Saturday, July 23, 2016

Cerpen: Cinta Siti Zulaika

Cerpen: Cinta Siti Zulaika

Patera kemboja gugur ketika ku tiba. Melayang-layang disongsang semilir. Sunyi taman itu sesunyi hatiku. Tiada burung yang menyanyi riang. Sore itu ku rasa terlalu hiba. Sehiba hatiku.

Cinta Siti Zulaika

Apabila aku ditanya Zulaika, saat dan waktu mana yang paling indah dalam hidupku, tentu aku akan memilih saat dan waktu kami diijabkabulkan.

Ramai tetamu memuji kecantikannya, membuat hatiku dialun rasa iri.

"Cemburumu itu tidak pernah habis Yusof. Semasa kita bermadu kasih sehingga Ika erat digenggamanmu. Sampai bila habisnya, Ika tidak pasti."

"Tidak akan ada habisnya Zulaika, kerana sayang abang pada Zulaika selamanya. Bila ada cemburu di hati abang, tandanya ada sayang."

"Tapi cemburu abang membuat Ika terseksa. Ika mahu abang tahu, di hati Ika hanya ada abang. Kalau abang cemburu, makna abang saksi."

Siti Zulaika, benarkah semua mimpi kita telah menjadi nyata? Ku anugerahkan dirimu dengan nama Siti Zulaika binti Abdullah, untuk mengotakan mimpi Zulaika yang dendam berahi akan Yusof sehingga sanggup berlaku fitnah.

Raja Mesir telah melepaskan isterinya, Zulaika agar gelora di hati Zulaika menjadi tenang dan Yusof yang tidak berdosa memilih penjara daripada hidup dalam lautan murka Tuhannya bebas dari derita.

Siti Zulaika, akulah Yusof yang merampasmu dari taman larangan kerana cinta dan tidak mampu ku sihir perasaan yang terpatri dihati ini menjadi perasaan yang lain.

Bondamu melarang. Ayahmu tidak merestui hubungan kita lantaran adat dan agama yang berbeza.

Kau sanggup digelar anak derhaka demi aku. Kau rela meminggirkan kedua orang tua kerana kasih kita. Aku yang terpilih walaupun kasih orang tua tidak mungkin dapat ditukar ganti.

"Tanggungjawabmu besar Yusof. Kau memegang amanah Tuhan, mengislamkan Siti Zulaika seperti penganut asal.

"Kalau kau cuai dan dia tersasar, kau akan berdosa," kata ibu, memahat sebuah beban seberat konkrit di pundakku.

"Saya akan membimbing Zulaika menjadi muslimat sejati, ibu.

"Seperti cinta saya padanya, saya tidak akan mengabaikan dia walau apa pun yang terjadi," tukasku meyakinkan ibu yang sentiasa bimbang dengan secangkir iman yang aku ada.

Tidak mungkin akan dapat membasahi hati Zulaika dengan keimanan yang kukuh, aku tidak rela membiarkan Zulaika hangus dibakar neraka kerana aku sangat sayang padanya.

Bulan madu, kami lewati dalam seribu bahagia. Manisnya tidak serupa ketika di alam percintaan.

Sesaatnya Zulaika tidak pernah lari dari sisiku kerana aku tidak mahu dia hilang, dalam jaga dan mimpi, Zulaika sentiasa ada menemani wangi percintaan ini.

"Ahh.. hidup ini bukan mimpi," aku mendengar Zulaika melepaskan keluhan yang berat. Layaknya seperti orang yang sudah putus harapan.

"Abang mahu terus bermimpi kalau dalam mimpi ini Ika ada di sini abang," ucapku sambil membelai mesra helai rambutnya.

Wajahnya yang kelam sedikit terhibur. Aku tahu Zulaika tidak akan menyembunyikan keresahannya di luar tahuku.

"Ibu ada bertanya. Mungkin abang juga disoal soalan yang serupa," suaranya lirih. Teka yang bermain dipetak mindaku terlerai.

Sesungguhnya aku dapat membaca bahasa resah yang mengganggu hatinya.

"Kita masih sabar menanti sayang. Abang akan pujuk ibu supaya bersabar kerana Allah bersama orang-orang yang sabar."

"Lima tahun sudah cukup lama, abang!" Zulaika mengeluh lagi.

"Bagi abang tidak lama. Terasa seperti baru semalam kita mengecapi indah malam pertama."

"Abang janji akan memujuk ibu?"

Aku mengangguk.

"Apa ibu mahu menentang kuasa Tuhan?" tanyaku kepada ibu, lembut.

"Bukan begitu Yusof. Ibu mahu cepat menimang cucu. Ibu takut ibu kempunan. Bila-bila masa saja ibu akan menghadap Ilahi.

"Kalau itu terjadi, mata ibu tidak akan tertutup rapat Yusof.."

"Resah kami seperti resah ibu juga, segala ikhtiar telah kami usahakan tapi masih belum berhasil.

"Zulaika masih gagal menyemai benih Yusof di rahimnya."

"Kau mesti usaha cara lain Yusof."

"Maksud ibu?"

"Berkahwin lagi!"

"Yusof tidak sampai hati ibu!"

"Yusof sampai hati melihat ibu kempunan? Kau satu-satunya zuriat yang ibu ada."

Ibu membuat aku menjadi serba salah. Hatiku bak terbelah dua.

"Yusof, cinta yang kau ada tidak akan menjadikan kau seorang lelaki yang sempurna.

"Tidak selama-lamanya kau mahu mengepah manis percintaan.

"Cintamu perlu bercambah untuk kau mengongsi rasa bahagia yang lebih hakiki.

"Kau akan tua Yusof dan ketika itu cintamu akah hilang saktinya," itu suara iblis yang mengganggu.

Aku akhirnya terpujuk jua.

"Zulaika akan bahagia kalau abang bahagia."

"Abang mahu memenuhi hasrat ibu."

"Zulaika tahu dan restui hasrat abang yang suci itu.

"Zulaika bahagia dan bangga kerana cinta Zulaika tidak pernah memesong hati abang untuk terus berbakti kepada orang tua abang."

"Terima kasih Zulaika."

Pada malam ijabkabul itu, aku melihat air mata Zulaika tumpah dipipinya. Aku sebak.

Malam itu kami sama-sama menangis. Inikah hakikat sebuah kehidupan?

Khadijah, wanita yang dipilih oleh ibu untukku. Aku harap dia dapat memenuhi segala hajat ibu.

Khadijah kunikahi tanpa seulas pun perasaan cinta. Berdosakah mendustainya dengan layar kasih yang berwarna pelangi?

Layar kasihku bukan berwarna putih. Tiada kesucian kasihku untuknya. Semoga dia akan mengerti segala perasaanku suatu hari nanti.

Khadijah anak yatim piatu. Dia menyandar seluruh hidup ditanganku. Aku tidak tergamak menyiakannya.

Sungguh cuma rasa kasihan yang ada di hatiku terhadapnya. Segala kasihku telah dimiliki oleh Zulaika.

Khadijah membalas segala kasih sayang yang kuberi tanpa ikhlas ini dengan ketaatan. Dia seorang isteri yang baik.

Siti Zulaika masih wanita tabah walaupun pada zahir, hatinya luluh terluka.

"Abang mesti mencintainya kerana dia juga berhak. Berdosa kalau abang mengabaikan dia," ujar Zulaika.

Zulaika isteri yang terlalu baik walaupun semua kebaikkannya telah ku tuba dengan menghadiahkannya sebuah istana yang perlu dikongsi dengan wanita lain.

Aku tahu itulah ketakutan bagi seorang isteri. Ketakutan yang serupa dengan wanita lain, tidak rela kasih dibahagi dua.

Penantian ibu sampai ke penghujung. Gembira orang tua itu bukan kepalang.

Ibu memilih Muhammad Farhan, yang bererti kegembiraan untuk zuriatku bersama Khadijah. Impian ibu terpenuhi.

Pastinya ibu puas dengan hidupnya. Dia pergi menghadap Ilahi dalam keadaan tenang ketika usia Farhan menginjak setahun.

Ketika itu aku jadi muak dengan Khadijah. Mungkin selama ini aku terpaksa setia pada ikatan kami, hanya kerana ibu.

Hanya kerana ibu, aku korbankan cintaku terhadap Zulaika untuk dicalarkan.

Kalau bukan kerana ibu, tidak akan ku sanggup membiarkan Zulaika berenang di dalam lautan madu umpama hempedu ini.

"Abang hanya mahukan Farhan daripada Khadijah.

"Selebihnya abang menerima Khadijah hanya kerana ibu. Abang tidak mahu menipu lagi, terutama Zulaika yang abang kahwini kerana cinta," ucapku lirih, aku lihat air matanya mengalir.

Aku harap dia mengerti dan aku tidak mahu berterusan melukai kerana baktinya kepadaku bukan sedikit.

Selembar nyawa hampir terputus daripada badannya kerana melahirkan zuriatku. Aku akan kenang segala pengorbanan itu.

"Khadijah tahu cinta abang tidak pernah ada untuk Khadijah, tapi tidak bolehkah abang terus melindungi Khadijah dengan tidak memutuskan ikatan perkahwinan ini?

"Khadijah tidak rela hidup dalam fitnah manusia kerana seorang wanita tanpa suami di sisi terlalu hina pada pandangan masyarakat."

"Khadijah, abang hadiahkan rumah ini dan nafkah yang mencukupi sebagai hadiah pengorbanan Khadijah terhadap abang."

Aku ceraikan Khadijah dengan talak satu.

Aku membuat keputusan tanpa pujukan sesiapa walaupun Zulaika mengatakan tindakan aku itu sangat kejam. Aku sebenarnya lebih kejam kerana curang padanya selama ini.

Farhan aku rampas daripada Khadijah melalui kuasa mahkamah. Zulaika turut menangis bila melihat Farhan memangis kerana rindukan ibunya.

"Abang, jangan rebut Farhan. Hanya dia yang tinggal pada Khadijah," aku tidak hiraukan rayuan Khadijah. Farhan terus ku bawa pergi.

Senja Nan Merah

"Abang, senja semakin merah. Sebentar lagi matahari akan tenggelam dan malam akan menyambung amanah Tuhan," sapa Khadijah membuat aku tersentak.

"Mana Farhan?"

"Di dalam kereta. Dia tertidur kerana lama menanti abang."

Aku tinggalkan pusara Zulaika pada petang yang bening itu. Aku berjanji akan datang lagi untuk kuhadiahi doa untuknya.

Zulaika pergi buat selama-lamanya sebulan lepas kerana barah payudara, dan dia sempat meminang Khadijah untukku semula.

Katanya, walaupun bukan untuk Khadijah, sekurang-kurangnya untuk Farhan. Jangan carikkan kasih sayang yang ada kerana aku yang bersalah kalau terjadi apa-apa kepada Farhan.

Aku belajar menyayangi Khadijah, sekalipun sakit kehilangan Zulaika tidak akan mampu dirawat sampai ke akhir hayat.

~Tamat

BACA INI JUGA: Cerpen: Dalam Air Ada Puaka

-SENTIASAPANAS.COM

Ruhainies Dakwa Diperangkap Suami Adira Selepas Kantoi Berpegangan Tangan?

Ruhainies Dakwa Diperangkap Suami Adira Selepas Kantoi Berpegangan Tangan?

Peminat hiburan dikejutkan dengan penyebaran video mesra pelakon Ruhainies dan suami Adira, Datuk Seri Adnan Abu yang dilihat keluar bersama di sebuah pusat beli-belah terkenal di ibu kota, baru-baru ini.

Ruhainies dan suami Adira

Video yang menyaksikan Adnan merangkul pinggang Ruhainies ketika menaiki tangga bergerak sekali gus membuatkan ramai tertanya-tanya status hubungan mereka.

Bagaimanapun, pelakon Hello Mr. Perfect ini menafikan dia mempunyai hubungan istimewa dengan Adnan.

Lebih mengejutkan, Ruhanies mendakwa dia seolah-olah diperangkap oleh ahli perniagaan itu untuk meraih populariti.

“Ya, itu memang saya dan kami memang ada berjumpa pada Khamis lalu atas urusan kerja dan saya ditemani oleh adik, pembantu peribadi serta beberapa kawan yang lain.

“Namun demi Allah, kami tiada sebarang hubungan istimewa, cuma saya rasa telah diperangkap kerana gambar peluk di bahagian pinggang itu saya tidak sedar pun bila ianya telah berlaku.

“Saya seperti diperangkap oleh dia untuk tujuan kontroversi dan popular dengan cara yang salah. Saya menyesal sangat terima perlawaan dia untuk berjumpa pada Khamis lalu sehingga muncul gambar-gambar begini.

“Saya percaya ada orang lain yang diupah untuk mengambil gambar kami untuk menampakkan seperti sedang bermesra dan sebarkan kepada umum,” katanya.

Sementara itu, Adnan yang dihubungi menafikan dakwaan yang dilemparkan Ruhanies.

Ruhainies dan suami Adira [2]

Jelasnya, individu yang mengambil video tersebut mungkin mempunyai niat buruk terhadap dia dan keluarga.

“Kami berjumpa atas dasar kerja sahaja tapi bagaimana pula orang boleh ambil gambar seperti itu? Saya juga tidak ada masa untuk merancang perkara-perkara begini seperti yang dituduh Ruhainies.

“Saya syak ada orang atau musuh yang sengaja ambil gambar begitu semata-mata untuk burukkan nama saya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Adnan tidak menolak mempunyai niat untuk berkawan lebih rapat dengan pelakon wanita itu.

Kata Adnan, dia tiada masalah untuk berkahwin lagi kerana mempunyai dua lagi kekosongan.

Penyanyi Adira mendirikan rumah tangga bersama Adnan sebagai isteri kedua di Songkhla, Thailand yang berlangsung pada 3 Disember 2015.

BACA INI JUGA: 10 Negara Dengan Budaya Seks Paling Bebas Di Dunia


Sumber: mStar Online

6 Jenis Perniagaan Modal Rendah Tapi Pulangan Bersih RM10,000 Sebulan

6 Jenis Perniagaan Modal Rendah Tapi Pulangan Bersih RM10,000 Sebulan

Perniagaan ini sesuai untuk mereka yang dibuang kerja, mahasiswa yang menganggur, suri rumah, pemuda lepasan SPM atau bekas staf Malaysia Airlines yang dibuang kerja baru-baru ini.

Perniagaan Modal Kecil Untung Besar

Saya senaraikan menurut pengalaman sendiri dan orang lain. Pilihlah mana-mana yang sesuai dengan anda.

1. Berniaga Buah Potong

Berniaga Buah Potong

Berniaga buah potong menggunakan motosikal untuk senang bergerak mencari port orang ramai, keuntungan biasanya 50%-60% dari modal.

Katakan rm1/plastik, harus sasarkan jual 600 plastik sehari, cari lokasi yang ramai orang (depan sekolah, depan masjid, kawasan pejabat atau kilang) paling tidak anda akan dapat rm350 sehari × 30 hari = RM10,500.

2. Khidmat Potong Rumput

Khidmat potong rumput, guna pekerja 2 orang dengan gaji rm130 sehari termasuk minyak mesin, upah satu halaman rumah biasa sekitar rm60.

Kerja hanya 2 jam sebuah laman, tugas kita hanya perlu angkat iklan dikawasan perumahan, deal pelanggan, ambil hantar pekerja dan collect duit.

Sehari kena gigih cari 5 buah rumah untuk seorang pekerja, jadi kita akan dapat sehari rm340 × 30 hari = RM10,200.

3. Menjual Nasi

Menjual Nasi

Menjual nasi rm4 dikawasan penduduk ramai dengan menyediakan khidmat penghantaran. Buat iklan fb untuk orang sekitar, mustahil tidak dapat buat jualan 150 bungkus sehari dengan keuntungan biasa jualan nasi ialah 60%, so sehari bersih dalam tangan ialah rm360 × 30 hari = RM10,800.

4. Menjual Air

Jual air rm1/cawan depan sekolah semasa pelajar pulang (2 kali sehari) iaitu sekolah biasa pada pukul 1 hingga 2 petang dan sekolah agama pukul 5 hingga 6 petang.

Menjual 300 cawan untuk satu sesi itu bukan perkara yang mustahil, sehari paling tidak kita akan dapat rm600 kasar.

Rata-rata penjual air bagitahu margin untung bersih jual air ini sekitar 80%, jadi sehari kita akan dapat rm480 × 21 hari persekolahan sebulan = RM10,080.

5. Berniaga Di Pasar Malam

Berniaga Di Pasar Malam

Berniaga apam balik di pasar malam keuntungan juga 80%, 4× seminggu dengan jualan 400 keping apam balik setiap malam yang berharga rm2 sekeping, setiap malam boleh nilai jualan rm800×4 seminggu × 4 minggu sebulan = jualan kasar rm12,800 tolak modal 20% (rm2,560) = RM10,240.

6. Agent Jualan Produk

Jadi agent jualan produk, pilih yang laku keras bulan itu (kerana kebanyakkan produk bermusim), cari yang menawarkan keuntungan melebihi rm50/item, jual guna fbads (tidak tahu guna fbads boleh pergi belajar – power editor), sehari letak kos iklan rm80, push sale sekurang2 11 item close deal, setiap hari akan ada orang bank in sebanyak rm550, tolak kos harian iklan rm80 dan bayaran pos rm110 = bersih rm360 × 30 hari = RM10,800.

Ada banyak lagi perniagaan yang memerlukan modal sedikit tapi pulangan lumayan tapi cukup lah 6 jenis ni dahulu.

Ingat, tak semua perniagaan ini sesuai dengan anda, anda perlu pilih, ubahsuai dan serasikan dengan diri anda.

Semua pengiraan dari segi modal dan keuntungan adalah tidak tepat kerana harga berbeza mengikut masa dan tempat.

BACA INI JUGA: Rahsia Jana Wang Dengan UBER Tanpa Perlu Menjadi Pemandu!

Sumber: Majalahniaga

Rahsia Body Mantap Ira Kaza Terbongkar!

Rahsia Body Mantap Ira Kaza Terbongkar!

Semenjak video tarian geleknya menjadi viral di laman sosial, nama anak pelakon dan penyanyi Kazar Saisi iaitu Ira Kaza bukan lagi asing di telinga masyarakat Malaysia.

Body Mantap Ira Kaza

Dalam orang ramai mengecam dan mengkritik aksi tersebut, namun ternyata insiden viral tersebut turut membawa tuah buatnya apabila bilangan pengikutnya di laman Instagram meningkat dengan drastik.

Mana tidaknya, ramai pengikut khususnya wanita mencemburui tubuh badan yang dimiliki Ira hinggakan dia dihujani dengan pelbagai pertanyaan mengenai rahsia yang diamalkan untuk mendapatkan body mantap sepertinya.

Berkongsi rahsia kepada umum, gadis yang mempunyai berat badan 54 kilogram ini memberitahu, dia sangat mementingkan amalan gaya hidup sihat.

Body Mantap Ira Kaza [2]

“Saya selalu pergi ke gym sekurang-kurangnya 3, 4 kali seminggu bersama rakan untuk mengeluarkan peluh.

“Setiap pagi, saya akan membuat kira-kira 30 sit up agar perut tidak buncit.

“Untuk mendapatkan tubuh yang cantik, kita juga kena pastikan kalori intake kurang daripada kalori keluar.

“Paling penting adalah disiplin. Kalau kita jaga makan, dapatkan tidur yang cukup dan melakukan senaman cardio memang badan kita akan maintain fit,” katanya.

Body Mantap Ira Kaza [3]

Pun begitu, Ira atau nama sebenarnya, Fadira Fatini Kazar, 21, mengakui sebagai orang Melayu dia tidak boleh lari daripada pengambilan nasi namun mengawalnya dengan senaman.

Kata Ira yang juga salah seorang peserta ujibakat Akademi Fantasia 2016 ini, dia merupakan individu sangat mementingkan senaman di bahagian kaki.

Sementara itu, Ira memberitahu, idola yang sering dijadikan inspirasi untuk memiliki badan fit adalah Michelle Lewin.

Aksi Gelek Ira Kaza Publisiti Untuk Masuk AF2016?

Body Mantap Ira Kaza [4]

Lepas kecoh isu video gelek, tup tup dapat tahu yang Ira juga merupakan salah seorang peserta ujibakat AF2016 rupanya.

Ia didedahkan sendiri oleh portal milik Astro yakni Astro Gempak.

Mungkin ia sekadar kebetulan tetapi yang nyata kini Ira Kaza sudah dikenali sampai Selatan Siam rasanya.

Selepas beberapa hari video pertama menjadi viral, muncul pula video baru yang lebih seksi di mana Ira menari tanpa berseluar!

Sekali lagi namanya menjadi viral.

Kali ini, selepas menerima hentaman yang lebih teruk, Ira telah membuat permohonan maaf dan mengatakan dia tidak mengetahui bahawa video geleknya itu menjadi viral kerana dia hanya memuat naik secara ‘suka-suka’.

Tidak dapat dinafikan, selepas menjadi viral, sebut sahaja Ira Kaza, pasti semua orang akan terkenangkan aksi geleknya itu.

Kalau betul, tahniah kepada Ira kerana matlamatnya untuk mencipta nama sebelum bergelar artis telah berjaya dan pasti ramai yang akan menjadi pengundi setianya di AF2016 kelak.

Saksikan videonya dibawah..

BACA INI JUGA: 'Gelekan Maut' Ira Kaza Terlalu Menghairahkan Dikritik!


Sumber: Mynewshub

Friday, July 22, 2016

7 Kelebihan Shawl Murah

7 Kelebihan Shawl Murah

Barang murah seperti shawl murah ini tak semestinya tak bagus, tidak berkualiti dan tak nampak cantik apabila dipakai.

Shawl Murah

Shawl murah memang mendapat tempat di kalangan wanita sekarang, tak kira golongan usia. Usah sempitkan mentaliti anda dengan pemilihan shawl berdasarkan harga kerana banyak persamaan yang anda boleh dapat dari kedua-dua shawl murah mahupun mahal.

Selain dari harganya yang murah, terdapat juga kelebihan lain yang anda mungkin boleh buat anda terkejut. Bahkan kalau kena padanannya, shawl murah pun mampu membuatkan anda tampil lebih fashionable. Jom ketahui kelebihan shawl murah.

1. Boleh didapati di mana sahaja

Anda tidak perlu bersesak-sesak pergi ke pusat membeli belah atau butik-butik tudung terkenal semata-mata untuk membeli shawl.

Walaupun shawl murah ini dijual di merata tempat, namun fungsinya tetap sama iaitu untuk menutup aurat.

2. Menjimatkan wang

Hidup di zaman yang moden ini memerlukan banyak komitmen. Anda mungkin berfikir bagaimana caranya untuk ‘cut-cost’ dari perbelanjaan seharian anda.

Daripada membeli pakaian atau shawl yang berjenama, apa kata anda bertukar kepada shawl murah. Selain dapat menjimatkan kos, anda juga dapat bergaya tanpa perlu berhutang sana-sini.

3. Tetap cantik

Tidak semestinya shawl murah tidak cantik untuk dipakai. Anda perlu pandai memilih dan bergaya dengan pemilihan shawl murah.

Jika anda membeli shawl yang berjenama sekalipun, tetapi anda tidak tahu bagaimana untuk menggayakannya, keadaan tetap menjadi sama juga.

3. Pelbagai pilihan dan corak

Shawl murah mempunyai pelbagai jenis pilihan dan corak. Pernah tak anda tiba-tiba ternampak jenis shawl berjenama yang anda beli turut dijual di pasar malam menggunakan fabrik yang sama dan corak yang sama?

Pasti anda merasa menyesal bukan.

Jika anda bijak memilih dan bijak bergaya tentu ramai yang tidak dapat bezakan antara shawl murah dan berjenama.

4. Penggunaan fabrik yang sama

Sebenarnya kebanyakan pengusaha shawl membeli kain di kedai kain yang sama. Jadi, tak mustahil jika shawl berjenama yang anda beli turut di jual di pasar malam.

Mungkin apa yang membezakannya ialah cara jahitan dan potongan. Jenis fabrik kebanyakannya adalah sama sahaja.

Tidak dapat dinafikan, sesetengah shawl berjenama menggunakan jenis fabrik yang berkualiti tinggi, namun shawl murah juga mempunyai kualiti dari sudut lain.

5. Fesyen yang sering bertukar-tukar

Pembaziran berlaku apabila barang yang anda beli hanya dipakai untuk beberapa kali sahaja. Sama juga seperti fesyen dan trend shawl yang sering bertukar ganti.

Sekurang-kurangnya jika fesyen dan trend bertukar-tukar, anda tidak akan merasakan ia sebagai satu pembaziran jika membeli shawl murah berbanding shawl berjenama.

6. Kepuasan yang berbeza

Memakai shawl yang berjenama mungkin memberikan kepuasan kepada si pemakai, tetapi jika anda mendapat pujian yang melimpah ruah dari rakan-rakan tentang shawl yang anda gayakan walaupun harganya murah, tentu anda akan lebih berpuas hati.

7. Jumlah kuantiti yang dapat dibeli

Apabila anda membeli shawl murah, anda mungkin dapat membelinya dengan kuantiti yang lebih berbanding jika anda membeli shawl berjenama yang agak mahal, anda mungkin mampu membeli hanya sehelai sahaja.

Jenis-Jenis Shawl
  • Chiffon Beaded Shawl
  • Cotton Shawl
  • Pashmina Shawl
  • Egyptian Shawl
  • Cotton Gypsy Shawl
  • Satin Shawl
  • Plain Shawl Swarovski
  • English Shawl
  • Knitted Shawl
  • Silk Shawl
  • Designer Shawl

Kesimpulan

Bijak memilih dan bergaya adalah kunci untuk tampil menawan dan anggun. Tak kisah, murah ataupun mahal. Membeli dengan hasil titik peluh sendiri sekalipun sehelai shawl murah, namun ia tetap bermakna!

BACA INI JUGA: Koleksi Pakaian SweetMuslimah Murah Dan Berkualiti

Sumber: Wom