Tuesday, October 06, 2015

Kita Berada Pada Zaman Menakutkan, kata Tun Mahathir

Kita Berada Pada Zaman Menakutkan, kata Tun Mahathir

Negara kini berada pada zaman yang menakutkan apabila bukan sahaja ekonomi merosot malah politik, sosial, dan perkauman juga berada pada tahap yang sangat membimbangkan.

Tun Dr Mahathir Mohamad

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, keadaan itu akan kekal sekiranya Datuk Seri Najib Tun Razak masih diberi tanggungjawab sebagai Perdana Menteri.

“Saya juga takut sebab duduk dalam pemerintahan yang menakutkan. Kita tidak boleh bercakap nanti dipanggil untuk soal siasat dan dikatakan berniat untuk jatuhkan kerajaan dan akan didakwa bawah Akta Kesalahan Keselamatan atau Langkah-langkah Khas (Sosma).

“Ini perkara yang kita takutkan, kita memang berada pada zaman menakutkan. Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) kata nak panggil saya soal siasat, takut juga saya,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Minum Petang Bicara Politik Kembalikan Maruah Melayu.

Mahathir berkata, hari ini ramai orang yang menolak kerajaan dalam diam kerana takut untuk buka mulut dan dianggap ingin sabotaj kerajaan.

“Dari segi politik tidak boleh buat teguran tetapi dalam ekonomi duit kita juga jatuh merudum sehingga cecah RM4.45 sedolar (Amerika Syarikat).

“Kita percaya apa pemimpin kita cakap bahawa ekonomi kita (dalam) keadaan baik, yang ini kita baik, kita bersatu sokong pemimpin kita,” katanya.

Menurutnya, mata wang negara akan kembali pulih hanya apabila Najib meletakkan jawatan kerana kerosakan dihadapi negara berpunca daripada beliau.

Katanya, pendirian itu dibuat berdasarkan kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz sebelum ini bahawa penyelesaian skandal syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mampu pulihkan semula penyusutan nilai ringgit.

“Dia letak jawatan, sekejap sahaja mata wang kita naik balik, itu saya rasa. Nak selesai itu hanya kalau Najib tidak ada, selagi Najib masih ada masalah tidak akan selesai," katanya.

“Kalau kita dengar Zeti kata selagi masalah 1MDB tidak diselesaikan, nilai mata wang tidak akan pulih. Zeti cakap dan saya pun berpendapat macam itu.

"Semua mata wang jatuh tapi mata wang kita jatuh lebih teruk daripada yang lain saya kaji juga (ekonomi) itu,” katanya.

Majlis itu turut dihadiri bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid.

Selain itu, Mahathir turut menggesa agar semua ahli bertindak bijak dalam mencorak pentadbiran negara di masa hadapan.

Mahathir berkata, Umno masih relevan untuk kekal takbir kerajaan hari ini berbanding pembangkang namun pemimpin yang korupsi haruslah disingkirkan terlebih dahulu.

“Kita patut fikir kepentingan kita. Walau dia MCA atau DAP, kalau kepentingan Cina terancam mereka lupakan parti. Jadi kalau kita kalahkan Umno (keseluruhannya) kita akan rugi.

“Kita jangan terikut-ikut dengan emosi tapi ada strategi. Kalau orang Melayu bijak tentukan di Pekan walaupun diberi RM1 juta kita jangan sokong. Tetapi bagi menang Umno (di tempat lain),” katanya.

Menurutnya, kalau tidak berani menghadapi risiko jangan bincang soal mengembalikan maruah Melayu.

Dakwa beliau, hari ini kerana RM200 orang sanggup menjual bangsa dan jika tidak dibendung perkara itu maruah bangsa Melayu sukar dipulihkan.

Najib salahguna undang-undang

Tun Mahathir turut mendakwa Perdana Menteri, Najib Razak menyalahgunakan undang-undang untuk melindungi dirinya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan hadirin mengenai 'kuasa di atas kuasa undang-undang'.

"Sesiapa yang cuba menghalang dirinya akan dikenakan tindakan; disoal, disimpan, dimasukkan ke dalam tahanan dan sebagainya," katanya dalam sesi soal jawab Bicara Negarawan Sabah di Dewan Yayasan Lau Gek Poh, Tawau.

Dalam sesi soal jawab tersebut, beliau juga menjawab soalan hadirin mengenai undi tidak percaya terhadap Najib.

"Saya minta semua ahli-ahli Umno di Sabah ini mendesak wakil rakyat mereka supaya menyokong undi tidak percaya.

"Kalau mereka tidak sokong, tentukan mereka tidak akan jadi calon, dan tentukan mereka kalau jadi calon, akan dikalahkan," katanya sambil disambut sorakan hadirin.

BACA INI JUGA: 1MDB, Amalan Rasuah Peringkat Paling Teruk?

Sumber: Sinarharian.com.my

Monday, October 05, 2015

Kenali Gadis 'Cantik Biar Berakal' Yang Kini Viral Di Facebook

Kenali Gadis 'Cantik Biar Berakal' Yang Kini Viral Di Facebook

Kenapa dirinya tiba-tiba menjadi viral? Mungkin kerana jarang kita melihat pramugari-pramugari berhijab, dan disebabkan polisi Saudi Arabian Airlines mewajibkan pramugarinya bertudung, ia dilihat satu kelainan bagi orang Malaysia.

Nak tahu siapa gadis yang kini viral di newsfeed facebook anda? Dia adalah seorang gadis yang berasal di Melaka dan kini bekerja sebagai pramugari di Saudi Arabian Airlines.

Biodata Gadis Viral

Nama: Radiah Binti Sarip

Radiah Binti Sarip

Asal: Melaka

Radiah Binti Sarip - Melaka

Umur: 24 Tahun

Radiah Binti Sarip -  24 Tahun

Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Universiti Malaysia Pahang (UMP)

UMP

Tempat tinggal sekarang: Jeddah

Jeddah

Pekerjaan: Pramugari di Saudi Arabian Airlines

Pramugari

Pekerjaan sebelum: Modelling (radiahsarip.com)

Modelling

Hobi: Pencinta haiwan

Pencinta haiwan

Radiah pernah muncul di dalam portal berita Utusan Online pada bulan Mei 2015, dalam artikel bertajuk "Cantik biar berakal".

BACA INI JUGA: 10 Pramugari AirAsia Malaysia Paling Cantik

Sumber: Kitabantai

Kisah Suami Dayus Tengking Isteri Viral

Kisah Suami Dayus Tengking Isteri Viral

Status perkongsian seorang pengguna Facebook Siti Khadijah mengenai satu insiden yang disifatkan olehnya sebagai ‘Fenomena sakit mata’ menjadi viral di laman sosial.

Suami+Dayus

Siti Khadijah menceritakan pengalamannya ketika berada di pusat beli belah AEON AU2, Setiawangsa di mana dia menyaksikan seorang isteri yang sedang menguruskan anak telah dimarahi oleh suaminya yang sedang asyik menghadap telefon.

Tidak sanggup melihat si isteri dimarahi oleh si suami yang tidak bertimbang rasa, dia menegur perbuatan lelaki dayus tersebut.

Jom lihat lihat perkongsian penuh daripada Siti Khadijah:

Fenomena sakit mata. Kesian betul tengok si isteri terkial2 nak makan. Dah lah makanan isteri yg belikan dan bawa ke meja.

Anak-anak bercerakau kat meja bapa buat dekkkk je. Isteri dtg terkejar2 bawa makanan buat suami dan anak2. Lepas tu berkejar pulak beli air.

Suami still buat dekkkkk je. Dah bawa air susun depan mata hubby terus makan tapi si isteri bahagikan makanan utk anak2 yg lebih kurang 6 tahun dan 4 tahun and ada baby mungkin dlm 7 bulan dlm stroller.

Selesai utk anak2 ibu baru nak makan si kecil menangis. Ibu pun ambil dan dukung sambil makan.

Hubby dah selesai makan kot nak tolong pegang anak dan monitor anak tapi sebaliknya ambil phone dan ngadap phone.

Isteri terkial2 makan. 15 minit berlalu dengar suami marah ‘Apahal terkial kial makan? Lembablah awak ni’.

Maaf aku memang tak sabar tengok benda macam ni and maaf kalau ko rasa malu tapi apa aku cakap memang betul.

Aku bangun dan pergi cakap kat mamat tu…”Encik kalau you nak wife you makan cepat you tolonglah dia pegang baby tu. Tolonglah tengokkan anak2 yg makan berterabur ni, so cepatlah dia boleh makan. Bertimbangrasalah. Sorry saya tegur sbb saya tak boleh tengok.”

Its me…..sorry. – Siti Khadijah.

Boleh kita kategorikan lelaki ini sebagai kategori lelaki dayus?

Tindakan yang ditunjukkan oleh Siti Khadijah ini adalah sangat sesuai bagi menegur sikap segelintir manusia yang mementingkan diri.

Syabas diucapkan kepada akak dan pesanan kepada golongan suami-suami di luar sana, sayangi dan bertimbang rasalah kepada isteri anda, jangan jadi manusia bebal mentaliti kelas ketiga.

BACA INI JUGA: 10 Kesalahan Popular Suami Kepada Isteri

Sumber: Mynewshub.cc

Gambar Wang Dinar Viral, Johor Bersedia Keluar Malaysia?

Gambar Wang Dinar Viral, Johor Bersedia Keluar Malaysia?

Sekeping gambar rekaan wang Dinar Johor yang mempamerkan wajah pemerintah Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah menimbulkan persoalan orang ramai di laman sosial.

Wang Dinar Johor

Gambar tersebut dimuat naik di Laman Facebook milik TMJ Supporters dengan kapsyen, “Saw in Facebook. Just a share” dilihat dengan sengaja mahu mewujudkan persepsi kononnya negeri itu bersedia keluar dari Malaysia.

Gambar wang kertas terbabit turut memaparkan cop Bank Johor Darul Takzim dan tandatangan Saifuddin Ali sebagai Gabenor Bank.

Meninjau komen diberikan, ada yang menyifatkan tindakan itu sebagai gurauan, namun ada juga yang mendakwa ia sebagai keterlaluan dan tidak seharusnya dibiarkan kerana boleh mengganggu ketenteraman masyarakat sekaligus mewujudkan pergolakan dalaman.

“Kiamat makin hampir…..Perpecahan akan menyeronokkan bangse asing yg memang teramat suka dgn apa yg bakal terjadi….Melayu mudah lupe….penyatuan yg susah payah diperjuangkan olih anak Melayu telah mula hancur olih propaganda musoh Melayu…..kesiannye kat bangse Melayu niiii….,” tulis Ajoi.

“Kebodohan tahap maksimum!! Saya maksudkan nota tersebut bukan orang di dalamnya. Jangan pecahkan negara ini. Satukan rakyat dan negara bukan dengan propaganda tetapi dengan keikhlasan dan kerja keras,” kata Pravin pula.

Bagaimanapun, ramai juga dilihat menyokong idea yang tersirat di sebalik gambar Dinar tersebut.

Godwin Addren memberikan komennya, “sangat baik, kami akan menyokong” manakala pengguna Facebook lain, Kentz Wayne dan Mohd Asyraf juga bersependapat dengan komen itu.

Wang Dinar Johor [2]

Malah beberapa pengikut lain menyatakan minat untuk berpindah ke Johor sekiranya negeri itu berpisah dengan Kerajaan Persekutuan.

Raj Appoi berkata, “idea yang baik. Bolehkah saya berhijrah ke JB? Undi dan sokongan saya akan bersama TMJ selama-lamanya!”

Beberapa minggu lalu, kontroversi turut tercetus apabila Johor dikatakan mengeluarkan arahan berkaitan penggantian bendera Jalur Gemilang dengan bendera daerah selepas berakhirnya sambutan kemerdekaan Malaysia.

BACA INI JUGA: Uniknya Duit RM1 Aisyah Hingga Jadi Buruan Pengumpul Duit Lama

Sumber: Mynewshub.cc

Gambar Najib 'Bertemu' Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu Viral!

Gambar Najib 'Bertemu' Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu Viral!

PM Najib Razak menafikan dakwaan kononnya beliau mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sewaktu Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, baru-baru ini.

Gambar Najib 'Bertemu' Benjamin Netanyahu

Perdana menteri berkata beliau sebenarnya bertembung dengan pemimpin itu di sebuah pintu di ibu pejabat PBB selepas Netanyahu selesai berucap dan beliau pula selepas itu.

"Bukan saya jumpa, terserempak dekat pintu masuk ke PBB sebab dia berucap sebelum saya. Lepas tu saya berucap," beliau berkata demikian bagi menjawab soalan mengenai gambar beliau yang dikatakan bertemu dengan Nethanyahu yang disebarkan di laman sosial.

Beliau berkata demikian pada akhir lawatan kerja ke Itali selama 3 hari mulai Jumaat. Beliau berkata pada masa itu pemimpin itu sedang menunggu keretanya.

"Jadi dia salam dengan saya, saya salam dengan dialah. Bukan ada apa-apa, bukan pertemuan. Terserempak secara kebetulan sahaja. Ini boleh disahkan oleh menteri luar dan wakil duta di Amerika Syarikat dan wakil tetap Malaysia di PBB," katanya.

Najib berkata jika beliau mengadakan perjumpaan dengan perdana menteri Israel itu tentulah ia dalam keadaan yang lebih formal.

Beliau berkata orang ramai dapat membezakan perkara yang benar dan sebaliknya.

"Apa-apa boleh menjadi viral. Apabila anda viral, mereka memberi gambaran salah mengenai kebenaran. Ini adalah bahaya media sosial," katanya. –Bernama

Bukan tak nak percaya, tapi kalau dah bohong berkali-kali sebelumnya, siapa lagi nak percaya?!

BACA INI JUGA: Kehebatan Yahudi Memanipulasi Media

Sunday, October 04, 2015

Baby Angelito, Bayi Pelik Lahir Dengan Hidung Sesungut

Baby Angelito, Bayi Pelik Lahir Dengan Hidung Sesungut

Seorang bayi lelaki di Chimbote, Peru, yang mempunyai kecacatan genetik dilahirkan dengan dua lubang hidung yang terkeluar dari mukanya.

Baby Angelito

Selain kecacatan pada hidung, bayi yang dinamakan Baby Angelito itu dilahirkan sihat tanpa sebarang masalah kesihatan yang lain.

Doktor pakar kanak-kanak, Jose Castillo berkata, bayi itu mengalami satu kecacatan genetik yang sangat jarang berlaku.

“Keadaan seperti ini hanya berlaku sekali dalam setiap 10 juta hingga 15 juta kelahiran.

“Bayi ini berada dalam keadaan sihat. Jantung dan sistem pernafasannya juga normal,” katanya.

Baby Angelito [2]

Menurutnya, bayi itu kini dipindahkan ke hospital di Nuevo Chimbote untuk menjalani pemeriksaan.

Seorang lagi pakar kanak-kanak, Carlos Arrestegui Ramos memberitahu, bayi itu memerlukan pembedahan plastik untuk membetulkan hidungnya.

“Pemerhatian awal mendapati bayi ini sihat seperti bayi normal yang lain, tetapi kami perlu melakukan beberapa ujian untuk menentukan kesihatannya.

“Pembedahan plastik boleh membentuk semula hidung bayi ini,” jelasnya.

Baby Angelito [3]

Datuk Bandar Nuevo Chimbote, Valentin Fernandez turut melawat bayi itu di hospital dan menghadiahkan lampin, susu dan wang kepada ibu bapanya. – Agensi/myMetro Online

BACA INI JUGA: Susu Tepung Punca Ramai Bayi Tumbuh Payudara

SeaXplorer, Kapal Layar Mewah Paling Lasak Di Dunia

SeaXplorer, Kapal Layar Mewah Paling Lasak Di Dunia

Sebuah kapal layar mewah setinggi 100 meter di Amsterdam, dipercayai merupakan paling lasak di dunia kerana mampu memecahkan ais selain belayar pada jarak yang jauh.

SeaXplorer

Kapal layar itu yang dikenali sebagai SeaXplorer dipamerkan pada Pameran Kapal Pesiaran Monaco minggu lalu. Ia dihasilkan oleh sebuah syarikat pembinaan perkapalan terbesar di Belanda, Kumpulan Damen.

Kapal layar itu dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bilik tidur, gimnasium, selain penumpang berpeluang menyelam melihat hidupan laut dan banyak lagi.

Kapal yang mampu menampung seramai 30 penumpang dan 50 anak kapal itu memberi peluang kepada orang ramai untuk menikmati pelayaran selama 40 hari.

"Syarikat itu berjaya membina sebuah kapal layar yang bukan sahaja mampu belayar pada jarak yang jauh, malah ia dilihat berupaya merempuh kiub ais di kawasan berais kerana direka dengan menggunakan revolusi pembinaan terbaharu.

"Apa yang lebih menarik, kapal itu memberi peluang kepada orang ramai untuk meneroka Lautan Artik dan Antartika yang mana kebanyakan kapal pesiaran tidak mampu menuju ke kawasan-kawasan ini," kata seorang wakil perunding daripada syarikat penjualan kapal pelayaran, Benjamin Maltby. -Agensi

BACA INI JUGA: 10 Kemalangan Paling Mahal Dalam Sejarah!

SeaXplorer [2]
SeaXplorer [3]
SeaXplorer [4]
SeaXplorer [5]
SeaXplorer [6]