Thursday, December 10, 2015

6 Kesilapan Lelaki Tentang 'Hubungan Asmara'

6 Kesilapan Lelaki Tentang 'Hubungan Asmara'

Lelaki tahu segalanya tentang wanita? Mungkin silap percaturannya isu ini. Kerana setelah bertahun-tahun, anda masih samar-samar tentang hubungan intim dan juga sukar melenyapkan kekeliruan kala bersama dengan pasangan.

Seks

Ini boleh mengundang kesilapan seks! Lelaki cenderung memikirkan diri sendiri ketika melakonkannya. Wanita pula sering bersikap malu-malu mahu mengatakan adegan pilihan mereka.

1. Anda Tahu Apa Dia Mahu

Lelaki sering mengandaikan bahawa setiap wanita menyukai sesuatu yang sama. Inilah kesalahan paling ketara!

Ingat, setiap wanita berbeza antara satu dengan yang lain. Berfikir matang secara seksual, bila tidak semua wanita sama, maka kehendak seks juga nyata berbeza.

Ini bukan sahaja boleh dikaitkan dengan seks, begitu juga dalam perhubungan. Lebih bijak jika anda berdua bersikap terbuka dan cuba memahami kehendak sesama sendiri.

2. Anda Ada Apa Dia Mahu

Anda berdua memang pelakon yang mesti ada dalam setiap adegan, namun tidak selalunya ia berjaya. Anda berdua mungkin memerlukan "alat bantuan". Lokasi, pakaian, suasana dan sebagainya memainkan peranan penting.

Paling berjaya, jika kamu pandai mengambil hati pasangan. Buat si dia berasa gembira dan selesa sepanjang hari. Bermanja juga leraikan permasalahan di minda.

Jika "ajakan" anda diterima dengan hati terbuka juga minda tenang dan kosong, perjalanan cinta pasti lebih menyenangkan.

3. Nikmat Seks Sama

Kecenderungan untuk berselisih faham tentang seks berlaku setiap kali selepas bersetubuh. Wanita biasanya terlalu menjaga perasaan lelaki dan ini memberi keyakinan pada pasangan bahawa dia telah memberi nikmat seks yang sama seperti dirasainya. Di sinilah titik kesilapan bermula.

Tanpa komunikasi segalanya seakan mati. Lelaki juga harus peka. Adakah dia benar-benar menikmatinya atau cuba merahsiakan sesuatu?

Ada wanita yang menginginkan seks oral lebih dari permainan asas. Bereksperimenlah, kamu bakal mengesannya nanti.

4. Pakar Tentang Tubuh dan Anatominya

Ya, memang tidak dapat disangkal lagi bahawa lelaki arif tentang lokasi aset wanita namun ini tidak membuktikan lelaki benar-benar memahami fungsi dan rasanya apabila disentuh. Ada lelaki yang kurang mahir bila menyentuh bahagian-bahagian sulit wanita.

Bagaimana pula reaksi pasangan anda apabila sentuhan terkena bahagian sensitifnya? Majoriti gemarkannya, minoriti menolaknya. Ada kalanya wanita lebih terarah kepada rangsangan tidak langsung.

Bagaimana mahu mengetahui kesukaannya? Go, ask her!

5. Basah = Mengasyikkan

Biasanya kala bersetubuh, lelaki akan sedikit turn off jika wanita tidak cukup basah. Usah gusar. Mitos, jika kamu sedang berahi, situasi basah tidak semestinya terjadi pada setiap wanita.

Sesetengah wanita cenderung untuk lebih basah daripada wanita lain. Ini bergantung kepada kondisi tubuh wanita itu sendiri.

Ia boleh berubah dari hari ke hari mengikut fasa kitaran haid juga pengaruh lain seperti kesan ubat-ubatan juga tahap tekanan yang dialami.

6. Diam itu Emas?

Lelaki biasanya akan diam kala mengadakan hubungan intim kerana tumpuan hanya difokuskan kepada nikmat yang dirasainya.

Tetapi apabila wanita mula bersuara, seperti biasa, lelaki akan mula berandaian dan soalan mula dikemukakan 'apa yang menyeronokkan dan menyakitkan wanita?'

Hargai tindak balasnya! "Saya rasa, beginilah yang saya mahukan," perbualan beginilah yang akan dapat membantu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: eh

Wednesday, December 09, 2015

Misteri Lapisan Plasma Angkasa

Misteri Lapisan Plasma Angkasa

Plasma angkasa atau juga lebih dikenali sebagai gelembung plasma adalah satu lapisan misteri yang boleh muncul di ionosfera daripada ketinggian 90 kilometer hingga beribu kilometer.

Plasma Angkasa [2]
Gambar ilustrasi struktur plasma tubular di magnetosfera bumi.

Gelembung plasma tidak dapat dilihat dengan mata kasar sebaliknya melalui radar khas.

Kehadiran gelembung plasma akan mengakibatkan gangguan kepada komunikasi radio dan sistem navigasi di bumi dengan cara melemahkan atau melenyapkan bacaan dan isyarat yang dihantar dari satu lokasi ke lokasi lain.

Gangguan ini akan menyebabkan kegagalan sistem navigasi dan alat radio komunikasi apabila isyarat atau maklumat yang dihantar memasuki kawasan yang terlibat dengan gelembung plasma.

Gelembung plasma selalunya terjadi pada waktu malam selepas matahari terbenam sekitar jam 9 hingga 10 malam sehingga sebelum matahari terbit.

Ianya terjadi kerana plasma yang mengandungi zarah bercas didalam lapisan ionosfera menjadi tidak stabil semasa ketiadaan cahaya matahari.

Semasa matahari terbenam, zarah-zarah dibawah permukaan ionosfera akan bergabung dengan pantas. Hasilnya, berlakulah ruang-ruang kosong diantara plasma.

Tanpa bantuan cahaya matahari, bilangan plasma yang sepatutnya dihasilkan melalui proses pengionan tidak dapat dihasilkan untuk mengisi kekosongan menyebabkan terjadinya gangguan plasma angkasa.

Keadaan plasma angkasa juga sama seperti lapisan minyak yang terperangkap dibawah lapisan air.

Ketumpatan plasma dipermukaan bawah lebih rendah daripada permukaan atas. Oleh itu, plasma dipermukaan bawah akan bergerak ke permukaan atas sama seperti buih.

Kewujudan gelembung plasma adalah bermusim. Ia biasanya lebih kerap dilihat pada bulan Mac dan September sepanjang tahun.

Walau bagaimanapun, apa yang menjadi persoalan pengkaji sehingga kini adalah, mengapa kehadirannya pada bulan Mac dan September tidak menentu walaupun dikira mempunyai faktor dan penyebab yang serupa?

Plasma Angkasa
Gangguan kepada peralatan.

Gelembung plasma juga hanya terdapat dilangit-langit yang berhampiran dengan garisan khatulistiwa sahaja.

Di Malaysia sendiri, rekod dan data yang ada menunjukkan kehadiran gelembung plasma dapat dilihat sepanjang tahun tetapi lebih kerap pada bulan Mac dan September bermula pada ketinggian 250 kilometer sehingga 600 kilometer.

Saiz gelembung plasma itu juga boleh jadi sekecil-kecil inci kepada ribuan kilometer yang akan bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain.

Misteri gelembung plasma ini sebenarnya sudah dikaji lebih 80 tahun, namun masih belum ada jawapan mengapa gelembung ini boleh muncul secara tiba-tiba tanpa sebarang petunjuk awal.

Maklumat yang ada pada hari ini adalah teori-teori yang dibuat oleh pakar untuk mengungkai misteri disebalik kemunculan gelembung plasma ini.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Betapa Luasnya Alam Semesta?

-SENTIASAPANAS.COM

Khalwat Tetap Dosa, Tak Timbul Soal Dosa Peribadi

Khalwat Tetap Dosa, Tak Timbul Soal Dosa Peribadi

Persatuan Peribumi Perkasa (Perkasa) menasihatkan jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin agar merujuk kepada mereka yang arif dalam soal agama jika ingin menentang sebarang hukuman terhadap perbuatan khalwat yang dilakukan di rumah persendirian.

Dr Amini Amir Abdullah

Pengerusi Biro Hal Ehwal Islamnya, Dr Amini Amir Abdullah berkata, ini kerana dalam isu ini tidak timbul soal ia adalah hak dan privasi setiap individu kerana suatu jenayah perlu diambil tindakan dengan tujuan untuk menegakkan undang-undang dan mendapatkan keredaan ALLAH S.W.T.

"Perbuatan khalwat di tempat peribadi dan tempat awam yang menimbulkan fitnah tetap merupakan suatu dosa.

"Tidak timbul soal dosa peribadi antara pelakunya dengan ALLAH. Ia juga adalah persepsi yang memalukan dalam kalangan manusia," katanya.

Mengulas lanjut, Dr Amini berkata, Perkasa juga menolak cadangan G25 mengenai perlunya penubuhan sebuah jawatankuasa perunding bagi membincangkan perihal itu, kerana undang-undang sedia ada sudah mantap dan jelas.

"Cadangan untuk dimansuhkan hukuman terhadap perbuatan berkhalwat yang didakwa melanggar hak kebebasan seseorang adalah bertentangan dengan falsafah perundangan yang bersifat mencegah.

"Oleh yang demikian, kesalahan khalwat tidaklah boleh didiamkan dalam konteks hak privasi dan individu kerana kesalahan yang berkaitan dengan jenayah Syariah tetap merupakan satu kesalahan," katanya.

Tambahnya lagi, Perkasa menyokong penuh pelaksanaan undang-undang khalwat di Malaysia walaupun ia tidak diamalkan di negara lain.

"Perkasa berpandangan pelaksanaan undang-undang syariah tidak menjadi sebarang masalah. Justeru, dosa peribadi seseorang berkaitan khalwat tetap menjadi satu kesalahan jenayah syariah di Malaysia.

"Kedangkalan pemikiran puak G25 amat terserlah dalam hal ini. Mereka perlu memfokuskan perjuangan mereka untuk mendaulatkan Islam sebagai agama persekutuan dan bukan melihat kepada perkara yang remeh temeh dan mencari populariti serta publisiti murahan," katanya.

Sebelum ini, jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin mencadangkan supaya sebuah jawatankuasa perunding ditubuhkan bagi membincangkan untuk meminda atau memansuhkan beberapa undang-undang syariah termasuk khalwat.

Katanya, hukuman terhadap pesalah khalwat adalah dosa peribadi antara pelaku dengan ALLAH kecuali jika dilakukan di kawasan awam.

Mufti tanya mana G25 dapat hadis

Harussani Zakaria

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, mana-mana orang Islam yang melanggar atau menidakkan hukum ALLAH itu boleh dianggap sebagai murtad.

“Sebab itu manusia di dunia ini digelar khalifah. Saya nak tanya mereka, apa tugas khalifah di muka bumi ini?

"Saya nak tanya juga, mereka (G25) ini pakai logik akal semata-mata atau nas dan hadis mana sehingga tindakan kepada pesalah khalwat tidak boleh diambil walaupun di rumah sendiri?

“Kalau dia kata ia langgar hak privasi individu, bunuh orang dalam rumah sendiri tidak perlu dikenakan hukuman kalau macam itu.

"Mengapa perlu dipersoalkan tentang hukum syariah yang selama ini bersifat mendidik,” soalnya kepada G25.

“Apa yang saya boleh kata, mereka (G25) ini hanya bijak dalam ilmu duniawi tetapi sangat daif dalam agama. Kalau nak bercakap tentang agama pastikan kamu belajar agama terlebih dahulu.

Harussani berkata, sebagai manusia lebih-lebih lagi orang Islam, mereka perlu tahu apa tujuan diciptakan di atas dunia.

“Manusia diciptakan ALLAH untuk beribadah dan patuh kepada suruhanNYA dan meninggalkan larangan. Tidaklah manusia itu diciptakan tanpa tujuan melainkan untuk beribadah kepadaNYA.

“Hukum berkhalwat itu sendiri adalah haram, jadi mereka (G25) cuba mansuh hukuman kepada pesalah khalwat dengan menyatakan itu adalah dosa orang itu dengan ALLAH.

"Nampaknya mereka ini sengaja menggalakkan orang ramai untuk berkhalwat,” jelasnya lagi.

BACA INI JUGA: Dosa Besar Lalu Di Hadapan Orang Bersolat

Sumber: Sinarharian.com.my

Tuesday, December 08, 2015

'Sudahkah Najib Serah Duit RM2.6 Bilion Kepada UMNO?'

'Sudahkah Najib Serah Duit RM2.6 Bilion Kepada UMNO?'

Terkini dalam isu wang derma berbilion-bilion, Tun Mahathir mengemukakan soalan terbaharu kepada Perdana Menteri, Najib Tun Razak berhubung derma RM2.6 bilion.

Tun Dr Mahathir

Menurut Mahathir, selagi soalannya itu tidak dijawab, beliau tidak akan puas hati kerana suaranya mewakili rakyat.

"Sudahkah Datuk Seri Najib menyerahkan RM2.6 bilion ini kepada UMNO? Saya nak tanyalah. Ini saya rasa bukan jenayah. Saya tanya sahaja.

"Kalau tak serah lagi, duit itu ada di mana? Untuk apa? Buat apa? Selagi tidak boleh terangkan kepada saya, saya tak puas hati. Rakyat semua nak tahu," ujarnya ketika berucap pada Majlis Bersama Timbalan Presiden Umno di Kelab Sultan Sulaiman, minggu ini.

Turut hadir pada majlis itu, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal.

Malah Mahathir turut memberitahu kehadirannya pada Perhimpunan Agung Umno (PAU), untuk mendapatkan jawapan terhadap persoalan itu.

"Sepatutnya dalam Mesyuarat Agung Umno dalam penyata kewangan tahun lepas dan tahun sebelumnya disebut di dalamnya Umno telah menerima derma dari DS Najib sebanyak RM2.6 bilion. Siapa yang ingat ada dinyatakan dalam penyata kewangan (sebelum ini)?

"Kali ini pun saya nak dengarlah.‎ Sebab itu saya nak pergi ke mesyuarat agung Umno," katanya.

Menurutnya lagi, Bendahari Umno perlu menjelaskan kedudukan kewangan parti.

"Mengikut peraturan, bendahari Umno mesti jelaskan kedudukan kewangan Umno.

"Saya nak tahu ada tak RM2.6 bilion (dalam penyata kewangan Umno). Kalau tak ada, di mana wang itu?," tanyanya lapor Sinar Online.

Penderma mahu masukkan RM2.6b ke akaun peribadi

Najib

Sementara itu, Perdana Menteri Najib Tun Abdul Razak menegaskan bahawa derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya bukan dari dana awam atau syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Beliau berkata perkara itu telah pun disahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah menemui para penderma dana itu.

"Saya tidak melakukan sesuatu kesalahan dari segi undang-undang atau pun dari segi amalan, perkara ini telah pun dijelaskan dalam dewan Parlimen oleh Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi).

"Penderma-penderma telah pun disahkan dan telah pun ditemui oleh SPRM dan SPRM telah pun mendapatkan kenyataan-kenyataan daripada mereka," kata Najib dalam temubual bersama stesen televisyen TV3.

Temubual itu dikendalikan oleh Editor Urusan Kumpulan, Berita dan Hal Ehwal Semasa, Media Prima Bhd Datuk Seri Mohd Ashraf Abdullah; Editor Urusan Kumpulan, The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd, Media Prima Bhd Datuk Abdul Jalil Hamid; dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Abdul Aziz Ishak.

Video temubual itu turut dimuatnaik di laman web www.newsplus.my/live-tv.

Ditanya mengapa dana itu dimasukkan ke akaun peribadinya, Perdana Menteri menjelaskan ia adalah kehendak penderma itu sendiri dan derma itu dilakukan secara peribadi.

Beliau berkata, sewaktu akaun itu diwujudkan Bank Negara telah dimaklumkan.

"Jadi tidak ada niat sama sekali untuk menipu atau untuk melakukan sesuatu perkara sebab Bank Negara telah pun dimaklumkan tentang kewujudan akaun ini.

"Tapi jangan salah ertikan, akaun itu atas nama saya tetapi tidaklah ibarat macam akaun peribadi kita sendiri. Dan saya yakin bahawa setelah siasatan berjalan sepenuhnya, bahawa kebenaran akan timbul pada kesudahannya," katanya.

SPRM mengesahkan pihaknya telah menghantar pegawai ke Timur Tengah bagi mengadakan pertemuan dengan penderma dana RM2.6 bilion.

Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki berkata pihaknya akan mengemukakan laporan kepada Peguam Negara sebaik sahaja siasatan selesai dilakukan.

SPRM bagaimanapun tidak boleh mendedahkan hasil pertemuan itu kerana siasatan masih berjalan, katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, suruhanjaya itu akan memaklumkan perkembangan terkini mengenai perkara itu dari semasa ke semasa. -Bernama

BACA INI JUGA: Pakatan Misteri Disebalik Sumbangan RM2.6 Bilion?‎

Jururawat Muslimah Di Pecat, Nafi Masalah Disiplin!

Jururawat Muslimah Di Pecat, Nafi Masalah Disiplin!

Bekas jururawat, Naziah Sauni Samat menafikan pemecatannya dari Damai Services Hospital (Melawati) Sdn Bhd berpunca daripada masalah disiplin seperti mana dakwaan pihak hospital.

Naziah Sauni Samat

Beliau sebaliknya mendakwa pihak hospital cuba memutar belit fakta dan situasi sebenar.

Naziah bertegas bahawa pemecatannya adalah kerana keengganannya memakai uniform berlengan pendek serta berstoking tangan bagi menutup auratnya.

Bertempat di Pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Naziah bersama Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Muhammad Yusuf Azmi sekali lagi tampil menjelaskan isu sebenar sekali gus menafikan setiap dakwaan bekas majikannya.

Pada pertemuan itu, Naziah turut mendedahkan beberapa rakaman perbualan dan mesej di aplikasi WhatsApp antara beliau dan pihak pengurusan hospital, dipercayai berkaitan tindakannya memakai uniform lengan panjang dan tudung.

“Jika pemecatan saya kerana masalah disiplin, sehingga hari ini (semalam), saya tidak menerima apa-apa notis bertulis atau surat tunjuk sebab mahupun dipanggil pihak pengurusan hospital menyatakan masalah disiplin seperti yang didakwa.

“Malah dakwaan pihak hospital mengatakan saya dipecat kerana gagal hadir bertugas selama dua hari berturut-turut tanpa kebenaran, juga tidak benar,” katanya dalam temubual khas bersama Sinar Harian, semalam.

Menurut Naziah, beliau sebaliknya digantung tugas bermula 24 hingga 29 November lalu sehingga beliau bersetuju untuk mematuhi kod pemakaian.

“Mengapa isu ini timbul selepas dua bulan saya bertugas di hospital? Sedangkan pada awalnya pengurusan tertinggi membenarkan saya memakai uniform berlengan panjang. Dalam kontrak tawaran bekerja, juga tidak dinyatakan mengenai kod pemakaian.

“Selepas saya menyerahkan notis menyatakan akan mematuhi kod pemakaian ditetapkan (memakai uniform berlengan pendek), hospital tanpa prejudis kepada hak saya untuk memakai stoking tangan, saya digantung dan tidak dibenarkan bertugas,” katanya.

Naziah akui, penggantungannya juga tanpa disusuli sebarang surat rasmi, sebaliknya arahan tersebut hanya melalui perbualan telefon dan mesej pada aplikasi WhatsApp antara beliau dan pengurus pentadbiran hospital berkenaan.

Naziah bagaimanapun hadir bertugas pada 30 November lalu, namun dengan memakai pakaian uniform berlengan pendek dan berstoking tangan untuk menutup aurat.

“Tetapi, jadual tugas saya tetap ditulis sebagai ‘digantung kerja’ oleh pihak hospital tanpa penjelasan kukuh sehingga saya diberhentikan,” katanya.

Susulan tindakan yang dikenakan ke atasnya, Naziah akan memfailkan aduan ke Jabatan Tenaga Kerja hari ini bagi mendapatkan pembelaan sewajarnya sebelum merujuk kepada peguam untuk tindakan lanjut.

Mengulas mengenai saman yang bakal dikenakan ke atas beliau dan PPIM, Naziah bersedia bertemu di mahkamah.

Dalam pada itu, Muhammad Yusuf berkata, pihaknya juga bersedia menghadapi saman itu.

“Buat masa ini, kami belum menerima surat saman berkenaan. Jika ada, barulah kes ini akan dirujuk kepada peguam kami untuk tindakan lanjut. Kita ada bukti, tunggu hendak naik mahkamah saja,” katanya.

Mengulas mengenai dakwaan pihak hospital yang mengatakan diugut PPIM akan menjadikan kes itu sebagai isu perkauman serta PPIM menceroboh kawasan hospital, Muhammad Yusuf menafikannya.

“Kami datang secara baik untuk membuat temu janji, bertemu dan berbincang. Kami tidak menceroboh.

“Saya percaya banyak lagi kes seperti ini berlaku di mana-mana organisasi, namun mungkin pekerja takut ke depan kerana khuatir dibuang kerja,” katanya.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, pihak hospital akan mengambil tindakan saman terhadap Naziah dan pihak PPIM.

BACA INI JUGA: Janji Dan Sumpah Iblis Kepada Wanita

Sumber: Sinarharian.com.my

Nama-nama Bayi Paling Popular Tahun 2015

Nama-nama Bayi Paling Popular Tahun 2015

Ketika menunggu kelahiran si kecil, ayah dan ibu tentunya sibuk mencari nama yang terbaik untuknya, yang paling sedap untuk dipanggil dan juga paling unik.

Nama-nama Anak

Tetapi nama yang diberikan haruslah mempunyai maksud yang baik.

Memilih nama bayi mungkin lebih sulit dibandingkan dengan persiapan lain, kerana nama akan terus melekat pada diri anak, dan tentu kita ingin memberikan yang terbaik untuknya.

Sepanjang tahun 2015, pelbagai nama bayi menjadi viral atas dasar keunikan pilihan ibu bapanya. Kami kongsikan antara nama-nama popular tahun 2015 untuk anda.

Muhammad dan Nur adalah nama yang paling popular bagi masing-masing lelaki dan perempuan bagi setiap tahun.

NAMA BAYI LELAKI PALING POPULAR
  • Muhammad
  • Ahmad
  • Amar
  • Adam
  • Ethan
  • Umar
  • Aqil
  • Danish
  • Izz
  • Aidan
  • Aish
  • Jayden
  • Abdul
  • Hud
  • Daniel
  • Noah
  • Lucas
  • Mikhail
  • Amsyar
  • Yusuf
  • Firash
  • Emir
  • Iman
  • Dani
  • Amir

NAMA BAYI PEREMPUAN PALING POPULAR
  • Zara
  • Puteri
  • Nurul
  • Sophia
  • Sara
  • Dhia
  • Ayla
  • Nayla
  • Arianna
  • Keisha
  • Ainul
  • Ayra
  • Alicia
  • Kayla
  • Olivia
  • Amy
  • Maryam
  • Izz
  • Bella
  • Adelia

Ini adalah nama-nama yang popular bagi tahun 2015.

Ada juga yang mempunyai ejaan yang agak unik, tetapi dasar sebutannya adalah sama, seperti contoh ejaan Yusuf menjadi Heusaff dan Nurul menjadi Nouerul.

BACA INI JUGA: Senarai Nama Anak Yang Dilarang Dalam Islam

Sumber: Mynewshub

Oymyakon, Perkampungan Paling Sejuk Di Dunia!

Oymyakon, Perkampungan Paling Sejuk Di Dunia!

Suhu paling rendah pernah dicatatkan adalah -71.2 darjah selsius pada tahun 1924, Oymyakon, sememangnya layak digelar perkampungan paling sejuk di dunia.

Oymyakon

Walaupun digelar kampung paling sejuk di dunia, Oymyakon sebenarnya membawa maksud air tidak membeku.

Nama itu diambil sempena kewujudan sebuah mata air panas suatu ketika dahulu dikawasan tersebut.

Walaupun hidup dalam suhu yang sangat sejuk, mereka tidak menghadapi sebarang masalah dalam kekurangan nutrien.

Susu lembu, ikan air sejuk, rusa kutub dan kuda, merupakan sumber makanan utama penduduk disitu.

Oymyakon Fish

Dikhabarkan, jumlah penduduk yang tinggal di Oymyakon hanyalah sekitar 500 orang.

Bagi menyara hidup, penduduk Oymyakon melakukan pekerjaan seperti menternak haiwan, memburu dan menjadi nelayan.

Dan walaupun tinggal diperkampungan paling sejuk di dunia, kebanyakan penduduk memiliki tandas di luar rumah.

Penduduk Oymyakon hanya mengalami tiga jam waktu siang ketika musim sejuk. Keadaan ini berbeza ketika musim panas. Waktu siang lebih lama iaitu sekitar 21 jam. Suhu pada musim panas hanyalah 30 darjah selsius.

Oymyakon Car

Sementara itu, ketika musim sejuk, enjin kenderaan terpaksa dihidupkan semalaman. Ini kerana enjin kenderaan akan rosak akibat membeku kerana cuaca sejuk melampau.

Walau bagaimanapun, bukanlah semua kenderaan perlu dihidupkan sepanjang masa. Ianya bagi kenderaan yang tidak disimpan didalam garaj sahaja.

Selain itu, masalah utama lain berlaku apabila berlakunya kematian. Mereka memerlukan sekurang-kurangnya tiga hari untuk menyelesaikan urusan pengebumian.

Tugas pertama yang perlu dilakukan adalah menyalakan unggun api untuk mencairkan tanah supaya mudah digali. Bara arang akan dimasukkan kedalam lubang secara berulang-ulang sehingga memuatkan saiz mayat ke dalam lubang.

Oymyakon Cloth

Suhu sejuk turut menyebabkan dakwat pen membeku. Pakaian yang dijemur juga menjadi keras.

Kebanyakan penduduk menggunakan unggun api sebagai penghasilan haba. Namun, sesetangah penduduk pula menggunakan pemanas moden sebagai alat bantuan haba.

Meskipun memiliki suhu rendah sepanjang tahun, Oymyakon sentiasa menerima kunjungan daripada pelancong luar.

Oymyakon visitors

Mereka ingin merasai sendiri pengalaman luar biasa ini, apatah lagi sejak mengetahui Oymyakon sebagai perkampungan paling sejuk di dunia!

BACA INI JUGA: 'Sesiapa Yang Ingin Melihat Syurga Dunia, Datanglah Ke Dubrovnik!'

-SENTIASAPANAS.COM

Monday, December 07, 2015

World Class Coffee, Hadiah Blogger Etuza

World Class Coffee, Hadiah Blogger Etuza

Sangat terkejut petang ini apabila secara tiba-tiba seorang blogger yang sedang meningkat naik dari daerah Keningau tiba-tiba datang menyerahkan sendiri bungkusan hadiah yang dimenangi!

Hadiah+Cikgu+Etuza

Hadiah berupa 5 in 1 Premix Instant Coffee with Ginseng and Ginkgo Biloba Extract produk Elken, dengan World Class Coffee pada 'cop mohor' dihulur tangan oleh blogger ini yang lebih dikenali sebagai Cikgu Etuza dan blognya madey.blogspot.my.

Saya sebenarnya salah seorang diantara ramai blogger yang sangat bertuah kerana berjaya memenangi hadiah Komen Unggul Nov 2015 dari blogger yang sangat pemurah ini.

Hadiah+Blogger+Etuza [2]

Jadi, kalau nak tahu apa kelebihan produk ini dan banyak lagi barangan serta produk sihat yang amat bermanfaat, jangan lupa bertandang ke blog Cikgu Etuza.

Cikgu+Etuza

Juga, kalau nak menang pelbagai hadiah percuma dari blogger Cikgu Etuza, cepat-cepatlah datang berkunjung ke blog beliau, ada segmen sedang berlangsung. Siapa tau rezeki datang menyinggah..

Semoga semakin bertambah rezeki blogger Cikgu Etuza, terima kasih yaa..

BACA INI JUGA: Blog Terbaik Malaysia November 2015

-SENTIASAPANAS.COM