Wednesday, May 04, 2016

Senarai Filem Wajib Tonton Mei 2016!

Senarai Filem Wajib Tonton Mei 2016!

Bulan Mei, nampaknya didominasi oleh filem bergenre seram, dan kami senaraikan beberapa buah filem yang anda boleh tonton sepanjang bulan Mei ini.

Senarai Filem Wajib Tonton Mei 2016!

Senarai filem-filem ini dipilih berdasarkan pandangan peribadi penulis yang mungkin ada yang setuju dan sebaliknya.

Harmonika
Tarikh tayangan: 5 Mei 2016

Harmonika

Selepas kejayaan filem "Ophilia", Pengarah Harapan Festival Filem Malaysia ke-27 (FFM 27) Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin bakal muncul dengan sebuah naskhah terbarunya berjudul "Harmonika".

Mukhriz bagaimanapun akan tampil berbeza dengan filem terdahulu kerana mengarah sebuah filem seram kali ini.

Ternyata pengarah merupakan seorang yang berani apabila mempertaruhkan barisan pelakon baru seperti Elizad Sharifuddin, Ahya Rosli dan dua pelakon kanak-kanak sebagai peneraju.

Mother's Day
Tarikh tayangan: 5 Mei 2016

Mother's Day

Bulan Mei juga adalah bulan sambutan Hari Ibu, dan oleh itu jika anda tidak tahu mahu menonton filem apa bersama ibu tercinta, apa kata anda tonton filem komedi berjudul "Mother's Day" ini.

Ia berkisarkan tentang seorang hos televisyen yang merupakan seorang janda sedang mencari cinta, seorang gadis yang tidak tahu siapa ibunya dan seorang wanita yang mencari jalan untuk mengukuhkan lagi hubungan dengan ibunya.

Filem yang diarahkan oleh Garry Marshall ini pastinya tidak akan mengecewakan anda kerana ia dibintangi pelakon-pelakon hebat seperti Jennifer Aniston, Kate Hudson, Julia Roberts, Jason Sudeikis dan Shay Mitchell.

The Angry Birds Movie
Tarikh tayangan: 12 Mei 2016

The Angry Birds Movie

Rasanya ramai yang tergila-gila bermain permainan video Angry Birds beberapa tahun lalu bukan? Ya, selepas berjaya menjadi salah satu permainan video popular, akhirnya ia diangkat ke layar perak pula.

Ia mengisahkan tentang Red, seekor burung yang tidak boleh terbang yang tinggal di Bird Island. Dia tidak mampu mengawal kemarahan sehingga menyebabkan dia dihantar ke kelas untuk mengawal sikap pemarahnya yang mana dia kemudian bertemu dengan burung lain yang mempunyai masalah sama iaitu Chuck dan Bomb.

Kehidupan di pulau menjadi huru-hara dengan kedatangan kapal lanun Pig yang diketuai oleh kapten Leonard. Red, Chuck dan Bomb sertai misi mencari penyelamat lagenda Great Eagle untuk menyelamatkan pulau.

Apabila mereka mendapati usaha mereka sia-sia, kini terserah kepada Red untuk merancang untuk menyerang Piggy Island.

Filem animasi arahan Fergal Reilly dan Clay Kaytis ini akan menyaksikan Jason Sudeikis, Josh Gad, Danny McBride, Bill Hader, Maya Rudolph dan Peter Dinklage menyumbang suara untuk watak-watak dalam "Angry Birds Movie" ini.

Bangkok 13
Tarikh tayangan: 12 Mei 2016

Bangkok 13

Kepada peminat filem seram, jangan risau kerana bulan April juga mempunyai beberapa seleksi filem seram, antaranya adalah "Bangkok 13", sebuah filem seram dari Thailand.

Ia mengisahkan tentang seorang gadis yang mempunyai deria keenam iaitu dia boleh melihat benda-benda paranormal.

Perasaan ingin tahu telah membuatkannya menyertai rancangan televisyen yang mana mereka telah bekerjasama dengannya untuk merungkai 13 rahsia berhantu di Bangkok.

Filem arahan Dulyasit Niyomgul ini dibintangi oleh Thanthara Rungruang, Akarin Akaranitimayatharatt dan Thospol Sirvivat.

X-Men: Apocalypse
Tarikh tayangan: 19 Mei 2016

X-Men: Apocalypse

Jika bulan April filem "Marvel's Captain America: Civil War" ditayang, bulan Mei pula menyaksikan filem "X-Men: Apocalypse".

Kali ini pasukan X-Men terpaksa berdepan dengan musuh baru yang tidak sama seperti sebelum ini. Penjahat yang digelar Apocalypse adalah mutan purba yang mempunyai kuasa yang sangat luar biasa dan mahu menguasai dunia.

Filem arahan Bryan Singer ini akan menyaksikan pelakon berbeza yang akan membawa watak sebagai X-Men iaitu James McAvoy, Michael Fassbender, Jennifer Lawrence, Nicholas Hoult, Rose Byrne, Sophie Turner, Evan Peters, Olivia Munn, Ben Hardy dan Kodi Smit-McPhee.

Warcraft: The Beginning
Tarikh tayangan: 26 Mei 2016

Warcraft: The Beginning

Selepas kejayaan permainan video "Warcraft" yang mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan dari kaki-kaki permainan video, nampaknya ia juga akan diangkat ke layar perak.

Ia akan berkisarkan tentang Anduin Lothar menentang Durotan, manusia dan adiwira Orc. Apabila Dark Portal terbuka untuk menghubungkan Azeroth yang aman damai dengan dunia malap Draenor, tamadun Azeroth berdepan kemusnahan apabila pejuang-pejuang Orc cuba menjajah dunia mereka untuk mengelak dari pupus.

Filem aksi pengembaraan fantasi arahan Duncan Jones ini akan dibintangi oleh Ben Foster, Travis Fimmel, Paula Patton, Dominic Cooper dan Tobby Kebbell.

Adakah filem ini mencetuskan fenomena seperti permainan videonya? Sama-sama kita tunggu dan lihat.

Demolition
Tarikh tayangan: 26 Mei 2016

Demolition

Jika anda ingin menonton sebuah filem ringan dan terhibur, filem "Demolition" adalah pilihan yang tepat untuk anda.

Ini kerana filem komedi ini mengisahkan tentang seorang pelabur bank bergelut untuk memahami emosinya selepas kematian isterinya dalam satu kemalangan.

Dia mula mencari di mana salahnya, dan akhirnya diselamatkan oleh seorang wanita yang ditemui secara tidak sengaja.

Filem arahan Jean-Marc Vallee ini menampilkan barisan pelakon-pelakon hebat termasuk Jake Gyllenhaal, Naomi Watts, Chris Cooper dan Judah Lewis.

BACA INI JUGA: 5 Filem Seram Terbaik Asia

Sumber: Cinema

Koleksi Pakaian SweetMuslimah Murah Dan Berkualiti

Koleksi Pakaian SweetMuslimah Murah Dan Berkualiti

Sweet Muslimah ditubuhkan bagi membantu muslimah Malaysia mendapatkan baju-baju yang sopan dan trendy mengikut citarasa masa kini.


LIHAT SENARAI KOLEKSI >>

Produk-produk yang dibawakan adalah berkualiti dan selesa dipakai untuk sebarang aktiviti. Produk-produk yang disediakan juga lebih memfokuskan konsep santai, selesa, cantik namun bukanlah cantik yang meletop-letop.


LIHAT SENARAI KOLEKSI >>

Semua produk muslimah yang disediakan adalah menepati piawaian kualiti yang ditetapkan dan hanya produk terbaik dipasaran khusus dikongsikan kepada muslimah di Malaysia.


LIHAT SENARAI KOLEKSI >>

SweetMuslimah juga menyediakan Baju, Tshirt, Busana, Jubah kepada seluruh muslimah di Malaysia dan mengalakkan berbelanja secara online yang nyata menjimatkan.

Koleksi Tudung SweetMuslimah


LIHAT SENARAI KOLEKSI >>

Koleksi ini adalah bagi membantu pelanggan SweetMuslimah mendapatkan tudung yang terkini dari pelbagai jenama secara MUDAH dan Selamat.

BACA INI JUGA: Laman Web Terbaik Beli Tudung Online Di Malaysia

-SENTIASAPANAS.COM

Tuesday, May 03, 2016

Anak Nora Danish Teringin Adik Baharu!

Anak Nora Danish Teringin Adik Baharu!

Pelakon Nora Danish yang sedang hangat dilamun cinta dengan Nedim Nazri mengakui anak tunggalnya, Putra Rayqal Ramli, 7, mengimpikan adik baharu.

Anak Nora Danish Teringin Adik Baharu!

Menurut aktres comel itu, Rayqal sudah lama teringin mempunyai adik baharu lebih-lebih lagi adik perempuan bagi menceriakan kehidupannya.

“Rayqal teruja kerana sudah lama mengimpikan seorang adik. Mungkin kerana sering bersendirian di rumah, Rayqal inginkan seseorang untuk menemaninya.

"Rayqal ada memberitahu, dia teringin mendapat adik perempuan.

“Keinginannya itu membuak-buak hingga Rayqal selalu berpesan supaya saya banyak makan kerana mahu perut saya besar.

"Sangkaannya, setiap wanita berbadan besar sedang mengandung.

"Saya hanya mampu ketawa setiap kali Rayqal membangkitkan perkara ini,” ujar Nora dipetik menerusi BH Plus.

Percintaan di antara Nora dan Nedim bukan lagi rahsia malah kedua-duanya dikatakan sedang dalam fasa untuk mendirikan rumah tangga selepas beberapa tahun bercinta.

Nedim, duda anak satu merupakan anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz.

BACA INI JUGA: Ruhainies, Pelakon Cantik Mirip Nora Danish!

Sumber: Mynewshub.cc

Daun Teh Da Hong Pao, 30 Kali Ganda Mahal Dari Emas!

Daun Teh Da Hong Pao, 30 Kali Ganda Mahal Dari Emas!

Teh yang dihasilkan dari kawasan Pergunungan Wuyi, Provinsi Fujian, China ini dikatakan sebagai teh lagenda dunia kerana harganya yang melebihi 30 kali ganda dengan harga emas.

Teh Da Hong Pao

Daun teh Da Hong Pao tumbuh di celahan semak di Pergunungan Wuyi dan teh ini digelar teh lagenda dunia kerana ianya sukar ditemui sehingga menyebabkan harganya melambung tinggi dan hanya boleh dinikmati oleh golongan orang kaya.

“Rupa teh ini seolah-olah ianya lebih sesuai dihidangkan kepada pengemis tetapi dengan harga yang mahal, ia sering dinikmati oleh orang kaya seperti maharaja” kata Xiao Hui, seorang pembuat teh.

Xiao Hui menunjukkan rupa fizikal teh tersebut sebelum ia diproses, ternyata, apa yang dikatakakan olehnya adalah benar kerana daun teh itu gelap, tidak teratur seperti daun teh yang lain.

Teh Da Hong Pao [2]
Teh Da Hong Pao yang dikeringkan.

Menurut Xiao Hui, pada tahun 2002, seorang pembeli kaya membayar 180,000 yuan (RM 108,635) hanya untuk membeli 20 gram teh lagenda tersebut.

“Da Hong Pao yang asli sangat mahal kerana sangat sukar ditemui dan jenis daun yang kuno sangat berharga, hampir tidak ternilai.” jelas pakar teh, Xiangning Wu.

Teh Da Hong Pao [3]

Bagi negara yang mempunyai budaya menikmati teh sebagai bentuk kesenian selama ribuan tahun, teh dari China ini telah membuatkan keunikan teh dari negara lain kelihatan seperti daun kayu biasa.

BACA INI JUGA: Daun Teh Di Petik Gadis Perawan!

Sumber: Mynewshub.cc

Harga Pasaran Samsung Galaxy S7 RM2699!

Harga Pasaran Samsung Galaxy S7 RM2699!

Samsung sebelum ini telah memperkenalkan model premium dengan sisi lengkung yang dinamakan Samsung Galaxy S7 Edge.

Samsung Galaxy S7

Terkini, Samsung Malaysia telah mengumumkan Samsung Galaxy S7 untuk pasaran tempatan yang akan dijual bermula hari ini dengan harga RM2699.

Berbeza dengan model S7 Edge, model baru ini hadir dengan skrin yang lebih kecil serta tanpa skrin lengkung disisi.

Namun, di bahagian dalamnya kedua-dua model ini hampir sama. Samsung Galaxy S7 hadir dengan skrin sebesar 5.1 inci dengan resolusi Quad-HD.

Skrin hadapannya turut dilengkapi dengan lapisan Corning Gorilla Glass 4 serta fungsi “Always-On Display“.

Di Malaysia, kemungkinan besar akan menerima model dengan Pemproses Exynos 8890 Octa yang hadir dengan 32GB memori dalaman serta 4 GB RAM yang mana model Galaxy S7 dengan Pemproses Snapdragon 820 mungkin tidak akan dipasarkan di sini.

Untuk fungsi kamera, Samsung Galaxy S7 membawakan sesuatu yang baru dengan teknologi Dual-Pixel yang menekankan fungsi fokus yang lebih tepat, pantas dan lebih baik.

Peranti dengan kamera 12 Megapixel, F1.7, ini juga turut membawakan fungsi penstabilan imej OIS, Phase Detection Autofocus serta berkebolehan membuat rakaman video 4K, manakala di bahagian hadapan, kamera 5 Megapixel dengan Aperture F1.7.

Samsung Galaxy S7 membawakan ciri-ciri kalis air, pengimbas cap jari, pengimbas nadi, pengecasan pantas/tanpa wayar dan pelbagai lagi ciri unik yang sering diutamakan buat keluaran premium ini.

Ia telah memasuki pasaran pada 29 April dan boleh didapati dalam warna hitam, emas dan perak.

BACA INI JUGA: HTC 10 Terbaru BoomSound Kamera 12 UltraPixel

Sumber: Mynewshub.cc