Saturday, March 05, 2016

6 Cara Suami Bantu Isteri Capai Klimaks

6 Cara Suami Bantu Isteri Capai Klimaks

Apakah posisi yang paling sesuai dan selesa untuk membantu isteri anda mencapai klimaks? Posisi hubungan seks penetratif mengikut keselesaan kedua-dua pihak. Posisi lelaki diatas atau missionary dikenal pasti mudah dan lebih sesuai.

Isteri Capai Klimaks
Gambar hiasan.

Dalam posisi ini, suami boleh mendekatkan ereksinya ke paras anggota sukit isteri dengan isteri melagakan paha sambil memegang dan menghalakan ereksi suami dipermukaan pembukaan faraj.

Ini supaya suami boleh meneruskan gerakan menolak dan mendayung ereksinya ke dalam faraj isteri.

Apabila ingin menukar posisi, anda berdua boleh mencuba posisi isteri di atas di mana isteri boleh menyalurkan ereksi ke dalam faraj dan menggerakkan punggungnya supaya zakar dapat bergerak di dalam corong faraj.

Posisi ini memudahkan wanita mencapai klimaks dengan cepat kerana geselan klitoris yang terdedah kepada zakar.

Hubungan seksual boleh dilakukan bila-bila masa dan tidak perlu dihadkan kecuali dalam keadaan kurang sihat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

TPPA, Mengapa Lebih Percaya Kepada Amerika?

TPPA, Mengapa Lebih Percaya Kepada Amerika?

Amerika adalah imperialis dan kolonialis yang licik. Ia superpower. Bangsa lain ada hambanya. Jepun, Arab Saudi, Jerman dan semua bangsa di dunia diperas ugutnya.

TPPA TRAP

Yang menguasai politik dan ekonomi Amerika ialah elit Yahudi yang mengikut Islam satu bangsa yang melakukan keroskan di bumi sepanjang masa. Setiap inci dunia ini mahu dikuasainya.

Mereka tahu Najib berdepan dengan berbagai kelemahan. Hutang negara yang bertimbun, ekonomi dan pentadbiran yang tidak terkawal, rasuah, penyelewengan kekayaan dan wang negara, skandal Altantuya.

Perdana menteri terlalu manja dan berbelanja mewah, membiarkan ketirisan. Mudah digula-gula dengan duit.

Jika dia sudah diketahui sedia menerima derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya, maka banyak mana lagi derma yang pernah diterimanya.

Apakah Amerika tidak boleh peras ugut dan menyuap orang yang suka bermewah? Bukan mustahil memerangkap sesiapa yang boleh diperangkap dan ia kemudian dipaksa buat apa yang disuruh dan jika tidak dituruti, CIA boleh mengenakan ancaman kepada kuasa.

Amerika membenarkan Hosni Mubarak dirasuah dan menyalahgunakan bantuan dari Amerika, kemudian hanya melihat Mubarak dijatuhkan secara malu.

Pemimpin Vietnam Selatan, Ngo Denh Diam dan Ngo Denh Who disuap dan digulingkan. Suharto juga jadi boneka yang dirosakkan oleh Amerika.

Tidak mustahil pemimpin BN sudah masuk perangkap Amerika. Ia mesti lebih suka mendengar kemahuan Amerika dari suara, nasihat dan bantahan rakyat sendiri.

Jika mahu selamat dan terus berkuasa, ikut arahan Amerika.

Rata-rata rakyat membantah. Pandangan dan teguran di Parlimen tidak dipedulikan kerana Najib berdalih mereka tidak mewakili kerajaan dan kemahuan rakyat teramai.

Ada yang bertanya, Vietnam itu teruk dibom Amerika tetapi mengapa ia setuju TPP. Kita kena faham Vietnam amat cemburu dengan pengaruh China. Bagi mengelakkan ia ditelan gergasi ekonomi China, ia perlukan perlindungan Amerika.

Apakah Malaysia juga diancam oleh kebangkitan China? Mungkin Amerika kata pada Najib begitu, tetapi Malaysia lebih selamat sekadar berbaik dengan Amerika tanpa menjadi sebahagian dari wilayah tak langsung Amerika.

BACA INI JUGA: Kisah Pembohongan Penjelajah-penjelajah Terkenal Dunia

Sumber: Harakahdaily

Lagak Menjengkelkan Bintang-bintang Tersohor Bollywood

Lagak Menjengkelkan Bintang-bintang Tersohor Bollywood

Nampak ramah dan mesra tetapi 'kemanisan' itu hanya apabila berhadapan dengan media agar berita yang disiarkan molek serta indah belaka.

Hakikatnya, ketika bersama kru produksi dan peminat, akan terserlah keperibadiaan sebenar mereka.

Itulah lakonan hebat segelintir bintang tersohor Bollywood yang terkenal dengan sikap menjengkelkan, degil dan tegas tidak bertempat bagi memastikan segala kehendak mereka dipenuhi pelbagai pihak.

Kareena Kapoor

Kareena Kapoor

Aktres yang juga isteri kepada aktor Saif Ali Khan ini bertuah kerana dilahirkan dalam keluarga seni yang sangat berpengaruh di Bollywood manakala keluarga mertuanya pula berdarah bangsawan.

Ibu mertuanya, Sharmila Tagore, adalah aktres popular 1960an.

Kareena yang mula berlakon pada usia belasan tahun sememangnya berjaya melakar kejayaan hebat dipentas seni Bollywood.

Dan kerana itulah, dia sesuka hati memilih rakan gandingan dan mereka mestilah pelakon gred A.

Dilimpahi tawaran berlakon sepanjang tahun, aktres ini khabarnya tidak akan sesekali berkongsi lensa kamera dengan pelakon gred B.

Disebabkan syarat melampau itu, dia menolak banyak tawaran daripada syarikat produksi.

Bukan itu saja, dia turut meletakkan syarat tidak akan berlakon adegan intim dengan hero dan sikap sombongnya melukakan hati banyak pihak termasuklah peminatnya.

Pernah suatu ketika di lapangan terbang, dia pernah memaki hamun peminat cilik yang mahu bergambar dengannya.

Akshay Kumar

Akshay Kumar

Bapa kepada dua cahaya mata ini meletakkan syarat tidak akan bekerja pada hari Ahad. Baginya, hari itu adalah waktunya berehat bersama keluarga.

Apapun yang berlaku dilokasi penggambaran, dia tidak akan bertolak ansur.

Bagaimanapun, syarat itu berbaloi kerana pada hari biasa, dia sangat komited dan menepati masa.

Akshay juga terkenal sebagai seorang yang sangat teliti dalam soal makanan bagi mengekalkan susuk tubuhnya yang sasa dan berotot.

Sonakshi Sinha

Sonakshi Sinha

Jika aktres lain tidak kisah menjayakan babak bercium di layar perak, Sonakshi pula enggan melakukannya.

Dia akan meletakkan syarat itu dalam kontraknya dengan syarikat prduksi. Ramai ternanti-nanti bilakah Sonakshi akan melanggar syarat yang diletakkan itu.

Pengarah manakah yang akan berjaya memujuk dan meleburkan prinsipnya?

Hrithik Roshan

Hrithik Roshan

Hrithik sangat menjaga bentuk tubuhnya dan bagi mengekalkan penampilan sasanya, dia akan membawa bersama tukang masak peribadinya tidak kira ketika penggambaran diluar negara mahupun ketika bercuti dengan keluarga.

Bagi melengkapkan lagi rutin penjagaan badannya, Hrithik akan meminta syarikat produksi menyediakan gimnasium bagi membolehkannya bersenam setiap hari.

Priyanka Chopra

Priyanka Chopra

Sememangnya terkenal dengan sikap besar kepala, aktres ini dikatakn pernah berang dengan pembantu fesyen terkenal, Mahish Malhotra, yang bertanggungjawab menyediakan bajunya untuk filem Anjaana Anjaani.

Dia dikatakan tidak berkenan dengan rekaan koleksi pakaian, gabungan warna dan material yang digunakan.

Bagi menyelesaikan masalah itu, Mahish terpaksa datang sendiri ke set penggambaran untuk memujuk Priyanka.

Ketika penggambaran filem biografi, Mary Kom, Priyanka juga dikatakan campur tangan dalam pembikinan karya itu sehingga mengundang rasa kurang senang sutradara Omung Kumar.

Begitulah ragam Bollywood, dek kerana pengaruh yang besar dalam industri, kemahuan mereka pasti sentiasa dituruti.

BACA INI JUGA: Rahsia Kecantikan Selebriti Bollywood

-SENTIASAPANAS.COM

Friday, March 04, 2016

Gula-gula Lolipop Sempena Nama Seekor Kuda!

Gula-gula Lolipop Sempena Nama Seekor Kuda!

Tahukah anda nama bagi gula-gula lolipop diambil sempena nama seekor kuda lumba.

Lolipop

Berdasarkan kepada beberapa rekod, gula-gula ini dipopularkan oleh seorang usahawan terkenal bernama George Smith.

Pada tahun 1931, syarikat rangkaian kedai gula-gula Bradley Smith yang mengeluarkan sejenis gula-gula melekit yang berbentuk bulat.

Disebabkan ia tidak ada nama, pemilik syarikat menamakan gula-gula ini sebagai lolipop sempena nama kuda lumba George Smith, Lolly Pop.

BACA INI JUGA: Menyembah Dewa, Asal Usul Sambutan Happy Birthday!

-SENTIASAPANAS.COM

'Kuasa' Wanita Menjadikan Lelaki Dungu!

'Kuasa' Wanita Menjadikan Lelaki Dungu!

Sudah terbukti, wanita mempunyai 'kuasa' untuk membuatkan lelaki menjadi dungu.

Women makes men stupid

Dalam satu eksperimen oleh saintis Belanda, lelaki didapati menunjukkan pencapaian paling teruk dalam ujian fungsi kognitif bila terdapat seorang wanita atau bila diberitahu bahawa terdapat seorang wanita dibilik sebelah.

Memandangkan lelaki secara semulajadinya sentiasa mencari peluang 'mengawan' untuk meneruskan spesisnya, respon pantas ini nampaknya menggangu kuasa mental mereka.

Bahagian paling menarik?

Lelaki tidak mampu memberi kesan yang sama pun kepada wanita!

BACA INI JUGA: Kisah Takut Bini Yang Lucu

Women makes men stupid [2]

-SENTIASAPANAS.COM

Naskah Al-Quran Ditumbuhi Pokok Bunga Anggerik!

Naskah Al-Quran Ditumbuhi Pokok Bunga Anggerik!

Pasangan suami isteri di Simeulue, Indonesia, terkejut selepas senaskah kitab al-Quran milik mereka ditumbuhi pokok bunga anggerik.

Quran

Pokok bunga anggerik setinggi 10 sentimeter itu tumbuh di ayat lapan hingga 12 surah At Tahrim pada halaman 406 di kitab suci berkenaan.

Tumbuhan itu didapati tumbuh pada kitab al-Quran milik suami isteri, Adirmansyah, 34, dan Samsidar, 25, yang menetap di Desa Lasengaluh.

Samsidar berkata, kitab itu ditemui secara tidak sengaja olehnya di parit berhampiran rumahnya kira-kira tiga bulan lalu.

Katanya, al-Quran itu ditemui dalam satu plastik hitam yang terapung di parit berkenaan.

“Saya terkejut apabila mendapati plastik itu mengandungi senaskah al-Quran dan kitab Iqra yang basah sebelum membawa ia pulang ke rumah.

“Sampai di rumah saya mencuci kitab berkenaan sebelum dijemur dan disimpan di satu rak khas,” katanya.

Menurutnya, dia berhasrat mahu memberikan kitab berkenaan kepada dua orang anaknya untuk mereka belajar mengaji nanti.

“Baru-baru ini apabila saya membuka semula kitab al-Quran berkenaan saya terkejut apabila menemui ada pokok tumbuh di dalamnya.

“Pokok bunga anggerik ini mempunyai 11 daun dan lima tunas serta dipercayai berusia lebih 20 hari,” katanya.

Menurutnya, dia tidak tahu bagaimana pokok bunga berkenaan boleh tumbuh di kitab al-Quran itu. –Agensi/myMetro

BACA INI JUGA: Tidak Tahu Membaca Al-Quran Tapi Kuburnya Bercahaya

Dosa-dosa Suami Isteri Yang Paling Dibenci Allah

Dosa-dosa Suami Isteri Yang Paling Dibenci Allah

Perkahwinan itu suatu ikatan yang halal dan pastinya seorang lelaki itu ingin menjadi suami yang disayangi isteri dan anak-anak, serta mahu keluarga yang dibina menjadi sebuah keluarga yang diredai dan diberkati Allah SWT.

ISTERI+SOLEHAH

Setiap wanita pula pasti ingin menjadi seorang isteri yang solehah. Ingin disayangi dan dikasihi oleh suami tercinta. Dan impian besar mereka untuk mendapat rumahtangga yang bahagia dan sentiasa diselubungi oleh wangian syurga di dalamnya.

Tetapi bagaimana caranya?

Sudah pastilah dengan melaksanakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya khususnya dalam konteks hubungan suami isteri seharusnya suami dan isteri itu berusaha menghindari semua dosa yang lazim dilakukan.

Apakah dosa-dosa itu?

Kekadang ada perlakuan suami mahupun isteri sama ada dari segi percakapan, perbuatan ataupun pandangan yang tanpa sedar boleh menjerumus ke lembah dosa dan keingkaran. Contohnya..

Suami
  • Lalai berbakti kepada ibubapa setelah bernikah
  • Buruk sangka terhadap isteri
  • Kurang memiliki sikap cemburu terhadap isteri
  • Meremehkan kedudukan isteri
  • Melepaskan tugas kepimpinan dan menyerahkannya kepada isteri
  • Kurang semangat daam mengajarkan agama pada isteri
  • Melakukan kekerasan Domestik Rumahtangga
  • Dan sebagainya

Isteri
  • Tidak mahu digauli suami
  • Berdusta dihadapan suami
  • Mendahulukan kepentingan ibubapa berbanding suami
  • membuka aib suami
  • Mengajak cerai
  • Cemburu buta pada suami
  • Buruk sangka terhadap suami
  • Menuntut suami diluar batas kemampuannya
  • Tidak menghormati suami
  • Berhias bukan untuk suami
  • tidak menjaga suami yang sedang sakit,
  • tidak mencegah suami dari melakukan kemungkaran,
  • memperlihatkan aurat selain kepada suami
  • membiarkan anak-anak terbiar

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Hanya 4 Syarat Untuk Wanita Masuk Ke Syurga

Sumber: Sumarz.com

Thursday, March 03, 2016

Awas! Jubah Muslimah Hakikatnya Telanjang!

Awas! Jubah Muslimah Hakikatnya Telanjang!

Belum pun reda mengenai isu Jubah Pahlawan atau Jubah Sado yang viral di laman sosial akhir-akhir ini, kini timbul pula isu berkaitan jubah wanita atau jubah Muslimah yang diibaratkan seolah-olah bertelanjang atau bogel.

Jubah Muslimah

Trend fesyen busana atau jubah Muslimah dalam kalangan wanita tempatan memang mendapat perhatian akhir-akhir ini.

Tambahan pula, ramai artis tempatan yang mula berhijrah ke arah yang lebih sopan dan terbitnya jenama-jenama Muslimah selebriti itu sendiri.

Ramai dalam kalangan mereka yang sudah berhijrah namun penampilan mereka tetap patuh pada Syariah antaranya Diana Amir, Irma Hasmie dan beberapa lagi artis terkenal tanah air.

DianaAmir_Jubah Muslimah

Busana Muslimah atau sebarang pakaian yang dikategorikan sebagai pakaian Muslimah sepatutnya menutup aurat dan memenuhi garis panduan dan etika pemakaian seorang muslimah.

Namun sebaliknya berlaku dalam perkembangan fesyen Muslimah tanah air semenjak kebelakangan ini.

Jubah atau busana Muslimah yang sepatutnya mencerminkan identiti wanita Muslimah yang mempunyai pekerti sebagai seorang yang pemalu, rendah diri, sederhana, bermaruah dan mulia telah dieksploitasi dengan kemunculan jubah ‘Muslimah’ hakikatnya bertelanjang.

Jubah Muslimah [2]

Bukan dosa atau pahala yang cuba dipersoalkan, tetapi keselamatan kaum Hawa itu sendiri akan terjejas sekiranya penampilan yang menjolok mata mengundang ‘buaya’ darat yang ada di sekeliling.

Tidak dapat dinafikan bahawa rekaan jubah sekarang memang menutup aurat dan tidak menampakkan warna kulit.

Akan tetapi potongan jubah yang ketat harus dipersoalkan, seolah-olah si pemakai mendedahkan aurat secara ‘berhemah’ dan ‘sopan’ hakikatnya timbul sana sini.

Jubah Muslimah [3]

Sedarlah bahawa tujuan asal jubah adalah untuk mengurang impak seksual dan menghalang pengaruh dari tubuh wanita ke atas pandangan nafsu syahwat kaum lelaki yang melihat.

Nasihat kami kepada wanita di luar sana yang berhijab mahupun tidak, tidak salah untuk ikuti perkembangan fesyen semasa tetapi harus ada garis panduannya lebih-lebih lagi golongan ‘Hijabister’.

BACA INI JUGA: Fesyen 'Seksi' Wanita Yang Tidak Digemari Lelaki

Sumber: Mynewshub.cc