Monday, March 07, 2016

Mahathir Lupa Sejarah - Awang Selamat

Mahathir Lupa Sejarah - Awang Selamat

Tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad keluar Umno dan bekerjasama dengan pembangkang disifatkan sebagai 'satu kesilapan besar' dalam sejarah politik pemimpin veteran itu.

Mahathir Lupa Sejarah

Menerusi ruangan pojok Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia, akhbar itu mendakwa Dr Mahathir sebagai lupa sejarah politik beliau dengan pimpinan DAP dan PKR yang begitu tebal permusuhannya.

"Meskipun dalam politik segala-galanya berkemungkinan namun realiti untuk padamkan episod hitam bukanlah mudah. Mereka akan terus dihantui rasa curiga dan waspada termakan jerat muslihat politik.

"Apatah lagi Dr Mahathir, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Penasihat PKR (Datuk Seri) Anwar Ibrahim makin dimamah usia. Dimalukan dan gagal besar pada penghujung usia lagi sakit rasanya," tulisan Awang dipetik daripada akhbar edisi mingguan itu.

Malah, Awang juga mendakwa, selama ini Dr Mahathir merupakan pemimpin yang bertanggungjawab menjadikan DAP 'jijik' pada kaca mata orang Melayu.

"Lim tidak kurang dahsyatnya menghina, mentohmah dan mempersoalkan Dr Mahathir sepanjang perseteruan mereka.

"DAP menjadi hidup kerana anti Dr Mahathir yang dilabelkan zalim, menerajui kerajaan rasuah dan sebagainya.

"Malah DAP yang beliau kuasai mahu menangkap dan memenjarakan Dr Mahathir jika berkuasa satu hari nanti," katanya.

Perseteruan Mahathir - Anwar

Dalam ruangan pojok berkenaan, Awang turut mengungkit perseteruan Dr Mahathir dengan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini sedang dipenjarakan atas tuduhan liwat.

Beliau membangkitkan persoalan adakah bekas presiden Umno yang baru meninggalkan parti itu akan menarik kembali segala kenyataan dan label terhadap bekas ketua umum PKR itu.

Katanya, Dr Mahathir juga terlupa, disebabkan sokongan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, beliau menang dalam percaturan dengan pasukan B diketuai Tengku Razaleigh Hamzah ketika kemuncak krisis pertama yang membawa kepada penubuhan Semangat 46.

Pada masa sama, beliau turut memuji pimpinan PAS terutama Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana 'tidak termasuk dalam perangkap DAP'.

BACA INI JUGA: Undi Tidak Percaya Dipanggil Pemindahan Politik, Bukannya 'Guling Kerajaan'!

Sumber: Malaysiakini

Teks Penuh Tuntutan Deklarasi Rakyat

Teks Penuh Tuntutan Deklarasi Rakyat

Berikut adalah teks penuh Deklarasi Rakyat yang dibaca oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di majlis deklarasi anti-Najib Jumaat lalu:

Deklarasi Rakyat [2]

1. Kami, warga Malaysia seperti nama-nama berikut ingin menyatakan kebimbangan kami terhadap keadaan politik, ekonomi dan sosial dalam negara.

2. Kami ingin menarik perhatian rakyat Malaysia terhadap kerosakan yang telah dilakukan kepada negara di bawah pentadbiran Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak.

3. Di bawah pentadbirannya negara jatuh tersenarai sebagai salah satu daripada 10 negara yang paling banyak mengamalkan rasuah mengikut laporan Ernst and Young Asia Pacific Fraud Survey Report Series 2013. Malaysia juga telah jatuh empat anak tangga Indeks Persepsi Rasuah 2015, dari 50 ke 54.

4. Ini adalah kerana dianya percaya yang wang tunai boleh memastikan kedudukannya sebagai Perdana Menteri Malaysia. Dia percaya bahawa duit adalah segala-galanya - "Cash is King".

5. Peruntukan kepada semua Kementerian dan institusi awam termasuk universiti telah dikurangkan kerana ketandusan kewangan. Walaupun telah diperuntukkan, tidak ada sumber kewangan.

6. Pada tahun 2009, beliau telah menubuhkan satu Dana Kekayaan Negara (Sovereign Wealth Fund) bertujuan untuk menjana pendapatan bagi Kerajaan.

7. Dia menubuhkan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kemudiannya dibebani hutang sebanyak RM42 bilion yang tidak dapat ditanggung. Ia tidak lagi menjadi Dana Kekayaan. Sebaliknya Dana Hutang Negara.

8. 1MDB telah meminjam RM20 bilion untuk membeli tiga janakuasa elektrik pada harga RM12.1 bilion, melebihi harga pasaran. Walaupun diberi kontrak untuk membina janakuasa baru selain lanjutan bagi konsesi yang hampir tamat, syarikat-syarikat janakuasa 1MDB ini telah dijual pada harga RM9.83 bilion dengan kerugian berjumlah RM2.27 bilion.

9. 1MDB juga telah melabur atau meminjamkan sebanyak US$1.83 bilion kepada Petrosaudi International (PSI) Limited diantara 2009 dan 2011 di dalam projek-projek dan aset yang tidak wujud. Bank Negara Malaysia telah meminta supaya 1MDB membawa pulang semula wang tersebut ke Malaysia kerana kebenaran yang diberi untuk pelaburan berdasarkan kepada maklumat yang tidak tepat. Daripada jumlah ini, sebanyak US$1.45 bilion telah secara langsung atau tidak langsung disalurkan kepada syarikat Good Star Limited dan lain-lain syarikat dibawah penguasaan Low Taek Jho.

10. Untuk menutup kehilangan wang tersebut, 1MDB telah melupuskan pelaburan dan Pinjaman ke PSI untuk US$2.318 bilion, dengan mendakwa yang ianya telah membuat keuntungan sebanyak US$488 juta. Bagaimanapun, tidak ada sesen pun daripada jumlah ini yang dipulangkan ke Malaysia. Sebaliknya 1MDB mendakwa yang wang tersebut telah dilabur di dalam dana di Kepulauan Caymans, yang kemudiannya telah di bongkar sebagai sebuah firma pengurusan pelaburan tidak berlesen. KPMG telah disingkir sebagai juruaudit 1MDB kerana enggan mengesahkan nilai pelaburan dana Caymans yang penuh misteri.

11. 1MDB mendakwa juga yang pelaburan di Kepulauan Caymans ini telah pun ditebus sepenuhnya. Sebanyak US$1.22 bilion telah dilaporkan ditebus pada 5hb November 2014, tetapi telah digunakan pada hari yang sama untuk membayar ganti rugi kepada Aabar Investments PJS. Ini merupakan gantirugi kerana menamatkan opsyen yang diberi kepada Aabar untuk membeli 49 peratus saham di dalam syarikat-syarikat janakuasa 1MDB. Ini merupakan satu penipuan kerana, syarikat induk Aabar, International Petroleum Investment Corporation (IPIC), tidak pun menyebut tentang penerimaan pembayaran tersebut di dalam akaunnya yang diaudit dan tersiar di London Stock Exchange. Sebaliknya akaun IPIC menyebut bahawa 1MDB terhutang sejumlah US$481 juta kepadanya kerana penamatan opsyen tersebut.

12. 1MDB juga telah mengambil hutang berjumlah US$975 juta daripada konsortium Deutsche-Bank pada bulan September 2014, untuk tujuan yang sama iaitu membayar ganti rugi kepada Aabar. Akhbar the Wall Street Journal membongkar bahawa wang tersebut telah digunakan untuk membayar pihak lain di British Virgin Islands yang mempunyai nama yang lebih kurang sama iaitu, "Aabar Investment PJS Limited", yang dimiliki oleh pihak yang tidak ada kena mengena dengan IPIC. Penipuan licik ini telah berjaya memperdayakan juruaudit 1MDB, Deloitte Malaysia yang mempercayai bahawa bayaran telah pun diterima Aabar kepunyaan IPIC.

13. 1MDB mengumumkan bahawa ia telah membuat tebusan kedua dan terakhir berjumlah RM1.1 bilion daripada pelaburan di Kepulauan Cayman pada bulan Januari 2015. Pada mulanya Perdana Menteri memaklumkan kepada Parlimen bahawa jumlah tersebut telah dimasukkan ke dalam Bank BSI di Singapura. Dua bulan kemudian, pada bulan Mei 2015, dia memberitahu Parlimen bahawa, ianya bukanlah di dalam bentuk wang tunai, tetapi aset. Kemudian, dijelaskan pula yang aset-aset ini merupakan "unit" yang bermakna bahawa ianya tidak pun ditebus. Ini membuktikan yang 1MDB dan Perdana Menteri telah berulang-kali menipu rakyat Malaysia. Ianya juga bermakna bahawa wang yang dilaburkan di dalam Petrosaudi yang kemudiannya dilabur semula di Kepulauan Caymans, masih lagi hilang dan tidak dapat diperakukan.

14. Seorang bekas naib ketua bahagian UMNO Batu Kawan telah membuat laporan polis berkenaan kehilangan sejumlah wang yang besar oleh 1MDB. Tiada sebarang siasatan dilakukan polis. Sebaliknya pengadu telah disoal-siasat polis, ditahan dan didakwa di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kerana mensabotaj ekonomi negara. Peguam beliau juga ditahan dan didakwa dibawah Akta yang sama. Ini menakutkan sesiapa sahaja yang ingin melapor pada Polis berkenaan dengan 1MDB.

15. Akhbar Wall Street Journal melaporkan yang Najib mempunyai US$681 juta Dolar di dalam akaun peribadinya di Ambank.

16. Najib pada mulanya menafikannya, tetapi kemudian mengakui bahawa dianya mempunyai sejumlah wang yang banyak di dalam akaun peribadinya. Dia mendakwa menerima derma dari seorang Arab, kemudian ianya menjadi derma untuknya memenangi Pilihanraya Umum ke-13, kemudian pula menyatakan ianya adalah kerana dedikasi beliau menentang keganasan. Dia kemudiannya mendakwa menerima duit berkenaan daripada seorang Putera Raja Arab Saudi, dan kemudian daripada Raja Arab Saudi yang telah mangkat.

17. Kemudian seorang Menteri Arab Saudi menyatakan bahawa tidak terdapat apa-apa rekod berkenaan sebarang hadiah daripada Arab Saudi. Beliau mencadangkan bahawa wang tersebut mungkin merupakan pelaburan. Tetapi jumlahnya kecil.

18. Najib menyatakan hasrat untuk menyaman Wall Street Journal di mahkamah tetapi dia tidak berbuat apa-apa. Sebaliknya dia meminta peguamnya bertanya kepada Wall Street Journal kenapa akhbar itu menyiarkan laporan tersebut.

19. Hingga ke hari ini WSJ berterusan mengeluarkan laporan demi laporan dengan fakta terperinci berkenaan dengan duit sejumlah US$681 juta yang terdapat di dalam akaun peribadinya. Dianya masih tidak mengambil tindakan saman terhadap WSJ, sesuatu yang boleh dilakukan di negara di mana WSJ diterbitkan.

1MDB+Money+Trail

20. Khuatir dan syak dengan jumlah wang banyak dalam akaun peribadi Najib, satu pasukan petugas ditubuhkan di Malaysia untuk menyiasat sumber wang tersebut. Empat institusi Kerajaan terlibat, Polis Di Raja Malaysia, Peguam Negara, Bank Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

21. Belum pun pasukan petugas berjaya selesaikan tugasan mereka, Peguam Negara disingkir oleh Najib atas alasan beliau sakit dan tidak mampu meneruskan tugasannya. Secara terang Najib telah memberi gambaran yang tidak benar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan Tuanku bagi menggantikan Peguam Negara, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dilumpuhkan apabila pengerusi serta beberapa ahlinya dipindahkan oleh Najib bagi menghalang penyiasatan keatas 1 MDB. Pengerusi baru, kenalan Najib dilantik dan beliau secara spontan menyatakan yang Najib tidak melakukan apa-apa kesalahan.

22. Najib kemudian melantik Peguam Negara baru. Peguam Negara baru menolak cadangan Bank Negara untuk tindakan diambil sambil mendakwa yang tidak ada apa-apa di dalam laporan tersebut yang menunjukkan bahawa Najib melakukan kesalahan.

23. Rayuan Bank Negara tidak diendahkan.

24. Peguam Negara yang baru juga menolak lagi satu laporan daripada SPRM. Kandungan laporan tidak didedahkan dan ancaman dibuat terhadap pendedahan laporan tersebut.

25. Peguam Negara baru juga tanpa penjelasan yang munasabah menolak cadangan dari dua institusi yang mempunyai kuasa dan kepakaran dalam bidang mereka.

26. Penolakan ini juga menghalang perkara tersebut dibawa ke mahkamah di mana semua bukti dapat diketengahkan dan dibicarakan. Dengan ini Peguam Negara memain peranan sebagai pendakwa dan juga hakim. Proses undang-undang terhalang.

27. Timbalan Perdana Menteri yang disingkir kemudian mendedahkan yang peguam Negara yang lama telah menunjuk bukti kesalahan yang dilakukan Najib bersangkutan skandal-skandal tersebut. Di masa yang sama, beberapa agensi Kerajaan asing, iaitu Switzerland, Singapura, Amerika Syarikat, Hong Kong dan Britain, telah memulakan siasatan ke atas 1MDB.

28. Akhbar di Malaysia ditapis menyebabkan rakyat lebih bergantung kepada laporan media asing. Tetapi apabila rakyat berbincang atau menulis berdasarkan laporan media asing, Kerajaan menerusi Ketua Polis Negara menjemput sesiapa sahaja untuk membuat laporan polis agar polis dapat menjalankan soal siasat terhadap orang itu.

29. Ini bercanggah dengan kegagalan polis menyiasat laporan polis yang dibuat terhadap Najib, Jho Low dan laporan Bank Negara dan SPRM kepada Peguam Negara. Peguam Negara juga mengugut untuk jatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan 10 sebatan rotan terhadap sesiapa yang bertindak membocor maklumat Kerajaan. Ini bermakna yang kesalahan jenayah di dalam pentadbiran Kerajaan pun akan dilindung daripada pengetahuan awam.

30. Peguam Negara mengumumkan bahawa sebahagian daripada sejumlah RM2.6 bilion (sebanyak RM2.3 bilion) telah dipulangkan kepada Arab Saudi. Selain daripada kenyataan ini tiada bukti lain yang dikemukakan.

31. Rakyat juga semakin menderita.

32. GST yang dikenakan Najib, kenaikan kadar tol lebuhraya, kesemuanya mengakibatkan kenaikan kos sara hidup, memaksa perniagaan ditutup, menyebabkan industri kepunyaan asing menghentikan operasi dan berpindah kepada negara lain. Ini mengakibatkan peningkatan kadar pengangguran.

33. Walaupun rakyat membantah, Najib tetap menyertai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) Amerika yang mengikis hak kita untuk membuat dasar dan undang-undang yang sesuai bagi negara kita.

34. Hari ini imej Malaysia amat buruk sekali. Selain diklasifikasikan antara 10 negara terburuk mengamalkan rasuah, Malaysia juga dianggap tidak demokratik. Hak kebebasan bersuara juga kebebasan akhbar terhalang, dan rakyat hidup dalam ketakutan ditangkap dan ditahan. Akta Majlis Keselamatan Negara digubal untuk memberikan Perdana Menteri dan bukan Yang di-Pertuan Agong kuasa mengisytiharkan sesuatu kawasan itu sebagai kawasan keselamatan dimana sesiapa sahaja boleh ditangkap dan ditahan tanpa bicara dan didakwa dibawah prosidur yang melanggar batas keadilan yang diterima.

35. Sebaliknya pula jika berlaku kesilapan datam penggunaan Akta ini oleh pegawai Kerajaan, atau di mana terdapat salahguna kuasa, rakyat tidak boleh mengambil apa bentuk tindakan terhadap mereka. Whistleblowers, atau pemberi maklumat, diganggu dan dihukum, dan bukannya diberi perlindungan. Undang-undang lain digunakan yang menyekat kebebasan bersuara menegur salahlaku. Hak asasi yang termaktub di dalam Perlembagaan persekutuan tidak lagi membawa apa-apa makna.

36.0leh kerana sebab-sebab ini, kami rakyat Malaysia seperti yang tertera bersetuju dan menyokong

a) Penyingkiran Dato' Sri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia menerusi saluran yang aman dan mengikut undang-undang yang dibenarkan.

b) Penyingkiran semua mereka yang bersekongkol dengannya.

c) Pemansuhan semua undang-undang dan perjanjian baru yang Jelas melanggar hak asasi yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan dan melemahkan polisi terpilih, dan

d) Pemulihan integriti institusi yang telah dilemahkan, seperti polis, SPRM, Bank Negara dan PAC.

37. Kami menyeru kepada semua rakyat Malaysia, tidak mengira kaum, agama, politik, kepercayaan atau parti, tua atau muda, marilah bersama-sama kami selamatkan Malaysia daripada Kerajaan yang dipimpin Dato Seri Najib untuk membuka jalan kepada mereformasikan institusi demi proses demokrasi dan memulihkan prinsip pengasingan kuasa diantara eksekutif, legislatif dan kehakiman yang akan memastikan kebebasan, kredibiliti, profesionalisme serta integrity institusi-institusi nasional.

BACA INI JUGA: Hebatnya Tun Mahathir Kerana Tak Usik Perut Rakyat

Sumber: Malaysiakini

Mampukah Dosa Mahathir Dipadamkan?

Mampukah Dosa Mahathir Dipadamkan?

Ulasan Tun Mahathir sekali lagi membuka lembaran baru dalam sejarah politik negara apabila mengambil keputusan bersama barisan pembangkang dalam usahanya 'menggulingkan' perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Deklarasi Rakyat [3]

Langkah yang diambil Mahathir mengejutkan sesetengah orang, sama ada di kalangan pendukungnya atau pembencinya sendiri. Namun bagi mereka yang memahami realiti dan sepak terajang politik, kemunculan Mahathir untuk duduk semeja dengan pemimpin pembangkang bukanlah suatu perkara aneh.

Seperti ungkapan Inggeris, in politics, there is no permanent friends or enemy. Only permanent interests.

Tidak ada musuh yang kekal di dalam politik, yang kekal hanya kepentingan bersama. Hari ini boleh menjadi kawan, esok boleh menjadi lawan dan begitulah sebaliknya.

Lama dahulu, Mahathir juga pernah melakukan perkara sama apabila berada sepentas dengan PAS dalam menggasak perdana menteri pertama ketika itu, Tunku Abdul Rahman melepaskan jawatannya.

Mahathir sekali lagi dilihat 'bersetuju' dengan pembangkang ketika mendesak Tun Abdullah Ahmad Badawi berundur bagi membolehkan Datuk Seri Najib Razak dinaikkan.

Maka tindakannya keluar Umno baru-baru ini bukan perkara baru bagi tokoh yang mempunyai pengalaman politik dan pernah menerajui negara selama lebih dua dekad itu.

Tetapi tidak seperti Abdullah, Najib nampaknya terlalu liat untuk dikalahkan Mahathir. Asakan demi asakan Mahathir terhadap skandal menyelubungi Najib - daripada isu 1MDB sehingga kepada derma politik RM2.6 bilion seakan-akan tidak lut kepada batang tubuh Najib.

Tindakan Najib terhadap pengkritiknya dilihat keras dan drastik, bahkan ada yang berpendapat meniru gaya pemerintahan Mahathir sendiri.

Dengan penukaran Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai peguam negara, tekanan terhadap penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Gabenor Bank Negara, Najib dianggap terlalu kebal daripada tindakan.

Tiada cara lain bagi Mahathir

Maka Mahathir tidak mempunyai cara lain untuk 'menggulingkan' Najib melainkan bersama-sama gerakan pembangkang, bermula dengan mengisytiharkan dirinya keluar Umno. Ramai melihat ini kemuncak kemarahan Mahathir selepas anaknya Mukhriz dipaksa berundur sebagai menteri besar Kedah.

Manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang 'sekapal' dengan Mahathir juga menerima nasib yang sama apabila digantung jawatannya sebagai orang nombor dua dalam Umno.

Kejutan-kejutan politik terus berlaku kemudiannya.

Seruan Mahathir untuk 'Selamatkan Malaysia' disambut pula oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara Sungai Buloh.

Bagi sesetengah orang, ia mungkin ironi bagi Anwar untuk memberikan sokongan kepada individu yang pernah menyebabkan dia didakwa dan dipenjarakan.

Namun, Anwar mungkin mempunyai sebab tersendiri berbuat demikian. Dalam kenyataan dari penjara, Anwar menegaskan sokongannya kepada parti politik, masyarakat sivil dan Mahathir yang menuntut peletakan jawatan perdana menteri.

Beliau menggariskan penolakan terhadap Najib perlu disertakan dengan reformasi total terhadap institusi negara yang disifatkan sudah retak dan parah. Lantaran itu termeterailah deklarasi rakyat yang ditandatangani Jumaat lalu.

Berbeza pula bagi pemimpin Umno, tindakan Mahathir 'bersekongkol' dengan pemimpin pembangkang khususnya DAP dan PKR dilihat sebagai suatu pengkhianatan terhadap 'Umno, bangsa dan negara'.

Apa kaedahnya?

Deklarasi yang ditandatangani 58 individu itu menyenaraikan beban kesilapan Najib dalam mengendalikan negara, khususnya skandal kewangan besar yang terpalit dengannya.

Bagaimanapun ia tidak menjelaskan secara holistik tentang kaedah dan bagaimanakah Najib akan diundurkan. Apakah strategi dan mekanisme yang digunapakai. Siapakah pula yang akan menggantikan Najib. Dan adakah ia akan sekali lagi melalui proses demokrasi selepas cubaan undi tidak percaya gagal di parlimen.

Justeru itu deklarasi itu dilihat tidak lebih sekadar menggembeleng kekuatan dan sokongan pembangkang terhadap Mahathir semata-mata, sekurang-kurangnya buat masa ini, dengan apa yang dinamakan sebagai agenda bersama 'demi menyelamatkann Malaysia'.

Umum masih tidak dapat melihat dengan jelas bagaimanakah Najib boleh disingkirkan menerusi deklarasi itu. Cengkaman Najib terhadap kabinet dan Umno (termasuk MT dan ketua-ketua bahagian) dilihat terlalu kuat dan bukan mudah untuk dipatahkan.

Pada masa ini peluang Mahathir (dan pembangkang) untuk menyingkirkan Najib hanyalah melalui beberapa cara, iaitu dengan mendesak perdana menteri mencadangan kepada Yang di-Pertuan Agong membubarkan parlimen atau membuktikan perdana menteri hilang majoriti dalam Dewan Rakyat melalui usul undi tidak percaya.

Yang di-Pertuan Agong sendiri tidak mempunyai kuasa mutlak untuk memecat Najib.

Mampukah dosa Mahathir dipadamkan?

Bagi kalangan pengkritik deklarasi ini, mereka menuntut Mahathir mengakui kesilapan lalu dengan melakukan reformasi menyeluruh terhadap sistem yang telah dirosakkan, bukan semata-mata memenuhi keinginan dan dendam peribadi terhadap Najib.

Mereka mengungkit dosa-dosa lalu Mahathir seperti campur tangan terhadap badan kehakiman, penggunaan akta drakonian untuk menangkap pengkritiknya, juga amalan kronisme yang didakwa diamalkan sepanjang memegang jawatan itu.

Di kalangan pengkritik Mahathir, 'dosa-dosanya' meruntuhkan institusi utama negara inilah yang diteruskan legasi Najib pada masa ini.

Justeru apabila menyebut 'reformasi total' ia berbalik semula kepada deklarasi bersama yang dibacakan Mahathir sendiri, Jumaat lalu.

Antara lain, deklarasi itu menyebut pemulihan integriti institusi yang telah dilemahkan, seperti polis, SPRM, Bank Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Selain itu ia juga merumuskan untuk pemansuhkan semua undang-undang baru yang didakwa melanggar perlembagaan di bawah pentadbiran Najib.

Justeru pandangan kini sudah pasti tertumpu kepada Mahathir, parti pembangkang dan kumpulan masyarakat sivil bagi merealisikan deklarasi berkenaan.

Ujian terbesar Mahathir pastinya bagi meyakinkan rakyat dan ahli Umno, apakah beliau benar-benar jujur untuk melakukan perubahan, atau sekadar mahu menjatuhkan kepimpinan perdana menteri.

Ujian bagi pembangkang pula adalah meyakinkan penyokongnya, bahawa pemilihan Mahathir mengetuai perubahan itu adalah tepat pada waktunya sebelum meminta mereka melupakan segala kesalahannya yang lampau.

Apapun, rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa umumnya sudah pasti ternanti-nanti lanjutan daripada episod politik yang sedang ditayangkan kepada mereka.

BACA INI JUGA: Tun Mahathir Mengaku Pernah Simpan Duit Umno Dalam Akaun Peribadi

Sumber: Malaysiakini

Sunday, March 06, 2016

Deklarasi Rakyat

Deklarasi Rakyat

Deklarasi yang dinamakan ‘Citizen’s Declaration’ atau ‘Deklarasi Rakyat’ itu ditandatangani bagi memberi tekanan kepada perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meletak jawatan.

Deklarasi Rakyat

Deklarasi itu mengandungi empat tuntutan:

1. Penyingkiran Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia tanpa menggunakan kekerasan dan undang-undang yang dibenarkan

2. Menyingkirkan semua orang yang bekerjasama dengannya

3. Pemansuhan semua undang-undang dan perjanjian yang dibuat baru-baru ini yang melanggar hak-hak asasi yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan dan melemahkan pilihan dasar

4. Mengembalikan integriti institusi yang telah dilemahkan, seperti polis, SPRM , Bank Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Deklarasi itu ditandatangani 58 pemimpin dan bekas pemimpin.

Berikut senarai mereka yang menandatangani deklarasi tersebut:

1. Tun Dr Mahathir Mohamad
2. Tun Dr Ling Liong Sik
3. Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
4. Tan Sri Muhyiddin Yassin
5. Tengku Razaleigh Hamzah
6. Datuk Seri Mukhriz Mahathir
7. Mohamad Sabu
8. Lim Kit Siang
9. Mustafa Ali
10. Datuk Ambiga Sreenivasen
11. Datuk Seri Zaid Ibrahim
12. Nurul Izzah Anwar
13. Datuk Mahfuz Omar
14. Tan Sri Sanusi Junid
15. Datuk Kamaruddin Jaafar
16. Tan Sri Muhammad Muhammad Taib
17. Tan Sri Samsuri Arshad
18. Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman
19. Tan Sri Abu Talib Othman
20. Tan Sri Aziz Yassin
21. Ariff Sabri
22. Teresa Kok
23. Anthony Loke
24. Tian Chua
25. Datuk Seri Ahmad Said
26. Datuk A. Kadir Jasin
27. Salahuddin Ayub
28. Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa
29. Datuk Husam Musa
30. Dr Hatta Ramli
31. Rafizi Ramli
32. Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Ghazali
33. Dr Mariah Mahmud
34. Datuk Raja Kamarul Bahrin
35. Dr Dzulkifli Ahmad
36. Datuk Saifudin Nasution Ismail
37. Datuk fauzi Andul rahman
38. Datuk Seri Panglima Lajim Haji Ukin
39. Al-Fadhil Ustaz Hassanudin Haji Yunus
40. Haji Mohamad Anuar Mohamad tahir
41. Maria Chin Abdullah
42. Cynthia Gabriel
43. Dr Syed Azman
44. Tommy Thomas
45. Datuk Hamidah Osman
46. Kamarul Azman Habibur Rahman
47. Datuk Omar Osman
48. Syed Saddiq Syed Abdul rahman
49. Zaid Mat Arip
50. Tamrin Tun Ghafar
51. Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan
52. Puan Anina Saadudin
53. Tun Daim Zainuddin
54. Datuk Seri Shafie Apdal
55. Tan Sri Zaman Khan
56. Matthias Chang
57. Hishammudin Rais

Antara bekas pemimpin kanan yang hadir adalah bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir, bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik, dan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.

Sementara itu, antara pemimpin pembangkang yang hadir pula adalah penasihat DAP Lim Kit Siang, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu, Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub dan Ketua Penerangan Pas Datuk Mahfuz Omar.

BACA INI JUGA: 'Kami Sekarang Diambang Krisis 1998 Yang Tun Berjaya Tangani'

Sumber: Astroawani.com

6 Watak Superhero Yang Bukan Lagi Hak Milik Marvel

6 Watak Superhero Yang Bukan Lagi Hak Milik Marvel

Pada awalnya setiap watak superhero dalam dunia Marvel adalah berhubung kait antara satu sama lain. Mereka dihubungkan dalam satu rangkaian yang dipanggil ‘Marvel Universe’.

Marvel Universe

Jika anda pengikut setia Marvel sejak dari komik lagi, anda pasti tahu bahawa setiap watak superhero Marvel bebas membuat cameo appearance antara satu sama lain.

Masalah timbul apabila ada superhero yang tidak lagi berada dalam Marvel Universe. Sejak tahun 1985, franchise filem superhero di offer kepada studio-studio besar seperti Sony Pictures, 20th Century Fox dan banyak lagi untuk memdapat duit pantas.

Ini menyebabkan Marvel Universe kucar-kacir dan menjadi sebab utama kenapa ada watak-watak tidak dapat beraksi sesama sendiri dalam satu filem yang sama.

Marvel Universe [2]

Spider-Man sebagai contoh adalah ahli Avengers tetapi beliau tidak dapat menyertai gengnya yang lain seperti Iron Man dan Thor dalam franchise filem Avengers kerana masalah copyright ini.

Tetapi dalam satu perkembangan terbaru, Sony Pictures sudah bersedia untuk melepaskan Spider-Man kembali ke pangkuan Avengers.

Marvel hanya mampu melihat kejayaan franchise Spider-Man dan baru-baru ini, Deadpool. Setiap studio berpegang kuat pada franchise yang mereka beli kerana mereka tahu nilai setiap franchise ini sangat tinggi.

Jadi, mari kita lihat senarai superhero yang dilepaskan oleh Marvel.

1. Spider-Man (Sony Pictures)

Spider-Man (Sony Pictures)

Lapan tahun sebelum tercipanya Marvel Studios, Marvel menjual hak cipta Spider-Man kepada sony Pictures.

Sejak itu, kejayaan demi kejayaan terhasil dari franchise Spiderman ini. Franchise filem Spider-Man dimulakan oleh pelakon Tobey Maguire namun Amazing Spider Man (dilakonkan oleh Andrew Garfield) sedikit kurang mendapat sambutan.

Walau bagaimanapun, ianya tetap antara franchise filem superhero yang berjaya.

Baru-baru ini, satu perjanjian telah dibuat dengan Marvel di mana Spider-Man boleh kembali ke Marvel (Yeah!).

Sony boleh terus membuat filem Spider-Man dan memilih sendiri pelakon untuk Spider-Man dan setiap studio (Marvel dan Sony) dapat menyimpan kutipan jualan karya Spider-Man yang mereka buat.

Setelah melihat teaser terbaru filem Captain America: Civil War, kelibat Spider-Man masih tidak kelihatan. Mungkin Spider-Man akan muncul dalam filem Marvel yang lain. Kemungkinan besar dalam Avengers.

2. The Fantastic Four (20th Century Fox)

The Fantastic Four (20th Century Fox)

20th Century Fox mempunyai harapan yang tinggi untuk filem The Fantastic Four memberi pulangan yang besar kepada studio itu.

Tetapi nampaknya setakat ini The Fantastic Four masih tidak membuahkan hasil walaupun Fantastic Four yang pertama dilakonkan oleh pelakon terkenal Jessica Alba dan Chris Evans (Chris sekarang ini menggalas tugas menjadi Captain America).

Tahun 2015, Fox membuat reboot siri ini pada tahun 2015 namun ianya tetap juga tidak mendapat sambutan.

Bagaimanapun, Fox sudah membuat sekuel untuk The Fantastic Four ini yang akan keluar pada tahun 2017 dengan harapan sekuel ini akan membawa kejayaan.

Perjanjian Fantastic Four ini agak pelik kerana apabila sebarang watak baru muncul dalam siri komik The Fantastic Four, watak itu akan terus menjadi hak milik 20th Century Fox.

Jadi ada sumber menyatakan pelukis komik The Fantastic Four dilarang mencipta watak baru bagi siri itu disebabkan oleh perjanjian ini.

3. X-Men (20th Century Fox)

X-Men (20th Century Fox)

Bagi saya, inilah franchise paling hebat yang dijual Marvel kepada 20th Century Fox. Wolverine adalah antara watak paling prominent dan paling terkenal dalam siri X-Men. Jadi ianya satu kehilangan besar dalam Marvel Universe tanpa Wolverine.

Filem X-Men yang pertama pada tahun 2000, arahan Bryan Singer adalah filem yang memulakan trend filem superhero ini.

Seperti biasa, perjanjian berkenaan X-Men ini juga pelik. Fox secara mutlak memiliki hak perkataan ‘mutant’. Dan dengan ini, mereka mempunyai hak dengan semua karakter X-Men (kerana kesemua mereka mutant) dan beberapa watak Marvel yang lain.

Marvel pula mempunyai hak untuk semua watak The Avengers. Jadi dua watak ini, Quiksilver dan Scarlet Witch diberi pelepasan oleh Fox untuk digunakan dalam filem Avengers: Age Of Ultron.

Tetapi disebabkan perkataan mutant adalah hak milik Fox, asal usul Quiksiver dan Scarlett Witch perlu diubahsuai oleh Marvel.

Pada asalnya mereka adalah mutant anak didik Magneto, tetapi dalam filem Age Of Ultron, kedua mereka adalah mangsa eksperimen Hydra.

Jadi disebabkan itu, Quiksilver dalam filem Age Of Ultron dan X-Men: Days Of The Past sangat berlainan. Personally, saya lebih suka Quiksilver dalam filem X-Men. Lebih cool.

4. Namor (Universal Pictures)

Namor (Universal Pictures)

Namor adalah antara watak Marvel Universe paling lama. Dikenali juga sebagai The Sub-Mariner, Namor telah wujud sejak tahun 1939. Namor juga adalah tandingan kepada watak DC Comics, Aquaman yang kini sedang dalam proses pengambaran.

Sebenarnya Namor tidak dimiliki secara total oleh Universal mahupun Marvel. Ada kontrak yang tidak lengkap mengenai siapa pemilik sah hak cipta Namor ini.

Universal dan Marvel perlu menyelesaikan masalah ini supaya Sub-Mariner juga berpeluang untuk mendapat filemnya sendiri.

5. Silver Surfer (20th Century Fox)

Silver Surfer (20th Century Fox)

Alien dari angkasa ini membuat penampilan pertama dalam filem The Fantastic Four: The Rise Of Silver Surfer. Peranan Silver Surfer sebenarnya lebih besar dan wataknya tidak boleh tamat setakat dalam filem Fantastic Four ini sahaja.

Mengikut satu laporan, pada tahun 2012, Marvel Studios dilaporkan menghantar satu perjanjian kepada Fox untuk membuat pertukaran watak Daredevil untuk Silver Surfer.

Jika ianya menjadi kenyataan, Silver Surfer mungkin boleh muncul dalam franchise filem Guadians Of The Galaxy atau mana-mana filem Marvel yang lain. Marvel nampak potensi yang besar dalam watak Silver Surfer ini.

6. Deadpool (20th Century Fox)

Deadpool (20th Century Fox)

Kejayaan franchise ini sudah boleh dijangka kerana watak Deadpool sendiri yang tidak serius dan gila-gila. Peminat komik sebenarnya tidak berpuas hati dengan kemunculan awal Deadpool dalam filem X-Men: Origins Wolverine. Wataknya sangat kecil dan tidak memadai.

20th Century Fox sedar akan kemampuan sebenar Deadpool dan memberi filem stand-alone kepada Deadpool.

Ryan Reynolds kembali memegang watak Deadpool dan dilakonkan dengan baik oleh Ryan. Fox sudah mengesahkan sekuel untuk filem ini dan kemungkinan besar untuk Deadpool muncul dalam Franchise X-Men satu hari nanti juga sangat tinggi.

Dalam versi komik, Deadpool dan Spiderman adalah kawan baik. Untuk melihat mereka dalam satu filem adalah sangat mustahil kerana faktor perbezaan hak milik. Jadi peminat hanya boleh berimaginasi tentang gandingan ini buat masa sekarang.

Itulah serba sedikit penjelasan berkenaan isu Marvel Universe ini. Ini adalah penjelasan secara general dan kemungkinan ada lagi watak yang menjadi masalah hak milik terhadap Marvel.

Marvel Universe Guide

Jika Marvel mahu mengembalikan keseimbangan dalam Marvel Universe, Marvel perlu membeli hak milik kesemua wataknya kembali. Ianya nampak mustahil kerana setiap studio ingin memegang hak milik franchise mereka dengan baik.

Anda juga boleh lihat diagram di atas untuk memudahkan anda memahami Marvel Universe yang sekarang ini. Enjoy!

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Watak Superman Di Cipta Sebagai Penyelamat Kaum Yahudi

Sumber: Thevocket

Tidur Tanpa Pakaian Petua Nenek Awet Muda!

Tidur Tanpa Pakaian Petua Nenek Awet Muda!

Seorang warga emas yang muncul dalam satu program TV memaparkan dirinya dan anak sedang menari kini menjadi viral kerana kecantikan yang dimilikinya.

Madam Qin Ling

Ini kerana dirinya tampak seperti wanita yang berumur 20 tahun tapi hakikatnya dia adalah seorang nenek yang sudah mejangkau usia separuh abad.

Faktor usia dan kecantikan adalah sesuatu yang sangat dititikberatkan oleh kaum wanita. Ramai tercari-cari rahsia untuk mengekalkan kecantikan dan awet muda menerusi pelbagai ubat-ubatan, pembedahan kosmetik dan seumpamanya.

Hal ini berbeza dengan Madam Qin Ling yang sudah berusia 50 tahun dan berasal dari Chongqing, China.

Madam Qin Ling [2]

Menurut asiaone.com petua kecantikan yang diamalkan oleh Madam Qin Ling hingga berjaya memperlahankan proses penuaannya adalah mengamalkan senaman seperti olahraga dan berhenti makan apabila perut mula merasa 80 peratus penuh.

Selain itu, dia turut mengamalkan tidur tanpa berpakaian sekali seminggu, mandi air panas dan memakai topeng muka buatan sendiri yang diperbuat daripada timun, yogurt, madu dan serbuk mutiara.

BACA INI JUGA: Wanita Kuat Seks 12 Tahun Lebih Muda?

Sumber: Mynewshub.cc

Saturday, March 05, 2016

6 Cara Suami Bantu Isteri Capai Klimaks

6 Cara Suami Bantu Isteri Capai Klimaks

Apakah posisi yang paling sesuai dan selesa untuk membantu isteri anda mencapai klimaks? Posisi hubungan seks penetratif mengikut keselesaan kedua-dua pihak. Posisi lelaki diatas atau missionary dikenal pasti mudah dan lebih sesuai.

Isteri Capai Klimaks
Gambar hiasan.

Dalam posisi ini, suami boleh mendekatkan ereksinya ke paras anggota sukit isteri dengan isteri melagakan paha sambil memegang dan menghalakan ereksi suami dipermukaan pembukaan faraj.

Ini supaya suami boleh meneruskan gerakan menolak dan mendayung ereksinya ke dalam faraj isteri.

Apabila ingin menukar posisi, anda berdua boleh mencuba posisi isteri di atas di mana isteri boleh menyalurkan ereksi ke dalam faraj dan menggerakkan punggungnya supaya zakar dapat bergerak di dalam corong faraj.

Posisi ini memudahkan wanita mencapai klimaks dengan cepat kerana geselan klitoris yang terdedah kepada zakar.

Hubungan seksual boleh dilakukan bila-bila masa dan tidak perlu dihadkan kecuali dalam keadaan kurang sihat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

TPPA, Mengapa Lebih Percaya Kepada Amerika?

TPPA, Mengapa Lebih Percaya Kepada Amerika?

Amerika adalah imperialis dan kolonialis yang licik. Ia superpower. Bangsa lain ada hambanya. Jepun, Arab Saudi, Jerman dan semua bangsa di dunia diperas ugutnya.

TPPA TRAP

Yang menguasai politik dan ekonomi Amerika ialah elit Yahudi yang mengikut Islam satu bangsa yang melakukan keroskan di bumi sepanjang masa. Setiap inci dunia ini mahu dikuasainya.

Mereka tahu Najib berdepan dengan berbagai kelemahan. Hutang negara yang bertimbun, ekonomi dan pentadbiran yang tidak terkawal, rasuah, penyelewengan kekayaan dan wang negara, skandal Altantuya.

Perdana menteri terlalu manja dan berbelanja mewah, membiarkan ketirisan. Mudah digula-gula dengan duit.

Jika dia sudah diketahui sedia menerima derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya, maka banyak mana lagi derma yang pernah diterimanya.

Apakah Amerika tidak boleh peras ugut dan menyuap orang yang suka bermewah? Bukan mustahil memerangkap sesiapa yang boleh diperangkap dan ia kemudian dipaksa buat apa yang disuruh dan jika tidak dituruti, CIA boleh mengenakan ancaman kepada kuasa.

Amerika membenarkan Hosni Mubarak dirasuah dan menyalahgunakan bantuan dari Amerika, kemudian hanya melihat Mubarak dijatuhkan secara malu.

Pemimpin Vietnam Selatan, Ngo Denh Diam dan Ngo Denh Who disuap dan digulingkan. Suharto juga jadi boneka yang dirosakkan oleh Amerika.

Tidak mustahil pemimpin BN sudah masuk perangkap Amerika. Ia mesti lebih suka mendengar kemahuan Amerika dari suara, nasihat dan bantahan rakyat sendiri.

Jika mahu selamat dan terus berkuasa, ikut arahan Amerika.

Rata-rata rakyat membantah. Pandangan dan teguran di Parlimen tidak dipedulikan kerana Najib berdalih mereka tidak mewakili kerajaan dan kemahuan rakyat teramai.

Ada yang bertanya, Vietnam itu teruk dibom Amerika tetapi mengapa ia setuju TPP. Kita kena faham Vietnam amat cemburu dengan pengaruh China. Bagi mengelakkan ia ditelan gergasi ekonomi China, ia perlukan perlindungan Amerika.

Apakah Malaysia juga diancam oleh kebangkitan China? Mungkin Amerika kata pada Najib begitu, tetapi Malaysia lebih selamat sekadar berbaik dengan Amerika tanpa menjadi sebahagian dari wilayah tak langsung Amerika.

BACA INI JUGA: Kisah Pembohongan Penjelajah-penjelajah Terkenal Dunia

Sumber: Harakahdaily

Lagak Menjengkelkan Bintang-bintang Tersohor Bollywood

Lagak Menjengkelkan Bintang-bintang Tersohor Bollywood

Nampak ramah dan mesra tetapi 'kemanisan' itu hanya apabila berhadapan dengan media agar berita yang disiarkan molek serta indah belaka.

Hakikatnya, ketika bersama kru produksi dan peminat, akan terserlah keperibadiaan sebenar mereka.

Itulah lakonan hebat segelintir bintang tersohor Bollywood yang terkenal dengan sikap menjengkelkan, degil dan tegas tidak bertempat bagi memastikan segala kehendak mereka dipenuhi pelbagai pihak.

Kareena Kapoor

Kareena Kapoor

Aktres yang juga isteri kepada aktor Saif Ali Khan ini bertuah kerana dilahirkan dalam keluarga seni yang sangat berpengaruh di Bollywood manakala keluarga mertuanya pula berdarah bangsawan.

Ibu mertuanya, Sharmila Tagore, adalah aktres popular 1960an.

Kareena yang mula berlakon pada usia belasan tahun sememangnya berjaya melakar kejayaan hebat dipentas seni Bollywood.

Dan kerana itulah, dia sesuka hati memilih rakan gandingan dan mereka mestilah pelakon gred A.

Dilimpahi tawaran berlakon sepanjang tahun, aktres ini khabarnya tidak akan sesekali berkongsi lensa kamera dengan pelakon gred B.

Disebabkan syarat melampau itu, dia menolak banyak tawaran daripada syarikat produksi.

Bukan itu saja, dia turut meletakkan syarat tidak akan berlakon adegan intim dengan hero dan sikap sombongnya melukakan hati banyak pihak termasuklah peminatnya.

Pernah suatu ketika di lapangan terbang, dia pernah memaki hamun peminat cilik yang mahu bergambar dengannya.

Akshay Kumar

Akshay Kumar

Bapa kepada dua cahaya mata ini meletakkan syarat tidak akan bekerja pada hari Ahad. Baginya, hari itu adalah waktunya berehat bersama keluarga.

Apapun yang berlaku dilokasi penggambaran, dia tidak akan bertolak ansur.

Bagaimanapun, syarat itu berbaloi kerana pada hari biasa, dia sangat komited dan menepati masa.

Akshay juga terkenal sebagai seorang yang sangat teliti dalam soal makanan bagi mengekalkan susuk tubuhnya yang sasa dan berotot.

Sonakshi Sinha

Sonakshi Sinha

Jika aktres lain tidak kisah menjayakan babak bercium di layar perak, Sonakshi pula enggan melakukannya.

Dia akan meletakkan syarat itu dalam kontraknya dengan syarikat prduksi. Ramai ternanti-nanti bilakah Sonakshi akan melanggar syarat yang diletakkan itu.

Pengarah manakah yang akan berjaya memujuk dan meleburkan prinsipnya?

Hrithik Roshan

Hrithik Roshan

Hrithik sangat menjaga bentuk tubuhnya dan bagi mengekalkan penampilan sasanya, dia akan membawa bersama tukang masak peribadinya tidak kira ketika penggambaran diluar negara mahupun ketika bercuti dengan keluarga.

Bagi melengkapkan lagi rutin penjagaan badannya, Hrithik akan meminta syarikat produksi menyediakan gimnasium bagi membolehkannya bersenam setiap hari.

Priyanka Chopra

Priyanka Chopra

Sememangnya terkenal dengan sikap besar kepala, aktres ini dikatakn pernah berang dengan pembantu fesyen terkenal, Mahish Malhotra, yang bertanggungjawab menyediakan bajunya untuk filem Anjaana Anjaani.

Dia dikatakan tidak berkenan dengan rekaan koleksi pakaian, gabungan warna dan material yang digunakan.

Bagi menyelesaikan masalah itu, Mahish terpaksa datang sendiri ke set penggambaran untuk memujuk Priyanka.

Ketika penggambaran filem biografi, Mary Kom, Priyanka juga dikatakan campur tangan dalam pembikinan karya itu sehingga mengundang rasa kurang senang sutradara Omung Kumar.

Begitulah ragam Bollywood, dek kerana pengaruh yang besar dalam industri, kemahuan mereka pasti sentiasa dituruti.

BACA INI JUGA: Rahsia Kecantikan Selebriti Bollywood

-SENTIASAPANAS.COM

Friday, March 04, 2016

Gula-gula Lolipop Sempena Nama Seekor Kuda!

Gula-gula Lolipop Sempena Nama Seekor Kuda!

Tahukah anda nama bagi gula-gula lolipop diambil sempena nama seekor kuda lumba.

Lolipop

Berdasarkan kepada beberapa rekod, gula-gula ini dipopularkan oleh seorang usahawan terkenal bernama George Smith.

Pada tahun 1931, syarikat rangkaian kedai gula-gula Bradley Smith yang mengeluarkan sejenis gula-gula melekit yang berbentuk bulat.

Disebabkan ia tidak ada nama, pemilik syarikat menamakan gula-gula ini sebagai lolipop sempena nama kuda lumba George Smith, Lolly Pop.

BACA INI JUGA: Menyembah Dewa, Asal Usul Sambutan Happy Birthday!

-SENTIASAPANAS.COM

'Kuasa' Wanita Menjadikan Lelaki Dungu!

'Kuasa' Wanita Menjadikan Lelaki Dungu!

Sudah terbukti, wanita mempunyai 'kuasa' untuk membuatkan lelaki menjadi dungu.

Women makes men stupid

Dalam satu eksperimen oleh saintis Belanda, lelaki didapati menunjukkan pencapaian paling teruk dalam ujian fungsi kognitif bila terdapat seorang wanita atau bila diberitahu bahawa terdapat seorang wanita dibilik sebelah.

Memandangkan lelaki secara semulajadinya sentiasa mencari peluang 'mengawan' untuk meneruskan spesisnya, respon pantas ini nampaknya menggangu kuasa mental mereka.

Bahagian paling menarik?

Lelaki tidak mampu memberi kesan yang sama pun kepada wanita!

BACA INI JUGA: Kisah Takut Bini Yang Lucu

Women makes men stupid [2]

-SENTIASAPANAS.COM