Thursday, January 19, 2017

Bahaya Jeli Kristal Kepada Kanak-kanak Boleh Membawa Maut!

Bahaya Jeli Kristal Kepada Kanak-kanak Boleh Membawa Maut!

Mesti ramai antara kita, terutamanya ibu bapa yang tahu kristal hiasan seperti gambar yang tertera dibawah ni kan.

crystal ball

Bebola lembut berwarna biru dan ada banyak warna sebenarnya. Kristal ni perlu direndam dalam air dan kemudiannya akan mengembang.

Sangat sesuai untuk hiasan moden terutama disamping kanak-kanak pun suka menjadikannya sebagai permainan.

Malangnya, bebola jeli kristal ni sebenarnya boleh membawa maut, terutamanya untuk kanak-kanak jika termakan.

Tindakan Dikenakan Jika Menjual Jeli Kristal

Mereka yang didapati masih menjual bebola kristal, Seven Colour Crystal Ball (SCCB), sejenis bahan yang berbahaya sekiranya tertelan terutamanya kanak-kanak, boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Melaka, Jaiya Abu berkata di bawah akta itu mereka yang didapati bersalah boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

Beliau berkata KPDNKK Melaka sentiasa menjalankan pemantauan terhadap larangan penjualan barangan itu dan telah menyita 1,745 unit SCCB bernilai RM1,220 dalam operasi di 30 premis antara 11 Jan lepas hingga Januari 2017.

“Ia (operasi itu) menghasilkan tindakan empat kes iaitu dua kes peringkat pemborong dan dua kes lagi peringkat peruncit.

"Siasatan mendapati SCCB yang diimport dan dijual itu dikategorikan sebagai ‘kit pertumbuhan biji benih’.

“Barangan yang turut dikenali sebagai jeli kristal itu digunakan untuk membantu pertumbuhan pokok atau sebagai hiasan dalam pasu,” katanya.

Justeru katanya pengilang, pengimport, pengedar dan peruncit hendaklah menghentikan sebarang jualan, pembekalan, pengimportan dan pengilangan, membuat penarikan balik dan melupuskan barangan berkenaan secara selamat.

Insiden kanak-kanak tertelan SCCB yang dilarang jualannya oleh kerajaan sejak Ogos 2011 telah menjadi viral di media sosial. -bernama

Kanak-kanak bengkak usus tertelan jeli kristal

Ica

“Saya kongsikan supaya semua orang tahu dan kalau boleh haramkan terus permainan itu,” kata ibu kepada lima anak, Nurul Atiqa Abu Rahim.

Dia berkongsi mengenai anak bongsunya, Nuur Aerissa Lily Dhia Nasri Nor Zakhwan, 10 bulan, yang terpaksa dibedah selepas tertelan jeli kristal yang digunakan sebagai peluru pistol mainan.

“Saya banyak terima mesej mengucapkan berterima kasih selepas mereka juga periksa rumah dan buang permainan itu.

“Bayi atau kanak-kanak tak tahu ia bahaya, perkara ini dah jadi pada saya, dan saya tak mahu jadi pada orang lain,” katanya ketika dihubungi.

Jeli Kristal

“Ikutkan pada hari kejadian minggu lalu (6 Januari), saya dah tak sedap hati bila nampak anak ketiga yang berusia enam tahun bermain dengan kristal itu dan memintanya buang.

“Saya tinggalkan mereka untuk solat dan kemudian nampak kristal itu tertumpah dan tak tahu rupanya anak bongsu dah tertelan,” katanya.

Nurul Atiqa berkata, Ica tiba-tiba muntah dua jam selepas dia dipercayai tertelan kristal itu iaitu pada 9 malam.

“Saya bawa ke klinik di tempat tinggal saya (Parit Raja, Batu Pahat) dan doktor kata Ica keracunan makanan dan masa tu saya memang tak tahu dia sudah tertelan kristal tu.

Jeli Kristal

“Tetapi dia tetap muntah selepas makan ubat yang diberikan doktor sebelum saya bawa dia ke klinik lain di Batu Pahat, seterusnya ke hospital swasta,” katanya lagi.

Hospital kemudian membuat imbasan X selepas Nurul Atiqa memberitahu yang dia mengesyaki Ica kemungkinan tertelan kristal itu.

“Ica kemudian dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru, sebelum dibedah selepas keputusan imbasan itu nampak ususnya membengkak.

Jeli Kristal

“Doktor keluarkan kristal itu yang sudah membesar dalam usus anak kecil saya kerana doktor kata ia bersifat menyerap cecair.

“Saya tak sanggup tengok keadaan dia yang sebelum itu muntah-muntah sehingga keluar cecair kehitaman.

"Doktor kata saya bernasib baik kerana bawa Ica ke hospital awal,” katanya yang juga peniaga. -hmetro

BACA INI JUGA: Jangan Mandikan Anak Dengan Air Sejuk Ketika Demam! - Dr. Abdul Rahim

-SENTIASAPANAS.COM

Ibu Nafi Lindsay Lohan Masuk Islam

Ibu Nafi Lindsay Lohan Masuk Islam

Menerusi sebuah portal Gossip Cop berpengkalan di New York, Amerika Syarikat, melaporkan ibu Lindsay, Dina dan jurucakap pelakon itu mengesahkan yang dia tidak menukar agama kepada Islam.

Lindsay Lohan

Kontroversi membabitkan pelakon dan penyanyi Hollywood, Lindsay Lohan yang dikatakan telah memeluk Islam nyata hanyalah khabar angin sahaja.

Menurut ibunya, Lindsay hanya ingin berehat dari media sosial susulan semua gambar di Twitter dan Instagram anaknya itu dipadam baru-baru ini.

Jurucakap pelakon Mean Girls itu turut mengesahkan Lindsay memang sedang mendalami agama lain termasuk Islam tetapi belum menjadi seorang Muslim.

“Dia tidak masuk Islam,” kata jurucakapnya.

Sementara itu, terdapat sebuah portal yang menilai sesebuah laporan sama ada benar atau khabar angin mengesahkan berita Lindsay memeluk Islam hanyalah khabar angin dan berita palsu semata-mata.

Sebelum ini, pelakon berusia 30 tahun itu telah menulis perkataan ‘Alaikum Salam’ dan memadam semua gambar di akaun laman sosialnya sehingga netizen menganggap dia mungkin telah memeluk agama Islam dan ramai tertanya-tanya, apa agama Lindsay Lohan sekarang.

Tindakan pelakon kanak-kanak dalam filem The Parent Trap ini mendapat respon yang baik daripada netizen beragama Islam yang mengucapkan tahniah jika benar dia sudah memeluk agama Islam.

Berita mengenai bekas bintang Disney ini berkemungkinan sudah memeluk Islam tersebar sejak 2015 apabila dia dirakam memegang kitab suci Al-Quran ketika melakukan kerja khidmat masyarakat di Brooklyn.

Khabar angin mengenai Lindsay Lohan memeluk agama Islam semakin menular kuat apabila aktres itu bertudung dan mengenakan pakaian muslimah lengkap berselendang ketika melawat Turki.

Bagaimanapun, Lindsay sendiri tidak menyatakan dia memeluk Islam dan tidak menjawab ketika diminta mengulasnya.

Ini bukanlah kali pertama selebriti luar negara dikhabarkan memeluk agama Islam kerana sebelum ini pelakon Fast & Furious, Tyrese Gibson juga dilaporkan telah memeluk agama Islam namun dinafikan.

BACA INI JUGA: Kisah Ustaz Harun Din Dan Pemuda Yang Masuk Islam

Sumber: mynewshub

Insiden Raja Memukul Rakyat Antara Punca Pindaan Perlembagaan 1993

Insiden Raja Memukul Rakyat Antara Punca Pindaan Perlembagaan 1993

Hari ini, kita belajar dari sejarah bagaimana pelembagaan yang boleh membicarakan raja-raja yang melakukan jenayah telah digubal untuk mengembalikan sistem raja yang bermaruah dan dihormati.

Forest City

Sejak dari itu, raja-raja Melayu tidak lagi boleh buat sesuka hati tanpa memikirkan kesan dari perbuatan mereka.

Pada 18 Januari 1993, sebutan kedua telah dibaca oleh Perdana Menteri ketika itu untuk meminda perlembagaan. Ianya telah diluluskan di Parlimen dan disokong oleh ramai wakil rakyat; termasuklah wakil rakyat dan menteri kabinet dari Pekan.

Di bawah adalah petikan dari perbahasan tersebut:

RANG UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 1993

Perdana Menteri: Ketika negara menuntut kemerdekaan, pemimpin- pemimpin negara yang telah mendapat kemenangan besar dan sokongan padu dalam Pilihanraya Umum tahun 1955 telah membuat pilihan supaya sistem pemerintahan di negara ini ialah sistem Demokrasi Berparlimen (Parliamentary Democracy) dan Raja Berperlembagaan (Constitutional Monarchy).

Sistem ini dipilih kerana semasa Negeri-negeri Melayu diperintah melalui sistem feudal dengan kuasa di tangan Raja, Negeri-negeri Melayu adalah begitu lemah dan pentadbirannya berada dalam keadaan kucar-kacir.

Negeri-negeri ini tidak dapat menentukan keamanan dan menguat- kuasakan undang-undang. Akibatnya negeri-negeri ini terpaksa meletakkan diri di bawah naungan kuasa-kuasa asing seperti China, Siam dan negara Barat.

Akhirnya semua Negeri Melayu ditakluki oleh British dan diperintah sebagai tanah jajahan British melalui perjanjian di antara Raja-Raja yang memerintah dengan pihak Kerajaan British.

Selepas Perang Dunia Kedua, Raja-Raja Melayu berharap apabila British mentadbir semula kedudukan mereka sebagai Raja yang berada di bawah nasihat pegawai- pegawai British akan dikembalikan.

Negeri-negeri Me!ayu akan sekali lagi diperintah oleh British walaupun tidak seperti Singapura, Pulau Pinang dan Melaka. di mana British berkuasa penuh.

Bagi majoriti rakyat Melayu negeri-negeri Semenanjung, mereka juga bersedia menerima pemerintahan di mana kemelayuan Negeri-negeri Melayu diakui oleh British, walaupun pentadbiran dikuasai hampir sepenuhnya oleh British.

Namun ada pendapat di kalangan sebilangan orang Melayu bahawa negeri-negeri Melayu sepatutnya dibebaskan daripada pemerintahan Kolonial British sama sekali.

Orang Melayu hanya sedar akan kemungkinan mereka diketepikan dan menjadi pengemis di negeri mereka sendiri apabila Raja-Raja Melayu tunduk kepada ugutan MacMichael dan menandatangani perjanjian baru dengan British yang menyerahkan Negeri-negeri Melayu terus kepada British untuk diperintah sebagai tanah jajahan takluk British sama seperti Singapura, Pulau Pinang dan Melaka.

Oleh kerana begitu mudah Raja-Raja menyerahkan Singapura, Pulau Pinang dan Pangkor kepada penjajah dan kemudiannya menyerah pula Negeri-negeri Melayu, maka rakyat tidak lagi boleh menerima sistem yang memberi kuasa hanya kepada Raja dan rakyat tidak diberi peranan apa-apa dalam politik negara.

Lagipun selepas Perang Dunia Kedua, Sistem Raja berkuasa penuh sudah menjadi lapuk di seluruh dunia. Di merata-rata tempat, Sistem Beraja ditamatkan terus. Di mana ia dikekalkan, kuasa Raja dihadkan oleh Perlembagaan ataupun undang-undang asas negara.

Justeru itu, semasa Persekutuan Tanah Melayu menuntut kemerdekaan, pemimpin-pernimpin rakyat telah mengkaji sistem-sistem pemerintahan dengan mengambil kira sejarah negeri-negeri Melayu dan sistem-sistem pemerintahan lain.

(beberapa perenggan berikutnya)

Hanya dalam Perlembagaan Malaysia sahaja yang diperuntukkan secara khusus bahawa di bawah Artikel 181(2) bahawa, dengan izin, no proceedings whatsoever shall be brought in any court against the Ruler of a State in his personal capacity”.

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri pertama negara ini, pernah menulis bahawa kekebalan ataupun immunity ini tidak “satisfactory” kerana Raja boleh membunuh tanpa sebarang tindakan terhadapnya. Kesan peruntukan Artikel 181(2) ini amatlah luas.

Oleh kerana Perlembagaan-perlembagaan Persekutuan dan Negeri adalah juga undang-undang, Artikel 181 (2) sebenamya membenarkan Raja melanggar Perlembagaan. Sebab itu apabila Raja berniaga, walaupun dilarang oleh Perlembagaan, tidak ada apa-apa yang boleh dibuat oleh kerajaan. Yang di-Pertuan Agong juga tidak boleh didakwa dalam mana-mana mahkamah. Tetapi Majlis Raja-Raja boleh melucutkan jawatannya. Sebaliknya sebagai Raja, Artikel 181(2) akan melindunginya.

Jika Malaysia ingin menjadi sebuah negara yang mengamalkan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan, kekebalan yang diberikan kepada Raja-Raja perlulah dihapuskan.

Oleh kerana Perlembagaan di negara-negara yang mengamalkan Sistem Raja Berperlembagaan tidak memberi kekebalan kepada Raja-Raja mereka, maka penghapusan kekebalan Raja-Raja Melayu tidak akan menjejaskan sovereignty atau kedaulatan mereka.

Di zaman moden ini, hanya kerana Raja tidak boleh melakukan jenayah dengan sewenang-wenangnya tidak akan menjejaskan taraf Raja, terutama di dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

(beberapa perenggan berikutnya)

Tuan Yang di-Pertua, saya berasa amat sedih kerana pada hari ini saya terpaksa mengemukakan kepada Dewan yang mulia ini satu Rang Undang-undang untuk meminda Perlembagaan yang sedikit sebanyak mencemar nama baik Raja dan Institusi Raja. Dengan hati yang berat saya telah mengemukakan dan mengulas pindaan-pindaan yang dicadangkan ini.

Kerajaan membuat keputusan untuk meminda Perlembagaan bukannya tanpa sebab. Sebenarnya seperti yang telah saya katakan, kerajaan telah mengelak daripada membuat pindaan ini semenjak daripada mula kita mencapai kemerdekaan.

Kita mengelak kerana ingin menjaga maruah Raja-Raja. Tetapi pendekatan secara ini tidak meredakan keadaan. Sebaliknya, keadaan menjadi lebih buruk.

Akhirnya dengan berlakunya insiden Raja memukul rakyat dan sebelum ini satu lagi insiden di mana anak Raja juga memukul rakyat, kerajaan tidak dapat memandang ringan kejadian-kejadian ini tanpa menjejaskan kredibiliti kerajaan sebagai pemerintah yang bertanggungjawab. (Siapakah Raja dan anak Raja tersebut?)

Kerajaan terpaksa membuat pendirian tegas untuk melindungi rakyat daripada dianiaya oleh Raja. Sudah tentu pendirian ini tidak dibuat kerana dua insiden ini sahaja.

Sebelum ini terdapat banyak insiden di mana Raja menganiaya rakyat, Raja menyalahi undang-undang civil dan criminal, Raja menyalahgunakan wang serta harta kerajaan dan negara, Raja menekan dan menganiaya pegawai-pegawai.

Insiden di Johor hanyalah dengan izin, “the straw that broke the camel’s back”. Reaksi rakyat terhadap insiden-insiden ini jelas menunjukkan bahawa rakyat tidak lagi dapat menerima dan “tolerate” perbualan seperti ini.

Tuan Yang di-Pertua, memang ada orang tertentu yang seolah-olah ingin memberi kuasa dan mempertahankan Raja apabila Raja melakukan jenayah.

Mereka cuba memesongkan fikiran rakyat dengan menuduh bahawa kerajaan bercadang menghapuskan Sistem Beraja.

Saya ingin menegaskan bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak bercadang sama sekali untuk menghapuskan Sistem Beraja.

Ini jelas daripada pindaan yang dikemukakan. Sebarang cadangan untuk menghapuskan Sistem Beraja akan ditafsir sebagai hasutan dan kerajaan akan mengambil tindakan di bawah Akta Hasutan ke atas sesiapa sahaja yang mengesyor atau bertindak untuk menghapuskan Sistem Beraja. (Tepuk)

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan sedar bahawa rakyat, khususnya orang Melayu menerima dan menyokong Institusi Raja- Raja Melayu.

Tuduhan yang dibuat bahawa kerajaan bercadang untuk menghapuskan Sistem Beraja adalah kerana kepentingan politik sahaja.

Kerajaan yang mewakili majoriti orang Melayu dan kaum-kaum lain akan mematuhi kehendak rakyat dan tidak akan melakukan sesuatu yang tidak disukai oleh rakyat.

Oleh kerana jelas majoriti rakyat berbilang kaum di negara ini masih menghendaki Sistem Beraja, khususnya Sistem Raja Berperlembagaan, maka Kerajaan akan menentukan sistem ini dilindungi oleh Perlembagaan.

Tuan Yang di-Pertua, ada pihak yang berpendapat bahawa Raja Melayu diperlukan untuk melindungi orang Melayu. Peristiwa Perjanjian MacMichael dan Malayan Union jelas membuktikan bahawa yang sanggup dan mampu melindungi orang Melayu ialah orang Melayu sendiri.

Jika tidak kerana mereka bangun dan menentang Malayan Union, hari ini orang Melayu akan menjadi pengemis di negeri sendiri.

Apakah dengan hanya menghalang Raja daripada melakukan jenayah, maka Raja akan hilang kedaulatan dan tidak lagi menjadi Raja?

Pendapat bahawa Raja hanya boleh menjadi Raja jika ia berhak dan diberi keistimewaan melakukan jenayah adalah bertentangan dengan konsep Raja sebagai punca undang-undang.

Di zaman dahulu di Barat, Raja memang mempunyai hak melakukan jenayah. Umpamanya, mengikut kepercayaan kepada konsep, dengan izin, “Droit du seigneur”, ataupun “right of the Lord”, ataupun Hak yang di-Pertuan, Raja berhak bermalam dahulu dengan semua pengantin baru. (Ketawa) (dahulu ada banyak kes di mana anak raja memaksa isteri-isteri atau kekasih orang untuk tidur dengannya)

Tetapi di Barat pun, semua hak ini telah dihapuskan. Sebab itu, di negara-negara Barat yang mengekalkan Sistem Beraja tidak ada kekebalan secara khusus bagi Raja.

Jika adapun sebutan bahawa Raja tidak boleh dihadapkan ke mahkamah, ini hanyalah formaliti sahaja. Raja, Kerajaan dan rakyat tahu bahawa jika Raja melakukan jenayah, ia akan dihadapkan ke mahkamah dan ia akan diturunkan dari takhta. Justeru itu, Raja di negara Barat tidak akan dengan sengaja melakukan jenayah.

Walaupun jelas Raja-Raja di Barat tidak kebal ataupun immune daripada tindakan undang-undang dan bukan undang-undang, Raja masih tetap juga Raja. Mereka masih dihormati dan disegani.

Tuan Yang di-Pertua, di zaman British Raja-Raja Melayu bukan sahaja tidak kebal tetapi juga berada di bawah telunjuk pegawai-pegawai British.

Mereka boleh dinaikkan ataupun diturunkan dari takhta. Satu daripada ugutan MacMichael supaya Raja menandatangani Perjanjian Malayan Union ialah mereka akan diturunkan dari takhta jika mereka tidak menandatangani perjanjian tersebut. (Ramai ingin tahu Sultan mana yang pertama menandatangani perjanjian tersebut)

Dalam keadaan sebeginipun, Raja masih terus menjadi Raja. Rakyat tidak menuntut supaya Raja-Raja disingkir atau Sistem Beraja dihapuskan walaupun Raja-Raja telah menyerahkan Negeri-negeri Melayu kepada penjajah.

Sayugia diingatkan bahawa pada masa itu Raja-Raja di Indonesia, India dan Pakistan telah ditolak oleh rakyat yang menuntut kemerdekaan.

Sebaliknya rakyat Malaysia, terutama orang Melayu dan UMNO, telah berjuang untuk menyelamatkan Raja-Raja dan Sistem Beraja.

Dengan tindakan orang Melayu melawan Malayan Union adalah jelas bahawa nasib orang Melayu berada di tangan rakyat Melayu.

Keselamatan orang Melayu tidak terjejas dengan Raja Melayu tidak memiliki hak untuk melakukan jenayah.

Ada pihak yang berkata dengan penghapusan hak Raja melakukan jenayah, maka orang Melayu tidak akan Melayu lagi atau akan habislah keistimewaan kedudukan orang Melayu. Ini tidaklah benar. Ini adalah fitnah.

Yang akan menjamin Melayu terus Melayu dan hak-hak orang Melayu terus terpelihara ialah orang Melayu sendiri.

Merekalah melalui wakil-wakil dan kerajaan yang mereka pilih yang mencipta dan melaksanakan berbagai-bagai rancangan untuk memelihara dan menebus maruah bangsa Melayu.

Anda boleh membaca lebih lanjut di parlimen.gov.my.

Raja-raja+Melayu

Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu with Field Marshal Sir Gerald Templer, The High Commissioner of Malaya, seated in the middle. Standing in the rear are the Menteris Besar of the respective Malay States. Raja Dato Haji Ahmad is seen standing third from right. (Courtesy of Raja Shahrul Reza Raja Abdul Aziz) Courtesy of https://sembangkuala.wordpress.com

Antara pindaan yang dicadangkan ketika itu adalah:

a) raja-raja boleh dikenakan tindakan undang-undang jika melakukan jenayah di dalam urusan tidak rasmi.

b) mahkamah khas disediakan untuk membicarakan raja-raja yang telah melakukan jenayah.

c) raja-raja yang sedang diambil tindakan undang-undang hendaklah berhenti melakukan tugas tugas diraja dan seorang pemangku raja perlu mengambil alih tugas tersebut sementara kes dibicarakan. Jika dia disabit kesalahan dan dihukum lebih dari satu hari penjara, maka raja itu mesti turun takhta, melainkan jika dia diampunkan.

d) raja-raja tidak lagi boleh mengampunkan diri sendiri atau puteranya apabila mereka didapati bersalah di dalam melakukan jenayah. Pengampunan hanya boleh dilakukan oleh majlis raja-raja tanpa penglibatan raja yang disabitkan kesalahan.

e) ahli-ahli dewan rakyat diberi semula hak menegur raja-raja semasa berbahas di dalam parlimen (hak ini ditarik pada tahun 1971).

Nota: Yang DiPertuan Agong ketika itu adalah almarhum Sultan Azlan Shah dari Perak.

PERSITIWA GOMEZ 1992

Kita sering mendengar kisah kononnya Tun Mahathir ialah pengkhianat raja-raja melayu kerana menjadi dalang utama kes perlucutuan kekebalan raja-raja Melayu, tetapi tahukah anda peristiwa besar apakah yang berlaku di sebalik peristiwa tersebut?

Luahan Hati Anak Douglas Gomez

Anak kepada jurulatih hoki Douglas Gomez yang dilaporkan dikasari oleh Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail pada tahun 1992 menyifatkan krisis perlembagaan yang berlaku ketika itu sebagai kebangkitan rakyat.

Brian Gomez melalui akaun media sosial Facebook pada tahun 2016 lalu, mengimbau kembali tragedi yang menimpa mendiang ayahnya sehingga menyebabkan rakyat biasa bersatu menentang ketidakadilan.

Menurutnya, pengalaman melihat bapanya pulang dari istana dengan mata yang lebam merupakan tragedi hitam dalam hidupnya.

“Saya masih ingat, dalam habuk pergolakan dua gergasi, rakyat biasa yang tampil, bangkit, mencerahkan jalan.

“Saya masih ingat bagaimana ayah saya, seorang guru dan jurulatih pasukan hoki sekolah, dibawa ke istana. Saya masih ingat matanya yang lebam setelah pulang ke rumah.

“Saya masih ingat ceritanya tentang apa yang berlaku di istana; dan milik siapa tangan yang menyebabkan lebam itu,” katanya memetik luahan tersebut.

Ekoran insiden tersebut Perdana Menteri pada ketika itu meminta Tun Ghafar Baba selaku timbalan perdana menteri untuk membentangkan satu usul di Parlimen mengambil ketetapan supaya insiden kezaliman Raja terhadap rakyat tidak berulang.

Usul ini mencatat sejarah apabila mendapat sokongan 100% termasuk ahli parlimen dari blok pembangkang.

Susulan daripada itu Raja-Raja Melayu akhirnya bersetuju untuk meminda Perlembagaan bagi membolehkan Raja-Raja Melayu didakwa dan dibicara dalam sebuah Mahkamah Khas.

Mengulas lanjut Brian berkata disebabkan peristiwa itu keluarganya telah menerima ratusan surat sokongan daripada rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat.

“Paling ketara ialah peti surat rumah saya, yang menerima ratusan surat dari semua lapisan rakyat Malaysia; dari orang yang kami tak kenal pun; yang merakamkan sokongan kepada ayah saya.

“Saya masih ingat drebar-drebar teksi sekitar JB, yang untuk bertahun, enggan menerima apa-apa bayaran tambang dari ayah saya.

“Ia (kuasa sebenar) wujud dalam keberanian, keyakinan-diri dan hak setiap individu untuk mempersoalkan keadaan yang sedia ada. Kuasa sebenar milik rakyat,” ujarnya pula.

Luahan Brian itu dikatakan sebagai respon terhadap kenyataan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mengimbas kembali sejarah hitam yang menimpa pihak istana pada 1992 ketika era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Lucut kekebalan

Pada tahun 1992, apabila Persekutuan Hoki Malaysia menggantung Tunku Abdul Majid, putera kedua Sultan Iskandar daripada bermain selama lima tahun kerana memukul penjaga gol pasukan hoki Perak selepas pasukan Johor ditewaskan dalam satu perlawanan, ayahandanya menjadi berang.

Sultan Iskandar kemudiannya bertindak memberi tekanan kepada Jabatan Pelajaran Negeri Johor supaya mengarahkan semua pasukan hoki sekolah di negeri itu supaya memulaukan kejohanan kebangsaan.

Ini menjadikan Douglas Gomez sebegitu kecewa lalu membidas Jabatan Pendidikan Johor serta menuntut peletakan jawatan semua ahli jawatankuasa dalam Persatuan Hoki Johor.

Bengang dengan perkembangan itu, Sultan Iskandar kemudian menitahkan Gomez ke istana dan didakwa mengasarinya. Jurulatih hoki itu kemudiannya membuat laporan polis. -suaraTv

Susulan daripada itu sesi khas parlimen yang bersidang meluluskan usul untuk melucutkan kekebalan Raja-raja Melayu.

Kekebalan Raja Dilucut

Peristiwa ini telah mendatangkan kemarahan rakyat sehingga memaksa parlimen melakukan sesuatu.

Selepas disiasat dan dibincangkan, peristiwa yang membawa kepada insiden-insiden di atas kerana kekebalan raja-raja Melayu pada waktu itu daripada undang-undang.

Selaku perdana Menteri, Tun Mahathir terpaksa melakukan perubahan walaupun dengan berat hati, tetapi mahu mengelakkan perkara ini daripada menjadi nanah dalam negara, maka rang undang-undang diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara, masing-masing pada 19 dan 20 Januari 1993.

Rang undang-undang yang berusul melucutkan kekebalan ini diluluskan oleh enam daripada sembilan raja namun menghadapi tentangan hebat daripada tiga raja yang lain, termasuk Sultan Iskandar sendiri.

Sultan Iskandar mengambil inisiatif untuk meraih sokongan diraja untuk menghalang pelaksanaan usul tersebut.

Rang undang-undang yang berusul melucutkan segala kekebalan dari para raja dan ahli kerabat diraja, menjadikan mereka boleh didakwa mengikut undang-undang bila-bila masa timbulnya salah laku jenayah yang terbukti.

Kita nampak di sini, bukan Tun sahaja yang bersetuju dengan hal ini, bahkan terdapat 6 raja-raja Melayu yang turut sekepala dengan Tun.

Tun bukanlah menentang sistem monarki itu, tetapi untuk mempertahankan sistem monarki tersebut daripada runtuh.

Kalau sikap ini berterusan gara-gara kekebalan itu, kamu rasa orang Melayu akan mampu bertahan?

Bukan tidak pernah berlaku dalam sejarah di mana raja digulingkan.

Pernah dengar kisah Sultan Mahmud Mangkat Dijulang?

Memandangkan raja-raja Melayu ialah benteng terakhir umat Melayu, maka Tun terpaksa berbuat sesuatu untuk melindungi senjata yang akan mempertahankan Hak Agama Islam dan Bumiputera ini.

Kita berharap selepas ini tiada lagi sebarang tuduhan mengatakan bahawa Tun Mahathir adalah pengkhianat bangsa.

KEKEBALAM RAJA-RAJA MELAYU

Oleh: TAN SRI DR. NORDIN KARDI, Penyandang Kursi Za’ba, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Pada minggu lepas, saya dan kawan-kawan melepak di Balai Seni Lukis Negara.

Kawan-kawan itu termasuk Dato’ Seri Helmi, Dato’ Seri Anwar Zaini, Dato’ Kamarudin, General Dato’ Yunus Long, Tan Sri Kamal Salleh, Dr. Hasan Mad, Roslan dan Faridah, dari USAHANITA.

Selain bertanya khabar kami berbual mengenai banyak perkara mengenai Melayu.

Sultan dan Raja-Raja Melayu menghadiri Mesyuarat ke-220 Majlis Raja-Raja di Istana Negara, Kuala Lumpur, pada tahun 2011.

Kecuali saya, kawan-kawan saya itu rupanya sangat cergas bergerak dalam pelbagai badan bukan kerajaan mengikut kecenderungan dan latar belakang pendidikan masing-masing.

Dalam perbincangan itu seperti ada persetujuan antara kami bahawa ada beberapa tunggak yang jika salah satu daripadanya diusik, maka keseluruhan Melayu itu terusik.

Tunggak-tunggak itu adalah bahasa Melayu, Raja-Raja Melayu dan agama Islam, hak Istimewa orang Melayu (termasuk tanah simpanan Melayu) di dalam Perlembagaan.

Antara beberapa perkara yang menarik perhatian saya adalah mengenai kekebalan Raja-Raja Melayu dalam konteks undang-undang.

Pada 1993, Perlembagaan Persekutuan telah dipinda bagi membolehkan prosiding undang-undang diambil terhadap mana-mana Raja Melayu di dalam Mahkamah Khas.

Sebelum pindaan itu, baginda semua adalah kebal daripada apa-apa prosiding mahkamah.

Perbualan kami bertukar serius apabila disentuh mengenai wasiat Raja-Raja Melayu semasa menandatangani watikah kemerdekaan pada tahun 1957 seperti yang dititahkan semula oleh Raja Muda Perak, Dr. Raja Dr. Nazrin Shah di dalam suatu majlis dan disiarkan di Utusan Malaysia pada 23 Ogos 2009.

Wasiat itu dicatat begini,

Pertama: Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).

Kedua: Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ke-tiga: Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Ke-empat: Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini.

Ke-lima: Kami isytiharkan Islam adalah Agama Persekutuan.

Ke-enam: Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.

Ke-tujuh: Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Disebutkan juga bahawa pada tarikh 5 Ogos 1957, Duli-Duli Yang Maha Mulia sembilan Raja-Raja Melayu sebagai Raja Pemerintah dari empat ‘Negeri Melayu Bersekutu’ dan lima ‘Negeri Melayu Tidak Bersekutu’ telah memberikan perkenan menurunkan tanda tangan persetujuan kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dengan memahat Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu tersebut.

Jika demikian keadaannya, Raja-Raja Melayu yang sebelumnya memerintah secara kuasa mutlak telah berkenan menyerahkan kuasa baginda-baginda itu kepada apa yang dipanggil sebagai “Perlembagaan Persekutuan” yang boleh ditambah atau dipinda melalui kuasa yang dipilih rakyat di rumah yang mulia dinamakan Parlimen.

Disebutkan juga bahawa beberapa fasal dalam perlembagaan hanya boleh dipinda oleh Parlimen jika mendapat persetujuan Raja-Raja Melayu.

Fasal-fasal tersebut adalah perkara 3 (1), (2), (3) dan (5); Perkara 11, Perkara 12, Perkara 38 (5); Perkara 152, Perkara 153 dan Perkara 181 (1).

Dalam hal inilah, wajar diteliti semula sama ada parlimen boleh meluluskan penubuhan Mahkamah Khas bagi membolehkan sesuatu prosiding diambil terhadap Raja-Raja Melayu tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan Raja-Raja Melayu.

Jika jawapannya boleh, maka fasal tersebut di dalam perlembagaan adalah halal dan jika tidak maka fasal berkenaan adalah sebaliknya.

Selain dari melihat aspek teknikal yang menyentuh kekebalan Raja-Raja Melayu itu elok juga dilihat apakah doktrin yang boleh diguna pakai sama ada untuk mempertahankan kekebalan Raja-Raja Melayu atau yang sebaliknya.

Jika kuasa Parlimen menambah atau meminda perlembagaan itu asalnya diberikan oleh Raja-Raja Melayu, adakah wajar parlimen yang diberi kuasa itu kemudiannya membuat peraturan mengatasi dan melebihi kehendak kuasa yang memberi?

Demikianlah dalam kes Bropho melawan State of Western Australia (1972), Ketua Hakim Mason dan Hakim-hakim Deane, Dawson, Toohey, Gaudron and McHugh mengeluarkan pernyataan bersama yang menentang sebarang statut yang akan mengikat ‘Crown’ (sebagai ingatan, Ketua Negara bagi Australia masih lagi Raja Inggeris).

Dalam konteks ‘English Common Law’ dikatakan bahawa oleh sebab sumber undang-undang itu datangnya daripada kedaulatan raja, maka raja tidak boleh dipertanggungjawabkan di mahkamah yang dicipta dengan kuasanya.

Jika mahkamah atau undang-undang itu hendak diadakan juga maka raja hendaklah memberi persetujuan atau ‘consent’.

Di Amerika Syarikat (AS) suatu ketika dahulu kekebalan turut diberi kepada negara daripada sebarang tindakan undang-undang dengan menggunakan doktrin yang sama.

Kes Gibbons melawan United States (1986) Mahkamah Agung memutuskan bahawa Kerajaan Pusat tidak boleh disaman tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan Kongres.

Hal ini ditegaskan lagi di AS dalam kes Alden v. Maine (1999).

Di England dikatakan walaupun Crown Proceedings Act 1947 seperti memberi kelonggaran dalam kes ‘tort’ dan kontrak tetapi Raja tetap kebal daripada prosiding jenayah.

Kekebalan Raja yang menjadi ketua sesebuah negara bukan sahaja wujud dalam negara-negara berkenaan tetapi juga pada peringkat antarabangsa.

Dalam hal ini, duta-duta, yang mewakili negara atau ketua negara juga mendapat perlindungan daripada kekebalan ini.

Daripada prinsip ‘customary international law’ negara itu kebal daripada sebarang prosiding di negara lain.

AS sendiri mengiktiraf konsep ini di bawah akta Foreign Sovereign Immunities (1976).

Apa yang kelihatan daripada contoh-contoh ini adalah, secara konvensyennya, sumber kuasa sesuatu undang-undang itu diberi kekebalan.

Doktrin memberi kekebalan ini nampaknya dihormati di banyak negara termasuk Singapura yang memberi kekebalan kepada Presidennya.

Di Itali pula, percubaan mempertanggungjawabkan Presiden ke mahkamah adalah suatu jenayah.

Di Malaysia pada keseluruhannya, Raja-Raja Melayu masih kelihatan kebal daripada prosiding undang-undang tetapi penubuhan Mahkamah Khas seperti ‘precedence’ kepada sentuhan kepada kekebalan itu.

Rakan saya Azam menghujah kepada saya bahawa Mahkamah Khas itu adalah untuk kes-kes peribadi Raja.

Saya pula bertanya bagaimana hendak memisahkan yang peribadi dengan yang bukan peribadi seperti yang saya pernah alami di mahkamah dalam menanggung beban ‘vicarious liability’?

Adakah terdapat konsep ‘mutlak’ separuh-separuh? Ada pula yang menjawab ‘apa salahnya’.

Seperti persetujuan rakan-rakan yang melepak di Balai Seni Lukis Negara itu, kami sebutkan sekali lagi bahawa mengusik mana-mana tunggak yang telah dinyatakan bererti mengusik keseluruhan yang berkaitan dengan Melayu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

Sumber: jebatmustdie | suarainsan

Cara Daftar Mengundi Dan Semakan Lokasi Pengundian Online

Cara Daftar Mengundi Dan Semakan Lokasi Pengundian Online

Bagi anda yang mahu mengetahui cara menyemak dan mengetahui lokasi tempat mengundi dalam pilihan raya PRU14 yang akan dijalankan tidak lama lagi, semakan tempat mengundi boleh dilakukan melalui SMS dan juga secara online.

Semakan Lokasi Mengundi

Untuk makluman SEMUA PENGUNDI BERDAFTAR, semakan maklumat terkini oleh isi rumah dimana lokasi pusat mengundian bagi tujuan PRU ke-14 hanya akan bermula secara RASMI pada 16 April 2018.

Wajib Semak lokasi Mengundi

Berikutan Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu yang dikuatkuasakan bagi menghadapi PRU14, pemilih sebaik-baiknya membuat semakan maklumat daftar pemilih bagi memudahkan perancangan pada hari pengundian.

Menurut SPR, sekiranya semakan sudah dibuat dan pemilih sudah mengetahui maklumat Pusat Mengundi serta Tempat Mengundi, maka semakan tidak perlu lagi dibuat di kaunter SPR di Pusat Mengundi pada hari mengundi.

Berikut adalah kaedah dan cara mengetahui dimana lokasi terkini pusat mengundi anda.

Cara Semakan Tempat Mengundi Melalui SMS

Cara yang paling mudah untuk membuat semakan tempat mengundi adalah melalui kaedah SMS dan boleh dilakukan dengan cara-cara berikut:-

1. Taip SPR <jarak> SEMAK <jarak> No I.C (Contoh 85012102018) dan hantar ke 15888
2. Taip SPR <jarak> No I.C (Contoh 85012102018) dan hantar ke 15888

Cara Semakan Lokasi Pemilih Mengundi Secara Online

Anda juga boleh menyemak lokasi tempat pengundian secara online melalui laman web spr.

Caranya sangat mudah;
  • Klik pautan website spr di pengundi.spr.gov.my
  • Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN, contoh; 800808495629
  • Masukkan aksara captcha
  • Klik Semak
  • Maklumat anda akan dipaparkan
  • Selesai

Anda mungkin akan menghadapi kesukaran untuk mengakses laman web sistem aplikasi semakan lokasi tempat mengundi kerana terlalu ramai pengguna lain sedang mengakses laman web SPR.

Semakan juga boleh dibuat menggunakan aplikasi mudah alih MySPR Semak.

Aplikasi ini boleh dimuat turun dalam Google Play Apps atau Apple Apps secara percuma.

Aplikasi MySPR Semak menyediakan kemudahan untuk menyemak nama calon yang bertanding di sesuatu bahagian pilihan raya dan juga boleh menyemak keputusan pilihan raya.

Selain itu, pemilih berdaftar juga boleh membuat semakan dengan menelefon ke talian hotline 03-88927018 atau menghubungi mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri.

PANDUAN MENDAFTAR SEBAGAI PEMILIH

Bagi anda yang masih lagi belum mendaftar sebagai pengundi untuk melayakkan diri mengundi dalam pilihanraya akan datang, anda boleh mendaftar melalui kaedah ini.

Daftar

Syarat Daftar Sebagai Pemilih
  • Warganegara Malaysia
  • Sudah mencapai umur 21 tahun
  • Menetap di mana-mana Bahagian Pilihan Raya di Malaysia

Cara Pengisian dan Penghantaran Borang A
  • Sila pilih jenis Borang A sama ada dari Parti Politik atau Wakil Jabatan atau Individu
  • Daftar mengikut alamat terkini di JPN
  • Pastikan Borang A diisi dengan betul

Borang A yang telah lengkap diisi dalam dua salinan hendaklah disertakan dengan salinan MyKad dan dihantar sendiri ke:
  • Ibu Pejabat SPR, Putrajaya (link kepada alamat Ibu Pejabat);
  • Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri; atau (link kepada alamat PPN)
  • Penolong-Pendaftar Pemilih Yang Dilantik Oleh SPR

Nota:
  • Borang A yang telah lengkap diisi TIDAK BOLEH dihantar melalui pos, faks ataupun e-mel.
  • Sila kepilkan salinan MyKad semasa menghantar permohonan.
  • Simpan satu salinan borang berkenaan sebagai bukti pendaftaran anda.

BORANG A

Maklumat lanjut mengenai pendafataran secara muat turun Borang A boleh diperolehi dengan menghubungi Ibu Pejabat SPR Putrajaya di talian 03-88856500.

MUAT TURUN: DOWNLOAD BORANG A

Borang A: Individu

Bagi permohonan pendaftaran oleh individu menggunakan Borang A –Siri IW, Bahagian IV akan diisi oleh Penolong Pendaftar Pemilih yang menerima borang tersebut daripada pemohon berkenaan.
Cara mendaftar melalui pejabat pos

Caranya:
  • Ambil nombor, setelah nombor dipanggil cakap, "Saya nak daftar sebagai pengundi".
  • Hulurkan kad pengenalan anda.
  • Tidak perlu isi borang, sebab semuanya akan di key-in kedalam komputer oleh staf yang bertugas di kaunter.
  • Lepas borang siap diisi kemudian dicetak, anda hanya perlu turunkan tandatangan dan cap jari.
  • Siap. 
Ajak rakan-rakan yang sudah layak untuk mendaftar!

Cara Mendaftar Selain Pejabat Pos
  • Pergi sendiri ke pusat-pusat pendaftaran.
  • Bawa bersama Kad Pengenalan.
  • Pastikan Borang A diisi dengan betul oleh petugas sebelum anda menandatangani borang.
  • Simpan satu salinan borang berkenaan sebagai bukti pendaftaran anda.
Pusat-pusat PendaftaranMengundi
  • Ibu Pejabat SPR Malaysia ,Tingkat Bawah, Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62690 Putrajaya. No. Telefon: 03-88856686
  • Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri – Senarai Cawangan Spr
  • Pejabat-Pejabat Pos Berkomputer di seluruh Negara
  • Kaunter SPR melalui Program Outreach
  • Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri – Kln.gov.my
  • Senarai Penolong Pendaftar

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Manisfesto PPBM (BERSATU) Dan Ikrar Selamatkan Malaysia

-SENTIASAPANAS.COM

Wednesday, January 18, 2017

Donald Trump Presiden AS Paling Tua Dalam Sejarah

Donald Trump Presiden AS Paling Tua Dalam Sejarah

Apabila Donald Trump diisytiharkan sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-45 Jumaat ini (20/1/2017), beliau akan menjadi presiden paling tua dipilih dalam sejarah negara Amerika Syarikat.

Donald Trump

Purata usia kesemua 44 Presiden AS yang mentadbir Rumah Putih hanyalah 55 tahun sementara Trump kini berusia 70 tahun.

Sehingga kini, Ronald Reagan memegang gelaran presiden tertua AS. Beliau berusia 69 tahun ketika mengangkat sumpah jawatan pada 1981.

George H.W. Bush juga dianggap berusia berbanding purata apabila mengambil alih jawatan itu pada usia 64 tahun dan menariknya, memegang rekod cemerlang di kalangan bekas presiden.

Tahun 2017 menandakan ulang tahun ke-72 perkahwinannya dengan isteri, Barbara, menjadikan mereka pasangan paling lama berkahwin dalam sejarah Presiden AS.

Presiden AS

Pada skala usia berbeza, Theodore Roosevelt menjadi Presiden AS paling muda dalam sejarah susulan pembunuhan Presiden William McKinley pada 1901.

Roosevelt berusia 42 tahun ketika memegang jawatan itu.

John F. Kennedy tua setahun daripada Roosevelt apabila mentadbir Rumah Putih 60 tahun kemudian pada usia 43 tahun.

BACA INI JUGA: Kartun The Simpsons Ramal Donald Trump Jadi Presiden 16 Tahun Lalu!

Sumber: bharian

Diet Pelik Makan Pasir Untuk Lebih Sihat Selama 60 Tahun!

Diet Pelik Makan Pasir Untuk Lebih Sihat Selama 60 Tahun!

Seorang wanita di Varanasi, India, mengamalkan diet luar biasa bagi memastikan dia sihat iaitu dengan makan 2 kilogram pasir dan batu kecil setiap hari selama enam dekad.

Kusma Vati

Kusma Vati, 78, menghabiskan beberapa jam menyodok pasir ke dalam mulutnya setiap hari dan suka mengunyah pasir yang diambil daripada dinding rumahnya.

"Saya makan pasir dan batu kecil sejak 63 tahun lalu dan saya suka akannya dan fikir ia tidak memberikan kesan merbahaya.

"Saya tidak mengalami sebarang masalah pada perut dan mulut serta gigi saya juga baik. Saya boleh menggigit batu keras tanpa masalah," katanya dipetik Metro.uk.

Kusma berkata, dia tidak pernah bertemu doktor berkaitan tabiatnya yang makan 2 kilogram pasir setiap hari.

"Saya tidak pernah berjumpa doktor kerana saya rasakan ia tidak perlu. Selagi saya boleh mengingat, saya rasakan saya betul-betul sihat.

"Saya mula makan pasir pada usia 15 tahun dan mengalami sakit perut namun ianya hanya sementara dan kini ia adalah sangat biasa kepada saya.

"Saya berasa seolah-olah mineral pada pasir itu memberikan tenaga untuk bekerja dalam bidang tanaman," katanya.

Cucunya kini merayu supaya dia tidak mengamalkan lagi tabiat peliknya itu namun wanita itu tidak memahami kenapa perlu berbuat demikian.

"Cucu saya mendesak supaya mendapatkan bantuan perubatan bagi menghilangkan ketagihan ini tetapi saya rasa ia tidak perlu.

"Saya sihat dan patut berterima kasih kepada pasir," katanya.

BACA INI JUGA: Shoyna, Perkampungan Yang Di Tenggelami Pasir Setiap Malam!

Sumber: SH

Tun Mahathir Jawab Bidasan Sultan Johor Isu Forest City

Tun Mahathir Jawab Bidasan Sultan Johor Isu Forest City

Tun Mahathir Mohamad tampil menulis jawapan balas berhubung kenyataan Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar terhadap dirinya berhubung isu Forest City.

Forest City

Dalam kenyataannya, Tun Mahathir berkata, beliau tidak dapat memastikan sama ada kenyataan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang didakwa 'tersinggung dan terluka dengan kenyataannya' mengenai Forest City benar-benar mencabarnya atau ia sekadar tafsiran akhbar.

Artikel ini dipetik daripada catatan terbaharu Tun Mahathir diblognya, chedet.

1. Saya tidak tahu samada benar atau tidak cabaran yang dilontarkan oleh DYMM Sutan Johor terhadap saya berkenaan pembangunan JB.

2. Mungkin hanya akhbar The Star yang mentafsirkan apa yang dititah DYMM Tuanku sebagai melontarkan cabaran terhadap saya.

3. Tetapi selagi DYMM Tuanku tidak menafikan mencabar saya, saya akan anggap laporan The Star sebagai benar.

4. Saya mengaku bahawa saya berada di dalam keadaan yang agak lemah. Sementara sesiapa sahaja boleh berkata apa-apa terhadap saya, dan saya mengambil sikap terbuka terhadap kebebasan mereka berbuat demikian, saya harap di dalam menjawab terhadap cabaran DYMM Tuanku, saya tidak akan dipenjara tanpa bicara. Jika perbicaraan dapat diadakan, silalah tangkap saya.

5. Apakah yang telah diperkatakan oleh saya? Tidak lebih daripada apa yang dilaporkan Bloomberg di dalam akhbar. Tetapi saya boleh terima kenapa laporan Bloomberg tidak akan dicabar atau dinafikan.

6. Apakah yang diperkata oleh Bloomberg di dalam laporannya pada 22hb November lepas? Ia mengatakan yang sebuah syarikat dari China akan membangunkan Forest City yang akan memuatkan 700,000 penduduk. Ianya juga melapor bahawa orang Cina dari China diterbangkan untuk melihat pameran model sebesar manusia (bergambar) dan mereka ini sudah, malahan akan membeli kebanyakan hartanah di Forest City.

7. Saya tidak fikir ramai Melayu atau Cina Johor telah beli atau akan beli apartment ini. Malaysia tidak mempunyai penduduk yang begitu ramai untuk membeli kesemua hartanah ini.

8. Bloomberg, di dalam laporan yang sama turut menyatakan tentang 60 pembangunan lain yang mirip Forest City, dan ini juga sedang dijual kepada rakyat tanah besar China.

9. Melihat kembali pada tahun 1819, apabila Sutan Johor, Sultan Ali tidak mahu memajak Singapura kepada British, Temenggung telah menandatangani pajakan tersebut. Lihatlah Singapura hari ini. Sebahagian daripada Johor kini adalah negara asing – memanglah ia dibangun dengan mudah, tetapi ia tetap negara asing.

10. Lebih sejuta rakyat asing akan tinggal di Forest City JB dan 60 pembangunan lain disekitarnya. Semua tempat baru ini tidak akan menjadi negara asing tetapi akan mengandungi peratus orang asing yang tinggi. Jika mereka tinggal untuk satu tempoh yang lama yang ditetapkan, mereka layak untuk menjadi rakyat Malaysia.

11. Ya, saya yang mempromosi Pelaburan Langsung Asing (FDI – Foreign Direct Investment). Tetapi ianya bukan bertujuan membeli tanah di Malaysia, membangunkannya dan menjualnya kepada rakyat asing, yang akan tinggal di sana.

12. FDI ialah berkenaan pelaburan di dalam industri pembuatan. Syarikat Malaysia akan membina bangunan dan rakyat akan bekerja di dalam industri-industri tersebut. Mereka akan mempelajari kemahiran dan akan memulakan perniagaan pengeluaran barangan mereka sendiri.

13. Kontraktor Malaysia berkebolehan membina pelbagai jenis bangunan dan memajukan tanah. Kita tidak perlu orang asing untuk ini. Lihatlah Malaysia hari ini. Sembilan puluh peratus atau lebih daripada bangunan baru ini dan pembangunan lain dibuat oleh syarikat Malaysia. Majoriti pembeli juga rakyat Malaysia dan mereka juga bermastautin di situ.

14. Tetapi apabila rakyat asing beli tanah, tidak terdapat aliran masuk wang pun. Kebanyakan sumber kewangan dipinjam dari dalam negara. Dan mereka juga boleh berniaga dengan menggunakan bank mereka sendiri.

15. Apa sahaja pendapatan syarikat asing ini perolehi akan dihantar pulang dan menyebabkan pengaliran keluar wang. Apabila diperkenalkan skim di mana pembeli boleh beli hartanah di negara China dan mendapat satu unit rumah pangsa atau rumah secara percuma di Malaysia, tidak akan ada keuntungan yang dibuat di Malaysia dan Kerajaan Malaysia tidak akan mendapat hasil cukai.

16. Benarkanlah semua transaksi dibuat dengan telus. Terbitkanlah semua dokumen berkaitan pelaburan, jumlah pekerja asing, negara asal mereka, pembeli, bank yang menyediakan pinjaman serta kesemua penghantaran balik wang keluar. Keluarkanlah ini dengan jujur. Jangan berselindung. Janganlah pulak disuruh seseorang yang bernama Tunku Aziz untuk mengesahkannya. Mungkin dia ini pada satu masa mengetuai Transparency International, tetapi dia menerima tanpa belah bagi rompakan dan rasuah yang terjadi dalam 1MDB.

17. Jadi biarlah Transparency International yang benar-benar “International” memeriksa dokumentasi rasmi yang dikeluarkan. Biarkan rakyat meneliti dokumen tersebut untuk buktikan kesahihannya.

18. Pandang ke Timur bukan bermakna mengajak negara-negara di Timur membeli tanah di Malaysia, membangun dan menjual kepada rakyat dari negara-negara mereka. Ya, kita menggalakkan orang asing untuk jadikan Malaysia rumah kedua mereka (Malaysia My Second Home). Tetapi jumlah mereka ini sedikit. Dasar Pandang ke Timur bukan untuk membenarkan migrasi secara besar-besaran melibatkan ratusan ribu. Ianya adalah untuk rakyat Malaysia mempelajari bagaimana negara-negara di Timur ini membangun dan memajukan negara mereka.

19. Mudah sekali untuk menuduh saya ini racist, atau bersikap perkauman. Sebelum ini pun saya pernah digelar Malay ultra.

20. Label atau panggilan serta usaha untuk memburukkan imej ini lebih menunjukkan kegagalan untuk mematahkan apa yang saya buat atau katakan.

21. Ia mencerminkan ketiadaan asas untuk hujah bagi melawan hujah saya.

22. Ini adalah negara berbilang kaum. Rakyat berlainan keturunan, bahasa, agama, budaya dan pencapaian ekonomi telah tinggal dengan aman.

23. Di banyak negara, hanya kerana perbezaan interpretasi yang sedikit pada agama yang dianuti bersama menyebabkan pergaduhan dan peperangan. Tetapi Malaysia stabil dan aman.

24. Ianya stabil dan aman kerana kita terima keadaan sesama kita. Selama 22 tahun saya jadi Perdana Menteri, tidak terdapat pergaduhan kaum yang serius. Konflik ada. Tetapi tanpa keganasan. Dan negara dapat dibangun.

25. Jika saya amalkan perkauman, zaman saya akan terlihat ketidaktentuan dan kemuduran di negara ini.

26. Sesiapa boleh pertikai apa yang saya katakan. Itu hak demokratik sesiapa.

27. Saya cabar The Star untuk siarkan apa yang saya katakan ini secara keseluruhan. Tanda ketakutan Kerajaan terhadap kebenaran boleh digambarkan dengan sejauhmana media arus perdana dikawal.

28. Saya terima jika penulisan ini tidak disiarkan sama sekali kerana kita hidup di dalam sebuah negara kleptocratic di mana kebenaran merupakan satu bala, hanya boleh dibisik tetapi tidak boleh diperkatakan secara terus terang.

29. Saya rakyat Malaysia yang dilahirkan di Kedah.

30. Malaysia adalah rumah saya dan objek kesetiaan saya. Jika saya harus dituduh sebagai penderhaka kerana apa yang saya perkatakan, tuduhlah.

Dr Mahathir bin Mohamad
16 Januari 2017

P/s: Di dalam kes Hong Kong and Macau, Pondicherry, Goa dan lain-lain wilayah Peranchis dan Portugis di India, sebaik sahaja penjajah melepaskan empayar mereka, tempat-tempat ini terus dilepaskan dan dipulangkan semula kepada negara asal. Demikian juga semua tanah jajahan dikembalikan kepada pemilik asal wilayah-wilayah ini.

Surat asal yang disunting telah disiarkan di dalam akhbar The Star bertarikh Jan 17, 2017, di ruangan surat

BACA INI JUGA: Manisfesto PPBM (BERSATU) Dan Ikrar Selamatkan Malaysia

-SENTIASAPANAS.COM

5 Kelebihan Dan Fakta Menarik Lesung Pipit

5 Kelebihan Dan Fakta Menarik Lesung Pipit

“Betul ke kakak tadi dah 40 tahun? Nampak macam muda je. Sebab lesung pipit tu kot dia nampak muda, untunglah kan ada lesung pipit..”

Lesung Pipit
Gambar hiasan.

Uniknya mereka yang mempunyai lesung pipit kerana setiap senyuman mempunyai aura yang istimewa.

Lekukan di pipi itu berupaya menambah kemanisan dalam wajah.

Di sebalik kemanisan senyuman tersebut, ini merupakan beberapa fakta dan kelebihan lesung pipit yang mungkin belum pernah diketahui sebelum ini:

1. Hanya 20% manusia memilikinya

Mengikut statistik yang dilaporkan The Daily Health Gen, hanya 20% manusia di dunia memiliki lesung pipit yang sebenarnya merupakan satu jenis ‘kecacatan’ pada otot wajah yang amat dicemburui.

2. Ramai yang tertarik dengannya

Kajian American Journal of Physical Anthropology mendapati bahawa lesung pipit adalah antara 'added value' yang menambahkan lagi daya penarik seseorang secara semula jadi.

Kalau bergambar pula, bagaimana pun rupa atau 'mood' anda ketika memandang kamera, wajah anda tetap menawan walaupun hanya dengan sedikit senyuman yang dipaksa. Untung!

3. Kelihatan lebih muda

Betul kan? Orang yang ada lesung pipit ni nampak macam ‘baby face’ sangat! Ia juga disahkan para saintis bahawa antara kelebihan lesung pipit ialah menjadikan seseorang itu kelihatan lebih muda dari usia sebenarnya.

4. Penyebar aura keceriaan

Setiap kali pemilik lesung pipit tersenyum, orang di sekeliling juga akan terpengaruh dengan aura keceriaan yang disebarkan olehnya.

5. Ramai selebriti jadi lebih popular

Laman web Time For Healthy Food melaporkan lebih 60% bintang Hollywood memiliki lesung pipit dan ia membantu mereka menjadi lebih popular.

Kerana itu, ada yang sanggup melakukan pembedahan semata-mata untuk mendapatkan lekukan tersebut!

BACA INI JUGA: Lesung Pipit, Kecantikan Akibat Kecacatan Gen!

Sumber: mynewshub

Cara Paling Mudah Menanam Pokok Mulberi

Cara Paling Mudah Menanam Pokok Mulberi

3 jenis pokok Mulberi yang biasa dilihat atau ditanam di seluruh dunia ialah mulberri putih, mulberri merah dan mulberri hitam.

Mulberi

Mulberi juga terdapat dalam pelbagai saiz dan bentuk buah yang boleh ditemui di serata tempat.

Mulberi hitam atau nama saintifiknya morus nigra adalah pokok yang biasa ditanam di negara kita kerana sesuai tumbuh di kawasan bersuhu panas.

Jenis pokok mulberi hitam, buahnya akan bertukar menjadi hitam apabila sudah masak sepenuhnya.

Buah mulberi berwarna hitam mempunyai rasa manis dan berlemak berbanding buah yang masih berwarna merah.

Jadi, anda kenalah menunggu buah mulberi benar-benar sudah masak sehingga buahnya menjadi warna hitam barulah dipetik.

Cara Menanam Mulberi

Cara menanam pokok mulberi adalah dengan menggunakan keratan batang yang telah matang.

Anda boleh mendapatkan keratan batang pokok mulberi ini dari sahabat atau kenalan yang ada menanamnya atau membeli secara online.

Keratan batang pokok mulberri haruslah ditanam dalam polibag terlebih dahulu.

Perlu dimaklumkan bahawa pokok mulberi sesuai tumbuh pada nilai PH tanah yang sedikit berasid iaitu 5.5 hingga 6.5. Maksudnya, media semaian tidak perlu ditambah serbuk kapur pertanian.

Anda boleh menggunakan apa-apa jenis tanah untuk media tanaman seperti tanah lampung, tanah hitam, tanah kebun atau tanah campuran.

Masukkan tanah ke dalam polibag hingga penuh dan pastikan tanah sedikit dipadatkan agar tidak berkurangan, mendap atau turun jika tanah tersebut disiram.

Mulberi
Mulberi berusia 3 minggu.

Pada tanah dalam polibag, buat lubang menggunakan jari anda atau kayu sama saiz dengan keratan batang pokok mulberri kira-kira 4 hingga 5 inci dalam.

Tanam keratan batang pokok mulberi pada lubang yang dibuat setengah dari panjang keratan batang mulberri tersebut dan timbus dengan tanah serta padatkannya agar keratan tersebut tidak mudah tumbang jika disiram.

Pastikan menanam keratan batang pokok mulberi dengan cara yang betul di mana lihat mata tunas pada setiap keratan batang tersebut dan tanam keratan batang dengan mata tunas menghala ke atas. Jangan tanam terbalik.

Seterusnya, siram dengan air yang mencukupi.

Keratan pokok mulberi yang sudah ditanam harus disimpan atau diletakkan di kawasan teduh terlebih dahulu sehingga 4 minggu atau sehingga mata tunas mengeluarkan tunas kira-kira 3 inci. Barulah dipindahkan ke kawasan menerima sinaran matahari penuh.

Dalam tempoh percambahan tunas, jangan sesekali digoyang atau tergoyang kerana keratan batang pokok mulberi akan mati disebabkan kerosakan pada akar muda yang mula keluar dari pangkal batangnya.

Selepas 2 minggu ditanam dalam polibag, tunas akan mulai bercambah atau tumbuh.

Jika pokok mulberi anda berbuah ketika cambahan, sila buka buah tersebut untuk memberi laluan pokok mulberi membesar.

Ketika ini media tanaman atau tanah jangan terlalu kering, siram tanah biarkan ia sentiasa lembab. Tanah lembab diperlukan untuk mempercepatkan pengeluaran akar keratan batang pokok mulberi anda.

Apabila pokok mulberi anda sudah berusia 4 minggu, tunasnya sudah melebihi 3 inci dan bolehlah dipindahkan ke tempat yang terkena sinaran matahari penuh.

Masa ini anda boleh membubuh baja organik dengan menanamnya ke dalam tanah tetapi tidak terkena pada batangnya.

Proses Memindahkan Anak Pokok Mulberi

Pokok mulberi sudah boleh dipindahkan ke tempat baharu atau ditanam di dalam tanah apabila ia sudah berusia sebulan setengah atau 2 bulan.

Dalam tempoh ini, pokok mulberi sudah kukuh dan kuat. Buat lubang pada tanah dengan mengali sedalam 1 kaki (ikut saiz polibag yang anda gunakan), jika polibag anda bersaiz besar maka besarlah lubang yang anda harus gali.

Pada lubang tersebut, bubuh baja organik 2 genggam dan timbus senipis mungkin dengan tanah, cukup menutupi baja tersebut.

Dengan mengunakan pisau tajam, potong polibag memanjang dari atas ke bawah sebelah menyebelah. Berhati-hati ketika memotong jangan sampai terpotong akar pokok mulberri.

Buka plastik polibag perlahan-lahan agar tanah tersebut tidak berderai. Tanam tanah pokok mulberi ke dalam lubang dan timbus semula dengan tanah hingga selesai. Siram pokok mulberi anda dengan air secukupnya.

Cuaca

Jika anda menanam pokok mulberi pada musim kemarau, teduhkan pokok mulberi dengan jaring hitam selama seminggu.

Ini bagi mengelak pokok mulberi anda mati akibat cuaca panas. Jika keadaan cuaca terkawal, tidak perlu menggunakan penutup jaring hitam.

Pokok mulberi cepat membesar dengan pembajaan yang konsisten. Bubuh baja sebulan sekali untuk hasil yang memuaskan.

Pokok Mulberi Perlu Dicantas Dan Tuaian Buah Pertama

Setelah pokok mulberi anda berusia 4 hingga 6 bulan yang pertama, cantas batang pokok mulberi anda.

Caranya, cantas batang kira-kira 10 hingga 12 inci dari pucuknya dan buka semua daun pada batang. Tujuan mencantas ialah untuk membolehkan pokok mulberri anda menghasilkan buah.

Selepas dicantas, pokok mulberi anda akan mula bertunas selepas 2 minggu cantasan yakni tunas bersama buahnya.

Jangan gusar atau bimbang jika buah yang terhasil bersaiz kecil kerana kali pertama menghasilkan buah memang seperti itu.

Tetapi, setelah 2 tahun ke atas, saiz buah mulberi anda akan semakin besar saiznya mengikut saiz pokok.

Cantas semula pokok mulberi anda selepas 4 hingga 5 bulan dari cantasan yang pertama. Buat cara tersebut sepanjang tahun untuk mendapatkan buah pokok mulberi.

Dengan cara ini pokok mulberri and tidak akan meninggi dan pada masa yang sama anda dapat rezeki buah yang enak dari pokoknya.

Tanaman Tepi Pagar

Mulberi

Pokok mulberi sesuai ditanam di tepi pagar rumah anda, tanam sebaris dengan pagar di sekeliling rumah dengan jarak rapat.

Ia bukan sahaja menjadi pokok hiasan tetapi sebagai penghadang yang praktikal.

Pokok mulberi juga boleh ditanam di dalam pasu jenis besar dan sekiranya pokok mulberi anda terlalu rimbun atau tinggi, cantas pokok mulberi tersebut.

Dengan cantasan ini pertumbuhan pokok mulberi dapat dikawal dan paling penting ia akan menghasilkan buah yang enak dan sedap.

Jom cuba menanam pokok mulberi di halaman rumah.

BACA INI JUGA: Khasiat Buah Mulberi Untuk Awet Muda Dan Penawar Kanser

Sumber: tanomkinotuan

Tuesday, January 17, 2017

Keunikan Tebing Batu Kapur Putih Etretat

Keunikan Tebing Batu Kapur Putih Etretat

Etretat merupakan sebuah desa kecil dipinggir pantai di barat laut Perancis dan dikenali kerana deretan tebing batu kapur putih yang sangat unik disepanjang deretan pantai ini.

Etretat

Jika dilihat sekali imbas, tebingnya kelihatan seperti bentuk seekor gajah yang sedang berdiri.

Semua lengkungan tebing ini terbentuk secara semulajadi sejak ratusan tahun dahulu, berhampiran pantai daerah Pays de Caux.

Etretat

Tebing Etretat bukan sahaja unik malah dihiasi dengan pasir memutih yang terbentang luas didepannya lautan Atlantik.

Etretat

Jika ke Perancis jangan lupa singgah di Etretat untuk menyaksikan keindahan ciptaan Tuhan.

BACA INI JUGA: Keunikan Air Terjun Hitam Svartifoss

-SENTIASAPANAS.COM