo Medina terpilih sebagai Presiden Republik Dominika.

2012 - Puting beliung membadai Moore, Oklahoma, A.S., mengorbankan sekurang-kurangnya 24 orang.

Kelahiran

1941 - Goh Chok Tong, Perdana Menteri Singapura ke-2

1975 - Tahmoh Penikett, pelakon Kanada.

1982 - Petr Cech, penjaga gol Chelsea F.C.

1981 - Iker Casillas, penjaga gol Real Madrid C.F.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (19 Mei)

sumber: wikipedia

Kajian Menunjukkan Lelaki Lebih Cepat Jatuh Cinta Pandang Pertama

Kajian Menunjukkan Lelaki Lebih Cepat Jatuh Cinta Pandang Pertama

Satu kajian terbaharu yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Syracuse University, New York, Amerika Syarikat mendapati, golongan lelaki lebih cepat jatuh cinta jika dibandingkan dengan golongan wanita.

Cinta pandang pertama

Menurut ketua penyelidik, Dr. Stephanie Ortigue, kajian tersebut dijalankan ke atas 30 orang responden lelaki dan wanita berusia bawah 30 tahun.

Hasil kajian mendapati, 72 peratus lelaki jatuh cinta pandang pertama, manakala hanya 61 peratus wanita sahaja yang jatuh cinta pada pandangan pertama.

“Jatuh cinta pandang pertama sebenarnya lebih kepada tarikan seksual dan lelaki lebih mudah tertarik secara seksual terhadap golongan wanita.

“Begitu pun, jatuh cinta pada pandangan pertama boleh juga menjadi rasa cinta yang lebih mendalam dan berkekalan,” ujarnya.

Tambah Ortigue lagi, perasaan cinta boleh wujud dalam tempoh 0.2 saat ketika lelaki dan wanita berpandangan.

BACA INI JUGA: Kisah Benar Suami Mengaku Curang Dengan Janda

sumber: kosmo

Friday, May 19, 2017

Sering Mengalami Rasa Berdebar-debar, Adakah ia Berbahaya?

Sering Mengalami Rasa Berdebar-debar, Adakah ia Berbahaya?

Selalunya degupan jantung yang normal antara 60-90 dalam seminit. Berdebar-debar ini bahaya jika melibatkan kadar yang sangat laju atau iramanya yang tidak sekata.

Dada berdebar

Selalunya degupan jantung yang normal antara 60-90 dalam seminit. Berdebar-debar ini bahaya jika melibatkan kadar yang sangat laju atau iramanya yang tidak sekata.

Masalah kadar yang laju

Secara mudah, jika melebihi 90 dalam seminit, dikenali sebagai “tachycardia”.

Ada tiga jenis tachycardia bergantung di mana isyarat elektrik ini dimulakan.

1. Supraventricular tachycardia
  • Bermula pada bahagian atas jantung (ruangan atrium).

2. Ventricular tachycardia
  • Bermula pada bahagian bawah jantung (ruangan ventricle).

3. Sinus tachycardia
  • Bermula dari bahagian SA node (iaitu di tempat jantung mula mengeluarkan isyarat eletrik secara normal) tetapi dalam kadar yang terlalu cepat.

Masalah yang berlaku apabila jantung berdegup terlalu cepat ialah darah yang mengisi ruang dalam jantung ini tidak mencukupi, akhirnya menyebabkan jantung yang mengalir ke seluruh tubuh kan berkurangan.

Ini menyebabkan pesakit akan mengalami rasa susah bernafas, mudah penat, dan mahu pitam.

Masalah rentak/irama degupan jantung

Masalah ini dikenali sebagai “arrhythmia” bermakna degupan jantung berlaku secara tidak menentu, sama ada terlalu laju atau terlalu perlahan.

Bila kita perisa nadi kita dapati kadang kala terdapat satu ketika jantung seolah-olah berhenti sebentar, kemudian menggantukan kelajuan degupan itu sehingga kita rasa nadi kita ada masanya berdegup dengan normal, kemudian berhenti da nada masanya laju pula. Ia seolah-olah seperti piring hitam yang rosak.

Kedua-dua keadaan ini tidak normal bagi kita. Ia mungkin menandakan sesuatu yang lebih serius.

Selain itu tanda-tanda jantung berada dalam masalah yang lebih serius apabila kita mengalami:
  1. tanda awal serangan sakit jantung
  2. penyakit berkaitan dengan sumbatan pada saluran coronary arteri.
  3. tanda bagi lemah jantung (heart failure)
  4. masalah injap jantung
  5. masalah pada otot-otot jantung

Doktor akan bertanyakan tentang sejarah perubatan (atau disebut sebagai “medical history”) dan melakukan beberapa ujian.

Dari situ akan memberikan ubat-ubatan yang mungkin membantu kita mengurangkan rasa berdebar-debar ini atau mungkin doktor memberitahu bahawa rasa berdebar-debar yang dialami adalah tidak bahaya.

Semoga bermanfaat.

BACA INI JUGA: 5 Punca Sering Sesak Nafas Dan Penyakit Yang Mungkin Anda Hidapi

sumber: drzubaidi

Jenazah Mohamad Thaqif Masih Elok Seperti Baharu Dikebumi

Jenazah Mohamad Thaqif Masih Elok Seperti Baharu Dikebumi

Jenazah pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, 10, yang meninggal dunia 26 April lalu masih elok dan tidak berbau ketika digali semula pagi ini.

Mohamad Thaqif Amin

Kisah itu dikongsikan bapa saudara Allahyarham, Mas Arip kepada majalah Mingguan Wanita, hari ini.

Menurut perkongsian itu, jenazah Mohamad Thaqif perlu digali semula oleh pihak hospital dengan kebenaran dari mahkamah serta bersaksikan polis bagi mencari punca kematiannya.

"Sampel yang diambil selepas kematiannya sebelum ini tidak menemui apa-apa yang menjadi punca kepada kematiannya.

"Ternyata, sekali lagi ALLAH SWT menunjukan kebesaranNya apabila kaki yang dipotong dan tubuh pelajar tahfiz berkenaan yang bercita-cita menjadi huffaz ketika memasuki Madrasah Tahfiz Al-Jauhar, Kota Tinggi, Johor ini tidak mereput atau berbau busuk biarpun sudah hampir sebulan jenazahnya dikebumikan saat kuburnya digali semula itu.

"Keadaannya, seolah-olah masih baru ditanam semalam!" katanya.

Menurut Mas Arip lagi, dia bersama bapa mertuanya, Ahmad Motai menjadi saksi bagi pihak keluarga menyaksikan kubur anak saudaranya itu digali semula.

“Alhamdulillah keadaan jenazah sempurna dan masih utuh, sama seperti baru ditanam. Pihak forensik yang mengambil sampel dari kaki yang dipotong itu turut mengagumi keadaan jenazah yang tidak mereput bahkan cukup istimewa kerana ALLAH menunjukkan kebesaranNya di hadapan mereka yang masih hidup. Kejadian ini turut disaksikan oleh pihak berkuasa.

“Allahuakabar!! Kakinya yang ditanam tempoh hari tidak hancur. Bahkan badannya juga tidak hancur, sama seperti baru dikebumikan. Betul-betul menginsafkan saya. MasyaALLAH. ALLAH maha berkuasa,” Katanya.

Kisah adik Thaqif menjadi tular selepas dia didakwa menjadi mangsa pukulan warden yang bertugas di pusat tahfiz di Johor.

Sehingga kini kes tersebut masih dalam siasatan pihak berkuasa bahkan pembantu warden berkenaan juga telah dibebaskan tanpa dilepaskan kerana kekurangan bukti.

BACA INI JUGA:

sumber: sinarharian