Tuesday, August 30, 2016

Whatsapp Kongsi Data Peribadi Bersama Facebook Dan Ini Cara 'Menghalangnya'

Whatsapp Kongsi Data Peribadi Bersama Facebook Dan Ini Cara 'Menghalangnya'

Kecoh baru-baru ini apabila Whatsapp mengumumkan perubahan terbaru mereka untuk mengongsikan data peribada anda bersama Facebook.

Whatsapp+Facebook [2]

Tidak cukup dengan perubahan, Whatsapp secara tidak langsung telah memungkir janjinya kepada pelanggan apabila menjanjikan untuk menjaga privacy pengguna daripada sebarang tujuan pengiklanan.

Dalam pada itu, terdapat penyelesaian buat anda yang tidak berminat dengan polisi terbaru Whatsapp.

Diharap anda yang tidak berminat untuk berkongsi data peribada whatsapp anda bersama Facebook dapat lakukan langkah-langkah yang dinyatakan dengan segera berikutan Whatsapp telah menetap tarikh tetap buat anda yang tidak bersetuju polisi terbaru mereka.

Berikut merupakan langkah-langkahnya:

1. Apabila anda menerima arahan untuk ‘accept’ polisi terbaru Whatsapp, tekan pada ‘Read more’ di bahagian bawah.

Apps+Polisi

2. Pilih untuk menututup tatapan seperti yang dibawah.

Apps+Polisi [2]

Jika anda terlepas mesej awal daripada Whatsapp, jangan risau. Anda masih mempunyai peluang untuk tidak bersetuju dengan polisi ini.

Caranya sangat mudah, pilih Settings > Account > Share my account info seterusnya untick bahagian ‘share my account info’.

Apps+Polisi [3]

Selesai.

Apa Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Perkongsian Data Whatsapp Bersama Facebook

Whatsapp+Facebook

Whatsapp sebelum ini telah mengumumkan sebuah perubahan besar di dalam polisi syarikat mereka iaitu perkongsian data bersama Syarikat Facebook.

Untuk pengetahuan anda, perkongsian data yang dimaksudkan adalah nombor telefon anda, gambar profile, status online, status anda serta last seen anda. Agak creepy bukan?

Dikatakan perkongsian ini sangat penting bagi membolehkan Whatsapp menambah baik servis mereka serta amat diperlukan sempena fungsi terbaru mereka yang bakal diumumkan kelak.

Soal apa yang akan terjadi dengan aplikasi Messenger apabila Whatsapp memulakan perkongsian bersama Facebook mungkin tidak menjadi masalah.

Kami jangkakan pihak Facebook pasti sudah bersedia dengan ‘backup plan’ mengenai masalah ini.

Mengenai privasi anda, secara tidak langsung Facebook dan Whatsapp bakal memperoleh lebih banyak data daripada permesejan dan detail-detail yang dikongsikan di Facebook.

Pihak whatsapp juga mengumumkan encrypted message tidak akan dikongsikan dan akan kekal tersimpan.

Adakah wajar untuk mengatakan penggunaan kedua-dua aplikasi ini sangat selamat? Tidak juga.

Namun tidaklah memudaratkan jika anda gunakan sebaiknya.

Anda masih boleh menggunanya secara positif serta menghantar emoji-emoji comel kepada rakan anda.

BACA INI JUGA: Cara Mengatasi Masalah WhatsApp 'Crash' Pengguna iPhone

Sumber: Thevocket

Aliran Wahabi Bukan Ajaran Sesat?

Aliran Wahabi Bukan Ajaran Sesat?

Fahaman Wahabi bukan dalam kategori ajaran sesat kerana ia adalah sebahagian daripada tradisi ahli Sunnah Wal Jamaah, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Asyraf Wajdi

"Persoalan yang diajukan kepada saya adalah sama ada fahaman Wahabi adalah dalam kategori yang sama seperti seperti Syiah dan ajaran sesat lain.

"Dan jawapan saya adalah tidak, fahaman Wahabi bukan dalam kategori yang sama seperti Al Arqam dan ajaran sesat yang lain kerana ia adalah sebahagian daripada tradisi Sunni," jelasnya dalam satu temu bual dengan The Star.

Beliau bagaimanapun bersetuju dengan pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan iaitu walaupun fahaman Wahabi tidak haram, ia tidak serasi dengan budaya dan tradisi di Malaysia.

"Maulud Nabi, mengadakan tahlil, membaca doa di kubur, semua ini adalah amalan amat berakar umbi dalam budaya dan tradisi Islam.

"Kamu tidak harus menentang sesuatu yang berakar umbi dalam tradisi kita apabila ia tidak mengganggu akidah," katanya.

Pengikut Wahabi atau salafi percaya ibadat mereka adalah tulen dan merupakan ajaran sebenar dalam Islam.

Mereka menentang amalan seperti mengadakan majlis tahlil untuk orang yang meninggal dunia, membaca talqin di kubur atau membaca Yassin pada hari Jumaat dengan menganggapnya sebagai bidaah atau amalan yang ditokok tambah.

Bagaimanapun Dr Asyraf tidak bersetuju dengan pandangan mengatakan fahaman itu boleh mendorong seseorang muslim menjadi radikal atau menyertai kumpulan militan seperti Negara Islam (IS).

"IS (yang merupakan salah satu kumpulan ini) mahu membina sebuah negara Islam dengan cara yang melampau dengan mengelirukan dan memanipulas jihad dalam perjuangan mereka.

"Wahabi hanya satu sebahagian daripada keseluruhan idealogi pelampau radikal. Ia boleh menjadi sesiapa, bukan hanya fahaman Wahabi.

"Jadi, saya lebih suka mengatakan 'pelampau' dalam gerakan politik Islam daripada menyebut secara khusus atau Salafisme," katanya.

Baru-baru ini, Penolong Pengarah Antikeganasan Cawangan Khas Bukit Aman Datuk AYob Khan Mydin Pitchay berkata ramai penyokong IS yang ditangkap mempunyai buku mengenai Ibn Taimiyyah, seorang ulama pada abad ke 13 yang penting kepada pemikiran Wahabi.

Ayob berkata anggota kumpulan itu banyak merujuk pandangan ulama kontroversi itu dan melabelkan pengikut Sunnah Wal Jamaah sebagai 'sesat, syirik, murtad dan ahli neraka'.

Menjawab ini, Dr Asyraf berkata adalah tidak adil untuk merujuk ulama tertentu seperti Ibn Taimiyyah hanya kerana pemahaman teks beliau diambil di luar konteks.

Beliau mengambil contoh bukan sahaja Ibn Taimiyyah tetapi teks al-Quran juga dibaca di luar konteks berdasarkan pendekatan literalis oleh golongan pelampau.

Menurutnya, adalah bahaya sekiranya seseorang mengambil teks dan pandangan ulama dengan literal tanpa pengetahuan yang betul mengenai konteks politik dan sejarah serta hujah di sebalik tulisan-tulisan mereka.

Veteran Umno dakwa Mufti Perlis antikerajaan, sebar faham Wahabi

Datuk Mustapha Yaakub

Veteran Umno Malaysia kesal dengan sikap Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin yang dilihatnya terus mengkritik kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Malah, setiausahanya Datuk Mustapha Yaakub berkata Asri turut menyokong gerakan antikerajaan yang didukung oleh pembangkang.

"Perlakuan mufti ini telah keterlaluan dan tidak boleh diterima lagi. Campur tangannya secara terbuka dalam politik dan pentadbiran kerajaan sudah berlebihan dan mencolok mata.

"Sebagai seorang mufti, beliau sepatutnya tahu bidang tugas dan tanggungjawabnya.

"Tidak salah dia menegur kepimpinan dengan cara berhemah sesuai dengan jawatannya. Tetapi bukan secara berterusan campur tangan sehingga melebihi batas kemuliaan institusi mufti itu," katanya dalam satu kenyataan media.

Mustapha dipercayai merujuk kenyataan Mohd Asri yang didakwa menyokong Perhimpunan #Tangkap MO1 anjuran sekumpulan mahasiswa di ibu kota.

Mufti Perlis itu di laman Facebooknya semalam menulis "Kibarkan jalur gemilang kita, bangkitlah membela amanah bernegara, tahniah mahasiswa!"

Justeru, Mustapha berkata Veteran Umno mencabar Mohd Asri supaya meletak jawatan sebagai mufti Perlis dan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekiranya berminat dalam politik.

"Asri boleh memilih untuk bertanding atas tiket pembangkang yang dia suka," katanya.

Selain itu, Mustapha juga mendakwa Mohd Asri seorang 'pemimpin Wahabi' yang berusaha keras mengembangkan fahaman itu di Malaysia, malah dilindungi oleh menteri pusat untuk mempromosi 'dakyahnya'.

"Veteran Umno bimbang pengaruh Wahabi sudah mula bertapak dalam Umno dan kerajaan. Sekiranya ini tidak dibendung, maka Malaysia akan berdepan dengan masalah akidah yang boleh membawa kepada perpecahan ummah.

"Veteran juga kesal kerana menteri yang bertanggungjawab dalam hal agama tidak mampu berbuat apa-apa untuk membendung gerakan 'mewahabikan' Malaysia," katanya yang meminta kerajaan Perlis mengkaji semula pelantikan Asri sebagai mufti di negeri itu.

Beliau juga mendakwa Mufti Perlis itu kini sedang mengukur pengaruhnya di kalangan orang muda yang akan menentukan kekalahan BN dalam PRU akan datang.

"Asri akan menggunakan pengaruhnya untuk menghasut golongan muda supaya meneruskan demonstrasi sebagaimana dalam postingnya yang terbaharu menyokong demonstrasi mahasiswa di Sogo yang didokong oleh DAP.

"Asri dan gerakan Wahabinya amat berbahaya kepada negara ini. Membiarkan mereka bererti negara ini mengundang bencana," katanya.

Ayat Veteran Umno macam 'tipu tesis'

Dr Asri

Sementara itu, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin membidas kembali Veteran Umno Malaysia kerana mendakwanya antikerajaan dan memimpin gerakan Wahabi di Malaysia.

Menyifatkannya sebagai fitnah, Asri mempersoalkan sumber maklumat yang diambil bagi mengukuhkan dakwaan dilontarkan.

“Veteran Umno menuduh Dr MAZA anti kerajaan dan sebar Wahabi. Beliau memfitnah kononnya Dr MAZA (Asri) menyokong demonstrasi pro-DAP di Sogo.

Dr Asri

“Entah dari mana maklumat yang beliau ambil? Mungkin mahkamah boleh menentukan nanti. Ayatnya itu seperti seseorang yang pernah menipu dalam tesis,” tulisnya di Facebook.

Asri di Facebooknya menulis, "Kibarkan jalur gemilang kita, bangkitlah membela amanah bernegara, tahniah mahasiswa!"

Veteran Umno juga mendakwa Asri terlibat dalam gerakan 'mewahabikan' Malaysia, dan mahu pelantikannya sebagai mufti dikaji semula.

Sementara itu, reaksi balas Asri menyebut, semakan mendapati Mustapha mempunyai hubungan dengan Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) pimpinan pendakwah kontroversi Dr Zamihan Mat Zin.

“Apabila disemak, rupanya beliau ada hubungan dengan ASWAJA,” tambahnya.

“Marilah kita semua menjadi Ahlus Sunnah wal Jamaah yang sejati bukan yang mendakwa Ahlus Sunnah tapi buruk akhlaknya.”

BACA INI JUGA:

Sumber: Malaysiakini

Monday, August 29, 2016

Bonus 2 Bulan Gaji Kakitangan Awam 2016?

Bonus 2 Bulan Gaji Kakitangan Awam 2016?

Cuepacs berharap permohonan bonus dua bulan gaji untuk penjawat awam dipertimbangkan untuk diluluskan Perdana Menteri.

Bonus Kakitangan awam 2016

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, beliau akan menemui PM dalam waktu terdekat bagi membincangkan perkara tersebut kerana menyedari penjawat awam yang masih berdepan kos sara hidup tinggi dan pelbagai bebanan.

Katanya, walaupun sebelum ini kerajaan sudah menyelesaikan semakan skim perjawatan dan semakan gaji, bonus tahunan itu amat diharapkan bagi menghadapi khususnya ketika penggal persekolahan tahun depan akan bermula.

"Kita berterima kasih di atas pelbagai pemberian sebelum ini termasuk bonus Hari Raya RM500 kepada kakitangan awam yang boleh dianggap sebagai dorongan kepada mereka dalam meningkatkan prestasi.

"Perkembangan mengenainya memang dinantikan penjawat awam yang memerlukan kos tambahan untuk menyelesaikan pengurusan pendidikan anak-anak mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan Taklimat Perkhidmatan Awam di Dewan Utama Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP).

Azih berkata, beliau bersimpati dengan nasib lima peratus daripada penjawat awam yang hampir bersara tetapi belum mampu memiliki rumah sendiri gaji mereka hanya cukup untuk pengurusan harian dan anak-anak sahaja.

"Hasil kajian Cuepacs, kita mendapati dua faktor yang menyebabkan kakitangan awam gagal memiliki rumah sendiri disebabkan bilangan anak yang terlalu ramai selain dibebani hutang dengan institusi kewangan tertentu untuk menampung keperluan semasa.

"Kita berusaha membantu menyelesaikan perkara ini dan berharap masalah diselesaikan menerusi skim perumahan yang ditawarkan oleh kerajaan termasuk menyediakan kediaman secara sewa beli kepada mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah dan membuka peluang untuk mendapatkan peluang memiliki rumah menerusi Syarikat Perumahan Negara," katanya.

Beliau juga memina Akta Perlindungan Guru dipercepatkan dalam usaha membela nasib guru yang sering terdedah dengan pelbagai masalah termasuk saman daripada ibu bapa dan sebagainya.

"Penyediaan khidmat guaman adalah satu penghormatan kepada guru kerana kerjaya pendidikan perlu mendapat pembelaan sewajarnya.

"Soal pelanggaran undang-undang oleh guru, itu soal lain, tapi dalam perkaran membabitkan bidang kerjaya, guru diberi kemudahan membela dan mempertahankan diri," katanya.

BACA INI JUGA: Pemotongan Subsidi Tersembunyi Bajet 2016 Rakyat Wajib Tahu!

Sumber: SH

Pengertian Dan Pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah

Pengertian Dan Pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam, Dialah yang mencipta ‘arasy, langit dan bumi, Dialah jua Pencipta tempat, wujudNya tanpa memerlukan tempat. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad, ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Ahli Sunnah Wal Jama’ah

ABSTRAK

Sejarah pemikiran dalam dunia Islam wujud pelbagai fahaman dan idealogi. Oleh kerana sebahagian umat Islam tidak mendalami ilmu akidah Islam berdasarkan sistem Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah (Al-Asya’irah& Al-Maturidiyah) maka benteng tidak dapat dikukuhkan daripada menghalang fahaman songsang menyirap masuk dalam umum masyarakat Islam.

Tidak cukup umat Islam mengahadapi dengan masaalah fahaman Wahabi yang dinilai secara kajian ia menganggu-gugat perpaduan umat Islam di Malaysia wujud satu lagi fahaman yang sesat juga menganggu kekuatan umat Islam iaitu fahaman Syiah yang tidak nampak bahayanya oleh sebahagian pihak tetapi hakikatnya ia mampu merosakkan segala kesatuan umat Islam.

Umat Islam perlu menguatkan diri dengan ilmu akidah sebenar dan menjauhi segala unsur Syiah & Wahabi. Maka kita wajib mengenal akidah, memahami serta mengikut fahaman sebenar Ahli Sunnah Wal Jamaah.

SINOPSIS NOTA ILMIAH

Nota ilmu ini selalu diedarkan dalam seminar-seminar berkaitan akidah Islam dan ia insyaAllah akan mengupas penjelasan perihal aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah sebenar berdasarkan penyelidikan dan kajian ilmiah yang tidak cenderung kepada mana-mana fahaman atau idealogi yang batil selain hanya berpaksikan dalil al-Quran, al-Hadith dan kesepakatan ulama Islam sejak kurun Salaf (300 hijrah) sehingga ke hari ini (Khalaf) yang mana mereka adalah golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah sebenar.

Dalam kertas kerja ini dimuatkan pegangan jumhur kebanyakan ulama dan umat Islam yang menerima akal sebagai saksi kebenaran wahyu.

Dinyatakan juga beberapa golongan yang perlu di awasi dan dijauhi kerana mereka mempergunakan istilah Ahli Sunnah Wal Jamaah atau istilah-istilah yang sepadan dengannya seperti Salaf, Sufi dan sebagainya secara dusta mengaburi mata masyarakat dan penuntut yang dahagakan kebenaran dan ilmu sedangkan golongan Salaf dan Sufi yang sebenar tidak berpegang dengan ajaran menyeleweng.

Kemungkinan dalam laman utama helaian nota ini ketika membawa sesuatu fakta atau kenyataan ianya tidak disertai dengan teks ayat al-Quran, al-Hadith, nama ulama, nama kitab, teks asal atau terjemahan tetapi dimuatkan panduan rujukan pada nota kaki bagi memudahkan penerangan dan pembacaan.

Sekiranya ada pihak ingin melihat secara detail dan terperinci maka bolehlah merujuk kepada nota kaki yang disediakan dibawahnya sebagai rujukan asal.

Semoga Allah membuka hati setiap pencinta kebenaran agar ditunjukkan yang al-Haq (benar) dijadikan ikutan dan dipaparkan yang al-Batil (sesat) untuk dijauhi.

PENGERTIAN AQIDAH

Perkataan aqidah/akidah[1] berasal dari bahasa arab iaitu daripada perkataan Al-‘Aqdu bererti, ikatan dan simpulan yang kuat juga bererti pegangan, ketetapan dan kepercayaan[2].

Maka apa yang dipegang dan dipercaya dalam hati seseorang itu secara teguh (jazam) ia dinamakan Aqidah. Aqidah dari segi istilah syaraknya adalah beriman dengan kepercayaan teguh dalam hati kepada Allah, ketuhananNya, keesaanNya, kesempurnaan yang layak bagiNya, kesucian dari penyerupaan makhlukNya dan beriman dengan para malaikatNya, kitab-kitabNya, para utusannya (Nabi&Rasul), hari akhirat dan beriman dengan (qadr) ketentuan pada makhluk samaada baik ataupun buruk[3].

Selain nama al-I’tiqad dan al-‘Aqaid[4] bagi ilmu berkaitan ilmu aqidah ini terdapat 5 nama yang seerti dengan ilmu aqidah iaitu: 1- Tauhid[5], 2- Iman[6], 3- Usuluddin[7], 4- Sunnah[8] dan 5- Fiqhul Akbar[9].

Dalam perkembangan ilmu sejak berzaman ilmu aqidah juga dinamakan sebagai Ilmu Kalam[10] (mamduh) yang dipuji oleh ulama Islam kerana membawa kepada kebenaran islam dengan hujjah ‘aqli dan naqli.

Ya, sememangnya disana terdapat ilmu yang hampir sama namanya iaitu Ilmu Kalam (mazmum) tetapi ia adalah ilmu yang dicela oleh para ulama kerana tidak menggunakan dalil yang betul serta tidak membawa kepada kebenaran.

Begitu juga ilmu aqidah ini kekadang dinamakan dengan Ilmu al-Ilahiyyaat dan sebagainya yang penting segala ilmu yang menggunakan naqli (teks wahyu) dan ‘aqli (akal yang sempurna) membawa kepada ketauhidan, keesaan dan kebenaran Allah SWT dan tidak bercanggah dengan istilah agama yang diizinkan maka ia boleh dilabelkan sebagai ilmu yang selari dengan ilmu aqidah.

Aqidah juga dalam beberapa kenyataan diertikan dengan makna kefahaman agama sama-ada salah atau benar (Islam).

Seperti kita mengatakan tentang sesuatu fahaman itu sebagai aqidah Yahudi, aqidah Kristian, aqidah Hindu dan sebagainya.

Manakala apabila disebut aqidah Islam bermaksud aqidah dan pegangan yang dipersetujuan oleh Islam berdasarkan dalil dan hujjah.

***

[1] Lebih tepat dieja dengan aqidah tetapi betul juga dan tidak menjadi kesalahan jika dieja dengan akidah.
[2] Rujuk Lisan al-‘Arab oleh Abu al-Fadl Jamaluddin Ibnu Manzur wafat 711H pada perkataan (‘aqoda) juzuk 3 m/s 295-300 cetakan Dar Sodir, Beirut Lubnan, al-Qamus al-Muhit’ juzuk 1 m/s 327-328 dan al-Mu’jam al-Wasit’ J 2 m/s 620-621
[3] Berdasarkan al-Hadith Jibril apabila ditanya tentang iman. Riwayat Muslim.
[4] Seperti kitab Al-‘Itiqad karangan Imam al-Baihaqi.
[5] Kitab berjudl Al-Mukhtasar Fi Tauhid Wal Qadr karangan Imam Abu Hasan Al-Asy’ary seperti yang disenaraikan oleh beliau dalam kitabnya berjudul Al-‘Amdu. [6] Imam Abu Hasan al-Asy’ary mempunyai kitab berjudul Al-Iman. Rujuk Al-‘Amdu.
[7] Seperti kitab Usuluddin karangan Imam al-Baghdadi.
[8] Hadith nabi yang bermaksud: “Sesiapa yang menghidupkan sunnahku (aqidah&syariat) setelah rosaknya umatku maka kepadanya pahala syahid”. Riwayat Ibu ‘Asakir dan perkataan sunnah pada hadith tersebut bererti aqidah.
[9] Kitab aqidah karangan Imam Abu Hanifah berjudul Fiqhul Akbar.
[10] Imam Abu Hasan al-Asy’ary mempunyai buku ketika beliau berpegang dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah berjudul Istihsan Khaudh Fi ‘Ilmi Kalam.

PENGERTIAN AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH[1]

Sunnah dari segi bahasa arab bererti: jalan dan cara[2]. Manakala perkataan Jamaah dipetik dari bahasa arab iaitu Al-Ijtima’ bererti perkumpulan dan penyatuan lawan kepada perkatan Al-Tafarruq iaitu perpecahan dan Al-Jamaah bererti satu kumpulan atau jemaah yang telah bersepakat pada sesuatu perkara[3].

Dari segi istilah pula Ahlus Sunnah Wal Jamaah adalah jumhur majoriti umat Nabi Muhammad iaitu sahabat Nabi dan sesiapa yang mengikut mereka dalam asas –asas aqidah (rukun iman)[4].

KITAB DAN BUKU AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH

Sangat ramai ulama yang menulis kitab-kitab khusus mengenai penjelasan aqidah Ahlus-Sunnah wal-Jama^ah ini. Antara kita-kitab tersebut ialah seperti:
  1. Risalah al-^Aqidah al-Tahawiyyah karya al-Imam al-Salafi Abu Ja^far al-Tahawi (w. 321 H),
  2. Kitab al-^Aqidah al-Nasafiyyah karangan al-Imam ^Umar al-Nasafi (w. 537 H),
  3. Al-^Aqidah al-Murshidah karangan Ibnu Tumart dan kemudian dipopularkan oleh al-Imam Fakhrud-Din ibn ^Asakir (w. 630 H),
  4. Al-^Aqidah al-Salahiyyah yang ditulis oleh al-Imam Muhammad ibn HibatiLlah al-Makki (w. 599 H); beliau menamakannya Hada’iqul-Fusul wa-Jawahirul-^Uqul, kemudian menghadiahkan karyanya ini kepada al-Sultan Salahud-Din al-Ayyubi (w. 589 H). Al-Sultan Salahud-Din sangat tertarik dengan kitab ini hingga beliau memerintahkan agar kitab ini diajarkan sampai kepada anak-anak kecil di madrasah-madrasah, yang akhirnya risalah aqidah tersebut dikenal dengan nama al-^Aqidah al-Salahiyyah. Al-Sultan Salahud-Din adalah seorang alim yang bermazhab Shafi^i, mempunyai perhatian khusus dalam menyebarkan al-^Aqidah al-Sunniyyah (aqidah Ahlus-Sunnah). Beliau memerintahkan para muazin untuk mengumandangkan al-^Aqidah a-Sunniyyah ini pada waktu tasbih (sebelum azan Subuh) pada setiap malam di Mesir, seluruh daratan Sham (Syiria, Jordan, Palestin dan Lubnan), Mekah, Madinah, dan Yaman sebagaimana dikemukakan oleh al-Hafiz al-Suyuti (w. 911 H) dalam al-Wasa’il ila Musamaratil- Awa’il dan lainnya.
  5. Kitab Mukhtasar Al-Muhaddith Abdullah Al-Harari dalam bab Aqidah juga memuatkan aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang sebenar dengan ringkasan yang mudah bagi seluruh umum umat Islam yang dahagakan ilmu aqidah Islam juga dimuatkan beberapa perkara yang menyebabkan pembatalan iman dan islam seseorang itu.

“TUNTUTAN BERPEGANG KEPADA AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMA’AH”

Dibawah ini merupakan ringkasan aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah sebenar yang boleh dijadikan panduan utama bagi seluruh peringkat masyarakat Islam dan diminta kepada semua pencinta ilmu menghayatinya dan mengajarnya kepada umum setelah mendalaminya.

Ringkasan aqidah ini disusun berdasarkan dalil yang sahih (naqli dan aqli) dengan teks yang padat maknanya bagi memudahkan masyarakat Islam mendalaminya:

Wajib bagi semua mukalaf untuk memeluk agama Islam dan kekal di dalamnya untuk selamanya dan melaksanakan segala hukum-hakam yang diwajibkan ke atasnya.

Maka di antara perkara yang wajib diketahui dan diyakini secara mutlak, dan wajib diucapkan sekali jika sekiranya dia baru memeluk Islam, atau jika tidak [dia bukan seorang yang baru memeluk Islam] maka wajib diucapkannya di dalam sembahyang, adalah dua kalimah syahadat: أَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله

Makna أَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلَهَ إِلاَّ الله : aku mengetahui dan aku mempercayai dan aku mengakui (dengan ucapan) bahawa tidak ada yang disembah dengan hak (sebenar) kecuali Allah, yang Esa iaitu tiada sekutu bagi-Nya "الواحد", Tidak Terbahagi-bahagi[5] "الأحد", Tidak Bermula "الأول", Tidak Mendahului Dengan Ketiadaan "القديم", Maha Hidup "الحيُّ", Tidak Berkehendak Kepada Yang Lain "القيوم", Tidak Berakhir "الدائم", Maha Pencipta "الخالق", Pemberi Rezeki "الرازق", Maha Mengetahui "العالم", Maha Kuasa "القدير", Berkuasa Melakukan Sesuatu Dengan Kehendak-Nya "الفعّال لما يريد".

Segala apa yang Dia kehendaki terjadi dan segala apa yang tidak Dia kehendaki tidak akan terjadi "ما شاء الله كان وما لم يشأ لم يكن". Tidak ada daya upaya untuk menjauhi perbuatan dosa kecuali dengan pemeliharaan-Nya, dan tidak ada kekuatan untuk melakukan ketaatan kepada-Nya kecuali dengan pertolongan-Nya.

Allah memiliki segala sifat kesempurnaan yang layak bagi-Nya dan Maha Suci dari segala kekurangan pada hak-Nya. Allah tidak menyerupai sesuatu pun dari makhluk-Nya dan tidak ada sesuatu pun dari makhluk-Nya yang menyerupai-Nya, Dia Maha Mendengar dan Maha Melihat.[6]

Hanya Allah yang tidak memiliki permulaan (Qadim) "قديم", segala sesuatu selain-Nya memiliki permulaan [baharu] "حادث". Dialah Pencipta "الخالق", segala sesuatu selain-Nya adalah ciptaan-Nya [makhluk] "مخلوق".

Segala yang ada [masuk ke dalam wujud], benda[7] dan perbuatannya, mulai dari [benda terkecil] zarrah hingga [benda terbesar] Arasy, segala gerakan manusia dan diamnya, niat dan lintasan fikirannya, semuanya itu adalah dengan ciptaan Allah, tidak ada yang menciptanya selain Allah, bukan thabiiah "طبيعة" yang menciptanya dan bukan pula illah[8] "عِلة".

Akan tetapi segala sesuatu tersebut masuk pada kewujudan dengan kehendak Allah dan kekuasaan-Nya, dengan ketentuan dan ilmu-Nya yang azali [tidak bermula], sebagaimana maksud firman Allah: “dan Allah menciptakan segala sesuatu” [Furqan:2].

Ertinya Allah menciptakan sesuatu daripada tidak ada menjadi ada. Makna (خلق) pada ayat ini tidak layak bagi sesiapa pun kecuali hanya bagi Allah.

Allah berfirman: “Tidak ada pencipta selain Allah”. [Faatir:3] An-Nasafi berkata: “apabila seseorang melempar kaca dengan batu hingga pecah, maka lemparan, hentaman batu dan pecahnya kaca semuanya adalah ciptaan Allah. Jadi seorang hamba hanyalah melakukan kasb[9] "كسب".

Sesungguhnya penciptaan itu hanya milik Allah, Allah berfirman, “Bagi setiap jiwa dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya”. [al-Baqarah:286] Kalam "كلام" Allah adalah Qadim "قديم" [tidak bermula][10] seperti seluruh sifat-sifat-Nya.

Kerana Allah tidak menyerupai semua makhluk-Nya, baik pada zat-Nya, sifat-sifat-Nya dan perbuatan-Nya. Maha Suci Allah dari apa yang dikatakan orang-orang zalim [orang kafir] dengan kesucian yang agung.

Kesimpulan dari makna syahadat pertama ini adalah ketetapan adanya tiga belas sifat bagi Allah, yang sering berulang penyebutannya dalam al-Quran, baik pada lafaz mahupun maknanya sahaja, iaitu:
  1. al-Wujud "الوجود" [Allah ada]
  2. al-Qidam "القدم" [tidak bermula]
  3. al-Baqa’ "البقاء" [tidak berakhir]
  4. Tanazzuhuhu 'an al-Musyabahah li al-haadis "تنزهه عن المشابهة للحادث" [maha suci dari menyerupai segala sesuatu yang baharu]
  5. Qiyamuhu bi nafsihi "قيامه بنفسه" [tidak memerlukan kepada yang lain dan segala sesuatu memerlukan kepada-Nya]
  6. al-Wahdaniyah "الوحدانية" [tidak ada sekutu bagi-Nya pada zat, sifat dan perbuatan-Nya]
  7. al-Qudrah "القدرة" [maha kuasa]
  8. al-Iradah "الإرادة" [berkehendak]
  9. al-Ilmu "العلم" [mengetahui segala sesuatu]
  10. al-Hayat "الحياة" [maha hidup]
  11. as-Sam'u "السمع" [mendengar segala sesuatu]
  12. al-Basor "البصر" [melihat segala sesuatu]
  13. al-Kalam "الكلام" [berkata-kata dengan kalam yang bukan huruf, suara dan bahasa][11]

Oleh kerana sifat-sifat ini banyak disebut dalam nas-nas syariah, para ulama mengatakan: Wajib atas setiap mukalaf [wajib aini] untuk mengetahuinya.

Dan kerana zat Allah adalah azali [tidak bermula], maka demikian jugalah sifat-sifat-Nya pasti [wajib] azali, kerana jika baharunya sifat suatu zat mengharuskan baharunya zat tersebut.

Terlalu banyak lagi sifat Allah yang dinyatakan oleh ulama Ahli Sunnah Wal Jama’ah akan tetapi yang dinyatakan di atas merupakan yang wajib dipelajari dan diketahui oleh umat Islam.

Makna وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله : aku mengetahui dan aku mempercayai dan aku mengakui (dengan ucapan) bahawa Muhammad ibn Abdullah ibn Abdul Muththalib ibn Hasyim ibn Abd Manaf al-Qurasyi [dari Khabilah Quraisy] adalah hamba Allah dan utusan-Nya kepada segenap makhluk.

Diikuti dengan syahadat ini mempercayai bahawasanya Muhammad lahir dan diutus [menjadi Nabi dan Rasul] di Mekah, berhijrah ke Madinah dan dimakamkan di sana. Termasuk dalam makna syahadat kedua ini, meyakini bahawa Nabi Muhammad j jujur dalam segala berita yang dia bawa dan sampaikan dari Allah.

Di antaranya: adanya siksa kubur, pertanyaan dua malaikat, Munkar dan Nakir, al-Ba'ts "البعث" [dibangkitkannya semua orang mati], al-Hasyr "الحشر" [saat dikumpulkannya makhluk di suatu tempat], al-Qiyamah "القيامة" [hari kiamat], al-Hisab "الحساب" [perhitungan atas segala perbuatan], ats-Tsawab "الثواب" [balasan bagi seorang mukmin yang melakukan kebaikan], al-Azab "العذاب" [balasan bagi seseorang yang melakukan kejahatan], al-Mizan"الميزان" [timbangan yang memiliki dua neraca, satu untuk kebaikan dan lainnya untuk keburukan], an-Naar "النار" [neraka Jahannam], as-Sirat "الصراط" [jambatan terbentang di atas neraka, satu hujungnya pada bumi yang telah diganti “al Ardl al Mubaddalah” dan hujung lainnya di satu tempat menuju ke arah syurga], al-Haudh "الحوض" [telaga], as-Syafaah "الشفاعة" [Syafaat], al-Jannah "الجنة" [syurga], ar-Rukyah "الرؤية" [melihat zat Allah di akhirat kelak dengan mata kepala dengan tanpa disifatkan dengan sifat-sifat makhluk, tanpa bentuk, tanpa tempat dan tanpa arah, tidak seperti penglihatan makhluk], dan kekal syurga dan neraka.

Juga beriman dengan malaikat Allah, para rasul-Nya, kitab-kitab-Nya, ketentuan “al-maqdur”-Nya yang baik dan buruk, dan bahawasanya Nabi Muhammad j adalah penutup para nabi dan penghulu seluruh manusia [keturunan Adam].

Wajib berkeyakinan juga bahawa setiap nabi Allah wajib memiliki sifat benar "الصدق", amanah "الأمانة" dan bijaksana "الفطانة".

Mustahil bagi mereka bersifat bohong "الكذب", khianat "الخيانة", ar-Radzalah "الرذالة" [terjatuh dalam perbuatan hina], bodoh "السفاهة" dan dungu "البلادة".

Mereka wajib terpelihara dari kekufuran, dosa-dosa besar dan dosa-dosa kecil yang menunjukkan rendah jiwa pelakunya, baik sebelum mereka menjadi nabi mahupun sesudahnya.

Mereka mungkin [jaiz] (جائز) sahaja melakukan dosa-dosa kecil yang tidak menunjukkan rendah jiwa pelakunya, namun mereka diingatkan terus untuk bertaubat sebelum dosa-dosa tersebut diikuti oleh orang lain.

Dari sini diketahui bahawa kenabian tidak sah [berlaku] bagi saudara-saudara nabi Yusuf yang telah melakukan perbuatan-perbuatan keji itu, mereka itu adalah selain Binyamin.

Sedangkan al-Asbath (الأسباط) kisah mereka disebutkan dalam al-Quran yang mendapat wahyu [diangkat menjadi Nabi] dari Allah, mereka adalah dari keturunan saudara-saudara nabi Yusuf bukannya saudara-saudara nabi Yusuf tersebut.

MURTAD BATAL AQIDAH

Wajib atas setiap muslim memelihara Islamnya dan menjaganya dari perkara-perkara yang merosak dan memutuskan darinya, iaitu riddah [kufur, keluar dari Islam].

Imam An-Nawawi dan lainnya berkata: "Riddah adalah kekufuran yang paling keji"[12]. Riddah [kufur] ada tiga jenis sebagaimana pembahagian oleh an-Nawawi dan lainnya dari kalangan ulama mazhab Syafii, Hanafi dan mazhab lain dari mazhab Feqh yang beraliran Ahli Sunnah Wal Jama’ah adalah:
  • Kepercayaan
  • Perbuatan
  • Ucapan

Setiap dari tiga jenis ini memiliki cabang yang sangat banyak. Maka umat Islam hendaklah menjauhi dari segala itu.

PEMIKIRAN GOLONGAN YANG BUKAN AHLI SUNNAH WAL JAMA’AH

Berdasarkan penilaian penulis, kajian rapi lapangan dan kajian ilmiah didapati setelah nama mulia Ahli Sunnah Wal Jama’ah itu tersergah indah maka peluang ini digunakan oleh ramai para ilmuan untuk menjelaskan dan menerangkan kebaikan demi kesejahteraan ummat Islam, tetapi tidak lupa juga terdapat beberapa ajaran yang tidak sepadan dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah turut mempergunakan nama mulia ini demi merialisasikan penyebaran ajaran mereka yang songsang seperti fahaman Syiah yang jelas bercanggah dengan aqidah sebenar dan juga fahaman Wahabi yang kelihatan gemar mengamalkan konsep tiga “T” iaitu:
  1. Takfir (mengkafirkan ulama Islam dan umat Islam yang tidak sependapat dengan mereka)
  2. Tahsbih/Tajsim (menyamakan Allah dengan makhluk manusia berjisim,bertempat,duduk lemah atas arasy dan sebagainya)
  3. Tabdi’ (sering menghukum dan terlalu cepat menjatuhkan hukum ke atas amalan umat Islam sekalipun mempunyai dalil jelas dihukum mereka sebagai ahli bid’ah masuk neraka)

Di luar sana juga terdapat banyak lagi golongan yang menyandarkan diri mereka kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah sedangkan fahaman mereka mengangu gugat perpaduan umat Islam dan boleh memecah belahkan semangat murni kesatuan ummat dalam satu agama iaitu Islam yang tercinta.

Maka berawas dan berja-jaga dari terpengaruh dengan golongan-golongan ini yang bertopengkan kemulian tetapi menyembunyikan kemunafikan.

PENUTUP/NASIHAT

Tambahkan ilmu aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah sebenar dengan mempelajarinya dari alim ulama dan ustaz-ustaz yang thiqah dipercayai amanah ilmu yang disampaikan.

Tetapkan dirimu dalam cahaya ilmu aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah Al-Asya’irah. Semoga Allah menetapkan aqidah sebenar dalam dari kita sehingga dicabut nyawa.

Sekian.

Wassalam.

Disediakan dan disusun oleh hamba Allah yang mengharap keredhoan Ilahi:
  • Ustaz Mohd Rasyiq Bin Mohd Alwi
  • Tel (hp): 019-3801979
  • Email: m_shiq@yahoo.com

Boleh merujuk maklumat di:

***

[1] Boleh juga ditulis sebagai Ahluss Sunnah Wal Jama’ah, Ahli Sunnah Wal Jamaah, Ahli Sunnah Wal Jama’ah, Ahl Sunnah Wal Jama’ah dan apa sahaja yang sememangnya membawa erti yang sama iaitu golongan yang mengikut jalan Nabi Muhammad dan bersama dengan jemaah Islam yang berpegang dengan aqidah yang benar. Asalkan bukan ahli punah dan ranah.
[2] Rujuk Muktar Al-Sihah pada perkataan (sunana) m/s 317 dan Lisan Al-‘Arab 220-228.
[3] Rujuk Lisan Al-‘Arab pada perkataan (jama’a) 8 m/s 53-60.
[4] Penyelididkan dan Kajian Darul Fatwa pada tajuk Al-Asy’irah Aimmah Ahl Sunnah.
[5]Kerana Dia bukan jisim, benda. Ini adalah makna “Ahad” menurut sebahagian ulama.
[6]Pendengaran Allah tidak seperti pendengaran makhluk, penglihatan Allah tidak seperti penglihatan makhluk.
[7]Benda yang dimaksud di sini bukan sahaja benda padat, tetapi A'yan atau Ajsam ialah segala sesuatu yang memiliki bentuk dan ukuran, termasuk manusia. [8]Thabi'ah adalah 'adah; kebiasaan. Kebiasaan api adalah membakar. Illah adalah sebab. Api adalah sebab terjadinya pembakaran.
[9]Kasb adalah apabila seorang hamba mengarahkan niat dan kehendaknya untuk melakukan suatu perbuatan dan pada saat itulah Allah menciptakan dan menampakkan perbuatan itu.
[10]Kalam Allah yang dimaksudkan di sini adalah Kalam Allah yang merupakan sifat zat-Nya. Kerana sifat kalam ini qadim bererti ianya bukan huruf, suara dan bahasa kerana semua itu baharu, makhluk.
[11] Terdapat banyak lagi sifat Allah bukan 13 sahaja. 13 ini yang wajib dipelajari.
[12]Makna pernyataannya: "Riddah adalah kekufuran yang paling keji" adalah dari sisi keburukannya, bukan bererti bahawa segala jenis riddah lebih parah dari kufur yang asli, kerana kufur yang paling parah adalah ‘at-ta'thil’ iaitu menafikan adanya Allah, akidah hulul iaitu mereka meyakini bahawa Allah menempati atau menyatu dengan alam, ertinya bahawa Allah adalah kesatuan alam dan alam sebahagian dari-Nya.

BACA INI JUGA:

Sumber: Abu-syafiq

Gambar Christine Zanitrah, Isteri Kedua Dr. Khir Toyo

Gambar Christine Zanitrah, Isteri Kedua Dr. Khir Toyo

Dr Khir Toyo dilaporkan melangsungkan perkahwinan kedua bersama pasangannya, seorang penjawat awam, Christine Zanitrah Abdullah.


Difahamkan Dr Khir, 51, dan pasangannya Christine Zanitrah atau nama asalnya Christine Tan, 39, yang memeluk agama Islam pada April lepas, melangsungkan perkahwinan mereka di satu majlis dalam negara.

"Perkahwinan kedua Dr Khir itu berlangsung di dalam negara, Christine Zanitrah merupakan penjawat awam di Putrajaya," kata sumber terdekat dengan Dr Mohamad Khir kepada Bernama.

Sumber tersebut turut mengirim beberapa keping gambar Christine Zanitrah pada majlis itu, yang memakai busana pengantin rekaan pereka terkenal Datuk Radzuan Radziwill.

Perkahwinan pertama Dr Khir bersama Zaharah Kechik pada 1990 dan mereka dikurniakan tiga orang anak.

Dalam majlis itu, Christine ayu menggayakan busana perkahwinan rekaan pereka fesyen terkenal, Datuk Radzuan Radziwill.

Kemaskini

Enggan Beri Komen, Zaharah Reda Khir Toyo Kahwin Lagi

Zaharah isteri Khir Toyo

Laman portal akhbar tempatan berkongsi perasaan isteri pertama bekas menteri besar Selangor itu iaitu Zaharah Kechik berkaitan isu suaminya yang berkahwin untuk kali kedua.

Menurut laman itu, nada suara Zaharah, 51; kedengaran tenang sahaja ketika dihubungi, seolah-olah reda dengan tindakan suaminya itu, meskipun tidak mendedahkan perasaan sebenar yang dilaluinya dalam rumah tangganya itu.

Bekas jururawat itu juga memilih untuk berdiam diri daripada memberi sebarang komen berkaitan berita sensasi tersebut.

“Minta maaflah, saya tiada apa-apa mahu diceritakan,” katanya lagi.

Dr Khir, 51, berkahwin dengan Zaharah pada 1990 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga orang anak.

Usaha pihak akhbar untuk mendapatkan keterangan dan penjelasan daripada Dr Khir tidak berjaya kerana dimaklumkan beliau tidak mahu diganggu dan ingin beristirahat.

BACA INI JUGA: 10 Selebriti Cantik Mualaf Indonesia


Sumber: Bernama/SinarHarian

'Katakan Tidak Pada Wahabi' Dr Asri

'Katakan Tidak Pada Wahabi' Dr Asri

Adalah malang apabila golongan yang kononnya kuat berpegang dengan agama tidak bersifat ilmiah, sedangkan ilmu adalah teras kepada Islam yang tulen dan murni.

Dr Asri Wahabi

Antara sikap tidak ilmiah ialah menuduh seseorang dengan sesuatu tuduhan palsu disebabkan tidak mahu atau berupaya menjawab persoalan yang dikemukakan. Sikap ini sama dengan Amerika sekarang yang menganggap sesiapa sahaja yang mengkritiknya sebagai pengganas sekalipun tanpa bukti.

Di Malaysia ini, wujud sikap yang sedemikian. Jika seseorang memberikan pandangan agama yang bukan menjadi perkara yang biasa diketahui oleh golongan agama tradisional tempatan, maka dia akan dilebelkan sebagai ‘wahabi’.

Sekalipun mungkin dia tidak tahu menahu wahabi itu apa?! Bahkan yang membuat tuduhan itupun kebiasaannya tidak begitu tahu apa itu wahabi?!

Jika kita bertanya kepada kebanyakan yang suka melebelkan orang lain sebagai ‘wahabi’; Apa itu wahabi? Berbagai jawapan diberikan. Ada yang katakan wahabi ialah sesiapa yang tidak qunut subuh.

Jika kita beritahu dia, mazhab-mazhab yang lain juga demikian. Apakah al-Imam Ahmad bin Hanbal dan Abu Hanifah juga wahabi? Dia diam.

Ada yang kata, wahabi tidak tahlil. Kita beritahu dia tahlil maksudnya La ilah illa ALLAH, tahmid bermaksud Alhamd li ALLAH, tasbih bermaksud subhana ALLAH.

Setahu kita mereka ini menyebutnya. Mana mungkin, jika tidak, mereka kafir. Bahkan imam-imam di Arab Saudi menghafaz al-Quran dengan begitu hebat dan bacaan-bacaan mereka diperdengarkan di sana sini. Adakah mereka kafir?!

Ada yang kata wahabi adalah mereka yang belajar di Arab Saudi. Saya kata saya tidak belajar di Arab Saudi pun ada juga yang menuduh wahabi.

Kemudian, kalau wahabi itu sesat, apakah sekarang Masjid al-Haram dan Masjid al-Nabi sedang didiami dan diimami oleh golongan yang sesat?! Ada yang kata wahabi ialah golongan tidak bermazhab. Kita beritahu dia Arab Saudi yang sebagai dituduh wahabi bermazhab Hanbali.

Yang agak pandai menyebut; wahabi adalah pengikut Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab. Dari situ digelar pengikutnya ‘Wahhabi’. Saya katakan saya sendiri dalam pengalaman yang singkat ini ada yang menuduh wahabi, sekalipun saya tidak begitu membaca buku-buku Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab.

Saya hanya menganggapnya salah seorang tokoh-tokoh umat yang ada jasa dan sumbangannya. Dalam masa yang sama ada kekurangan dan kelemahannya.

Dia bukan tokoh mazhab fiqh yang ulung untuk dirujuk fatwa-fatwa fiqhnya. Dia sendiri bermazhab Hanbali. Bukan juga jaguh dalam hadith, sehingga al-Albani pernah mengkritiknya dengan agak keras.

Namun, sebagai tokoh, ada sumbangannya yang tersendiri. Dari segi ilmiah, secara peribadi saya tidak dapat banyak manfaat daripadanya. Namun sumbangannya tidak dilupakan.

Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam Fiqh al-Aulawiyyat memujinya, dengan berkata, bagi al-Imam Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab di Jazirah Arab perkara akidah adalah menjadi keutamaannya untuk memelihara benteng tauhid dari syirik yang telah mencemari pancaran tauhid dan dikotori kesuciannya. Beliau telah menulis buku-buku dan risalah-risalah dalam perkara tersebut. Beliau bangkit menanggung bebanan secara dakwah dan praktikal dalam memusnahkan gambaran-gambaran syirik. (m.s. 263, ctk. Maktabah Wahbah, Mesir).

***

Bahkan, Dr. Wahhab al-Zuhaili juga memujinya dengan menyebut, “Sesuatu yang tiada syak padanya, menyedari hakikat yang sebenar, bukan untuk meredhakan sesiapa, berpegang kepada ayat al-Qur'an yang agung (maksudnya) “Jangan kamu kurangkan manusia apa yang menjadi hak-haknya (Surah Hud: 85), bahawa suara kebenaran yang paling berani, pendakwah terbesar untuk islah (pembaikian), membina umat, jihad dan mengembalikan individu muslim kepada berpegang dengan jalan al-salaf al-salih yang terbesar ialah dakwah Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab pada kurun yang kedua belas hijrah.

Tujuannya untuk mentajdidkan kehidupan muslim, setelah secara umum dicemari dengan berbagai khilaf, kekeliruan, bid’ah dan penyelewengan. Maka Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab ialah pemimpin kebangkitan agama dan pembaikian (islah) yang dinantikan, yang menzahir timbangan akidah yang bersih..” (Rujukan: Dr Wahbah al-Zuhaili, Risalah Mujaddid al-Din fi Qarn al-Thani ‘Asyar, m.s 57-58).

***

Bahkan banyak lagi puji-pujian beliau dalam risalah tersebut. Saya tidak pasti apakah tokoh-tokoh agama yang begitu ramai memuji Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab patut dituduh wahabi atau tidak?!

Antara kitab-kitab yang saya ajar ialah kitab fekah mazhab al-Imam al-Syafi’i. Saya baca kitab al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafi’i kerana ia agak mudah untuk generasi muda. Namun apabila saya menyebut apa yang terkandung dalam kitab tersebut yang tidak sama dengan amalan masyarakat, maka dituduh wahabi.

Sedangkan kitab itu adalah kitab dalam Mazhab al-Imam al-Syafi’i. Tokoh-tokoh penulisnya, adalah tokoh-tokoh semasa mazhab al-Imam al-Syafi’i, iaitu al-Syeikh Mustafa Khin, al-Syeikh Mustafa al-Bugha dan ‘Ali al-Syarbaji.

Namun apabila saya baca antara apa yang disebut dalam kitab tersebut, “Daripada bid’ah apa yang dibuat oleh keluarga si mati ialah dengan mengumpulkan orang ramai kepada makanan dengan munasabah yang dinamakan berlalunya empat puluh hari dan seumpamanya.

"Sekiranya perbelanjaan makanan tersebut dari harta peninggalan (si mati) dan di kalangan waris ada yang belum baligh, maka itu adalah dari perkara lebih haram.

"Ini kerana ia memakan harta benda anak yatim dan melenyapkannya bukan untuk kepentingan anak yatim tersebut.

"Terbabit juga dalam melakukan perbuatan haram ini setiap yang memanggil dan memakannya.” (1/263, Damsyik: Dar al-Qalam), saya dituduh wahabi.

Apakah semua penulis itu wahabi?! Mereka katakan kepada saya, jangan baca! Itu tidak sama dengan mazhab syafii. Saya tanya, Adakah ada dua mazhab al-Syafi’i?

Tidak mengapalah, mari kita tengok apa kata kitab-kitab melayu jawi. Kata Syeikh Daud al-Fatani (semoga ALLAH merahmatinya) dalam Bughyah al-Talab, “(dan makruh) lagi bid’ah bagi orang yang kematian membuat makanan menserukan segala manusia atas memakan dia sama ada dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang diadatkan kebanyakan manusia (dan demikian lagi) makruh lagi bid’ah bagi segala yang diserukan dia memperkenankan seruannya” (2/34).

Demikian juga kenyataan dibuat oleh al-Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dalam Sabil al-Muhtadin. Begitu juga al-Marbawi dalam Bahr al-Mazi menyebut, “Maka bid’ah yang tidak elok.” (7/130). Apakah mereka semua juga wahabi?!

Apabila kita memberitahu amalan Nisfu Syaaban seperti yang dibuat oleh masyarakat kita bukan dari tunjuk ajar Nabi SAW mereka kata, “awak wahabi”.

***

Kita kata ini bukan daripada tulisan Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab, ini fatwa Dr Yusuf al-Qaradawi apabila ditanya mengenai nisfu Syaaban, beliau menjawab, “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi SAW dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam.

Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid.

Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in).

Ianya satu doa yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya.

Perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan.

Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka. (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Mu`asarah, 1/382-383, Beirut: Dar Uli al-Nuha). Apakah beliau juga wahhabi?!

***

Al-Imam al-Nawawi (meninggal 676 H) adalah tokoh agung dalam mazhab al-Syafi’i. Pada zamannya, beliau membantah mengiringi jenazah dengan mengangkat suara membaca al-Quran.

Beliau berkata, “Ketahui sesungguhnya yang betul lagi terpilih yang menjadi amalan al-salaf al-salih r.a ialah diam ketika mengiringi jenazah. Jangan diangkat suara dengan bacaan, zikir dan selainnya.

Hikmahnya nyata, iaitu lebih menenangkan hati dan menghimpunkan fikiran mengenai apa yang berkaitan dengan jenazah.

Itulah yang dituntut dalam keadaan tersebut. Inilah yang cara yang betul. Jangan kamu terpengaruh dengan banyaknya orang yang menyanggahinya.

***

Sesungguhnya Abu ‘Ali al-Fudail bin ‘Iyad r.a. pernah berkata –maknanya-: “Berpegang dengan jalan petunjuk, jangan engkau tewas disebabkan sedikit yang melaluinya. Jauhilah jalan yang sesat. Jangan engkau terpengaruh dengan banyaknya golongan yang rosak”.

Adapun apa yang dilakukan oleh golongan jahil di Damsyik, iaitu melanjutkan bacaan al-Quran dan bacaan yang lain ke atas jenazah dan bercakap perkara yang tiada kaitan, ini adalah haram dengan ijma’ ulama.

Sesungguhnya aku telah jelaskan Adab al-Qiraah keburukannya, besar keharamannya, dan fasiknya sesiapa yang mampu membantahnya tetapi tidak membantahnya”. (Al-Nawawi, Al-Azkar, m.s. 225-226, Damsyik: Maktabah al-Ghazali).

***

Saya percaya jika al-Imam al-Nawawi di zaman kini dan buat kenyataan ini, golongan yang taksub pegangan tempatan akan menuduhnya juga wahabi.

Apatah lagi jika dia mereka mambaca kenyataan al-Imam al-Nawawi ini menyetujui tokoh-tokoh mazhab al-Syafi’i yang membantah jamuan atau kenduri sempena kematian.

Katanya, “Adapun menyediakan makanan oleh keluarga si mati dan menghimpunkan orang ramai kepadanya adalah tidak diriwayatkan daripada Nabi s.a.w sedikit pun.

Ia adalah bid’ah yang tidak disukai” (Al-Nawawi, al-Majmu’ Syarh al-Mahazzab 5/320 Beirut: Dar al-Fikr).

***

Banyak lagi contoh-contoh lain jika hendak disebut. Maka fahamlah bahawa tuduhan wahabi kepada seseorang di negara kita ini kebanyakan adalah fitnah.

Sebagai jawapan kepada persoalan yang tidak terjawab, maka diputarkan isu ke arah yang lain. Ia adalah lambang akhlak dan perilaku buruk pembuatnya.

Memburukkan orang lain tanpa bukti dan ilmu. Kesemua mereka ini akan didakwa di akhirat kerana memutar belitkan fakta tanpa rasa takut kepada ALLAH.

Tidak pernahkah mereka membaca firman ALLAH dalam Surah al-Hujurat ayat 11-12, "(maksudnya) Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani."

Adalah malang jika medan perbahasan ilmiah dijadikan medan fitnah memfitnah. Apatah lagi jika yang terlibat itu golongan agama.

Kita sepatutnya hanya berada dalam sempadan fakta dan angka sahaja. Jangan terbabas ke peringkat tuduh menuduh secara tidak berakhlak.

Umpamanya, memang benar kita dalam beberapa pandangan hukum, mengambil selain dari mazhab al-Syafi’i. Ini beradarkan kajian atau tarjih yang disandarkan kepada ulama lain.

Di Malaysia pun memang banyak hukum yang tidak berpegang dengan mazhab al-Syafi’i, terutamanya dalam fiqh muamalat. Lihat sahaja hukum-hakam zakat di negara ini. Namun ini bukan bererti kita menghina al-Imam al-Syafi’i.

Malang sebahagian yang berniat jahat membuat fitnah kononnya kita menghina Imam kita yang agung itu. Sedangkan saya sendiri pada Julai 2004 telah menulis tentang keagungan al-Imam al-Syafi’i dalam majalah ini dan demikian juga dalam buku-buku saya.

Bahkan ada yang membuat cerita kononnya ingin dibakar kitab-kitab mazhab dan inilah wahabi. A’azu bi ALLAH min zalik (pohon perlindungan dengan ALLAH dari itu semua).

***

Benarlah kata Kata Muhammad bin Salih al-‘Ali, “Kebiasaannya, taksub kepada sesuatu pandangan atau mazhab membawa kepada sejenis sikap keras terhadap sesiapa yang menyanggahi pandangan dan mazhabnya.

Inilah yang berlaku kepada sebahagian pengikut mazhab fiqh yang lidah mereka petah (mencerca) sesiapa yang berbeza dengan mereka.

Orang yang taksub terlindung dari penilaian secara ilmiah dan berhati-hati dalam hukuman. Dia tidak melihat melainkan keburukan dan kesilapan orang yang berbeza dengannya.

Ini membawanya kepada sikap keras, mengkritik dan menyakiti..” (rujukan: Muhammad bin Salih bin Yusuf al-‘Ali, Insaf Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah m.s. 113-114, Jeddah: Dar al-Andalus al-Khadra`).

***

Ramai pendakwah yang mengeluh dengan akhlak buruk ini. Saya juga berdukacita dan bersimpati. Apatah lagi jika ahli fitnah memakai gelaran ahli badan ulama. Lebih lagi kita sedihkan. Namun saya katakan kepada diri saya yang amat dhaif dan para pendakwah yang difitnah; bersabarlah.

Telah pun difitnah sebelum ini para rasul yang mulia, sehingga Nabi Muhammad SAW dituduh ahli sihir dan gila. Al-Imam al-Syafi’i r.h pernah dituduh sebagai pendokong Syiah di zaman sehingga dia dihukum. Al-Imam Al-Bukhari r.h pernah tuduh sebagai bersefahaman dengan Mu’tazilah mengenai al-Quran, sehingga dia terpaksa keluar dari kampung halamannya.

Demikian sejarah dan sirah para ulama kesemuanya tidak sunyi dari mainan golongan yang hasad dan khianat. Demikian tabiat dakwah ini yang sentiasa menuntut keikhlasan dan pengorbanan.

Pada hari kita memulakan dakwah ke jalan ALLAH dan rasul-Nya ini, kita sepatutnya mengetahui denai berliku dan lorong berduri yang akan lalui di hadapan.

Jika tidak bertemankan keikhlasan dan kecintaan yang tinggi kepada ALLAH dan Rasul, gugurlah kita satu persatu. Untuk itu dari awal kita mesti sedar hakikat ini. Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

Ada kata golongan wahabi enggan terikat dengan mazhab. Jadi sesiapa yang ada berpegang dengan mazhab lain dalam beberapa perkara, maka dia wahabi. Kita katakan kita amat menghormati mazhab dan memuliakannya.

***

Dalam banyak perkara kita terkait dengan mazhab al-Syafii. Tetapi ahli ‘tuduh menuduh’ ini seperti kata Dr Yusuf al-Qaradawi, “Golongan yang taksub ini tidak membolehkan sesiapa yang mengikut sesuatu mazhab keluar daripadanya, sekalipun dalam beberapa masalah yang jelas kepada pengikut mazhab bahawa dalil mazhabnya lemah.

Sehingga mereka menyifatkan sesiapa yang keluar mazhab sebagai tidak berpendirian. Perbuatan ini sebenarnya mewajibkan apa yang tidak diwajibkan oleh Allah SWT.

Seakan-akan mereka menganggap imam-imam mazhab mempunyai kuasa membuat syari`at dan perkataan mereka adalah hujah syarak yang dipegang dan tidak boleh dibangkang.

Ini sebenarnya menyanggahi tunjuk ajar imam-imam mazhab itu sendiri, kerana sesungguhnya mereka telah melarang orang ramai bertaklid kepada mereka atau selain mereka.

Ini juga menyanggahi apa yang dipegang oleh golongan salaf umat ini iaitu para sahabah dan mereka yang selepas sahabahsepanjang kurun-kurun yang awal yang merupakan sebaik-baik kurun dan yang paling dekat kepada petunjuk Nabi.

Justeru itu, para ulama besar umat ini dan para muhaqqiqnya (pengkaji) membantah sikap melampau di dalam taklid mazhab yang menyamai apa yang dilakukan oleh ahli kitab yang mengambil paderi dan pendita mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah”. (rujukan: Dr. Yusuf al-Qaradawi, Al-Sahwah al-Islamiyyah bain al-Ikhtilaf al-Masyru’ wa al-Tafarruq al-Mazlum, m.s 202, Kaherah: Dar al-Sahwah). Barangkali mereka juga kena masukkan al-Qaradawi dalam senarai wahabi seperti yang didakwa oleh Amerika terhadap beliau.

***

Dalam ilmu hadith pula, kita menyebut apa yang disebut oleh ulama-ulama hadith yang mendhaif atau menghukum sebagai palsu sebahagian hadith yang diamalkan oleh masyarakat kita. Umpamanya, kita memetik ulasan-ulasan para ulama terhadap Kitab Ihya ‘Ulum al-Din.

Bukan bertujuan menghina al-Imam al-Ghazali (semoga ALLAH merahmatinya), tetapi sebagai ingatan untuk kita. Malangnya, mereka yang tidak takutkan ALLAH membuat fitnah kononnya kita menganggap kita lebih alim dari al-Imam al-Ghazali.

Di sini saya petik apa yang tertera dalam buku saya “Menangkis Pencemaran Terhadap Agama & Tokoh-Tokohnya” yang dicetak pada awal tahun 2004: “Sebagai contohnya di sini kita sebutkan kitab Ihya`Ulum al-Din karangan al-Imam al-Ghazali r.h (meninggal 505H) secara khusus. Ini memandangkan ia merupakan yang paling masyhur dan banyak diguna pakai dalam masyarakat.

Dengan kita menyedari bukan hanya kitab al-Ihya ini sahaja yang mengandungi hadith-hadith dhaif dan palsu, ada kitab-kitab lain juga banyak yang mempunyai masalah yang sama.

Mengkritik hadith-hadith palsu dan dha`if dalam kitab al-Ihya ini tidaklah bererti kita menafikan sama sekali sumbangan penulisnya dan nilai-nilai baik yang terkandung di dalamnya. Sebagai seorang tokoh, tentunya Al-Ghazali mempunyai sumbangannya yang tersendiri.

Namun ini tidak memboleh kita menyembunyi apa yang benar. Kita mendo`akan keampunan dan kerahmatan Allah untuknya dan juga kita. Namun persoalan kebenaran dan ilmu mesti dijelaskan.

Firman Allah yang maksudnya, "Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu." (Surah al-Nisa`: 135)

Al-Ghazali seperti yang dinyatakan oleh al-Hafizd al-Zahabi (wafat 748H) ketika mengulas kesilapan-kesilapannya dalam kitab Ihya `Ulum al-Din, “Aku katakan: Al-Ghazali adalah imam yang besar, namun bukanlah menjadi syarat seorang alim itu untuk dia tidak melakukan kesilapan. (rujukan: Al-Zahabi, Siyar `Alam al-Nubala 19/339, Beirut: Muassasah al-Risalah)

Sesiapa sahaja yang mengkaji ilmu hadith tahu bahawa Al-Imam al-Ghazali bukan seorang pakar dalam bidang hadith, ini diakui oleh semua pihak, melainkan mereka yang jahil tentang ilmu hadith sahaja.

Sehingga Taj al-Din al-Subki (meninggal 771H. Beliau adalah tokoh mazhab al-Syafi’i yang terkenal) yang begitu mempertahankan al-Imam al-Ghazali dalam Tabaqatnya turut mengakui hal ini dengan menyatakan, “Adapun apa yang dianggap cacat pada kitab al-Ihya disebabkan kelemahan sebahagian hadith-hadithnya, ini kerana al-Ghazali diketahui bukanlah seorang pakar dalam bidang hadith”. (rujukan: Taj al-Din al-Subki, Tabaqat al-Syafi`yyah al-Kubra, 3/449, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah)

Kita lihat apa yang kata tokoh-tokoh hadith umat mengenai kitab Ihya `Ulum al-Din antaranya:

1. Kata al-Hafizd al-Imam Ibn Kathir (meninggal 774H) dalam Al-Bidayah wa Al-Nihayah: “Ketika berada di Damsyik dan Bait al-Maqdis, al-Ghazali mengarang kitabnya Ihya `Ulum al-Din, ianya sebuah kitab yang ganjil. Ianya mengandungi ilmu yang banyak berkaitan syarak, bercampur dengan kehalusan tasawwuf dan amalan hati. Namun padanya banyak hadith yang gharib, munkar dan palsu”.( Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, 12/186, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah)

2. Kata al-Hafizd al-Imam Ibn Jauzi (wafat 597H): “Kemudian datang Abu Hamid al-Ghazali menulis untuk golongan sufi kitab al-Ihya’ berdasar pegangan mereka. Dia memenuhi bukunya dengan hadith-hadith yang batil yang dia tidak tahu kebatilannya”. (rujukan :Ibn Jauzi, Talbis Iblis, m.s. 190, Beirut: Dar al-Kutub al-ilmiyyah)

3. Kata al-Hafizd al-Imam al-Zahabi (wafat 748H): “Adapun kitab al-Ihya padanya ada sejumlah hadith-hadith yang batil. Sekiranya tidak ada padanya adab, cara dan zuhud yang diambil dari ahli falsafah dan golongan sufi yang menyeleweng, padanya ada kebaikan yang banyak. Kita memohon daripada Allah ilmu yang bermanfaat. Tahukah anda apa itu ilmu yang bermanfaat? Ianya apa yang dinyatakan al-Quran dan ditafsirkannya oleh Rasulullah secara perkataan dan perbuatan”. (Al-Zahabi, Siyar `Alam al-Nubala`, 19/339)

4. Kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (wafat 728H): “Abu Hamid (Al-Ghazali) tidak mempunyai kepakaran dalam hadith-hadith Nabi dan riwayat-riwayat salaf sepertimana yang dimiliki oleh ahli yang mengetahui perkara itu. Mereka dapat membeza antara yang sahih dan yang tidak sahih. Oleh itu al-Ghazali menyebut dalam kitab-kitabnya hadith dan athar yang palsu dan dusta, yang mana kalau mengetahuinya tentu dia tidak menyebutnya”. (Ibn Taimiyyah, Dar`u Ta`arud al-`Aql wa al-Naql, 7/149, Riyad : Dar al-Kunuz al-Adabiyyah).

Ada yang kata, kalau iya pun, banyak lagi isu yang lebih penting. Kita katakan alhamd lil Lah, atas kurnia ALLAH, banyak isu-isu ilmiah utama di negara ini, kita antara yang awal membincangkannya. Isu Islam Liberal, isu Astora, Syiah dan seumpamanya.

Tulisan-tulisan kita banyak tentang isu-isu itu. Adapun isu-isu yang disebutkan tadi hanya sampingan sebagai menjawab persoalan-persoalan yang dibangkit oleh generasi baru yang luas pembacaannya.

Namun telinga anda hanya memetik apa yang anda benci dan memekakkan diri dari apa yang anda suka. Kami pohon keampunan dari Allah untuk kami dan anda juga!

Justeru, jauhkan diri fitnah-menfitnah kerana itu perlambangan akhlak yang buruk dan peribadi yang amat rendah. Kita kurang kecewa apabila pelakunya itu ‘Shahrir Long’. Namun kita akan kecewa jika hal ini dilakukan oleh golongan agama, yang berakhlak dan mempunyai maruah diri.

Mungkin ada orang yang benar-benar ingin menasabkan dirinya kepada wahabi. Namun kita sejuta kali menyebut, ‘Katakan tidak untuk wahabi’.

Ya untuk syafii, ya untuk Hanbali, Ya untuk Maliki, Ya untuk Hanafi. Dengan syarat tidak ekstrim dan taksub. Tapi no untuk wahabi kerana ia bukan aliran yang cukup untuk dimazhabkan.

Nota editor: Artikel ini pertama kali diterbitkan oleh Majalah i, Karangkraf dan kami petik sumbernya dari blog Dr. Maza@Dr Asri.

BACA INI JUGA: Kenapa Dalam Islam Ada 4 Mazhab?

Sumber: Drmaza

Siapa Dan Apa Sebenarnya Aliran Wahabi?

Siapa Dan Apa Sebenarnya Aliran Wahabi?

Apakah pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan golongan Wahabi? Adakah golongan yang berzikir dan berdoa secara sendiri-sendiri selepas solat itu Wahabi?

Siapa+Wahabi

PENJELASAN:

Aliran Wahabi bukanlah satu mazhab akan tetapi satu bentuk gerakan pemikiran agama yang banyak dipegang oleh ulama-ulama Haramayn (Mekah dan Madinah) kontemporari mengikuti pendekatan yang diambil oleh Muhammad bin Abd Wahhab (m.1792).

Dari segi mazhab, mereka lebih hampir dengan mazhab Hanbali walaupun dari beberapa segi mereka lebih ketat dan keras.

Dalam sejarah tradisi ilmu Islam, aliran Wahhabi bukanlah mewakili arus perdana mazhab Ahl Sunnah wa al-Jamaah kerana sejak seribu tahun lebih, aliran yang menjadi peneraju kepada pentafsiran Ahl Sunnah wa al-Jamaah dalam bidang akidah ialah Asha’irah dan Maturidiyah, manakala dalam bidang fiqh ialah empat mazhab utama iaitu Shafi’i, Hanafi, Maliki dan Hanbali.

Dari segi pendekatan ilmiah, aliran Wahabi membawa pendekatan yang agak sempit dengan metodologi harfiah (literal) yang mereka ambil dalam memahami sumber agama khususnya al-Qur’an.

Justeru itu, sebahagian dari pandangan mereka dalam agama bersifat agak keras terutama terhadap orang yang tidak mengambil pendekatan mereka.

Pendekatan sebegini akhirnya telah membawa kepada kecenderungan untuk mudah mengeluarkan orang Islam dari lingkungan agama yang tidak sealiran dengan aliran Wahabi.

Contoh perbezaan pandangan golongan Wahabi yang agak jelas ialah pandangan mengenai sunnah dan bid’ah.

Berdasarkan makna literal beberapa hadis Nabi, mereka menganggap bahawa setiap amalan ibadat yang tidak mengikuti secara langsung cara yang dibawa oleh Nabi saw, dianggap bid’ah dan terkeluar dari Islam.

Justeru itu banyak amalan dan pegangan yang telah diamalkan oleh masyarakat Islam telah dianggap terkeluar dari agama Islam oleh golongan Wahabi.

Pendekatan ini telah menyebabkan perpecahan di kalangan sebahagian masyarakat yang telah lama mempunyai kesatuan dalam ibadat menurut pentafsiran imam-imam muktabar dalam mazhab Shafi’i dan dalam akidah menuruti aliran al-Ash’ari dan al-Maturidi.

Banyak persoalan yang bersifat khilafiah telah diangkat dan dianggap sebagai perkara usul sehingga menjadi permasalahan dalam masyarakat, seperti larangan doa qunut, wirid dan berdoa secara berjamaah selepas solat, tahlil, berzanji, qasidah, burdah, membaca yasin pada malam jumaat, perayaan maulid, kesemuanya ditolak atas nama bid’ah yang sesat.

Ini sama sekali tidak selari dengan pemahaman sunnah dan bid’ah yang sebenar dalam Islam dan juga tidak bertepatan dengan semangat ilmiah dalam tradisi Islam yang membenarkan perbezaan pandangan dalam persoalan khilafiah.

Dalam konteks tasawuf, mereka amat keras membid’ah amalan-amalan tariqat, amalan wirid dan selawat yang dilakukan oleh golongan sufi.

Dalam akidah, mereka membid’ahkan ajaran tauhid berdasarkan sifat yang kesemuanya dipelopori oleh ulama-ulama berwibawa dalam aliran Ahl Sunnah wa al-Jama’ah.

Contoh lain perbezaan pemahaman aliran Wahabi ialah pendekatan mereka dalam memahami ayat-ayat mutasyabihat dalam al-Qur’an seperti ayat berkaitan ‘tangan dan wajah Allah’, istiwa’ dan lain-lain.

Dengan mengisbatkan secara literal ayat-ayat ini dan menolak sama sekali pendekatan ta’wil yang juga salah satu pendekatan yang diambil oleh ulama salaf dan khalaf, ia membawa kepada kecenderungan tajsim (kefahaman Allah berjism) dan tashbih (kefahaman Allah menyamai makhluk) terutama kepada mereka yang berfahaman simplistik berkaitan isu tersebut.

Ramai ulama-ulama yang telah mengkritik dan menghujah aliran Wahabi termasuk saudara kandung Sheikh Muhammad Abdul Wahhab sendiri iaitu Sheikh Sulayman Abd Wahhab dalam kitabnya bertajuk al-Sawa’iq al-Ilahiyyah fi al-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah.

Antara ulama-ulama lain ialah Sayyid Ahmad Ibn Zaini Dahlan (m.1886) Mufti Mekkah dan Shaykh al-Islam dalam kitabnya al-Durar al-Saniyyah fi al-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah dan Dr. Sa’id Ramadhan al-Buti dalam karyanya al-Salafiyyatun Marhalatun Zamaniyyatun Mubarakatun la Mazhabun Islamiyyun.

Memandangkan Malaysia jelas mengambil pendirian sejak beratus tahun lalu bahawa aliran yang harus diikuti ialah mazhab Shafi’i dan dalam akidah aliran Ash’ari dan Maturidi dan ianya telah menghasilkan perpaduan yang utuh di kalangan umat Islam, baik dalam ibadah, muamalah dan lain-lain sehingga memberi ketenangan dan keharmonian dalam masyarakat dan negara, maka aliran Wahabi adalah tidak sesuai dalam konteks kefahaman dan amalan agama di Malaysia.

Manakala mereka yang berzikir secara sendiri-sendiri selepas solat tidak semestinya dari aliran Wahabi.

Namun sekiranya mereka membid’ahkan orang yang berzikir secara berjamaah selepas solat berkemungkinan besar ia dari golongan tersebut.

Wallahu A'lam.

BACA INI JUGA: Kenapa Masyarakat Maki Mufti Bila Pokemon Go Diharamkan?

Sumber: e-fatwa.gov.my

Kuala Lumpur Bakal Kota Pelacuran Nombor 1 Dunia?

Kuala Lumpur Bakal Kota Pelacuran Nombor 1 Dunia?

Apa yang pasti, Kuala Lumpur makin hampir menjadi kota pelacuran nombor satu dunia tidak lama lagi. Fakta menceritakannya.

Pelacuran

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mendedahkan, Kuala Lumpur kini berada di ranking kelapan kota pelacuran dunia dengan nisbah 52 orang pelacur bagi setiap 10,000 penduduk.

Secara nisbah juga, Kuala Lumpur di ranking lebih tinggi berbanding Thailand yang kini berada di tangga ke-10 dengan nisbah 45 orang pelacur setiap 10,000 penduduk.

“Kami mengingatkan pihak berkuasa supaya Kuala Lumpur tidak menjadi bandar bandar raya maksiat,” kata Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid.

Mapim melahirkan kekesalan dengan menyifatkan ribuan bilangan pelacur dari luar negara kini membanjiri KL dan bandar-bandar utama dalam negara.

Gesaan Mapim lahir ketika umat Islam melahirkan kebimbangan sekiranya pihak berkuasa Kuala Lumpur, membuka ruang menambah lesen rumah urut sedia ada.

Bukan rahsia, lesen rumah urut disalahguna dengan berfungsi sebagai tempat pelacuran. Malah, sudah menjadi rahsia terbuka mengenai operasi kumpulan jenayah terancang di sebalik kegiatan rumah urut akan menambahkan masalah yang sedia ada.

Industri pelacuran di Malaysia kini bernilai lebih RM3.6 bilion, satu angka yang memalukan bagi sebuah negara majoriti Islam dan meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan dalam Perlembagaan.

Melihat kepada operasi pusat urut dan pusat hiburan yang bercambah di sekitar KL, bermakna KL berpotensi menjadi pusat pelacuran Asia, jika ruang dan peluang dibuka untuk beroperasi secara berlesen.

“Kami membantah keras Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membuka semula permohonan lesen baharu rumah urut sekitar ibu kota,” kata Mohd Azmi.

Soalnya, apakah keperluan rumah urut dibiarkan bercambah sedangkan pihak berkuasa gagal melaksanakan penguatkuasaan.

Selain pusat urut haram, rumah urut berlesen sedia ada turut cenderung menawar khidmat seksual yang menyalahi undang-undang.

Pihak berkuasa, kata Mohd Azmi, tidak harus hanya memikirkan soal permintaan sedangkan pemantauan dan penguatkuasaan mana-mana pihak yang menyalahguna lesen ternyata gagal dilaksanakan dengan berkesan.

Mapim juga melahirkan rasa khuatir dengan percambahan pusat-pusat urut di kota raya dan bandar-bandar utama di negara ini kerana ia akan membuka peluang untuk kegiatan maksiat dilakukan oleh pihak yang mengambil kesempatan.

Selain mendesak DBKL tidak menambah lesen rumah urut serta melahirkan kekesalan berikutan kegagalan menangani pusat pelacuran haram.

Mapim menyindir agar lesen rumah urut yang sedia ada dipantau dan dikawal sebelum memikirkan untuk membuka permohonan lesen baharu yang akhirnya tidak mampu dikawal selia oleh pihak berkuasa.

BACA INI JUGA:

Sumber: Mynewshub.cc

Sunday, August 28, 2016

Misteri Manusia Luarbiasa Yang Mampu Meramal Saham!

Misteri Manusia Luarbiasa Yang Mampu Meramal Saham!

Dikalangan para psikik yang mempunyai kebolehan meramal sesuatu seperti Nostradamus, barangkali Beverly Jaegers adalah yang paling bertuah.

Meramal saham

Ini kerana dengan kebolehannya itu, Beverly mendapat wang dalam jumlah yang cukup banyak, hingga membolehkannya membeli rumah besar di St. Louis, Amerika Syarikat.

Berbeza dengan Nostradamus, Beverly bukan meramalkan apa yang akan berlaku kepada seseorang ahli politik atau negara mana yang akan terlibat dengan perang, sebaliknya Beverly mempunyai kebolehan untuk meramalkan saham mana yang akan melonjak di pasaran.

Bagi membuktikannya, pada tahun 1982, Beverly telah menunjukkan kebolehan luarbiasanya itu kepada wartawan akhbar St. Louis Business Journal.

Ini berlaku kerana akhbar tersebut tidak percaya dengan kebolehan luarbiasa Beverly seperti yang dihebohkan.

Ujian bermula dengan akhbar itu memilih 19 orang broker saham yang diakui kehandalan mereka, meramalkan lima saham yang dijangka akan melambung di pasaran.

Ramalan pula dibuat selepas broker-broker tersebut mengkaji prestasi saham-saham terlibat dalam tempoh enam bulan.

Beverly Jaegers

Kemudian, Beverly yang tidak pernah terlibat mahupun mendapat latihan dalam bidang saham, diminta untuk memilih lima saham berdasarkan ramalan pancaindera keenamnya itu.

Keputusannya?

Semasa ujian itu berlangsung, pasaran saham berada di dalam trend merudum. Ketika ujian tamat, indeks Dow-Jones menjunam 80 mata.

Disebabkan trend menjunam itu, 16 orang broker terpaksa meletakkan jawatan.

Apa yang mengejutkan, saham-saham yang dipilih oleh Beverly semuanya melonjak, malah ada yang melonjak sehingga 17.2 peratus!

Hanya seorang sahaja daripada 19 broker saham tadi yang hampir menyamai ketepatan ramalan Beverly Jaegers!

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Air Laut Mengandungi Emas!

-SENTIASAPANAS.COM