Thursday, August 06, 2015

Koleksi Lawak Isu #derma RM2.6 Bilion Najib

Koleksi Lawak Isu #derma RM2.6 Bilion Najib

Isu RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun Najib telah berlegar sejak bulan lepas lagi. Dakwaan tersebut menjadi lebih 'panas' selepas video Muhyiddin yang mengatakan Najib mengaku dalam akaunnya ada duit RM2.6 bilion didapati tersebar meluas di laman sosial minggu lalu.

Muhyiddin RM2.6 bilion

Walau bagaimanapun, Ahmad Maslan saved the day! Beliau tampil menafikan dakwaan oleh bekas TPM itu dengan berkata "Itu tidak betul.. tidak ada pengaliran wang dan sebagainya ke dalam akaun Najib."

Ahmad Maslan saved the day

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan menafikan Datuk Seri Najib memindahkan wang berjumlah RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya seperti yang tersebar dalam sebuah video.

Ahmad menegaskan perkara tersebut sudah dijelaskan perdana menteri dan beliau juga menafikan menggunakan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Itu tidak betul.. tidak ada pengaliran wang dan sebagainya. Sebenarnya Najib telah memberi taklimat kepada kami Ahli Majlis Tertinggi (UMNO) tentang perkara yang berkaitan. Beliau tidak pernah menggunakan 1MDB dan masuk ke dalam akaun dia," katanya.

Tetapi lepas tu, lain pula ceritanya. SPRM dedahkan dalam akaun Najib memang ada duit RM2.6 bilion itu, cuma ia bukanlah dana 1MDB tetapi dari penderma.

#derma

“Laporan hasil siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion telah dirujuk dan dimaklumkan kepada peguam negara."

"Hasil siasatan mendapati dana sebanyak RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun milik YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sumbangan penderma, dan bukannya dari dana 1MDB,” kata SPRM.

Siapa pula yang nak derma sampai RM2.6 bilion kepada PM? Pemurah sungguh. Adakah saudagar Ismet Ulam Raja adik beradik Ulam Pegaga?

Penderma 1mdb

Mungkin inilah transaksi yang telah dilakukan oleh saudagar Ismet. Walaupun dah derma RM2.6 bilion kepada Najib, dalam akaun masih ada RM25 bilion. KAYA!

Transaksi 1mdb

Atau mungkin inilah SMS yang diterima Najib dari pihak bank bagi memaklumkan tentang pemindahan wang sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun beliau. #untunglah

Fund+Transfer rm2.6 bilion
#derma 2

Penderma wang tersebut memang bukan 1MDB. Tapi rupa-rupanya dia adalah seorang warga Kelate yang bernama Wan Emdibi Bin Wan Kamarudin. Hok aloh!

Wan Emdibi Bin Wan Kamarudin
Wan Emdibi Bin Wan Kamarudin [2]

Selepas berita penderma ini tersebar, perkataan corruption ditukar menjadi donation...

Corruption ditukar donation

Rasuah menjadi sedekah..

Rasuah menjadi sedekah

..dan transaksi bank in dianggap sebagai derma. Berlainan pula kalau bagi duit by hand. #kipidap

Rani+Kulup_1mdb

Orang kampung pun mula berbalah siapa yang lebih layak untuk jadi pengerusi. Tapi jangan risau sebab ada cara macam mana nak settle.

Rasuah

Kemudian Najib pun tampil menceritakan perkara yang sebenar..

Kisah_Sebenar_1mdb

...atau Najib biarkan saja apa orang nak kata. #likeaboss

Kutuk+1mdb

Mesyuarat demi mesyuarat diadakan dalam pejabat Perdana Menteri. Akhirnya mereka jumpa juga jalan penyelesaian.

Mesyuarat+1mdb
Mesyuarat+1mdb+2

Lawak sungguh perdana menteri Malaysia..

BACA INI JUGA: Najib Tangguh Pemilihan Sebab Takut Kalah, Kata Wanita UMNO

Sumber: Says.com

Wednesday, August 05, 2015

SPRM Sahkan Penderma RM2.6 Bilion Asal Timur Tengah

SPRM Sahkan Penderma RM2.6 Bilion Asal Timur Tengah

Jika ada yang masih ragu-ragu lagi mengenai sumbangan derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ini jawapan yang pasti ditunggu-tunggu.

Derma 1MDB

Ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini lewat Rabu mengeluarkan satu kenyataan rasmi untuk menjelaskan hal sensasi berhubung sumbangan derma misteri berkenaan.

Namun perkara pokok yang paling utama SPRM sudah berjaya mengesahkan ia telah pun tahu identiti penderma yang berasal dari Timur Tengah tetapi tidak dapat mendedahkan identitinya buat masa ini.

SPRM juga telah memperoleh penjelasan daripada pihak penderma mengenai derma yang diberi kepada Perdana Menteri itu sekali gus mengesahkan ia tiada kena-mengenai dengan 1Malaysia Development Berhad.

Pihak suruhanjaya telah mendapat tahu berhubung butiran terperinci penderma tersebut melalui dokumen yang diambil dari bank dan didapati bahawa terdapat empat surat yang diserahkan kepada pihak bank.

Ini kerana ia melibatkan jumlah wang yang besar dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri dan dalam dokumen tersebut ada dijelaskan bahawa sumbangan RM2.6 bilion itu adalah memang sebagai derma.

Sumbangan RM2.6 billion itu malah tiada kaitan langsung dengan isu 1MDB. Perbincangan juga telah dibuat dengan Peguam Negara yang meminta SPRM membuat penjelasan mengenai perkara ini sementara siasatan masih dijalankan.

SPRM juga ingin memaklumkan bahawa YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan diminta untuk memberi penjelasan mengenai sumbangan derma yang diterima beliau kepada SPRM.

BERIKUT IALAH KENYATAAN PENUH SPRM:

PENJELASAN MENGENAI ISU DANA RM2.6 BILION DAN SIASATAN SRC INTERNATIONAL

Susulan kepada kenyataan media bertarikh 3 Ogos 2015, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin menjelaskan bahawa siasatan SPRM hanya memfokus ke atas isu berkaitan dengan SRC International dan kemasukan dana sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

SPRM mendapati banyak pihak masih tidak jelas atau terkeliru dengan menganggap bahawa SPRM telah menghentikan siasatan berkaitan dengan isu SRC International atau pun mengenai dana RM2.6 bilion.

Oleh itu, SPRM mahu menjelaskan beberapa perkara.

·SIASATAN BERKAITAN 1MDB

Sebagaimana telah disebutkan beberapa kali sebelum ini, SPRM menekankan bahawa siasatan SPRM tiada kaitan dengan isu 1MDB. Sebaliknya, siasatan keseluruhan kes 1MDB dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia. SPRM berharap orang ramai akan memahami bahawa siasatan SPRM tiada kaitan dengan 1MDB.

·SUMBANGAN DANA RM2.6 BILION DITERIMA OLEH PERDANA MENTERI

Sebagaimana disebutkan dalam kenyataan media bertarikh 3 Ogos 2015, hasil siasatan SPRM mendapati dana sebanyak RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun milik YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah derma yang disumbangkan oleh pihak tertentu. SPRM tidak boleh mendedahkan identiti pihak yang mendermakan dana RM2.6 bilion kepada YAB Perdana Menteri.

Bagaimanapun untuk makluman orang ramai, SPRM telah memperoleh penjelasan daripada pihak penderma tentang derma yang diberi kepada YAB Perdana Menteri. SPRM telah mendapat tahu tentang butir penderma melalui dokumen yang diambil dari bank dan didapati bahawa terdapat empat surat yang diserahkan kepada pihak bank apabila jumlah wang yang besar dimasukkan ke dalam akaun YAB Perdana Menteri. Dalam dokumen itu ada dijelaskan bahawa sumbangan RM2.6 bilion adalah sebagai derma.

SPRM telah mendapatkan penjelasan daripada pihak penderma yang berasal dari Timur Tengah dan pihak berkaitan juga telah mengesahkan sumbangan derma tersebut.

Sumbangan derma RM2.6 billion itu tiada kaitan langsung dengan 1MDB.

Perbincangan juga telah diadakan dengan Peguam Negara Malaysia yang meminta supaya SPRM membuat penjelasan mengenai perkara ini sementara siasatan masih dijalankan.

Sehubungan itu, SPRM juga ingin memaklumkan bahawa YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan diminta untuk memberi penjelasan mengenai sumbangan derma yang diterima beliau kepada SPRM.

·SIASATAN MENGENAI SRC INTERNATIONAL

SPRM juga ingin mengulangi bahawa siasatan berkenaan isu SRC International yang melibatkan dana RM4 bilion masih dijalankan oleh SPRM. Siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion dan isu SRC International merupakan dua perkara yang berbeza.

Oleh itu, SPRM mahu menekankan bahawa SPRM tidak pernah menyatakan kes yang disiasat ini telah ditutup. Sebaliknya, SPRM hanya menyatakan ia bukan dari wang 1MDB.

Diharap penjelasan ini akan memberi gambaran sebenar mengenai isu yang disiasat oleh SPRM. SPRM sekali memberi jaminan siasatan akan dijalankan dengan bebas, telus dan profesional. Adalah diharapkan semua pihak memberi ruang kepada SPRM dalam menjalankan siasatan dengan menyeluruh tanpa membuat sebarang spekulasi.

Sebagai Suruhanjaya yang bebas, SPRM bertanggungjawab menjalankan siasatan dengan bebas, telus dan profesional tanpa fear or favour. SPRM tidak akan membiarkan mana-mana pihak untuk mempengaruhi atau campur tangan dalam siasatan yang dijalankan.

·KEDUDUKAN PASUKAN PETUGAS KHAS

Mengenai persoalan mengapa SPRM yang membuat kenyataan media pada 3 Ogos 2015 tanpa penglibatan Polis Diraja Malaysia dan Bank Negara Malaysia, ingin dijelaskan bahawa SPRM membuat pengumuman tanpa melalui Pasukan Petugas Khas selepas dinasihatkan oleh Peguam Negara Malaysia, bahawa tidak perlu ada Pasukan Petugas Khas. Sebaliknya agensi-agensi penyiasat terbabit boleh menjalankan tugas mereka berdasarkan undang-undang masing-masing.

Di peringkat SPRM, pasukan petugas khas dalaman bagi menyiasat kes SRC International dan sumbangan derma RM2.6 bilion masih diteruskan.

Agensi masing-masing mempunyai pasukan petugas khas dalaman mereka sendiri dan akan mengemukakan hasil siasatan masing-masing kepada Peguam Negara Malaysia untuk diambil keputusan sama ada terdapat kes untuk didakwa di mahkamah ataupun sebaliknya.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
5 OGOS 2015

Sumber: Mynewshub.cc

Wap Rokok Elektronik Tidak Beri Kesan Pada Sel

Wap Rokok Elektronik Tidak Beri Kesan Pada Sel

Wap rokok daripada rokok elektronik tidak memberi sebarang kesan perubahan sel kepada tisu laluan udara manusia.

Wap Rokok Elektronik
Gambar hiasan.

Wakil jurucakap British American Tobacco, Dr Marina Murphy berkata, ia merupakan hasil kaji selidik terbaru melibatkan dua jenis rokok elektronik yang dilakukan di Southampton, Britain, baru-baru ini.

Penyelidik dari British American Tobacco dan MatTek Corporation menggunakan kombinasi ujian yang unik untuk mengkaji potensi dan kesan buruk wap rokok elektronik terhadap tisu yang menjadi laluan udara manusia dan membandingkannya dengan kesan asap rokok.

Dengan menggunakan robot yang dibentuk mempunyai laluan udara manusia sebagai subjek ujikaji, ia berupaya untuk menunjukkan bahawa aerosol yang digunakan oleh rokok elektronik tidak memberi sebarang kesan perubahan sel kepada tisu laluan udara manusia.

Kaedah terbaru kajian itu juga akan digunakan bagi tujuan meningkatkan mutu dan kualiti kawalan bagi produk mereka di masa hadapan.

Wap rokok elektronik boleh mengandungi nikotin, humectants, bahan perasa dan produk degradasi termal. Oleh itu, pemahaman tentang impaknya terhadap sistem biologikal manusia adalah amat penting.

Sehingga kini, belum ada sebarang ujian aerosol berkenaan potensi kesan buruk wap rokok elektronik ke atas model di makmal yang menyerupai struktur dan fungsi tisu laluan udara manusia.

Sementara itu, menurut Pengurus Besar Penyelidikan dan Pembangunan British American Tobacco, Marina Trani berkata, hasil kajian itu membuktikan pendedahan berterusan wap rokok elektronik ke atas manusia adalah sama seperti menghirup udara biasa.

Hasil kajian menunjukkan bahawa asap rokok berupaya mengurangkan keboleh hidupan sel kepada 12 peratus (kadar hampir kematian sel) selepas enam jam.

Manakala, aerosol yang dihasilkan oleh dua jenis rokok elektronik pula tidak menunjukkan sebarang penurunan dari segi keboleh hidupan sel walaupun didedahkan selama enam jam secara berterusan, hasilnya adalah sama seperti sel yang didedahkan kepada udara biasa.

Pada ketika ini, tiada ukuran seragam bagi ujian di dalam makmal atau in vitro aerosol rokok elektronik.

Namun, protokol yang dihasilkan mungkin amat berguna untuk membantu proses di mana garis panduan ini dapat dikembangkan.

BACA INI JUGA: Batu Pelik Yang Merokok Seperti Manusia

Sumber: Sinarharian.com.my

Blog Terbaik Malaysia Julai 2015

Blog Terbaik Malaysia Julai 2015

Dengan isu 1MDB menghantui bumi Malaysia dan dijangka berterusan dalam tempoh masa yang panjang, saya senaraikan blog terbaik Malaysia bagi bulan Julai di blog ini.

Blog+terbaik+Malaysia+Julai

Kali ini nampaknya kesibukan menyambut bulan puasa dan hari raya aidilfitri menyebabkan blogwalking masih tidak berjalan lancar.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang begitu baik hati berkunjung dan berkomentar di blog ini.

Begitu juga silent reader yang sentiasa sudi membaca artikel-artikel disini. Sekiranya pembaca dan rakan-rakan sekalian mempunyai sebarang cadangan sebagai penambahbaikan dari sudut manapun, silalah memberikan teguran dan cadangan melalui link hubungi diatas, jika sudi..;)

Saya juga mengambil kesempatan ini memohon maaf jika kebanyakan artikel dikala ini terlalu kasar dan panas angkara 1MDB, bukanlah kerana admin seorang yang fanatik dan berpihak tetapi disebabkan oleh rasa tanggungjawab untuk menegur pihak-pihak yang 'tidak sayangkan' negara tercinta ini.

Untuk pengetahuan blogger-blogger terbaik Malaysia, widget top commentator tidak lagi dipasang sepanjang masa di ruangan sidebar namun, artikel bulanan blogger pengomen terbanyak dan paling rajin akan tetap diteruskan selagi hayat dikandung badan.

Sokongan anda semua sememangnya amatlah dihargai dan saya ucapkan 2.67 bilion terima kasih.. :)

SENARAI BLOG TERBAIK MALAYSIA JULAI 2015

1. NURHAZIQ HAFIZ - Sayapejuangbahasa.blogspot.com

2. Khir Khalid - Khirkhalid.com

3. Muhammad Nizam - Bahejabella.com

4. Deanna Morni - Kameqdeanna.blogspot.com

5. Fidah Shah - Whitebarley.blogspot.com

6. Nao Mei - Sweetyzhanieyz83.blogspot.com

7. Lilly Suryani - Viralkini.com

8. TunSha Ayunie - Aunidenovella.blogspot.com

9. Panduan Malaysia - Panduanmalaysia.com

10. Hero Borneo - Heroborneo.com

11. Akif Imtiyaz - Akifimtiyaz.com

Tetap Merbahaya! Mufti Isytihar E-Rokok, Vapor Haram

Tetap Merbahaya! Mufti Isytihar E-Rokok, Vapor Haram

Trend menghisap e-rokok atau lebih dikenali sebagai vapor yang kini melanda Malaysia diisytiharkan haram oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifly Mohamad al-Bakri.

E-Rokok, Vapor

Melalui status yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, beliau berkata, Irsyad Fatwa dalam sidang terkini memutuskan bahawa amalan menghisap vapor atau vape tetap haram kerana pakar memaklumkan bahawa ia tetap membahayakan keselamatan, malah boleh menjadi lebih mudarat dari rokok.

Selain itu, ia juga dilihat sebagai satu bentuk pembaziran kerana pengguna akan menghabiskan sebahagian dari pendapatan mahupun sumber kewangan untuk perkara yang tidak mendatangkan kebaikan.

Tambah Dr Zulkifly lagi, budaya yang kian menular di Malaysia itu juga dipandang sebagai mengikut perilaku bukan Islam dan tindakan tersebut tergolong sebagai tidak bermaruah.

Dalam kenyataan sama, beliau juga berkata, walaupun sebahagian besar pengguna e-rokok menyifatkan tindakan mereka itu sebagai cara untuk menghentikan ketagihan kepada pengambilan rokok sebenar, namun ia bukanlah alasan yang kukuh.

E-Rokok, Vapor [2]

Ini kerana asas kepada perasa yang dimasukkan ke dalam vape sebelum disedut tetap memiliki tabacco dan nikotin, iaitu bahan yang mendatangkan kemabukan dan memberi keburukan.

Sejak kebelakangan ini, trend menghisap rokok elektronik semakin menjadi pilihan terutama dari golongan perokok tegar yang cuba mencari alternatif lain dalam mengatasi ketagihan mereka.

Menurut pengguna, selain mengawal pengambilan nikotin, ia turut menjimatkan wang kerana lebih tahan lama berbanding rokok sebenar.

BACA INI JUGA: Bahaya Merokok Selepas Bangun Tidur

Sumber: Mynewshub.cc

Anak MB Johor Tanya 15 Soalan Kepada Najib

Anak MB Johor Tanya 15 Soalan Kepada Najib

Di mana-mana sahaja, begitu ramai yang membangkitkan isu dana RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Akmal Saufi Mohamed Khaled

Malah ia semakin hangat diperkatakan apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan hasil siasatannya yang mendapati punca dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi perdana menteri itu bukan dari tabung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tetapi adalah sumbangan daripada penderma.

Namun hasil siasatan itu tidak menyebut dari mana dan siapa penderma berkenaan.

Susulan itu, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan, Undang-undang dan Integriti Parlimen Belia Malaysia, Akmal Saufi Mohamed Khaled menggesa Najib menjelaskan sama ada derma berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya itu adalah untuk kegunaan kerajaan, Umno ataupun peribadi?

Anak kepada Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin itu mengemukakan 15 soalan untuk dijawab oleh perdana menteri;

1) Ketika Datuk Seri Najib menerima dana sejumlah RM2.6 bilion, adakah Datuk Seri sedia maklum sejumlah wang telah memasuki akaun Datuk Seri?

2) Apakah bukti bahawa duit tersebut merupakan derma dan bukan duit berkaitan 1MDB mahupun pihak yang mempunyai transaksi berkaitan 1MDB?

3) Sebagaimana kenyataan SPRM, duit tersebut adalah derma. Adakah sumbangan tersebut merupakan sumbangan bagi kepada kerajaan, tujuan Umno atau tujuan peribadi?

4) Jika duit tersebut adalah sumbangan buat Umno, adakah kepimpinan Umno terutamanya Majlis Tertinggi Umno mengetahui tentang derma tersebut?

5) Jika Majlis Tertinggi Umno tidak mengetahui adakah ini bermaksud Umno tidak akan mengetahui kewujudannya jika Datuk Seri tidak memaklumkan kewujudannya?

6) Bilakah Datuk Seri bercadang untuk memaklumkan kepada Majlis Tertinggi jika tidak didedahkan kepada Majlis Tertinggi?

7) Andai kata derma tersebut merupakan derma peribadi kepada Datuk Seri dan bukan kepada Umno, adakah Datuk Seri menerima tersebut ketika memegang jawatan sebagai salah seorang ahli jemaah menteri?

8) Bolehkah seorang menteri atau timbalan perdana menteri atau perdana menteri menerima derma apabila sedang memegang jawatan di dalam kerajaan?

9) Adakah perlu duit derma tersebut perlu isytihar kepada rakyat dan ahli Kabinet yang lain?

10) Adakah Gabenor Bank Negara dan cendekiawannya sedar akan pergerakan duit sejumlah RM2.6 bilion ke dalam negara?

11) Adakah Lembaga Hasil Dalam Negeri sedar mengenai sejumlah duit yang telah diterima Datuk Seri Najib?

12) Jika ya, adakah Datuk Seri Najib telah membayar sebarang cukai pendapatan berdasarkan nilai duit tersebut?

13) Adakah seorang perdana menteri boleh mendapat pengecualian cukai?

14) Jika Datuk Seri Najib mendapat pengecualian cukai, adakah pengecualian tersebut adalah kepada gaji Datuk Seri Najib atau apa saja derma yang diterima beliau?

15) Jika derma tersebut adalah bagi tujuan kerajaan, mengapa Kementerian Kewangan tidak mengetahui kewujudannya?

Posting yang dimuat naik di laman sosial Facebook Akmal Saufi itu sudah dikongsi lebih 300 pelayar Facebook.

Malah di bahagian komen juga dipenuhi dengan pelbagai komentar yang setuju dengan soalan-soalan yang dibangkitkan.

"Bro, setuju dengan soalan yang dikemukakan," tulis Lim Kian Soon.

"Terbaiklah sahabat, penulisan yang bagus," tulis Shahiran Safwan.

Video UFO Pintas Kapal Terbang Virgin Atlantic!

Video UFO Pintas Kapal Terbang Virgin Atlantic!

Video ini menunjukkan saat-saat seorang peminat kapal terbang merakam objek misteri yang terbang melepasi kapal terbang Virgin Atlantic yang baru berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy di New York.

Virgin Atlantic-UFO

Rakaman itu telah menimbulkan banyak dakwaan menyatakan objek tersebut adalah UFO yang dimiliki oleh makhluk asing.

UFO atau unidentified flying object sering dikaitkan dengan kewujudan makhluk asing yang menimbulkan seribu persoalan mengenai kewujudannya.

Menerusi video yang dirakam itu, sebuah objek dipercayai piring terbang telah melintasi kapal terbang antarabangsa itu dengan pantas dan jelas.

Sejak kebelakangan ini, timbul pelbagai spekulasi mengenai kewujudan makhluk asing di kalangan netizen.

Baru-baru ini, 10 buah ‘kapal’ misteri yang berterbangan di ruang udara di Jepun turut berjaya dirakam.

Namun masih tidak ada fakta yang boleh mensahihkan segala dakwaan mengenai objek misteri yang sering dirakam oleh manusia itu.

Benar atau tidak, semuanya terpulang pada kepercayaan individu masing-masing.

BACA INI JUGA: Misteri 41 Monyet Yang Terkena Sumpahan


Sumber: Mirror.co.uk

RM2.6 Bilion Dana Penderma? Najib Cakap Tak Serupa Bikin Atau Berbohong?!

RM2.6 Bilion Dana Penderma? Najib Cakap Tak Serupa Bikin Atau Berbohong?!

Walapun ramai yang sudah menjangkakan mengenai pendedahan SPRM yang mengesahkan deposit RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib, namun tetap ramai juga yang terkejut.

RM2.6 Bilion Dana Penderma
Gambar hiasan.

Ini menunjukkan bahawa rakyat walaupun di luar mereka agak kritikal namun didalam hati, mereka masih menaruh harapan bahawa dakwaan deposit itu adalah palsu.

Amaun yang terlalu besar, mustahil Najib sanggup melakukannya!

Ternyata harapan itu hancur dengan pengumuman SPRM. Ramai yang marah dan kecewa dengan Najib. Kita percaya, mereka yang atas pagar semua dah give-up dengan Umno selagi Najib masih di atas.

Apapun alasan yang cuba diberikan bagi memberi justifikasi kepada deposit itu oleh pro Najib, semuanya seperti bunyi tin kosong sebab tidak ada siapa yang mampu pusing kembali waktu dan memberi alasan yang sama ketika WSJ mula buat pendedahan deposit itu sebelum ini.

Ya, KENAPA TIDAK JAWAB WAKTU ITU?

Dana+Politik+1MDB

Kita semua masih ingat lagi jawapan yang diberikan Najib sebagai reaksi awal pendedahan WSJ dulu. Kenapa bersembunyi disebalik kebenaran? Kenapa libatkan Tun Mahathir? Kenapa berselindung disebalik mainan kata-kata? Kenapa tubuhkan Task Force untuk menyiasat?

Rakyat Malaysia merasa di TIPU! Sebab tu ramai yang marah mendengar pengumuman SPRM.

Ayat SPRM hanya menyebut sumbangan dana tanpa dinyatakan dengan jelas apakah ia untuk politik atau untuk anak yatim atau untuk apa-apa tujuan. Hanya disebut sumbangan dana.

"Dana Politik" itu hanya dimainkan oleh kabinet 1MDB sejak beberapa hari lalu. Dan hasilnya, kini semua orang merujuk RM2.6 bilion itu sebagai sumbangan dana politik.

Takpe, kita layan Dana Politik mereka. Mungkin mereka lupa sebelum dana politik itu masuk ke dalam akaun Najib pada tahun 2013, setahun sebelum itu Najib ada mengumumkan satu inisiatif di bawah GTP bagi menghalang benda yang sama dari berlaku!

Adakah ini kes Cakap Tak Serupa Bikin? Artikel Malaysiakini bertarikh 27 Feb 2012:

Dalam langkah yang tidak dijangkakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan satu inisiatif baru untuk mengawal selia pembiayaan politik bagi semua parti.

"Inisiatif ini akan memberi penekanan bahawa setiap sumbangan kepada mana-mana parti politik, sama ada di peringkat persekutuan ataupun negeri, mesti disalurkan melalui akaun rasmi parti.

"Ini adalah untuk mengelakkan ahli-ahli politik daripada menyalahgunakan nama parti untuk meminta atau menerima apa-apa sumbangan yang kemudian diselewengkan untuk kepentingan peribadi.

"Setiap sumbangan yang diberikan perlu dikeluarkan resit dan dibankkan ke dalam akaun parti itu. Dengan rekod berkenaan sumbangan, ia boleh diaudit pada akhir setiap tahun kewangan," kata beliau.

Kerajaan, kata Najib, yakin inisiatif berkenaan mampu mencegah rasuah dan penyalahgunaan dana pada peringkat akar umbi yang akan memberi manfaat kepada parti dan orang awam.

Inisiatif itu akan diperkenalkan di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang dicadangkan oleh lembaga penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau berkata kerajaan percaya inisiatif seumpama ini akan mengelakkan sebarang bentuk perbuatan rasuah dan penyelewengan di peringkat akar umbi manakala manfaat sumbangan itu dapat disampaikan kepada segenap peringkat parti dan seterusnya rakyat.

Dana+Politik+1MDB [2]
Malaysiakini 27/2/2012.

Jika benar deposit itu merupakan dana politik, ternyata Najib sendiri tidak ikhlas dengan pengumuman yang dibuatnya setahun sebelum itu.

I don't think so, tapi nak buat macamana kalau itu yang dicanang oleh orang Najib sendiri.

Sedutan ucapan Obama baru-baru ini. Bagus untuk direnung bersama -
And I’ll be honest with you, I’m looking forward to life after being president.

I won’t have such a big security detail all the time. It means I can go take a walk. I can spend time with my family. I can find other ways to serve. I can visit Africa more often.

The point is I don’t understand why people want to stay so long. Especially when they’ve got a lot of money.

When a leader tries to change the rules in the middle of the game just to stay in office, it risks instability and strife as we’ve seen in Burundi. And this is often just the first step down a perilous path.

And sometimes you’ll hear a leader say, ‘Well, I’m the only person who can hold this nation together.’ If that’s true then that leader has truly failed to build their nation.

You look at Nelson Mandela. Mandiba, like George Washington, forged a lasting legacy not only of what they did in office but because they were willing to leave office and transfer power peacefully.

Renung-renungkanlah..

Sumber: Dinturtle

'Rakyat Tak Marah Bayar Cukai Tinggi Jika Kebajikan Terjaga'

'Rakyat Tak Marah Bayar Cukai Tinggi Jika Kebajikan Terjaga'

Status seorang jurugambar yang berkongsi pendapat di laman Facebook tentang sistem cukai pendapatan di Sweden mendapat perhatian warga media sosial.

Saiful Nang

Dalam status tersebut, jurugambar berkenaan, Saiful Nang, percaya jika kebajikan mereka dijaga, tiada sebab untuk rakyat naik berang walaupun terpaksa membayar cukai pendapatan yang tinggi.

Beliau memberi contoh negara Sweden, di mana rakyat negara tersebut perlu membayar cukai pendapatan sebanyak 45 peratus, di samping nilai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mencecah 20 peratus.

Biarpun begitu, dengan nilai yang dibayar penduduk negara itu, mereka diberi 'balasan' yang setimpal.

Ia diperolehi dalam bentuk pendidikan percuma di semua peringkat, sistem pengangkutan awam yang teratur dan murah, harga barangan makanan yang murah serta perkhidmatan kesihatan kelas pertama yang berpatutan.

Saiful Nang [2]

Dalam masa tiga jam selepas dimuat naik, status itu menerima lebih 50 ribu likers, dengan hampir 10 ribu perkongsian.

Saiful Nang merupakan pemilik syarikat fotografi CandidSyndrome, selain turut mendedikasikan masa dan tenaga untuk aktiviti kebajikan bersama Rumah Pengasih Warga Prihatin.

BACA INI JUGA: Wang Zakat Berjuta Ringgit, Orang Miskin Hidup Melarat

Sumber: Astroawani