Friday, November 06, 2015

'Kami Sekarang Diambang Krisis 1998 Yang Tun Berjaya Tangani'


Peningkatan kos sara hidup yang semakin membebankan kini menyebabkan seorang pengguna Facebook meluahkan rintihannya kepada bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad bagi menyelamatkan kehidupan rakyat sekarang.

Tolong kami

Luahan pengguna yang bernama Redzuan Azariq mendedahkan betapa tertekan hidupnya kini malahan realiti buat rakyat Malaysia hari ini kerana nilai duit sekarang yang kian mengecil.

"Tun tolonglah kami Tun, betapa kami perlukan Tun saat ini, sekarang perbelanjaan kami sehari RM50, isi minyak RM30, makan tengah hari RM10, bayar parking RM10, habis RM50 sehari.

"Gaji kami RM2.5K (RM2,500) sahaja Tun, nak bayar sewa rumah, anak nak sekolah, bayar kereta dan macam-macam lagi. Kami sekarang diambang krisis tahun 1998 yang Tun berjaya tangani.

"Tapi sekarang, kami yang tangani sendiri dengan 'cut cost' kehidupan, makan sehari sekali contohnya, kami rindu Tun, dengarlah suara hati kami," tulisnya di Facebook.

‎Kenyataan Redzuan yang ditulis pada 9 Disember tahun lalu itu kini menjadi viral semula berikutan pelbagai siri kenaikan kos sara hidup rakyat kini.

BACA INI JUGA: Alangkah Mudahnya Menjadi Kaya

Sumber: Sinar Online

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon